Setelah diijabkabulkan pada 12 Disember lalu, pasangan pelakon Wan Raja dan Yaya Maembong semalam diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Dewan Sri Putra.
Menariknya, mempelai ini diraikan dalam satu majlis bertemakan ala Bangsawan apabila mengenakan busana klasik seperti seorang anak perempuan Bangsawan serta pahlawan melayu.
Artikel Terdahulu :
Majlis resepsi sebelah Yaya akan diadakan pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur manakala pada 26 Disember 2014m majlis akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk keluarga sebelah Wan Raja.
Tema Bangsawa merupakan tema yang sangat unik dan belum pernah dilakukan oleh selebriti tempatan.
Selepas ini mempelai bakal diraikan sekali lagi dalam majlis menyambut menantu di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pada 26 Disember ini. Majlis pihak lelaki itu pula akan bertemakan P Ramlee dan Saloma.
Pasangan ini telah bertunang pada 10 Syawal lalu selepas berkenalan lebih dua tahun. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama.
Khas buat anda pembaca, berikut adalah sebahagian dari foto-foto pra perkahwinan pasangan ini daripada foto rasmi mereka iaitu Piccabooth:
Khas buat anda pembaca, berikut adalah sebahagian dari foto-foto pra perkahwinan pasangan ini daripada foto rasmi mereka iaitu Piccabooth:
Sumber : murai.com.my