Sunday, December 14, 2014

Neelofa Shopping Barang Rumah Dengan Hans Isaac?

Alamak! Biar betul? Atau mungkin tersalah informasi. Tapi kalau nak kata salah, tak boleh cakap juga sebab selama ini pun cerita-cerita hangat yang sampai ke telinga semuanya benar belaka.


Neelofa Shopping Barang Rumah Dengan Hans Isaac?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontrvoersi, hans isaac, neelofa

Entahlah, tapi  rasanya perkara ini bukan baru dan rasanya sama ada peminat Hans Isaac mahupun Neelofa pastinya akan gembira apabila mengetahui mereka kembali bersama.

Nak dijadikan cerita, sumber telah terserempak dengan pasangan popular berkenaan di sebuah gedung beli-belah di tengah-tengah ibu kota.

Artikel Terdahulu :  

Katanya, pasangan berkenaan bukan main sibuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya gedung beli-belah berkenaan.

Sumber memberi tahu, masing-masing nampaknya saling bantu-membantu dan Hans Isaac yang kacak dengan berkemeja-T bulat ke hulu ke hilir mencari beberapa barang sementara Neelofa menunggu di kaunter pembayaran.

Oh! So sweet pasangan ini.

Malah sebelum itu, difahamkan pasangan berkenaan telah berada di kedai hardware  di gedung yang sama untuk membeli sesuatu.

Barang apa, itu kurang pasti, tapi sumber nampak mereka sangat khusyuk mendengar penerangan daripada salah seorang jurujual di tempat berkenaan, tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang.

Kemudian barulah mereka ke pasar raya untuk membeli barang keperluan harian dan selepas itu barulah mereka pulang.

Bukan nak jaga tepi kain Neelofa ataupun Hans Isaac, tapi jika benar cinta mereka telah kembali berputik, baguslah.

Memang betul, tidak ada salahnya mereka keluar bersama-sama ke supermarket.

Tap rasa sangsi dengan hubungan mereka berdua itu, apatah lagi tiada orang lain yang bersama-sama pasangan berkenaan pada waktu kejadian.

Kerana ada juga suara-suara yang memberi tahu bahawa hubungan yang terjalin antara Neelofa dan Hans Isaac sekarang hanyalah  sekadar teman rapat atau seperti abang dan juga adik.

Kalau benar hubungan mereka seperti itu sekarang, kita harus turut tumpang gembira.

Akan tetapi pastinya akan lebih bahagia sekiranya benar Neelofa dan Hans Isaac kembali sebagai pasangan kekasih. Sama-samalah kita doakan.

Baca : Adilla Mangsa Penyingkiran Gegar Vaganza Minggu Ke-5  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →