Showing posts with label hans isaac. Show all posts
Showing posts with label hans isaac. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Sebab sebenar AC Mizal & Hans Isaac bermasam muka didedahkan

Pelakon Hans Isaac dan Dato’ Ac Mizal sebulat suara dan berkeputusan mengambil pendekatan yang positif dengan mengembalikan semula hubungan persahabatan yang keruh sebelum ini.


Sebab sebenar AC Mizal & Hans Isaac bermasam muka , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, AC Mizal, Hans Isaac

Masing-masing berpendapat tiada guna untuk bermasam muka kerana umur mereka bukan lagi remaja dan perlu berfikiran seperti lelaki dewasa.

Perbalahan mula tercetus ketika pementasan Teater Muzikal Cuci The Mucial sekitar tahun 2009 di mana terdapat wujud salah faham antara mereka berdua berkaitan dengan soal kontrak dan komitmen kerja.

“Ya saya akui saya ada terkasar bahasa kepada Ac Mizal sebelum ini, tetapi itu dulu, prinsip saya mudah,saya akan terus berbuat baik kepada orang yang saya pernah kecilkan hatinya,” ujar Hans Isaac.

Dalam pada itu, Ac Mizal merasakan amat tidak wajar untuk mereka untuk terus bermasam muka ditambah lagi industri hiburan kita adalah sangat kecil dan saling memerlukan antara satu sama lain.

“Sepanjang kami tidak bertegur sapa, saya hanya biarkan sahaja dan tidak pernah terlintas untuk menyelesaikan isu ini dengan Hans.

“Tetapi Hans adalah seorang lelaki yang budiman dan keikhlasannya untuk mengekalkan persahabatan yang telah terputus, wajar diberi pujian kerana saya ini agak keras hati sedikit,” kata AC Mizal.

Hans dan Ac ditemui media di Majlis Pengenalan Teater Baik Punya Cilok yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada April depan, platform terbaik untuk mereka merapatkan lagi hubungan.

“Filem Baik Punya Cilok kini dah berusia 10 tahun, ini adalah hadiah buat kami berempat termasuk Awie dan Afdlin, peranan mereka juga besar dalam memperbaiki hubungan kami berdua.

“Ia bermula di mesej grup whatsapp antara kami berempat, di situ bermulanya sesi maaf-maafan, sokongan Afdlin dan Awie telah mengembalikan keakraban kami berempat, saya nak ucap terima kasih kepada mereka,” kata Hans dengan nada yang ceria.

AC juga amat gembira dan bersyukur dengan pendamaian ini malah menerusi Whatsaap itu juga pada mulanya ingin lebih fokus membincangkan hal kerja tetapi lebih kepada berborak dan menyakat antara satu sama lain.

“Yang paling lucu dalam grup whatsapp kami ialah Hans tidak pandai mengunakan ‘Voice Note’ untuk menghantar mesej, jadi kami mengajarnya bagaimana untuk mengunakan kemudahan itu, saya harap hubungan kami utuh sampai bila-bila,” seloroh AC dengan gembira.

Sumber : Murai Batu

Sunday, December 14, 2014

Neelofa Shopping Barang Rumah Dengan Hans Isaac?

Alamak! Biar betul? Atau mungkin tersalah informasi. Tapi kalau nak kata salah, tak boleh cakap juga sebab selama ini pun cerita-cerita hangat yang sampai ke telinga semuanya benar belaka.


Neelofa Shopping Barang Rumah Dengan Hans Isaac?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontrvoersi, hans isaac, neelofa

Entahlah, tapi  rasanya perkara ini bukan baru dan rasanya sama ada peminat Hans Isaac mahupun Neelofa pastinya akan gembira apabila mengetahui mereka kembali bersama.

Nak dijadikan cerita, sumber telah terserempak dengan pasangan popular berkenaan di sebuah gedung beli-belah di tengah-tengah ibu kota.

Artikel Terdahulu :  

Katanya, pasangan berkenaan bukan main sibuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya gedung beli-belah berkenaan.

Sumber memberi tahu, masing-masing nampaknya saling bantu-membantu dan Hans Isaac yang kacak dengan berkemeja-T bulat ke hulu ke hilir mencari beberapa barang sementara Neelofa menunggu di kaunter pembayaran.

Oh! So sweet pasangan ini.

Malah sebelum itu, difahamkan pasangan berkenaan telah berada di kedai hardware  di gedung yang sama untuk membeli sesuatu.

Barang apa, itu kurang pasti, tapi sumber nampak mereka sangat khusyuk mendengar penerangan daripada salah seorang jurujual di tempat berkenaan, tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang.

Kemudian barulah mereka ke pasar raya untuk membeli barang keperluan harian dan selepas itu barulah mereka pulang.

Bukan nak jaga tepi kain Neelofa ataupun Hans Isaac, tapi jika benar cinta mereka telah kembali berputik, baguslah.

Memang betul, tidak ada salahnya mereka keluar bersama-sama ke supermarket.

Tap rasa sangsi dengan hubungan mereka berdua itu, apatah lagi tiada orang lain yang bersama-sama pasangan berkenaan pada waktu kejadian.

Kerana ada juga suara-suara yang memberi tahu bahawa hubungan yang terjalin antara Neelofa dan Hans Isaac sekarang hanyalah  sekadar teman rapat atau seperti abang dan juga adik.

Kalau benar hubungan mereka seperti itu sekarang, kita harus turut tumpang gembira.

Akan tetapi pastinya akan lebih bahagia sekiranya benar Neelofa dan Hans Isaac kembali sebagai pasangan kekasih. Sama-samalah kita doakan.

Baca : Adilla Mangsa Penyingkiran Gegar Vaganza Minggu Ke-5  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, December 5, 2014

Ucapan Hans Isaac Kepada Bekas Kekasih

Untuk yang sedia maklum bekas kekasih Hans Isaac iaitu Elaine Daly telah selamat bergelar isteri kepada Dr Nick Boden yang merupakan doktor warga Afrika Selatan.


Ucapan Hans Isaac Kepada Bekas Kekasih , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hans isaac, elaine Daly,

Di laman sosialnya, Hans Isaac telah memberi ucapan khas kepada Elaine Daly dan pasangannya.

Ini ucapan Hans Isaac:


Congratulations Elaine daly n Dr nick boden . U guys look amazing together .


Ucapan Hans Isaac Kepada Bekas Kekasih , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hans isaac, elaine Daly,

Elaine Daly akan mengadakan resepsi perkahwinannya Sabtu ini dan resepsi di Afrika Selatan dijangka pada Januari 2015.


Baca : Memey Suhaiza Dedah Selesa Bertumit Tinggi Ketika Hamil 

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif