Showing posts with label Amy Search. Show all posts
Showing posts with label Amy Search. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Amy Search Dikritik Takde Pendirian

Penonton yang mengikuti program Mentor Legend yang sedang hangat disiarkan di TV3 pasti tahu akan ‘rebattle’ yang diadakan untuk memilih semula protege penyanyi rock terkenal, Amy Search.



Ia sekaligus memberi peluang kepada Sarah, 19, yang sebelum ini tersingkir di samping mengetepikan Zelmi, 24, yang terpilih sebelumnya.

Artikel Terdahulu :  

Justeru, ramai yang mengkritik Amy tak mempunyai pendirian tetap dan ia tidak seharusnya berlaku pada seseorang yang bergelar ‘otai’ dalam industri muzik.

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro, penyanyi itu punyai jawapannya yang tersendiri:

“Sebelum ini saya tak memilih Sarah bukan kerana dia tidak bagus. Sebenarnya memang agak payah untuk memilih salah seorang apabila kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing. Tambahan pula mereka adalah dua peserta terbaik yang dipilih ketika uji bakat.

“Jujur saya agak keliru ketika itu. Namun, selepas mengambil kira pelbagai faktor saya sedar Zelmi belum begitu bersedia untuk menghadapi tekanan di pentas. Sebaliknya Sarah, walaupun masih muda, saya nampak usahanya mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

“Kerana itu, saya mengembalikan kedua-duanya di konsert ‘rebattle’ kerana saya tidak mahu mempersiakan bakat peserta yang benar-benar menginginkan kejayaan di pertandingan ini,” jelasnya.

Ha, janganlah marah-marah dengan Amy…

Lagipun dia memang punyai hak untuk mencari protege yang benar-benar memenuhi kriteria yang diingininya untuk program ini.

Sekurang-kurangnya Amy tidaklah terlalu ‘berdrama’ masa nak pilih protege macam Mas Idayu, tak gitu?


Baca : Mamat Exist Buat Ifa Raziah Menangis 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, December 8, 2014

Punca Amy Search Tukar Protege Mentor Legend

Otai rock, Amy Search dikatakan tidak berpuas hati dengan protege yang dipilihnya. Jadi, Amy Search telah membuat saringan semula untuk menukar protege yang telah dipilihnya pada minggu lepas.


Punca Amy Search Tukar Protege Mentor Legend, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Mentor Legend, Amy Search

Kepada mereka yang mungkin tidak tahu, Amy Search telah memilih Zulhimi pada minggu lepas tetapi malam semalam, Zulhimi sekali lagi telah bertarung dengan Sarah (protege yang tidak dipilih). Akhirnya Amy Search telah membuat keputusan untuk membimbing Sarah untuk Mentor Legend dan mengenepikan Zulhimi.

Apa pun ketika pemilihan Zulhilmi dilakukan minggu lalu, laman sosial Amy Search dihujani dengan kata-kata tidak puas hati oleh para peminat yang mempertikaikan keputusannya.

Baca : Shila Amzah Terasa Hati Tak Dijemput Ke AIM21?  

Sumber : katakcomel.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif