Showing posts with label Amy Search Dikritik Takde Pendirian. Show all posts
Showing posts with label Amy Search Dikritik Takde Pendirian. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Amy Search Dikritik Takde Pendirian

Penonton yang mengikuti program Mentor Legend yang sedang hangat disiarkan di TV3 pasti tahu akan ‘rebattle’ yang diadakan untuk memilih semula protege penyanyi rock terkenal, Amy Search.



Ia sekaligus memberi peluang kepada Sarah, 19, yang sebelum ini tersingkir di samping mengetepikan Zelmi, 24, yang terpilih sebelumnya.

Artikel Terdahulu :  

Justeru, ramai yang mengkritik Amy tak mempunyai pendirian tetap dan ia tidak seharusnya berlaku pada seseorang yang bergelar ‘otai’ dalam industri muzik.

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro, penyanyi itu punyai jawapannya yang tersendiri:

“Sebelum ini saya tak memilih Sarah bukan kerana dia tidak bagus. Sebenarnya memang agak payah untuk memilih salah seorang apabila kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing. Tambahan pula mereka adalah dua peserta terbaik yang dipilih ketika uji bakat.

“Jujur saya agak keliru ketika itu. Namun, selepas mengambil kira pelbagai faktor saya sedar Zelmi belum begitu bersedia untuk menghadapi tekanan di pentas. Sebaliknya Sarah, walaupun masih muda, saya nampak usahanya mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

“Kerana itu, saya mengembalikan kedua-duanya di konsert ‘rebattle’ kerana saya tidak mahu mempersiakan bakat peserta yang benar-benar menginginkan kejayaan di pertandingan ini,” jelasnya.

Ha, janganlah marah-marah dengan Amy…

Lagipun dia memang punyai hak untuk mencari protege yang benar-benar memenuhi kriteria yang diingininya untuk program ini.

Sekurang-kurangnya Amy tidaklah terlalu ‘berdrama’ masa nak pilih protege macam Mas Idayu, tak gitu?


Baca : Mamat Exist Buat Ifa Raziah Menangis 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif