Showing posts with label Mentor Legend. Show all posts
Showing posts with label Mentor Legend. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

Mas Idayu Didakwa Cekik Zuan Azmi

Anda mesti kenal pengacara dan wartawan sensasi Zuan Azmi bukan? Saban minggu muncul di program hiburan Melodi selain kini menjadi hos belakang pentas untuk program Mentor Legend di TV3. Ada kisah menarik dari belakang pentas katanya semalam.


Mas Idayu Didakwa Cekik Zuan Azmi , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, mas idayu, mentor legend

Melalui akaun Twitter beliau, Zuan Azmi menulis yang Mas Idayu yang sebelum ini pernah menjadi bualan apabila naik angin dengan peserta uji bakat Mentor Legend telah mencekik dan menyerang beliau ketika salah satu slot belakang pentas Ahad lalu.


Mas Idayu Didakwa Cekik Zuan Azmi , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, mas idayu, mentor legend

Dalam temubual ringkas bersama kami, Zuan Azmi berkata yang Mas Idayu juga ada mencekik & menyerang beliau ketika rehearsal dijalankan dan telah diberi nasihat untuk tidak mengulanginya ketika siaran langsung namun perkara itu tidak diendahkan.

“Sebab dia perempuan, kalau dia lelaki memang saya sudah lawan balik sebab saya diajar untuk hormat perempuan. Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap professional apabila asyik dikenakan soalan panas,” ujarnya.

Sekali baca seakan Mas Idayu mahu bergurau dengan hos Mentor Legend itu namun kenyataan dari Zuan Azmi tidak menunjukkan perkara ini seperti boleh dibuat main. Kalau asyik kenakan artis dengan soalan panas, apa salahnya sesekali kena cekik ‘kan?

Sumber : rotikaya.com

[VIDEO] : Adira Terjatuh Di Konsert Mentor Legend

Semalam telah berlangsung konsert Mentor Legend battle ketiga diantara Fahmie, Sarah dan Tuah daripada kumpulan A.


[VIDEO] : Adira Terjatuh Di Konsert Mentor Legend, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Adira AF, Mentor Legend


Setiap protege dikehendaki berduet bersama dengan artis undangan pilihan mereka. Protege Mas Idayu iaitu Tuah membuat pilihan yang tepat apabila menjemput Adira sebagai pasangan duetnya. Namun sejurus tamat persembahan, Adira terjatuh di atas pentas?

Jatuh Terduduk




Pada konsert Mentor Legend semalam, lagu Ombak Rindu dan Muara Hati didendangkan oleh Tuah dan Adira. Namun pakaian yang dipakai oleh Adira seolah membataskan pergerakannya sehingga jatuh terduduk saat melangkah keluar pentas.

No One Is Laughing – Pak Nil


[VIDEO] : Adira Terjatuh Di Konsert Mentor Legend, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Adira AF, Mentor Legend

Mujur ada Awal yang membantu mengangkat Adira. Aksi Adira ini turut mendapat perhatian Pak Nil. Normal lah tu jatuh kan? Apa-apa pun suara Adira memang best!

Tuah Tersingkir



[VIDEO] : Adira Terjatuh Di Konsert Mentor Legend, adira AF, gossip, Hiburan, info, Mentor Legend, sensasi, terkini,

Tahniah kepada Sarah dan Fahmie kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Nasib tidak menyebelahi Tuah kerana gagal layak ke peringkat seterusnya, dibezakan hanya dengan 2 mata!

Protege Amy Search, Sarah cemerlang mengungguli kedudukan kumpulan A.

Sumber : ohbulan.com

Tuesday, December 16, 2014

Amy Search Dikritik Takde Pendirian

Penonton yang mengikuti program Mentor Legend yang sedang hangat disiarkan di TV3 pasti tahu akan ‘rebattle’ yang diadakan untuk memilih semula protege penyanyi rock terkenal, Amy Search.



Ia sekaligus memberi peluang kepada Sarah, 19, yang sebelum ini tersingkir di samping mengetepikan Zelmi, 24, yang terpilih sebelumnya.

Artikel Terdahulu :  

Justeru, ramai yang mengkritik Amy tak mempunyai pendirian tetap dan ia tidak seharusnya berlaku pada seseorang yang bergelar ‘otai’ dalam industri muzik.

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro, penyanyi itu punyai jawapannya yang tersendiri:

“Sebelum ini saya tak memilih Sarah bukan kerana dia tidak bagus. Sebenarnya memang agak payah untuk memilih salah seorang apabila kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing. Tambahan pula mereka adalah dua peserta terbaik yang dipilih ketika uji bakat.

“Jujur saya agak keliru ketika itu. Namun, selepas mengambil kira pelbagai faktor saya sedar Zelmi belum begitu bersedia untuk menghadapi tekanan di pentas. Sebaliknya Sarah, walaupun masih muda, saya nampak usahanya mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

“Kerana itu, saya mengembalikan kedua-duanya di konsert ‘rebattle’ kerana saya tidak mahu mempersiakan bakat peserta yang benar-benar menginginkan kejayaan di pertandingan ini,” jelasnya.

Ha, janganlah marah-marah dengan Amy…

Lagipun dia memang punyai hak untuk mencari protege yang benar-benar memenuhi kriteria yang diingininya untuk program ini.

Sekurang-kurangnya Amy tidaklah terlalu ‘berdrama’ masa nak pilih protege macam Mas Idayu, tak gitu?


Baca : Mamat Exist Buat Ifa Raziah Menangis 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, December 10, 2014

Video Parodi Mas Idayu Keliru Pilih Protege

Korang tengok tak Mentor Legend baru baru ini? Mesti korang ingat lagi kan drama sebabak Mas Idayu yang betul-betul keliru masa nak pilih protege.


Video Parodi Mas Idayu Keliru Pilih Protege, info, terkini,hiburan, sensasi, mas idayu, mentor legend,

Difahamkan Mas Idayu berkeras untuk memilih kedua-dua protegenya iaitu Firdaus dan Tuah untuk mengharungi saingan Mentor Legend. Sampaikan pengacara pada malam itu, Awal Ashaari pun kena warning.

Gelagat Mas Idayu yang menjadi viral di laman Facebook itu akhirnya dijadikan parody oleh dua orang jejaka dari Singapura ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Bonda Bedah & Mak Temah.

Ala korang mesti dah selalu tengok mereka berdua ini. Hari itu masa Mas Idayu bergaduh dengan dengan salah seorang peserta ujibakat Mentor Legend pun mereka berdua ini ada buat video parody.

Video Parodi Mas Idayu Keliru Pilih Protege, info, terkini,hiburan, sensasi, mas idayu, mentor legend,
 

Memang kelakar gila lah. Ini kalau Mas Idayu tengok mesti dia pun gelak sekali. Akak nak coklat yang mana? Akak nak beli ke tak nak? Haha 




Baca : Penyanyi Salwa Razak Hidup Mewah Kerana Ditaja 

Monday, December 8, 2014

Punca Amy Search Tukar Protege Mentor Legend

Otai rock, Amy Search dikatakan tidak berpuas hati dengan protege yang dipilihnya. Jadi, Amy Search telah membuat saringan semula untuk menukar protege yang telah dipilihnya pada minggu lepas.


Punca Amy Search Tukar Protege Mentor Legend, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Mentor Legend, Amy Search

Kepada mereka yang mungkin tidak tahu, Amy Search telah memilih Zulhimi pada minggu lepas tetapi malam semalam, Zulhimi sekali lagi telah bertarung dengan Sarah (protege yang tidak dipilih). Akhirnya Amy Search telah membuat keputusan untuk membimbing Sarah untuk Mentor Legend dan mengenepikan Zulhimi.

Apa pun ketika pemilihan Zulhilmi dilakukan minggu lalu, laman sosial Amy Search dihujani dengan kata-kata tidak puas hati oleh para peminat yang mempertikaikan keputusannya.

Baca : Shila Amzah Terasa Hati Tak Dijemput Ke AIM21?  

Sumber : katakcomel.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif