Showing posts with label Farah Asyikin. Show all posts
Showing posts with label Farah Asyikin. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

Farah Asyikin Mahu Pertahankan Rumah Tangga

Penyanyi Farah Asyikin menjelaskan dia tidak mahu perkahwinan keduanya dengan Zaahier Stanley berakhir dengan perceraian biarpun masalah rumah tangga mereka kini telah pun dibawa ke mahkamah syariah.


Farah Asyikin Mahu Pertahankan Rumah Tangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Farah Asyikin,

Farah, 35, berkata, mereka berdua sedang berusaha memperbaiki masalah yang berlaku selain memikirkan masa depan anak lelaki mereka, Ebrahim Owais yang baharu sahaja berusia lapan bulan.

"Biarpun kes kami dibawa ke mahkamah tetapi kami masih suami-isteri yang sah dan apa yang boleh saya katakan kami masing-masing sedang berusaha memperbaiki keadaan.

"Apa yang saya minta doa daripada semua agar kami dapat mengharungi saat getir ini sekaligus menjernihkan keadaan kerana perceraian adalah jalan terakhir," katanya.

Nama Farah dan Zaahier dilihat berada di papan kenyataan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dekat sini berhubung permohonan perceraian mereka pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun Fara dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula.

Dalam pada itu, Farah berkata, biarpun sudah tidak tinggal sebumbung hampir tujuh bulan lalu namun hubungan mereka berdua masih baik dan sering berjumpa demi anak mereka.

"Buat masa sekarang saya tinggal bersama keluarga di Taman Tun Dr Ismail dan bersyukur mereka sentiasa memberi semangat kepada saya untuk mengharungi dugaan ini.

"Saya dan suami masih berhubung biarpun tidak tinggal sebumbung malah kami ada bertemu untuk bertanya khabar dan melawat Ebrahim," katanya.

Farah dan Zaaher iaitu warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari tahun lalu selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Baca : Punca Angelina Jolie Culik & Ugut Chris Martin 

Sumber : mstar.com.my

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, December 18, 2014

Giliran Farah Asyikin Fail Cerai

Tiada angin, tiada ribut, rumah tangga yang dibina Farah Asyikin sejak 2 tahun lalu bergolak selepas pasangan ini dilaporkan bakal bercerai.

Giliran Farah Asyikin Fail Cerai, info, terkini, hiburan, sensasi, Farah Asyikin, gosip, sensasi, kontroversi

Nama Farah Asyikin dan pasangannya, Zaahier Stanley dipapar di papan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. 

Pun begitu, Fara dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula.

Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada 15 Februari 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Baca : Komik Kampung Boy Raih Anugerah Di Jepun  

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif