Alahai seronoknya tengok pasangan yang dah berkahwin. Ada je benda romantik dan sweet yang boleh dibuat bersama pasangan.
Contohnya macam Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai yang lena tidur berbaringan di pangkuan Fasha sambil diapit anak sulung mereka, Putra Rayfal.
Memang betul Fasha masih dalam berpantang, tapi perkara tersebut langsung tak menghalang pasangan ini untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka.
Memang betul Fasha masih dalam berpantang, tapi perkara tersebut langsung tak menghalang pasangan ini untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka.
Bukan apa, sejak kebelakangan ni kita sering dengar kisah mengenai si suami yang lupa anak bini dan berfoya-foya di luar sewaktu isteri mengandung dan berpantang. Kan lagi elok suami duduk di rumah dan membantu menguruskan anak serta isteri, tak gitu? So, mungkin Jejai boleh menjadi contoh suami dan bapa yang terbaik untuk lelaki di luar sana. Hehe!
Tapi sebenarnya ada perkara yang tak enak berlaku apabila terdapat seorang individu mempertikaikan tindakan Fasha yang keluar bersarapan walaupun masih dalam mod berpantang.
Tanpa berdiam diri, Fasha membalas komen tersebut dengan penjelasan yang panjang berjela dan mempertikaikan semula soalan individu berkenaan.

Tak mengapalah, yang penting ke mana sahaja Fasha pergi tetap bersama Jejai. Sekurang-kurangnya, suami ada di samping Fasha kalau sesuatu berlaku.
Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri
Sumber : ohbulan.com