Semalam kami bawakan kepada korang semua koleksi foto Fasha Sandha sekeluarga bersama-sama anak Nora Danish, Rayqal bercuti di Bangkok.
Rupa-rupanya Nora Danish pun sedang bercuti di Cameron Highland bersama kekasih hati, Nedim Nazri ditemani oleh Dimorian Crew. Seronoknya lah bercuti memanjang…
Kalau tak salah kami, pemandangan cantik ni adalah daripada The Smokehouse Hotel yang famous di Cameron Highland tu. Boleh tahan juga harga di situ tau.
Bila kami tengok gambar ni, maka kami memang yakin bahawa ini adalah ‘The Smokehouse Hotel’. Mana taknya, rekaan hotel ni memang unik dan lain daripada yang lain.
Thumbs up! Bahagia rasanya tengok hubungan dua orang pelakon jelita ini semakin akrab. Nampaknya mereka sedikit pun tak terkesan dengan pelbagai provokasi yang diterima.
Kalau anda nak tahu, mereka berdua mengambil foto ini semasa menyambut ulangtahun anak Nora Danish yang ke 6 malam semalam. Katanya ada buat kenduri doa selamat secara kecil-kecilan untuk anak kesayangannya itu.
Nora Danish antara salah seorang artis tempatan yang kami kira kalau umurnya 50 tahun nanti pun, tetap akan nampak seperti anak dara.
Mana taknya, kalau sekarang ini Nora yang berusia 30-an pun masih kelihatan awet muda, apatah lagi bila sudah bergelar nenek nanti.
Sebab tu apabila Nora menukar gaya rambut terbarunya sempena tahun baru, ibu muda ini terus kelihatan seperti budak sekolah menengah. Kami rasa tercabar!
Mengaku Nampak Muda 3 Tahun
Apa salahnya berangan. Yang penting apa yang dikatakan Nora itu memang fakta. Kami sendiri setuju dengan angan-angan Nora. Hehe.
Kadang-kadang kami tak faham dengan sesetengah golongan yang tanpa segan silu meninggalkan komen berbaur lucah dan kurang sopan di laman sosial popular secara terbuka. Lagi tak faham bila gambar sesuci lebaran ini pun boleh jadi bahan nakal.
Kalau Nora pun dah lali dengan komen sebegitu, perlukah kita nak berdebat dan turut bergaduh? Apapun, kami bagi lima bintang untuk rambut baru Nora!
Baca : Keluarga Paul Walker Failkan Saman Tuntut Koleksi Kereta Anaknya
Pelakon comel Nora Danish memang dah tak sorok-sorok dah hubungannya dengan Nedim Nazri. Setiap hari ada sahaja gambar-gambar terbaharu mereka yang dikongsikan Nora di laman Instagram miliknya.
Yang terbaharu, Nora dan rakan-rakan baiknya telah bercuti ke pulau peranginan terkenal di Indonesia, Bali untuk meraikan ulang tahun kelahiran ke-31 teman lelakinya itu.
Bukan main romantis gambar-gambar yang dimuat naik Nora malah aktres ini juga memberi ucapan hari lahir yang penuh bermakna buat Nedim.
Memang bertuah badan Nedim dapat Nora, bukan sahaja cantik dan comel, malah seorang yang romantis juga dalam menyusun ayat-ayat cinta nan indah untuk ditujukan buat jejaka yang paling rapat dengannya kini.
Nedim Nazri Aziz, born on 9th Dec 1983 and that makes him a Sagitarius baby. What can I describe about this gangsta lookin cutie? He is definitely a… Loving Caring Responsible Patient Kind Generous Sensitive Selfless Stylish Funny
Friend/bf. He’s just perfect they way he is. Happy birthday to the man of my dreams, May u stay blessed & get everything u wish for. May God pour all His love and care on u. Remember that ur best years are still ahead of u and I’ll be there to every ups, down and in between InsyaAllah. Have a rockin’ birthday bamm !!!
Masing-masing pun dah nampak macam sangat serasi bersama, pastinya peminat-peminat Nora tertanya-tanya bila pasangan ni nak melangkah ke fasa perkahwinan pula ye?
Rasanya ini bukanlah kali pertama Nora Danish dan kekasihnya, Nedim Nazri bercuti bersama. Kali ini, mereka bercuti lagi, haa, korang mesti tak percaya jika kami kata mereka ke Bali buat kesekian kalinya kan?
Betul, kami tak tipu. Melalui laman Instagram Nora, nampaknya, pasangan ini tiba di Bali semalam. Fuh! Rasanya baru bulan lepas mereka ke sana.
Nampaknya, percutian kali ini tentulah lebih bermakna. Mana taknya, dengar khabar, Nora sambut hari lahir kekasihnya tau! Untunglah Nedim, sambut birthday sampai ke Bali.
Kalau korang nak tahu, kerana Nora adalah seorang girlfriend yang sweet, dia telah memuat naik sebuah video khas buat Nedim, penuh dengan kata-kata yang paling manis tahap boleh dapat diabetes.
Kata Nora, video tersebut adalah milik peribadinya, tapi terpaksa di muat naik kerana tahap kecomelan Nedim yang tinggi. Tak percaya? Tengok sendiri.
Pelakon Nora Danish adalah antara artis yang mengenakan caj periklanan produk tertinggi menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Nora mengenakan caj antara RM1,500 sehingga RM3,000 bersesuaian dengan jumlah opengikutnya yang ramai di laman sosial berkenaan iaitu mencecah 1.4 juta orang.
Bayaran RM1,500 dikenakan Nora adalah bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.
Caj sebanyak RM3,000 pula untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama.
Bagi hari Sabtu dan Ahad pula, kos yang sama dikenakan itu RM3,000.
Dalam pada itu, model Raisyyah Rania (Felixia Yeap) yang mempunyai 214 ribu pengikut mengenakan caj mengikut pakej-pakej tertentu di mana dia akan membuat iklan sebanyak dua kali di Instagram dan sekali di Facebook dengan harga RM2,000.
Bagi tiga kali periklanan di Instagram, model itu meletakkan harga RM2,500.
Bagaimanapun penyanyi Fynn Jamal (408 ribu pengikut) meletakkan harga diantara RM200 hingga RM500 di mana caj yang dikenakan mengikut kemampuan peniaga Instagram berkenaan.
Begitu juga dengan pengacara Nana Mahazan (177 ribu pengikut) yang meletakkan harga di bawah RM500 mengikut perbincangan yang dibuat dengan penjual iklan.
Fizo Omar
Aktor Fizo Omar yang mempunyai 380,000 pengikut mengenakan caj di bawah RM1,000 dan akan memberikan diskaun pada masa-masa tertentu kepada mana-mana pengikut laman sosial berkenaan yang mahu mengiklankan produk mereka.
Menurut Fizo yang dihubungi mStar Online, dia menganggap perkhidmatan IG Review iaitu periklanan di laman sosial Instagram atis adalah satu kaedah baru dalam dunia perniagaan dalam mempromosikan sesebuah produk.
"Saya percaya, konsep peniaga memerlukan bantuan artis yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi bagi mempromosikan kedai online masing-masing adalah cara baru dalam perniagaan.
"Dan saya rasa, tidak salah jika seseorang selebriti itu mengenakan caj tertentu. Lagipun tidak ada yang percuma sekarang ini.
"Cuma saya harap, bagi pihak artis, janganlah letak harga yang begitu tinggi sehingga membebankan peniaga-peniaga yang baru ingin menapak," katanya.
Sebut harga Raisyyah Rania
Sementara itu, salah seorang peniaga Instagram yang dikenali sebagai Ela ketika dihubungi mStar Online berkata, terdapat segelintir artis yang mengambil kesempatan terhadap peniaga-peniaga online apabila mengenakan harga yang tidak munasabah bagi setiap promosi yang dimuatnaik di Instagram.
"Biasanya, artis yang mempunyai lebih daripada 800 ribu pengikut akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Saya anggap perkara ini tidak patut kerana hasil yang diterima daripada peniaga hanyalah mendapat penambahan pengikut di Instagram sahaja dan yang membeli pula tidak ramai," ujarnya.
Bagaimanapun Ela berkata, ada juga kebanyakan artis yang mengenakan cas yang relevan mengikut kemampuan peniaga itu sendiri di mana para peniaga turut memberi harga diskaun bagi mana-mana barangan yang ingin dibeli oleh artis berkenaan.
Ketika ini trend orang ramai mumuat naik status promosi produk masing-masing di status yang dimuat naik oleh kebanyakan artis semakin menjadi-jadi menyebabkan kaedah IG Review ini terpaksa diperkenalkan.
Para artis akan mempromosikan produk-produk berkenaan selepas persetujuan dicapai bersama pelanggan termasuk kaedah pembayaran.
Baca : Liyana Jasmay Mengaku Kenalkan Pemuda Kepada Intan Ladyana