Showing posts with label instagram. Show all posts
Showing posts with label instagram. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Erra Fazira ‘Mengamuk’ Di Instagram?

Teruknya perangai manusia sekarang. Berani dorang menggunakan gambar-gambar artis semata-mata untuk melariskan produk tanpa kebenaran. Kalau tak silap Dato’ Siti kita pun pernah terkena dengan manusia yang tidak bertanggungjawab camni.


Erra Fazira ‘Mengamuk’ Di Instagram?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Erra Fazira, Instagram

“Dato’ Siti Nurhaliza Kesal Peniaga Produk Guna Gambarnya“. Tak serik-serik peniaga camni kan, kali ni Erra Fazira, Primadona kita tu pun kena juga. Haaa mana orang tak hangin. Sesuka hati je, entah-entah kandungan dalam produk tu pun mengandungi barang terlarang. Kalau dah sanggup menipu camni tak mustahil kan dorang pun berani letak bukan-bukan untuk menampakkan hasil yang berkesan. Hmmm takut pula rasanya dengan produk-produk kecantikan yang bersepah kat luar sana.

Tak takut ke dengan undang-undang negara dek oii, undang-undang Tuhan apa lagi kan. Kasihan la kat orang kalau ada yang terpedaya, boleh mengundang macam-macam masalah tau. Silap-silap orang yang terpedaya tu pergi serang artis tu tak pasal-pasal. Jom tengok kat bawah ni antara gambar yang Erra kongsikan di Instagram berkenaan peniaga produk yang tak pandai menipu pelanggannya.

Punca Erra Fazira Mengamuk


    “THIS IS TOO MUCH. MASYAALLAH.
    Macam tak tahu undang2 negara dan etika bekerja!!
    Bangsa dan ugama apa sekalipun tentu ada dosa pahala.. Membuat PEMBOHONGAN SECARA TERANG2AN begini.. tidak takut undang2.. tidak mustahil mereka tidak takut untuk meletak bahan2 TERLARANG DIDALAMNYA.
    Tolong jangan sokong mereka yg tidak btanggungjwb ini!
    Pandai mereka cipta cerita.. berani letak gambar.. mereka berani menipu secara terbuka. Bayangkanlah org yg bagaimana mereka ini.. HATI2 DGN PRODUK INI!”

Erra Fazira ‘Mengamuk’ Di Instagram?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Erra Fazira, Instagram

Haaa marah la dek oii. Bukannya Erra kedekut gambar untuk mempromosikan produk korang, tapi sebelum pape minta la kebenaran dahulu dan produk korang pun mesti la disahkan dulu keselematan penggunaannya. Nanti Erra pula yang jadi mangsa dipersalahkan. Semua perkara perlukan perbincangan jangan main hentam je buat pape kan. Pape pun nasihat kami, berniagalah dengan berhemah dan fikirkanlah keselamatan pengguna. Jangan disebabkan mahukan keuntungan, kesan sampingan dan keselamatan pengguna diabaikan.

Sumber : gosipmalaysia.com

Tuesday, December 2, 2014

Nora Danish Antara Artis Kenakan Caj Iklan Di Instagram Tertinggi

Pelakon Nora Danish adalah antara artis yang mengenakan caj periklanan produk tertinggi menerusi laman sosial Instagram miliknya.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, instagram, nora danish, caj iklan instagram

Nora mengenakan caj antara RM1,500 sehingga RM3,000 bersesuaian dengan jumlah opengikutnya yang ramai di laman sosial berkenaan iaitu mencecah 1.4 juta orang.

Bayaran RM1,500 dikenakan Nora adalah bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.

Caj sebanyak RM3,000 pula untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama.

Bagi hari Sabtu dan Ahad pula, kos yang sama dikenakan itu RM3,000.

Dalam pada itu, model Raisyyah Rania (Felixia Yeap) yang mempunyai 214 ribu pengikut mengenakan caj mengikut pakej-pakej tertentu di mana dia akan membuat iklan sebanyak dua kali di Instagram dan sekali di Facebook dengan harga RM2,000.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, instagram, nora danish, caj iklan instagram

Bagi tiga kali periklanan di Instagram, model itu meletakkan harga RM2,500.

Bagaimanapun penyanyi Fynn Jamal (408 ribu pengikut) meletakkan harga diantara RM200 hingga RM500 di mana caj yang dikenakan mengikut kemampuan peniaga Instagram berkenaan.

Begitu juga dengan pengacara Nana Mahazan (177 ribu pengikut) yang meletakkan harga di bawah RM500 mengikut perbincangan yang dibuat dengan penjual iklan.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, instagram, nora danish, caj iklan instagram
Fizo Omar

Aktor Fizo Omar yang mempunyai 380,000 pengikut mengenakan caj di bawah RM1,000 dan akan memberikan diskaun pada masa-masa tertentu kepada mana-mana pengikut laman sosial berkenaan yang mahu mengiklankan produk mereka.

Menurut Fizo yang dihubungi mStar Online, dia menganggap perkhidmatan IG Review iaitu periklanan di laman sosial Instagram atis adalah satu kaedah baru dalam dunia perniagaan dalam mempromosikan sesebuah produk.

"Saya percaya, konsep peniaga memerlukan bantuan artis yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi bagi mempromosikan kedai online masing-masing adalah cara baru dalam perniagaan.

"Dan saya rasa, tidak salah jika seseorang selebriti itu mengenakan caj tertentu. Lagipun tidak ada yang percuma sekarang ini.

"Cuma saya harap, bagi pihak artis, janganlah letak harga yang begitu tinggi sehingga membebankan peniaga-peniaga yang baru ingin menapak," katanya.

Sebut harga Raisyyah Rania

Sementara itu, salah seorang peniaga Instagram yang dikenali sebagai Ela ketika dihubungi mStar Online berkata, terdapat segelintir artis yang mengambil kesempatan terhadap peniaga-peniaga online apabila mengenakan harga yang tidak munasabah bagi setiap promosi yang dimuatnaik di Instagram.

"Biasanya, artis yang mempunyai lebih daripada 800 ribu pengikut akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Saya anggap perkara ini tidak patut kerana hasil yang diterima daripada peniaga hanyalah mendapat penambahan pengikut di Instagram sahaja dan yang membeli pula tidak ramai," ujarnya.

Bagaimanapun Ela berkata, ada juga kebanyakan artis yang mengenakan cas yang relevan mengikut kemampuan peniaga itu sendiri di mana para peniaga turut memberi harga diskaun bagi mana-mana barangan yang ingin dibeli oleh artis berkenaan.

Ketika ini trend orang ramai mumuat naik status promosi produk masing-masing di status yang dimuat naik oleh kebanyakan artis semakin menjadi-jadi menyebabkan kaedah IG Review ini terpaksa diperkenalkan.

Para artis akan mempromosikan produk-produk berkenaan selepas persetujuan dicapai bersama pelanggan termasuk kaedah pembayaran.

Baca : Liyana Jasmay Mengaku Kenalkan Pemuda Kepada Intan Ladyana  

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif