Showing posts with label alif satar. Show all posts
Showing posts with label alif satar. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Alif Satar Muatnaik Gambar Ultrasound Baby Girl Di Instagram

Umum mengetahui yang penyanyi dan juga pengacara TV Alif Satar mendirikan rumah tangga dengan Sha Dila Halid pada 15 September 2014.


Alif Satar Muatnaik Gambar Ultrasound Baby Girl Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, Alif Satar


“Hey baby girl, i can’t wait to kiss and sniff you..hurry up already!”, Kapsyen ditulis Alif Satar di laman Instagramnya. Bagaimanapun kami belum pasti berapa usia bayi Alif Satar dan Sha.

Sebelum ini sekitar November lalu, Alif Satar pernah mengumumkan bakal menjadi seorang bapa dengan menulis “Yes it is but still so early to announce.”

Nampaknya dalam menimba ilmu menjadi seorang bapa terbaik, Alif Satar sempat membeli buku panduan bapa “The New Dad’s” sebagai rujukan.

Apapun, semoga keluarga ini terus bahagia dan didoakan agar kandungan isteri Alif sihat dan selamat sehingga sampai waktu untuk melahirkan anak nanti.

Sekeping gambar Ultrasound baby girl yang di muat naik oleh Aliff di Instagram miliknya mengambarkan keterujaan beliau bergelar ayah beberapa bulan lagi.
 

Alif Satar Muatnaik Gambar Ultrasound Baby Girl Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, Alif Satar

Alif Satar Muatnaik Gambar Ultrasound Baby Girl Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, Alif Satar

Sumber :  kezoom.blogspot.com

Thursday, December 4, 2014

Alif Satar Sahkan Isterinya Kini Hamil 3 Bulan

Penyanyi dan pengacara, Alif Satar mengesahkan isterinya Shadila kini sedang hamil tiga bulan.


Alif Satar Sahkan Isterinya Kini Hamil 3 Bulan, info, terkini, hiburan, sensasi, alif satar, shadila


Alif Satar yang baru sahaja membawa Shadila melakukan pemeriksaan bulanan memberitahu dia sangat teruja melihat perkembangan bayinya dalam kandungan ketika ultrascan dilakukan ke atas perut isterinya.

"Alhamdulilah saya isteri kini sedang hamil 12 minggu. Memang teruja melihat perkembangan  bayi dalam kandungan isteri sekarang.
"Bayangkan, baru sahaja berusia 12 minggu dia kini kelihatan sudah sempurna sifatnya ketika kami buat pemeriksaan bulanan di sebuah hospital kemarin.

"Lebih yang membuatkan saya teruja adalah bayi sangat aktif dan dia sudah mula bergerak gerak dan memusingkan badannya ketika pemeriksaan ultrasound  dilakukan," katanya kepada portal murai.com.my selepas sesi muraichat.

Bercerita mengenai  keadaan isterinya, pelatun lagu Akhiri Penantianku akui Shadila mengalami alahan yang agak teruk ketika  trimester  pertama.
"Dia alamai alahan yang agak teruk juga hinggakan apa sahaja yang dimakannua pasti akan dimuntahkan kembali.

"Saya pula kasihan melihat keadannya begitu, namun saya cuba  untuk sentiasa ada bersamanya setiap masa," ujarnya.

Pasangan  ini telah bernikah pada 15 September lalu. Alif tercalon dalam  kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri  Muzik ke 21 (AIM 21) yang akan berlangsung pada 6 Dis di PWTC.

Baca : Atilia tidak sabar timang cahaya mata 
Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, November 19, 2014

Alif Satar bakal timang cahaya mata

Penyanyi dan pengacara, Alif Satar bakal menimang cahaya matanya yang pertama selepas mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Sha Dila pada September lalu.


Alif Satar bakal timang cahaya mata, info, terkini, hiburan, sensasi, alif satar,

Memetik laporan Sinar Harian, berita tersebut diketahui menerusi perbualan isterinya, di laman Instagaram bersama rakan-rakannya dua minggu lalu.

Dalam perbualan tersebut, rakan-rakannya mengucapkan tahniah kerana pasangan tersebut bakal bergelar ibu dan bapa.

Isteri Alif yang dikenali sebagai Shad, juga turut mengakui hal tersebut dengan menulis, "Yes it is but still so early to announce."

Tahniah di ucapkan kepada Alif Satar dan pasangan kerana bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

Pasangan tersebut di ijabkabulkan pada 15 September lalu dan mengadakan majlis persandingan pada minggu yang sama iaitu pada 20 September 2014.

Baca : Neelofa Kini Mampu Miliki Pejabat Mewah 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif