Showing posts with label shadila. Show all posts
Showing posts with label shadila. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Alif Satar Sahkan Isterinya Kini Hamil 3 Bulan

Penyanyi dan pengacara, Alif Satar mengesahkan isterinya Shadila kini sedang hamil tiga bulan.


Alif Satar Sahkan Isterinya Kini Hamil 3 Bulan, info, terkini, hiburan, sensasi, alif satar, shadila


Alif Satar yang baru sahaja membawa Shadila melakukan pemeriksaan bulanan memberitahu dia sangat teruja melihat perkembangan bayinya dalam kandungan ketika ultrascan dilakukan ke atas perut isterinya.

"Alhamdulilah saya isteri kini sedang hamil 12 minggu. Memang teruja melihat perkembangan  bayi dalam kandungan isteri sekarang.
"Bayangkan, baru sahaja berusia 12 minggu dia kini kelihatan sudah sempurna sifatnya ketika kami buat pemeriksaan bulanan di sebuah hospital kemarin.

"Lebih yang membuatkan saya teruja adalah bayi sangat aktif dan dia sudah mula bergerak gerak dan memusingkan badannya ketika pemeriksaan ultrasound  dilakukan," katanya kepada portal murai.com.my selepas sesi muraichat.

Bercerita mengenai  keadaan isterinya, pelatun lagu Akhiri Penantianku akui Shadila mengalami alahan yang agak teruk ketika  trimester  pertama.
"Dia alamai alahan yang agak teruk juga hinggakan apa sahaja yang dimakannua pasti akan dimuntahkan kembali.

"Saya pula kasihan melihat keadannya begitu, namun saya cuba  untuk sentiasa ada bersamanya setiap masa," ujarnya.

Pasangan  ini telah bernikah pada 15 September lalu. Alif tercalon dalam  kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri  Muzik ke 21 (AIM 21) yang akan berlangsung pada 6 Dis di PWTC.

Baca : Atilia tidak sabar timang cahaya mata 
Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif