Showing posts with label kumpulan Jalor. Show all posts
Showing posts with label kumpulan Jalor. Show all posts

Friday, January 9, 2015

MLM 2014: Joey Terkilan Dengan Komen Juri Di Minggu Ke-9

Setelah selesai kesemua superhero membuat persembahan di minggu ke-9 Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) akhirnya nasib tidak menyebelahi Jalor kerana telah tersingkir.


MLM 2014: Joey Terkilan Dengan Komen Juri Di Minggu Ke-9, Info, terkin, hiburan, MLM2014, Kumpulan Jalor,


Malam bertemakan ‘Seram’ tidak berpihak kepada Jalor dan lawaknya seakan-akan hambar dan tidak menjadi sehingga penonton tidak ketawa terbahak-bahak.

Mendapat komen yang membina dan berbisa daripada Dato’ Jalaluddin Hassan membuatkan anggota kumpulan Jalor Joey agak tersentap sedikit dengan komen telah yang diberikan.

Artikel Terdahulu :  

Joey menanyakan sendiri kepada Dato’ Jalaluddin Hassan adakah beliau tidak meminati kumpulan Jalor?

Dato Jalaluddin menjawab beliau sayangkan semua superhero MLM2014 cuma kalau ada kekurangan menjadi tanggungjawab dirinya untuk memberi komen.


Kini tinggal 7 lagi kumpulan yang bakal berentap untuk bergelar juara iaiu Sepahtu, Shiro, SYJ,Bocey,Nabil,Zero dan Virus.

Kepada semua penonton setia MLM, teruskan mengundi superhero kesukaan anda yang disiarkan secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam setiap hari Jumaat.

Bermula pada pukul 10 malam dan boleh juga ditonton di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)

Baca : Dilantik Jadi Duta, Fizz Fairuz Anggap Rezeki Anak  

Sumber : murai.com.my

MLM 2014: Punca Kumpulan Jalor Tersingkir

Kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along terpaksa menerima hakikat apabila diumumkan sebagai peserta Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang disingkirkan pada minggu ini.


MLM 2014: Punca Kumpulan Jalor Tersingkir, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Kumpulan Jalor, MLM2014

Malam bertemakan 'Cerita Seram' menyaksikan tiga kumpulan berada di 'bottom three' iaitu Jalor, SYJ dan peserta feveret Zero.

Bagaimanapun Jalor terpaksa akur apabila nama kumpulan mereka diumumkan juri, Datuk Jalaluddin Hassan.

Sebelum meninggalkan pentas, Joey sempat memohon maaf kepada para penonton terutama peminat mereka.

"Apa yang saya nak cakap di sini, terus-terang berdirinya kami di sini bukannya nak mengaibkan atau merendahkan mentaliti orang-orang di luar sana.

"Kami berada di sini, kami mengabaikan anak bini kami mencari idea dan ruang semata-mata untuk menghiburkan anda semua," kata Joey seolah-olah memulang paku buah keras kepada komen Datuk Jalaluddin sebelum itu.

Pada kesempatan itu Joey turut mengucapkan terima kasih kepada Rahim kerana berani membawanya dan Along ke pentas MLM 2014 bersama Jalor.

Walaupun di awal rancangan Jalor menduduki kedudukan teratas, namun mereka menerima bahawa rezeki Jalor terhenti pada malam ini (Jumaat).

MLM 2014 disiarkan secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam setiap Jumaat, bermula pukul 10 malam dan boleh ditonton di Astro Warna saluran 132 dan Mustika HD saluran 134.

Minggu hadapan, tinggal 7 lagi peserta iaitu SYJ, Zero, Virus, Sepahtu, Shiro, Bocey dan Nabil yang bakal berentap sehingga ke pusingan seterusnya.

Jangan lupa...teruskan undian anda ya!

Baca : Punca Arja Lee Sudah Tiada Pengurus  

Sumber : astrogempak.com.my

Saturday, January 3, 2015

MLM2014: Ogy Punca Persembahan Jalor Hambar

Minggu kelapan MLM2014 dengan tema artis undangan pada minggu ini menyaksikan hanya lapan peserta berentap untuk berebut tempat ke pentas final dan seterusnya muncul juara MLM 2014.


MLM2014: Ogy Punca Persembahan Jalor Hambar, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, ogy, kumpulan jalor, MLM2014


Namun rata-rata menyifatkan persembahan Jalor agak mengecewakan dengan penampilan Ogy Ahmad Daud yang disifatkan sebagai punca utama ia menjadi hambar.

Ogy yang membawakan watak dari filem Azura dilihat gagal memberikan mutu persembahan yang diharapkan kerana lebih menonjol berbanding peserta utama.

Datuk Jalaluddin Hassan ketika memberikan komennya mengatakan persembahan Jalor malam tadi agak terganggu.

“Saya tak tahu (kumpulan Jalor) sedang (buat) apa, sedang acting atau dalam watak.

“Tiba-tiba jadi A. Galaklah jadi itulah dan benda-benda itu menggangu saya” ujarnya sebelum memberikan kumpulan Jalor, tiga bintang.


MLM2014: Ogy Punca Persembahan Jalor Hambar, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, ogy, kumpulan jalor, MLM2014

Tinjauan SuaraTV mendapati, ramai pengguna media sosial menyifatkan kehadiran Ogy bukan sahaja tidak membantu mewujudkan unsur lawak di dalam persembahan tersebut malah ada yang merasakan ia agak ‘over’.

“Tidak dinafikan Ogy, merupakan pelakon versatile namun kehadiran beliau malam ini over” ujar Zainal Abdul Majid di laman faceboknya.

Manakala menurut Suriati Junsi Albar, Ogy telah mencacatkan persembahan Jalor.

Seterusnya Zaini AB merasakan kumpulan Jalor mungkin akan disingkirkan pada minggu ini.

Nizam Cappunkz mengatakan ‘Jalor lawak dia kurang sikit..masuk ogy hilang trus lawaknya..spoilkan mood lawak la dia ni..over sgt..’.

Tiga kumpulan yang berada pada tangga terendah Jalor, SYJ dan Virus.

Namun juri Nur Fazura mengumumkan tiada kumpulan yang disinggirkan pada minggu ini.

MLM 2014 masih menggunakan khidmat empat juri tetap iaitu dua dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.

Sistem penghakiman juga masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2014 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).



Baca : Puteri Sarah Liyana Penat Berlakon  

Sumber : aans1.blogspot.com

Sunday, December 14, 2014

MLM2014 : Jalor Buat Jalaluddin Hassan Tinggalkan Kerusi Juri

Minggu kelima Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung pada jumaat lalu kembali dengan tema Bebas. Rata-rata kumpulan yang bertanding menampilkan persembahan yang begitu menghiburkan di samping berjaya memikat hati juri.



MLM2014 : Jalor Buat Jalaluddin Hassan Tinggalkan Kerusi Juri, info, terkini, hiburan, sensasi, pelawak, kumpulan Jalor, Jalaluddin hassan

Mana tidaknya, kumpulan seperti Zero dan Nabil berjaya menerima pungutan lima bintang menerusi sketsa hebat mereka. Namun satu perkara yang tidak diduga berlaku apabila Datuk Jalaluddin Hassan bertindak meninggalkan kerusi juri.

Datuk Jalaluddin Hassan tak puas hati dengan persembahan kumpulan yang  bertanding ke?


MLM2014 : Jalor Buat Jalaluddin Hassan Tinggalkan Kerusi Juri, info, terkini, hiburan, sensasi, pelawak, kumpulan Jalor, Jalaluddin hassan

Jangan salah sangka, sebenarnya Datuk Jalaluddin Hassan hanya tinggalkan kerusi juri buat seketika sahaja dan naik ke pentas untuk memberi komen kepada kumpulan Jalor.

Artikel Terdahulu :  

Walau bagaimanapun tindakannya itu agak memeranjatkan penonton. Pada awalnya peminat menjangkakan kumpulan Jalor bakal dimarahi oleh Datuk Jalaluddin Hassan ekoran lawak yang dilakukan Joey. Iyalah sampai Joey melutut mohon maaf kepada Datuk Jalaluddin Hassan.

Datuk Jalaluddin Hassan sebaliknya memuji persembahan Jalor sambil menganggap ada peningkatan berbanding minggu sebelumnya. Korang rasa betul ke ada peningkatan?

Minggu kelima menyaksikan dua penyingkiran berlaku iaitu kumpulan Wala dan Eksoz yang mendapat undian terendah. Selain itu, Ilya Senario atau dikenali sebagai Pak Ya terpaksa menarik diri daripada terus berjuang bersama Sepahtu kerana masalah kesihatan.


MLM2014 : Jalor Buat Jalaluddin Hassan Tinggalkan Kerusi Juri, info, terkini, hiburan, sensasi, pelawak, kumpulan Jalor, Jalaluddin hassan

Sebelum itu Nabil tampil memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan lawak yang dilakukannya pada minggu kedua. Lawak yang mana? Alah lawak yang para gadis akan mendapat keyakinan serta-merta sebaik memakai tuala wanita itu. Ingat tak?


MLM2014 : Jalor Buat Jalaluddin Hassan Tinggalkan Kerusi Juri, info, terkini, hiburan, sensasi, pelawak, kumpulan Jalor, Jalaluddin hassan

Setakat hari ini, kumpulan Zero masih lagi mengungguli kedudukan undian dengan 30% diikuti oleh Shiro dan Virus. Kumpulan favourite korang nombor berapa sekarang? Vote ke tidak?

Baca : Neelofa Shopping Barang Rumah Dengan Hans Isaac? 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, November 22, 2014

MLM2014: Kumpulan Jalor Trending Worldwide (Twitter)

Hai semua, admin harap korang boleh LIKE FANPAGE FACEBOOK BLOG HIBURAN. Tekan LIKE Dibawah :) 


Kumpulan Jalor menjadi Trending Worldwide di laman sosial Twitter pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berlangsung malam tadi.

Ternyata idea segar yang dibawa kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along menjadi apabila persembahan mereka menjadi perbualan malam ini sehingga #jalor berada ditempat keenam ‘trending worldwide.’


MLM2014, Kumpulan Jalor Trending Worldwide (Twitter), info, terkini, hiburan, kumpulan Jalor, lawak,

Malah, suasana gamat dengan gelak tawa penonton di dalam Dewan Teater Selangor, Shah Alam apabila Along berketerampilan seperti Wak Doyok naik ke atas pentas sebelum Joey muncul dengan watak Chris Tucker.

Kelainan yang ditampilkan Jalor dengan menggunakan ‘props’ sejak persembahan mereka pada minggu pertama mencetus kelainan kerana dalam sejarah MLM, belum ada peserta berani membawa ‘props-melampau’ ke atas pentas.

Keunikan dalam persembahan Jalor juga telah mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama MLM 2014 selama dua minggu berturut-turut.

Setakat ini, persembahan Jalor masih kekal konsisten dan diharapkan Joey, Rahim dan Along dapat mengekalkan kedudukan sebagai peserta ‘top 3’ sehingga ke Gelanggang Akhir MLM 2014.

Jika anda mahu melihat Jalor atau kumpulan kegemaran anda terus bertahan sehingga ke gelanggang akhir MLM 2014, jangan lupa mengundi!

Maharajala Lawak Mega 2014 bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk mendapatkan info terkini program Maharaja Lawak Mega 2014.

Baca : Kisah Disebalik Tangisan Lagu Arjuna Beta 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif