Showing posts with label marsha milan londoh. Show all posts
Showing posts with label marsha milan londoh. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Punca Marsha Tidak Serik Bercinta Dengan Jejaka Melayu

Pengacara, penyanyi dan pelakon terkenal, Marsha Milan Londoh mengakui dirinya tidak pernah serik untuk bercinta dengan jejaka Melayu walaupun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan dengan lelaki dari bangsa itu.


Punca Marsha Tidak Serik Bercinta Dengan Jejaka Melayu, info, terkini, hiburan, sensasi, Marsha Milan Londoh, gossip

Aktres jelita itu turut mendedahkan dirinya kini sudah pun dimiliki oleh seorang lelaki Melayu yang dikenalinya lebih setahun yang lalu.

“Cukuplah saya beritahu saya sudah punya seseroang dalam hati ini dan kami memang sudah berkawan lama.


Punca Marsha Tidak Serik Bercinta Dengan Jejaka Melayu, info, terkini, hiburan, sensasi, Marsha Milan Londoh, gossip

Cuma belum punya perancangan untuk berkahwin lagi.

“Saya tak serik untuk bercinta lagi walaupun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini kerana saya sudah lali. Saya hanya berserah dan go with the flow,” katanya.


Sumber : katakcomel.my

Friday, November 28, 2014

Penyanyi Marsha Milan Sudah Ceburi Profesion Guru!

Biarpun masih aktif menceburkan diri dalam bidang seni tanah air, namun perasan penyanyi dengan pelakon Marsha Milan kini dah mula sibuk ceburkan diri dalam bidang profesion lain.


Marsha Milan Sudah Ceburi Profesion Guru!, info, terkini, hiburan, sensasi, Marsha Milan Londoh, gosip,


Mula-mula dia sibuk reka pakaian jenamanya sendiri, sekarang ini dengar-dengar, Marsha Milan dah mula berjinak-jinak dengan profesion sebagai guru pula.

Adakah perubahan ini mempunyai kaitan dengan perancangan masa depannya? Murai Batu tak mahulah nak memandai-mandai bikin spekulasi tapi kalau ya pun, apa salahnyakan?

Lagipun profesion sebagai seorang guru adalah satu profesion yang sangat mulia dan besar pahalanya bagi seseorang itu bila dapat mendidik anak bangsanya menjadi bangsa yang berilmu.

Tapi terus-terang cakaplah, Murai Batu tak dapat nak bayangkan bagaimana gelagat anak-anak murid nanti, bila Marsha yang mendidik dan mengajar mereka.

Lebih-lebih lagi anak-anak murid lelaki. Sebab, cikgu wanita diaorang hot sangat. Takut pula ramai yang mengelamun dah tak dapat fokus waktu belajar. Nasib baiklah anak-anak muridnya hanya di peringkat tadika saja. Hahahahaha...

Apapun, korang mesti teringin nak tengok gelagat Marsha mengajar anak-anak muridnya di sekolah tadikakan? So, kalau nak tengok, jangan lupa saksikan drama Cikgu Sally yang bakal bersiaran jam 10 malam di TV2 pada 2 Disember ini.

Selain Marsha Milan, Cikgu Sally turut dijayakan pelakon hebat lain seperti Liza Abdullah, Puteri Balqis, Imam Muda Nazrul, Adik Sabrina serta Din Belon.

Baca : Imej Terbaru Pelakon Avaa Vanja  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, November 13, 2014

Marsha Akui Sedang Kenali Hati Budi Seorang Lelaki Melayu

Walaupun memiliki wajah yang jelita, Marsha Milan Londoh kurang bernasib baik dalam percintaan. Sebelum ini rasanya sudah beberapa kali percintaan penyanyi ini berakhir di tengah jalan. Namun kegagalan tersebut tidak menghalang Marsha untuk terus mencari cinta sejati, lebih-lebih lagi apabila umurnya hampir mencecah 30 tahun. Memang usia yang amat sesuai untuk bercinta dan seterusnya mendirikan rumah tangga.


marsha milan londoh, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,


Kalau tak silap, bekas kekasih Marsha sebelum ini adalah lelaki Melayu. Kali ini Marsha mengakui yang dirinya sedang mengenali hati budi seorang lelaki Melayu. Mungkin ‘taste’ Marsha memang lelaki Melayu kot. Lagipun Marsha berasal dari Sabah jadi sudah biasa dengan adat resam orang Melayu. Kata Marsha:-

    Ya, saya memang sedang mengenali hati budi seseorang dan dia lelaki Melayu. Hubungan kami sudah berlarutan setahun. Semua orang di muka bumi ini mengimpikan untuk hidup bahagia dengan pasangan masing-masing.


marsha milan londoh, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,


    Saya tak terkecuali dan ada menyimpan hasrat yang sama. Tambahan pula tahun depan usia saya akan menginjak 30 tahun. Cuma buat masa ini, saya hanya serahkan pada takdir. Saya hanya merancang, selebihnya biarlah waktu berjalan mengikut keadaan.

    Apapun saya berharap supaya peminat juga turut mendoakan kebahagiaan saya. Itu yang lebih penting

Semoga percintaan Marsha kali ini akan berakhir di jinjang pelamin. Taknaklah putus-putus cinta lagi. Kesian pula kalau hati Marsha dilukai sekali lagi. Sama-samalah kita doakan semoga lelaki kali ini adalah yang terbaik buatnya. Semoga berjaya Marsha.

Sumber : Berita Harian.