Showing posts with label nabil ahmad. Show all posts
Showing posts with label nabil ahmad. Show all posts

Saturday, January 3, 2015

Watak Serius Nabil Ahmad Ditertawakan Penonton

Pelakon dan pelawak Nabil Ahmad mengakui masih belum berjaya membawakan watak serius dengan baik apabila adegan mengamuk yang dilakonkannya dalam filem Romeo Kota, Fail Kes : Kriptik menjadi bahan jenaka penonton.


Watak Serius Nabil Ahmad Ditertawakan Penonton, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, nabil ahmad, filem romeo kota

Nabil, 30, berkata, raut wajahnya yang seringkali muncul sebagai seorang pelawak menjadikan babak serius yang dilakonkannya dilihat sebagai kelakar.

“Ada satu babak yang perlu saya mengamuk kerana rakan ditembak penjenayah dan untuk babak itu, saya harap sangat orang tidak ketawa.

“Tetapi ada juga penonton yang ketawa. Saya sendiri pun gelak kerana sewaktu saya melakonkan babak itu, saya fikir raut wajah saya dah habis serius. Rupa-rupanya apabila ditonton semula, kelakar juga muka saya.

“Apa-apa pun saya akan cuba lagi memperbaiki watak serius,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia lebih menghargai sesebuah filem atau drama genre aksi selepas melalui kepayahan melakonkan babak-babak tersebut dalam filem berkenaan.

Katanya, pengalaman paling sukar ialah ketika terpaksa melompat daripada tempat tinggi sehingga membuatkan pengarah filem itu Aaron Aziz mengulangi beberapa kali adegan tersebut.

"Susah sebenarnya berlakon filem aksi, selepas melalui pengalaman pertama ini saya lebih menghargai filem dan drama aksi yang ditayangkan.

"Ada babak yang perlu saya melompat pun saya sukar lakukan kerana gayat. Kasihan juga, Aaron terpaksa banyak bersabar dan mengulangi beberapa kali babak tersebut sehingga saya boleh lakukan dengan baik," ujarnya.

Nabil berkata, dia terpaksa berlatih bertarung selama tiga hingga empat jam sebelum memulakan penggambaran kerana tidak pernah mempelajari asas mempertahankan diri sebelum ini.

Sementara itu dia menerima tawaran filem tersebut berikutan ia dihubungi sendiri oleh Aaron Aziz.

"Kalau nak diikutkan saya jarang ambil tawaran drama dan filem sekarang ini kerana sibuk dengan komitmen sebagai penyampai radio di Era FM, tetapi selepas dihubungi sendiri oleh Aaron saya terbuka hati untuk setuju.

"Sapa tidak mahu bergandingan dengan dia dan saya memang tidak fikir panjang dan terus mengatur jadul untuk beri keutamaan pada penggambaran tersebut," ujarnya.

Filem Romeo Kota, Fail Kes : Kriptik ini merupakan genre aksi komedi yang memaparkan kisah dua anggota polis iaitu Aaron dan Nabil dalam membanteras jenayah di sebuah kolej.

Ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Datin Nina Juren, Sofi Jikan, Ahmad Idham, Hanis Zalikha, Fizo Omar, Sleeq dan Shenthy Feliziana.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 8 Januari depan.


Baca : MLM2014: Ogy Punca Persembahan Jalor Hambar 

Sumber : mstar.com.my

Tuesday, November 25, 2014

Jenaka ‘tuala wanita’ Nabil Ahmad tidak sensitif

Berhubung dengan isu tuala wanita yang dipersembahkan oleh pelawak dan juga pengacara Nabil Ahmad pada "Maharaja Lawak Mega 2014" Jumaat lalu , dia dihentam oleh segelintir pihak di media sosial.


Jenaka ‘tuala wanita’ Nabil Ahmad tidak sensitif, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi nabil, nabil ahmad, MLM 2014,


Memetik laporan daripada Harian Metro, Nabil yang dihubungi berkata, pertikaian yang dibangkitkan mengenai jenaka tuala wanita dalam pertandingan itu adalah tidak berasas dan perkara remeh yang tidak perlu dilayan.

Artikel Terdahulu :  

"Lantaklah apa mereka nak cakap. Setakat yang pertikaikan pun dua atau tiga kerat saja. Orang lain okey saja.

"Kalau nak ambil semua orang cakap memang tak boleh hiduplah saya jadinya. Cuba fikir secara logik kalau produk tuala wanita itu benda yang betul-betul sensitif kenapa iklan mengenainya tidak dihentikan?"

Nabil dikritik teruk apabila bahan jenakanya itu menyentuh sensitiviti mengenai tuala wanita dan mempersendakan produk itu sebagai bahan jenaka di khalayak ramai.

"Saya hanya buat lawak daripada apa yang sedia ada dan perkara biasa dalam kehidupan kita. Tak ada apa yang sensitif atau pelik pun rasanya dengan jenaka itu. Jadi tak payahlah pihak tertentu nak besar-besarkan hal sebab majoriti yang lain okey dengan lawak itu."

Kontroversi membabitkan jenaka bukan kali pertama terjadi kepada Juara Raja Lawak musim kedua ini, sebelum ini pelawak ini juga dikecam kerana mempersendakan juri MLM, Luna Maya pada musim lalu.

Nabil berkata, dia juga berasa pelik apabila bahan jenakanya sering dikecam oleh segelintir pihak sedangkan ada pelawak lain yang mempersembahkan bahan jenaka yang lebih sensitif daripadanya.

Tambahnya lagi, memandangkan dia tidak melihat isu ini sebagai perkara yang salah, dia tidak akan mempedulikan pertikaian remeh itu.

"Tak adillah untuk saya serangan-serangan macam ini, tapi tak apa, saya takkan patah semangat untuk terus berjuang dalam MLM."

Baca : Penantian 10 tahun Dayang Nurfaizah berbaloi 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, November 21, 2014

MLM2014 : Lawak Nabil Bikin Kontroversi?

Hai semua, admin harap korang boleh LIKE FANPAGE FACEBOOK BLOG HIBURAN. Tekan LIKE Dibawah :) 


Bukan senang nak jadi solo stand-up comedian, betul tak? Sekurang-kurangnya bila kita mati akal, adalah kawan yang boleh tolong cover line kalau kita buat lawak dengan geng.

Tapi kami rasa kami patut bagi tabik spring kepada Nabil yang merupakan satu-satunya peserta solo dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).


MLM2014, Lawak Nabil Bikin Kontroversi?, info, terkini, hiburan, pelawak, sensasi, gosip, nabil ahmad

Malam ini, Nabil berkongsi jenakanya tentang iklan tempatan yang difikirkan kurang menyengat. Antara salah satu komersial yang dikatakan tak masuk akal ialah apabila para gadis mendapat keyakinan serta-merta sebaik memakai tuala wanita.

Kami tengok di laman sosial terutamanya Twitter, ramai yang kecoh tak berpuas hati. Segelintirnya mempertikaikan tindakan Nabil yang membuat lawak berdasarkan isu sensitif seperti itu. Tapi ada juga yang mempertahankan Nabil dengan menyatakan apa yang cuba disampaikan oleh pelawak itu tak membawa kesan negatif tetapi sesuatu yang memang kelakar.


gosip, Hiburan, info, Lawak Nabil Bikin Kontroversi?, MLM2014, nabil ahmad, pelawak, sensasi, terkini,

Rakan artis juga nampaknya berpendapat lebih banyak angka bintang patut diberikan kepada Nabil oleh Fazura berbanding cuma tiga sahaja. Katanya, Nabil layak memperoleh empat bintang walaupun dia terlupa dialog sekejap. Korang rasa macam mana?

Tapi apapun, kami terhibur melihat persembahan Shiro dan SYJ yang dilihat mempunyai jalan cerita kukuh dan tidak tersasar. Kudos kepada mereka. Semoga minggu hadapan lebih ramai pelawak yang berjaya membuatkan penonton terasa macam berada di stadium dan bukannya perpustakaan. Peace!

Oh, tahniah juga diucapkan kepada kumpulan Sepahtu yang memenangi anugerah Lawak Power Era dan Jep Sepahtu yang digelar Man of the Match malam ini. Jom tengok gambar-gambar sekitar MLM 2014 di bawah ini.


MLM2014, Lawak Nabil Bikin Kontroversi?, info, terkini, hiburan, pelawak, sensasi, gosip, nabil ahmad

MLM2014, Lawak Nabil Bikin Kontroversi?, info, terkini, hiburan, pelawak, sensasi, gosip, nabil ahmad

Baca : Misteri Perkahwinan Shahir AF Akhirnya Terbongkar 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif