Wednesday, November 26, 2014

8 Foto Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait

Adegan romantik dan berpelukan yang dilakokan oleh Fathia Latiff dan Fattah Amin dalam Bencinta tidak menjadi penghalang walaupun kedua-duanya mempunyai pasangan kekasih.


8 Foto Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fathia latiff, fattah amin

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 27, berkata, soal cemburu kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza tidak timbul kerana pemuda itu juga seorang pelakon.

“Apabila di set penggambaran, saya akan menjadi seorang yang profesional kerana dalam sesebuah drama, sudah tentu banyak adegan peluk,” katanya kepada mStar Online.

Fathia ditemui ketika sesi penggambaran drama Bencinta terbitan Zeel Production arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang dilakukan di Kuwait.
8 Foto Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fathia latiff, fattah amin
Salah satu adegan dimana Nabil (Fattah) bertemu dengan Nabila (Fathia) meluahkan rasa cinta.

Penggambaran di negara teluk itu dilakukan bermula 16 November lalu dan dijangka berkahir pada Khamis ini.

Selain Fathia dan Fattah, pelakon baharu dari Singapura iaitu Erwin Dawson dan Abdul Rahman Suhud yang berasal dari Iraq turut terlibat.

Dalam pada itu Fathia berkata, sebagai seorang artis, sikap professional seseorang amat penting untuk menghayati watak.

Malah adegan peluk di antara dia dan Fattah dilakukan selepas mereka berbincang dan membuat latihan terlebih dahulu sebelum diminta untuk beraksi di hadapan kamera.

“Kami berbincang dahulu apakah dialog-dialog yang dirasakan sesuai sebelum diminta beraksi. Insya-Allah, kami faham tugas dan peranan masing-masing,” katanya.
8 Foto Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fathia latiff, fattah amin
Fathia bersama pelakon baharu, Erwin Dawson (kanan)

Sementara itu Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Amin, 24, berkata, kekasihnya iaitu aktres Sherry Ibrahim tidak pernah mempersoalkan adegan-adegan peluk yang terpaksa dilakonkan.

Malah bagi Fattah apabila tiba pada peringkat diperlukan untuk melakukan perkara sedemikian, dia bersedia melakonkannya asalkan adegan itu tidak keterlaluan ataupun melampaui batas.

“Saya dan Fathia amat profesional dalam melakonkan watak masing-masing. Saya pun percaya produser dan pengarah pun tahu apa yang mereka mahukan,” jelasnya yang turuit memberitahu Sherry juga memahami situasi berkenaan.

Berkongsi pengalaman melakukan penggambaran Bencinta di Kuwait pula Fathia berkata, ia merupakan drama kelimanya yang dilakonkan di luar negara selepas Indonesia, London, Paris dan Turki.
8 Foto Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fathia latiff, fattah amin


Peluang itu katanya amat menarik kerana seseorang pelakon dapat merasai banyak pengalaman termasuklah dari segi budaya, stail dan sikap seseorang.

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai penggambaran di negara Arab dan ia amat menarik kerana saya juga berdarah keturunan Arab iaitu sebelah emak.

“Apabila sampai di sini, ada juga orang yang bertanya adakah saya ini orang Arab atau sebaliknya dan saya beritahu mereka saya orang Malaysia yang berdarah Arab,” katanya.

Jelas Fathia, sepanjang berada di Kuwait, dia benar-benar menimati keindahan negara itu terutamanya makanan Arab selain berbelanja membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.

8 Foto Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fathia latiff, fattah amin
Salah satu lokasi menarik di Kuwait City.

Tidak lupa hadiah untuk Aiman Hakim iaitu jubah dan minyak atar turut dibelinya untuk kenang-kenangan.

Dalam pada itu bagi Fattah, penggambaran di luar negara banyak menguji kesabaran seseorang pelakon sekiranya berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak diduga.

Bagaimapaun dia berpuas hati kerana pelakon dan kru drama berkenaan dapat memberikan komitmen yang baik menyebabkan penggambaran berjalan tanpa masalah.

Apa yang menarik kata Fatah, drama Bencinta  itu memberikan sisi berbeza dalam kerjaya lakonannya apabila diminta melakonkan watak jahat.

“Kalau sebelum ini saya banyak melakonkan adegan-adegan cinta tetapi kali ini watak saya agak berbeza apabila mempuyai sifat dendam yang tinggi terhadap bapa angkat yang memelihara saja sejak kecil,” katanya.

8 Foto Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fathia latiff, fattah amin

Fathia sempat berjalan-jalan di pusat tumpuan pelancong yang dikenali sebagai Mubarakiya.

Ditanya apakah buah tangan dibelinya sepanjang berada di Kuwiat ini Fattah memberitahu, dia tidak banyak berbelanja sebaliknya membeli jubah untuk ibu dan juga minyak atar buat kekasihnya, Sherry.

Bencinta mengisahkah bagaimana seorang pemuda bernama Nabil (Fattah) yang mempunyai perasaan dendam terhadap Datuk Majid (Eizlan Yusof) apabila usahawan itu telah melanggar ibunya.

Datuk Majid yang simpati dengan nasib Nabil kerana statusnya sebagai anak yatim piatu mengambil pendektakan menjadikannya sebagai anak angkat dan memeliharanya sehingga dewasa.

Sikap Nabil yang memberontak kerana rasa marah tidak kesudahan itu turut menimbulkan masalah dalam keluarga bekenaan. Namun dia mempunyai perasaan cinta terhadap Nabila (Fathia) iaitu adik angkatnya yang juga anak Datuk Majid.

8 Foto Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fathia latiff, fattah amin

Antara kru produksi yang terlibat dalam penggambaran Bencinta di Kuwait.

Ketika Fathia menyambung pelajaran di Kuwait, dia telah bertemu dengan pemuda beranma Adam (Erwin Dawson) namun hubungan mereka itu dihalang oleh Nabil yang sememangnya mempunyai perasaan terhadap Nabila dan sanggup ke negara itu untuk menemuinya.

Bencinta dijangka disiarkan menerusi slot Samarinda (TV3) pada Januari atau Februari 2015.

Penggambaran Dapat Tajaan - Fadzil Teh

Produser Zeel Production, Fadzil Teh yang gemar memilih lokasi luar negara untuk melakukan penggambaran drama-drama terbitan syarikatnya berkata, pemilihan lokasi luar adalah bertujuan menunjukkan suasana berbeza dalam karya-karya tertentu.

Katanya, tidak ada syarikat produksi drama yang melakukan penggambaran di negara berkenaan dan pemilihan lokasi itu tentunya akan memberi kelainan kepada drama 15 episod itu.

8 Foto Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fathia latiff, fattah amin

Produser Zeel Productions, Fadzil Teh (kiri) berkata sesuatu kepada Erwin Dowson.

“Kami memilih Kuwait untuk menyuntik elemen baharu dalam drama-drama Zeel Produsctions selain tujuan kami untuk meluasklan pandangan dengan melihat tempat orang,” katanya.

Dalam pada itu jelas Fadzil, setiap produser juga harus menurut skrip yang ditulis agar karya berkenaan benar-benar dekat dengan hati penonton.

Malah lebih menarik pihaknya mendapat tajaan tertentu daripada agensi pelancongan ataupun pihak-pihak swasta yang ingin mempromosikan produk mereka di negara yang dikunjungi.

Selain Bencinta drama-drama Zeel Productions lain yang menjalani penggambaran di luar negara antaranya Atas Nama Cinta (Perth, Australia), Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (Abu Dhabi, UAE), Cinta Agra (Agra, India) dan Kiah Pi Jepun (Jepun).

Baca : Chacha Maembong Komen Isu Aksi Mesra Di MLM 2014 


Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Komen Tiz Zaqyah Isu Kemunculan Pelakon Baharu

Pelakon Tiz Zaqyah menyifatkan kehadiran pelakon-pelakon baharu dalam drama-drama televisyen tidak pernah menggugat rezekinya di bidang seni.


Komen Tiz Zaqyah Isu Kemunculan Pelakon Baharu, info, terkini, hiburan, sensasi, tiz zaqyah,

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26, berkata, walaupun dia dilihat jarang muncul di televisyen, ia tidak sedikitpun membuatkan dia resah atau berasa dipinggirkan.

"Dari dulu lagi saya berlakon kerana minat dan ikhlas melakukannya. Tidak pernah terdetik pun mahu bersaing dengan sesiapa.

"Apatah lagi saya mahu rasa diri tergugat kerana lambakan pelakon baru. Saya yakin, setiap pelakon mempunyai keaslian lakonan masing-masing tanpa perlu bersaing," katanya kepada mStar Online.

Tambah Tiz, kehadiran pelakon-pelakon baru juga akan memberi warna dalam memeriahkan lagi industri lakonan tempatan.

Sementara itu, Tiz berkata, dia juga kini sibuk menguruskan syarikatnya iaitu KL Calling yang menganjurkan aktiviti-aktiviti belia.

Beritahu Tiz, sejak menganjurkan pelbagai program, dia berasa aktiviti seperti itu dapat membuatkan dia 'melarikan diri' seketika sebagai seorang selebriti dan dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa.

"Sebenarnya saya rindu sangat mahu menjalani kehidupan jauh dari dunia glamor.

"Apabila menjadi penganjur bagi acara-acara belia, ia membuatkan saya menjadi seperti orang biasa. Apatah lagi sebahagian pulangan daripada acara yang dianjurkan itu akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan. Rasa seronok pula.

"Tetapi, tidak bermakna saya sudah bosan dengan dunia lakonan pula," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tiz Zaqyah bakal muncul menerusi drama misteri Seludup, arahan Jehan Miskin bermula 4 Disember depan.

Ia akan keudara setiap Khamis, pukul 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Antara pelakon yang turut terlibat termasuklah Pekin, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 


Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Cha Cha Maembong Komen Aksi Mesra Dengan Kekasih

Cha Cha Maembong telah dirakam sedang beramah mesra dengan seorang lelaki disyaki kekasih barunya ketika siaran langsung MLM 2014. Cha Cha Maembing akui dia langsung tidak menyedari kemesraan antara dia dan teman lelakinya itu dirakam kamera secara live.

Cha Cha Maembong Komen Aksi Mesra Dengan Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, chacha maembong

Ini komen Cha Cha Maembong: (mStar)

"Saya tiada niat pun mahu menunjuk-nunjuk aksi mesra itu. Saya pun tidak perasan yang kami dirakam kamera pada acara itu.

"Kalau tengok betul-betul pun kami tidaklah terlalu rapat sehingga nampak seperti berbaring seperti diperkatakan di sebuah portal hiburan," 

"Orang ramai nampak saya rapat kerana ketika itu saya ingin bercakap sesuatu kepada dia dan keadaan pula terlalu bising. Biasa la orang luar kalau nampak kita rapat sikit mula bercakap yang bukan-bukan,"

Cha Cha berkata begitu ketika diminta mengulas aksi mesranya bersama teman lelaki barunya yang baru dikenali 3 bulan. Aksi mereka dirakamkan kamera apabila duduk di belakang juri tetap Taufik Batisah ketika siaran langsung program Maharaja Lawak 2014 minggu kedua.

Cha Cha Maembong Komen Aksi Mesra Dengan Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, chacha maembong


Baca : Kenyataan Penuh Eina Azman Isu Parkir Gaya Bangsawan 

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Kenyataan Penuh Eina Azman Isu Parkir Kereta Gaya Bangsawan

Eina Azman akhirnya tampil memberi kenyataan penuh tentang kontroversi yang mengatakan dia meletakkan kereta di stesyen minyak dan makan di Subway.
Kenyataan Terperinci Eina Azman Isu Parkir Kereta, info, terkini, hiburan, sensasi, eina azman, kontroversi,
 
Kejadian ini benar-benar membuat orang ramai berang sehingga menggelar Eina Azman sebagai bangsawan ekspress.

Artikel Terdahulu :  


Ini merupakan laporan penuh temubual bersama Kosmo:

Ya, saya mengaku dengan hati yang jujur itu adalah kereta saya dan memang saya dan suami meletakkan kenderaan kami di situ pada malam berkenaan. Sebenarnya pada malam kejadian, saya dan suami dalam perjalanan ke Seremban untuk menghadiri mesyua­rat. Ini pengakuan saya tentang dakwaan tersebut. 

Sebelum itu saya mahu ajukan soalan kepada semua, ketika anda berada di stesen minyak, adakah ia perkara normal jika anda keluar sebentar dari kereta untuk membeli barang di kedai? Ia perkara normal bukan? Saya letak kenderaan di situ hanya dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Saya dan suami ma­suk ke dalam kedai untuk beli barang makanan, bukan pergi ke restoran Subway untuk makan seperti yang didakwa.

Itu adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh, kita akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak ken­deraan dan membeli barang makanan. Apa yang salahnya di situ? Jika benar ada yang mengatakan saya letak kereta di situ dan dengan tanpa rasa bersalah pergi ke Subway untuk makan, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan? Mengapa hanya ambil gambar kereta sahaja. Itu tidak adil kerana ia menimbulkan fitnah kepada saya. Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?

Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning. Bukan saya letak di tengah jalan sehingga mengganggu laluan pengguna lain untuk mengisi minyak di situ. Lagi pula jika dilihat dalam gambar tersebut, kawasan stesen pam minyak itu sangat besar dan banyak lagi lorong lain untuk mengisi minyak. Lainlah jika di belakang kereta saya ada berderet lagi kereta lain beratur. Jika saya melakukan perbuatan pentingkan diri sendiri seperti itu, ya saya tidak akan melen­ting kalau ada pihak cakap saya buat hal.

Saya mendapat berita itu daripada rakan saya. Dia (rakan) memaklumkan kepada saya tentang perkara itu dan pada masa yang sama, orang ramai tidak henti-henti memberi res­pon negatif kepada saya di laman sosial. Sejujurnya, memang saya terkejut betul dengan cerita itu. Saya tidak sangka dengan hanya meletakkan kenderaan di sana sama seperti orang lain, saya terus dikecam. Pada masa yang sama, saya juga berasa pelik.

Selepas kahwin, sudah lama tidak ada cerita kontroversi mengenai saya. Tiba-tiba hanya kerana perkara kecil sebegini, nama saya kembali diperkatakan orang. Saya juga sudah berjanji kepada diri sendiri dan suami bahawa selepas kahwin, saya tidak mahu terlibat dengan apa-apa kontroversi lagi. 

Suami juga tidak suka saya terlibat dengan kisah yang tidak benar. Adakah itu adil kepada saya hanya disebabkan saya Eina Azman? Jika saya orang biasa, bukan artis atau bukan orang yang dikenali, adakah ia akan jadi isu juga? Tidak, bukan.

Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu? Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut. Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logik akal. Kalau betul ada pihak yang tidak ber­puas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera tele­visyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu.

Bagi saya, jika mahu buat cerita tentang saya pun, berpada-padalah. Takkan sampai mereka-reka cerita yang tidak benar seperti ini. Saya memang marah apabila tiba-tiba orang me­nyalahkan saya tentang perkara yang saya tidak lakukan. 

Saya sebenarnya sudah lama menahan perasaan. Dari dahulu sehinggala sudah berkahwin pun, orang akan tetap bercakap buruk mengenai saya. Orang akan tetap hina walaupun saya tidak pernah kacau hidup orang lain. Apabila berdepan dengan perkara seumpama ini, apa lagi yang mampu saya lakukan. Mulut orang, sampai bila-bila pun kita tak akan mampu tutup. Kalau saya cakap mahu saman, orang luar akan adili saya ini seorang yang mengada-ngada.


Baca : Tahniah! Johan Dan Ozlynn Dapat Anak Perempuan 

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, November 25, 2014

Tahniah! Johan Dan Ozlynn Dapat Anak Perempuan

Pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan Ozlynn dikatakan telahpun menerima cahaya mata baru, seorang baby girl.

Tahniah dan jutaan suyukur diucapkan kepada pasangan Johan dan Ozlynn.

Johan atau nama penuhnya Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz menikahi Ozlynn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail sebelum bergelar selebriti lagi.

Gambar dan berita penuh akan diupdate**

Johan Dan Ozlynn Dapat Anak Perempuan, info, terkini, hiburan, sensasi, johan raja lawak, ozlynn, gambar anak perempuan johan dan ozlynn

Johan Dan Ozlynn Dapat Anak Perempuan, info, terkini, hiburan, sensasi, johan raja lawak, ozlynn, gambar anak perempuan johan dan ozlynn

Baca : Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain  

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain

Siapa yang boleh menidakkan kejelitaan penyanyi senior yang masih gah namanya sehingga kini, Ziana Zain.

Malah sejak dia mengambil keputusan untuk berhijab, pelbagai ragam dan juga gaya yang cuba diketengahkan penyanyi Puncak Kasih itu kala bertemu peminat mahupun beraksi di hadapan lensa kamera.


Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain , info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain bertudung,

Baru-baru ini ketika memenuhi sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen dan gaya hidup golongan wanita, Ziana Zain kelihatan begitu mempersona dengan pelbagai citarasa gaya dalam persalinan rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini.

Tidak seperti kebiasaannya, kali ini Ziana Zain telah menggunakan khidmat solekan daripada jurusolek selebriti terkenal Epie Temerloh yang sekali gus telah memberi penampilan cukup berbeza.

Namun apa yang menjadi perhatian, Ziana Zain telah menggayakan beberapa cara susun letak tudung yang berbeza sesuai dengan pemilihan persalinannya.

Ziana Zain juga kelihatan cukup anggun dengan gaya liuk lentuk manja dalam persalinan gaun malam hitam dan tudungnya yang disimpul bow.

Terdahulu, Ziana Zain turut menyerlah dalam persalinan serba hitam peplum  yang ditaburi batu jemaki tetapi masih mengetengahkan ciri-ciri wanita muslimah bergaya moden dan kali ini dia menggunakan khidmat jurusolek kegemarannya, Sheila Mohamad.

Dia juga turut menggayakan satu lagi persalinan couture milik Rizman Ruzaini ketika menghadiri pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival 2014 baru-baru ini di Hotel JW Marriot.

Jadi mana satukah pilihan anda? 

Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain , info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain bertudung,

Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain , info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain bertudung,

Gaya Hijab Paling Cun Cara Ziana Zain , info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain bertudung,

Baca : Foto Baru Camelia dan Puterinya, Aisha!  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Foto Baru Camelia dan Puterinya, Aisha!

Sejak berkahwin dan memiliki cahaya mata perempuan, model, penyanyi dan pengacara Camelia terus menyepi di dalam industri hiburan tanah air.

Malah, dia juga dikatakan telah menetap di London dan hanya sekali-sekala saja pulang ke tanah air atas urusan-urusan yang tertentu.

Ada juga peminat Camelia yang bertanyakan tidak inginkah Camelia kembali dan membuat comeback di dalam industri hiburan tanah air.

Lagipun dia bukan calang-calang penyanyi dan lagunya pula banyak yang sedap-sedap. Antaranya seperti Rindu Padanya, Dengarlah Kasih serta Erti Kehidupan.

Eh! Dah terlanjur cakap pasal Camelia ni, nak layanlah lagu-lagu Camelia kat dalam Youtube. Khas buat pembaca semua, nak kongsikan wajah terbaru Camelia bersama puterinya, Aisha.

Yang penting, Camelia masih tetap cantik dan hot seperti dulu dan anaknya, Aisha pula telah mewarisi kecantikan mummynya itu.


Foto Baru Camelia dan Puterinya, Aisha! , info, terkini, hiburan, sensasi, camelia

Baca : Adlin Aman Ramlie gagal pertahankan hak bapa 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Adlin Aman Ramlie gagal pertahankan hak bapa

Pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramlie gagal meneruskan kes saman terhadap produksi dan penerbit telefilem biopik "Saloma" ekoran kelonggaran dari segi undang-undang.


Adlin Aman Ramlie gagal pertahankan hak bapa, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, adlin aman ramli

Memetik laporan daripada Sinar Harian, tuntutan saman yang dibuat oleh Adlin adalah sebagai menuntut hak yang tercalar kerana watak bapanya iaitu seniman Allahyarham AR Tompel dalam filem tersebut menggambarkan karakter yang negatif dan ‘hitam’.

Adlin yang mewakili semua waris Allahyarham menyifatkan telefilem itu tidak beretika dan menghina mereka.

Tambahnya lagi, tiada akta yang diperuntukkan mengenai tuntutan yang dibuat oleh mereka dari segi perundangan.

"Fasalnya, peruntukan kita terhadap kes-kes sebegitu sangat longgar dan oleh sebab itu mereka bagaikan tiada perasaan bersalah menyiarkan telefilem itu.

"Jika hendak saman malu, hanya individu yang dimalukan sahaja boleh mengeluarkan saman itu. Malangnya, dalam kes ini, individu berkenaan telah pun meninggal dunia.

"Biarpun AR Tompel itu adalah ayah saya, namun saya langsung tidak berhak ke atasnya," ujarnya.

Adlin turut menggesa Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan agar lebih peka dengan masalah ini dan dia juga turut merujuk kepada Persatuan Seniman Malaysia mengenai tindakan seterusnya yang perlu diambil.

Menurut suami kepada pelakon Emelda Rosmila, dia tidak akan berputus asa dan akan terus berjuang untuk mempertahankan hak bapanya.

"Kasihan pada mereka yang telah meninggal dunia dan kemudiannya dieksploitasi sehingga meninggalkan kesan negatif kepada penonton.

"Lebih memburukkan lagi, diri sendiri tidak boleh dibela lagi waima anak mereka sekalipun," katanya.

Apabila ditanya adakah pihaknya ada membuat perbincangan dengan produksi atau penerbit telefilem, Adlin menjawab, tiada perbincangan yang dibuat dan tiada pemohonan maaf kepada mereka sekeluarga.

"Mereka mengetepikan apa saja hubungan yang pernah ada dengan saya sama ada saya sebagai artis dengan stesen televisyen atau pun saya sebagai kawan-kawan," akhirinya.

Baca : Syafiq Kyle terima teguran tak Berdisiplin 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif