Wednesday, December 3, 2014

Dafi sahkan bakal ikat kontrak bersama Ahmad Dhani

Penyanyi dan pelakon popular Dafi telah mengesahkan bahawa dia bakal menandatangani kontrak rakaman selama setahun bersama komposer dan penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani dalam masa terdekat.


Dafi sahkan ikat kontrak bersama Ahmad Dhani, info, terkini, hiburan, sensasi, dafi


"Saya akan berada di sini dalam dua atau tiga hari. Setakat ini, saya boleh katakan perkara ini hampir jadi. Ada beberapa aspek yang perlu kami bincangkan antara kedua-dua pihak.

"Kita kena tengok juga kontrak agar kedua-dua pihak mendapat faedah bersama. InsyaAllah jika semuanya memuaskan, rasanya tak ada masalah untuk kita teruskan perjanjian," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Dafi berkata Ahmad Dhani sudah menyiapkan beberapa lagu yang bakal dirakamkannya terbitan syarikat Ahmad Dhani iaitu Republik Cinta Management yang mana ia akan dipasarkan di Indonesia pada awal tahun depan.
"Macam saya katakan tadi, kalau semuannya berjalan seperti dirancang saya juga akan keluarkan album untuk pasaran di sini.

"Kebetulan juga pada bulan ini album saya untuk pasaran Malaysia pula akan ada dua album berbeza untuk kedua-dua pasaran ini dalam masa terdekat."

Baca : Erma Fatima Sedia Hadapi Kontroversi Kemban 'Takhta 3 Ratu'  

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Erma Fatima Sedia Hadapi Kontroversi Kemban 'Takhta 3 Ratu'

Penerbit dan pengarah filem televisyen (FTV), Takhta 3 Ratu, Erma Fatima sudah bersedia sekiranya watak wanita berkemban dalam karyanya itu kembali menjadi kontroversi.


Erma Fatima Sedia Hadapi Kontroversi Kemban, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi Takhta 3 ratu, erma fatima

Erma berkata, kali ini dia  menerima dengan lebih terbuka memandangkan sebelum ini perkara itu pernah berbangkit ketika penggambaran sedang dijalankan.

"Satu ketika dulu, saya pernah terduduk apabila babak rogol dalam karya saya menerusi filem Embun menjadi isu.

"Jadi andai kata ada pihak mahu menimbulkan isu dalam Takhta 3 Ratu, saya reda.

"Cuma saya harap penonton lebih bijak berfikir ketika menonton naskhah ini berbanding memikirkan isu kemban," katanya kepada mStar Online.

Erma ditemui selepas tayangan Takhta 3 Ratu di Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada Rabu.


Erma Fatima Sedia Hadapi Kontroversi Kemban, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi Takhta 3 ratu, erma fatima
Erma Fatima


Pada awal April lalu, Erma mendapat kritikan hebat daripada pengikut-pengikutnya di Instagram selepas dia memuat naik foto-foto para pelakon filem tersebut yang memakai kostum ala-ala berkemban.

Pengikut-pengikut Erma meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara pemakaian pelakon yang ditonjolkan pengarah itu kerana ia dilihat tidak bersesuaian dengan norma agama Islam dan adat Melayu.

Sementara itu, Erma berkata, dia enggan memikirkan tentang perkara itu sebaliknya berharap karya berbentuk fiksyen sejarah tersebut mendapat respons positif daripada penonton.

"Saya bersyukur sangat kerana mempunyai barisan pelakon yang hebat di mana mereka memudahkan saya untuk berkarya.

"Cuma saya harap penonton dapat faham penceritaan karya ini dan tidak keliru dengan fakta sejarah kerana ia dihasilkan mengikut sudut pandang saya daripada kisah Hang Li Po dan Tun Teja.

"Sebab itu ia dipanggil sebuah naskah berbentuk fiksyen. Tetapi jangan salah faham, saya tidak  berniat mahu mengelirukan sejarah," tuturnya.

Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Feby Febiola) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar)  terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.

Erma Fatima Sedia Hadapi Kontroversi Kemban, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi Takhta 3 ratu, erma fatima

Dari kiri; Beto Kusyairy, Datuk Rahim Razali dan Awie yang akan tampil dalam Takhta 3 Ratu.


Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terkejut apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.

Takhta 3 Ratu bakal bersiaran di Astro First Eksklusif mulai 25 Disember ini.

Manakala karya tersebut turut akan dipersembahkan menerusi pementasan teater bermula 13 hingga 22 Disember ini di Istana Budaya.

Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com.


Baca : Fauziah Latiff Sahkan Bakal Nikah Tahun Depan  

Sumber : mstar.com.my

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Pelakon veteran Mustapha Maarof dilapor nazak di hospital

Pelakon veteran, Mustapha Maarof, 79, dilaporkan kritikal dan berada di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur, hari ini.


 Mustapha Maarof dilapor nazak di hospital, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, mustapha maarof

Menurut sebuah portal berita, beliau dilaporkan mengalami masalah paru-paru.

Sebelum ini, beliau telah dimasukkan ke Institut Respiratori di Jalan Pahang, selepas mengadu sesak nafas pada 25 November lalu.

Antara filem lakonannya yang popular adalah ialah Sultan Mahmud mangkat dijulang.

Baca : Fauziah Latiff Sahkan Bakal Nikah Tahun Depan  

Sumber : pilihan-anda.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Fauziah Latiff Sahkan Bakal Nikah Tahun Depan

Selepas sekian lama mengunci mulut mengenai alam rumah tangga, penyanyi Fauziah Latiff akhirnya mendedahkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan pada tahun depan.


Fauziah Latiff Sahkan Bakal Nikah Tahun Depan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fauziah Latiff
Fauziah Latiff mendedahkan bakal bernikah pada tahun hadapan ketika ditemui pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Reflesia, di Hotel Istana,pada Rabu.


Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Jee, 44, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia merasakan sudah tiba masanya untuk memulakan kehidupan berkeluarga selepas kekecewaan dalam perkahwinan terdahulu.

"Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.

"Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak," ujarnya kepada mStar Online.

Fauziah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Rafflesia, di Hotel Istana, di sini Rabu.

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu tidak terlalu memberi tumpuan untuk mengenai persiapan majlis perkahwinan tersebut kerana mahu ia dilaksanakan secara sederhana sahaja.

"Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja.

"Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang lelaki berkenaan Fauziah belum bersedia mendedahkan identiti pemuda itu buat sementara waktu.

Fauziah pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan mereka disahkan bercerai pada tahun 2007.

Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13.

Dalam perkembangan lain, Fauziah sedang dalam proses menghasilkan lagu baharu untuk mengubati kerinduan peminat terhadapnya.

Baca : Shaheizy Sam Azam Beli Rumah Besar Untuk Ibu  

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Shaheizy Sam Azam Beli Rumah Besar Untuk Ibu

Pelakon Shaheizy Sam berazam menyempurnakan permintaan ibunya, Khaty Fauziah Musa untuk membeli sebuah rumah besar agar mereka dan keluarga dapat tinggal di bawah satu bumbung.


Shaheizy Sam Azam Beli Rumah Besar Untuk Ibu, info, terkini, hiburan, sensasi, Shaheizy Sam, Khaty Fauziah, gosip terkini,

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, ibunya sering meluahkan hasrat untuk mengumpulkan adik beradiknya di bawah satu bumbung agar dapat hidup bersama.

"Setiap orang ada keinginan masing-masing di dunia. Begitu juga dengan ibu, keinginan dia sama dengan saya. Dia dan saya ingin menyediakan sebuah kediaman yang selesa untuk diduduki oleh seluruh keluarga kami.

"Bagaimanapun saya masih berusaha ke arah itu, bekerja keras untuk mengumpul duit," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sam, keadaan itu membuatkan dia terpaksa mengenepikan soal cinta dan hanya fokus kepada kerjaya lakonan untuk melaksanakan impian  itu.

Artikel Terdahulu :  


Dalam pada itu, Sam juga bersyukur dia masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan meskipun tidak terlalu popular seperti selepas kemenangannya sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun 2012.

Sementara itu, Sam yang bakal muncul menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) pada 11 Disember ini tidak sabar menunggu respons peminat-peminat mengenai lakonannya dalam karya arahan Bernard Chauly itu.

Katanya, itu merupakan kali pertama dia membawakan watak seorang lelaki romantis sebagai Nazmi yang menyintai Ifti Liyana, lakonan Fazura.

"Bukan senang nak bawak watak ini kerana lelaki romantis bukanlah jiwa saya.

"Tetapi saya berusaha juga untuk menjiwai watak itu. Mujurlah saya pernah bekerjasama dengan Fazura dan ia sedikit sebanyak memudahkan saya untuk mendapatkan keserasian," ujarnya.

Filem terbitan bersama Astro Shaw, Redfilms dan Global Stations itu mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana yang tidak pernah mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki.

Pertemuan Ifti dengan Nazmi  telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama untuk dijadikan isteri.

Antara pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Faizal Hussein, Josiah Hogan, Lisa Surihani, Eja, Zaibo dan Fauziah Ahmad Daud.

Baca : Zain Saidin Dituduh Sombong Enggan Bergambar Bersama Anak  

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Zain Saidin Dituduh Sombong Enggan Bergambar Bersama Anak

Pelakon Zain Saidin terkejut apabila dituduh bersikap sombong kononnya dia sengaja menolak permintaan seorang peminat yang ingin merakamkan gambarnya bersama anak.


Zain Saidin Dituduh Sombong Enggan Bergambar Bersama Anak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, rozita che wan

Zain, 30, berkata, tuduhan itu dibuat oleh seorang pengikut di Instagram yang kononnya telah menyaksikan kejadian tersebut di sebuah pusat beli belah di Johor.

"Saya terkejut apabila tiba-tiba ada orang memberi komen menuduh saya sombong apabila kononnya melihat saya tidak melayan peminat ketika diminta untuk bergambar bersama anak saya, Aaisyah Dhia Rana.

"Sedangkan ketika itu anak saya sedang menangis kerana lampinnya perlu ditukar. Tetapi individu yang melihat itu membuat andaian sendiri dan meletakkan komen di Instagram sehingga menimbulkan fitnah kepada pengikut-pengikut lain.

"Bukannya saya sengaja tidak mahu bergambar. Selama ini saya mahupun isteri (Rozita Che Wan) tidak mempunyai masalah jika sesiapa datang pada kami," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.


Zain Saidin Dituduh Sombong Enggan Bergambar Bersama Anak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, rozita che wan
Zain Saidin seronok menjaga anak sulungnya.


Tambah Zain, dia berharap agar mana-mana individu tidak membuat andaian tanpa usul periksa sekiranya berlaku lagi kejadian seperti itu.

Sebagai seorang bapa, dia perlu mengutamakan anaknya terlebih dahulu daripada memilih untuk bergambar.

Sementara itu, berkongsi pengalaman bergelar ayah buat pertama kali, Zain berkata kerja-kerja menjaga anak tidaklah terlalu sukar seperti yang disangkakannya sebelum ini.

Kata Zain, antara rutin yang paling digemarinya ialah memandikan Aasyah, lebih-lebih lagi melihat anaknya yang begitu teruja apabila dimandikan.

"Alhamdulillah, tak susah sangat pun nak jaga anak. Rutin yang paling menyeronokkan ialah memandikan dia.

"Sekarang ini saya sanggup tinggalkan apa saja demi anak. Tetapi yang pasti dia lebih manja apabila bersama ibunya," ujar Zain.

Dalam perkembangan lain, Zain akan sibuk mengendalikan sebuah kelas kecergasan pada tahun depan yang terbuka kepada umum untuk menyertainya.

Baca : Raja Azmi Akui Sudah Temui Cinta Baru 

Sumber : mstar.com.my

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Zahiril Adzim Kini Lebih Memilih Tawaran Berlakon

Pelakon Zahiril Adzim bukanlah nama yang asing dalam industri seni tahan air, tetapi sejak kebelakangan ini kita jarang melihat wajah pelakon Zahiril Adzim di kaca televisyen.


Zahiril Adzim Kini Lebih Memilih Tawaran Berlakon, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, zahiril adzim

Namun ia bukanlah petanda bahawa pelakon ini sudah hilang popularitinya kerana Zahiril kini lebih memilih tawaran berlakon dan memperlahankan rentak untuk mempunyai lebih masa bersama keluarga.

Zahiril yang mempunyai anak lelaki yang kini berusia setahun berkata, dia bukannya bersikap terlalu memilih tetapi dengan tempoh penggambaran yang panjang membuatkan dia tidak mempunyai masa bersama anaknya.

"Cuma, sejak sudah berkeluarga dan memiliki anak, saya lebih suka memilih tawaran berlakon yang tempoh pengambarannya tidak mengambil masa panjang. Saya akui sekarang pun lebih banyak muncul dalam telefilem berbanding drama episod kerana masa saya di lokasi penggambaran tidak begitu lama.

"Sebagai suami dan ayah, saya ingin menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga yang kini menjadi keutamaan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro.

Kata bapa kepada Nadi Anaqi ini lagi, dia cuba mengelak tawaran yang memerlukan dia berada di lokasi dalam tempoh panjang kerana tidak mahu terlepas pengalaman untuk melihat anaknya membesar.

Selepas sekian lama bergelar pelakon, Zahiril berkata, populariti bukanlah perkara utama baginya tetapi dia lebih mencari naskah yang bagus untuk terus menapak dalam industri ini.

"Dalam soal populariti,ia bergantung kepada keinginan seseorang artis itu. Sebagai pelakon, mungkin ada yang aktif kerana mahu kukuhkan mana mereka dalam industri."

Dalam perkembangan terbarunya, filem lakonan terbarunya yang berjudul "Rentap" , gandingan bersama Elfira Loy dan Syafie Naswip akan berada di pawagam esok.


Baca : Raja Azmi Akui Sudah Temui Cinta Baru 

Sumber : tupai.com.my

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Raja Azmi Akui Sudah Temui Cinta Baru

Setelah bercerai kali kedua dengan Mohd Eddie Ghazali, produser Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, akui kehidupannya kini lebih tenang setelah menemui cinta barunya iaitu cinta kepada Allah.


Raja Azmi Akui Sudah Temui Cinta Baru, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pelakon dan pengarah, raja azmi


Raja Azmi yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mi berkata dia kini lebih bahagia apabila masanya lebih banyak diluangkan dengan mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Alhamdulillah, Kak Mi kini teruskan hidup seperti biasa. Pengalaman kedua bercerai ini membuatkan Kak Mi lebih redha dan kini lebih tenang berbanding penceraian kali pertama dahulu.

"Kalau dulu rasa kesunyian dan sebagainya tetapi kali ini Kak Mi lebih senang terima kenyataan.

"Malah kini Kak Mi sudah temui cinta baru atau cinta sebenar iaitu cinta Kak Mi kepada Allah.

"Kak Mi mahu muhasabah diri dan dekat dengan Dia kerana d isitu Kak ami temui ketenangan sebenar. Lebih-lebih lagi di penghujung usia begini,"katanya kepada murai.com.my yang ditemui selepas pelancaran TV Pengguna di Hotel De Palma, Ampang semalam.
Kak Mi dan Eddie telah pun sah bercerai pada 11 November lalu, setelah rumahtangganya bergolak dan tidak dapat diselamatkan sejak beberapa bulan sebelum itu.

Bercakap mengenai hubungannya dengan bekas suaminya itu, Kak Mi memberitahu hubungan mereka sangat baik dan selesa untuk berkawan.
"Kami masih lagi berhubung dan Kak Mi nampak kami lebih senang bila menjalinkan hubungan sebagai kawan.

"Malah kami sekarang sedang cuba mengambil kesempatan dalam tempoh edah ini untuk bermuhasabah diri dan Kak Mi sendiri tidak berani untuk berkata apa-apa tentang masa hadapan kami dan hanya berserah kepada Allah," luahnya lagi.

Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Baca : AIM21: Joe Flizzow Cadang Guna Juri Luar Untuk AIM Akan Datang 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif