Nyata usianya yang kini mencecah 56 tahun tidak menghalang ratu kontroversi, Madonna untuk tampil provokatif apabila dia sekali lagi tanpa segan silu menayangkan asetnya untuk penerbitan majalah Interview.
Madonna hanya tampil berpakaian dalam hitam yang mendedahkan payudaranya.
Ini bukan pertama kali Madonna beraksi daring malah sebelum ini, superstar terkenal itu pernah beraksi sama pada tahun 1992.
Aktor Remy Ishak menafikan dakwaan dia menerima bayaran tinggi serta anak emas kepada pengarah Khabir Bhatia kerana sering bekerjasama dalam filem mahupun drama televisyen.
Baginya, keserasian dan hubungan baik yang terjalin antara mereka sejak beberapa tahun lalu memudahkan mereka bekerjasama tanpa banyak masalah.
"Saya senang bekerja dengan sesiapa sahaja dan setiap produksi ada kekurangan dan kelebihan masing-masing dari segi cara kerja.
"Mungkin Khabir antara pengarah popular yang membuatkan dia dikenali dan saya sering bekerja dengan produksi dia. Lagipun saya faham dan tahu apa Khabir mahukan setiap kali saya jalani penggambaran.
"Bayaran tinggi? Sebenarnya kalau saya katakan perkara ini, mungkin orang kata saya poyo. Tapi sebetulnya, saya lebih mementingkan naskah daripada soal bayaran.
"Kalau naskah itu memberi kepuasan pada saya, harga tidak jadi masalah. Saya suka belajar sesuatu dan menimba pengalaman baru, soal harga jadi nombor dua," ujar Remy seperti dipetik dari Malaysian Digest.
Artiekl Terdahulu :
Aktor berusia 32 tahun ini mengulas perkara tersebut selepas dikatakan kerap bekerjasama dengan pemilik produksi Film Scape Sdn Bhd, termasuk drama bersiri terbaru "Antidot" yang diinspirasi dari siri zombie popular Inggeris, "The Walking Dead".
Tambah Remy, naskah terbaru Khabir kali ini agak berbeza dari segi perjalanan cerita serta skrip dan juga bersifat lebih santai.
Selain Remy, "Antidot" akan turut menampilkan pelakon berbakat lain seperti Nad Zainal, Nabila Huda dan Kamal Adli.
Sementara itu pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak ini turut memberitahu, dia pernah menerima tawaran bergelar pengarah tetapi terpaksa menolak kerana merasakan dirinya masih belum layak memikul tanggungjawab tersebut.
"Bagi saya, pengarah itu adalah darjat paling tinggi. Walaupun ada yang cakap saya sudah boleh mengarah tetapi saya belum bersedia dan belum merasakan diri layak.
"Dalam bidang lakonan, saya masih belum puas dan cukup baik serta masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Namun hasrat mahu mengarah itu memang ada, cuma masanya belum tiba," katanya.
Baca : Supermodel negara, Shida Yaacob meninggal dunia
Takziah diucapkan kepada keluarga supermodel terkenal negara, Shida Yaacob yang telah meninggal dunia baru-baru ini.
Menurut MHOnline, model terkenal Malaysia di awal 90-an ini meninggal dunia akibat menghidapai penyakit luekimia.
Tahap kesihatan Shida Yaacob yang dikatakan semakin tenat sejak kebelakangan ini akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 pagi di kediamannya di Damansara.
Arwah yang sememangnya terkenal di dalam bidang peragaan dan seringkali menghiasi iklan komersial telah meninggal pada usia 41 tahun. Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas.
Baca : Aksi berahi model Malaysia, Sofea Putih & Ali Akhbar
Gempar dunia blogger di Malaysia mengenai kisah model tempatan iaitu Sofea Putih dan Ali Akhbar apabila gambar separuh bogel mereka kini menjadi bualan hangat.
Sofea yang merupakan bekas pelajar SBP di Pahang dan merupakan pelajar di UiTM Puncak Alam, Selangor ini dikatakan telah berkongsi gambar-gambar sesi foto separuh bogel dengan Ali Akhbar.
Dalam salah satu gambar tersebut memperlihatkan Sofea dan Ali berpelukkan tanpa sebarang pakaian di dalam keadaan yang memberahikan.
Menurut sebuah blogger tempatan mendakwa bahawa Sofea Putih berani bergaya daring kerana dia bukanlah seorang wanita tulen. Namun perkara tersebut masih belum dapat dibuktikan.
Gambar-gambar dipetik dari Zoomartis.net
Baca : Syafie kesal pengarah ambil pelakon berdasarkan rupa paras
Pelakon popular Syafie Naswip menyuarakan rasa kesalnya terhadap sesetengah pengarah dan penerbit yang mengambil pelakon berlakon berdasarkan rupa paras dan bukannya bakat.
"Sekarang ini kalau pelakon itu 'free', pengarah atau penerbit akan ambil sahaja mereka berlakon tanpa melihat karakter itu sesuai atau tidak dengan pelakon itu.
"Kalau saya nak cakap lebih pun tidak boleh juga kerana itu adalah rezeki masing-masing. Apa yang peting sekarang adalah jujur untuk melakukan yang terbaik untuk industri kita.
"Jangan peduli kata orang dan kita seharusnya ukur hasil kerja dengan bakat," katanya yang dipetik dari Media Hiburan.
Dalam pada itu, Syafie yang diminta mengulas mengenai ramai yang masih menganggap dirinya sebagai pelakon kanak-kanak berkata dia tidak kisah dengan isu itu kerana dia mahu bakatnya diukur melalui watak yang dibawanya dan bukannya usia.
"Mungkin kerana rupa paras saya seperti budak-budak menyebabkan orang ramai masih melabelkan diri ini sebagai pelakon kanak-kanak. Tetapi saya tidak kisah pun mengenai hal itu.
"Setakat ini saya belum lagi menerima watak utama dan saya sedar belum lagi layak untuk sampai ke tahap itu.
"Saya masih lagi baru dan banyak lagi saya tak capai dalam watak-watak yang pernah saya bawa."
Dalam perkembangan lain, Syafie bakal tampil dengan filem terbarunya "Rentap" dan juga drama terbaru arahan Jehan Miskin "Seludup".
Baca : Dafi sahkan bakal ikat kontrak bersama Ahmad Dhani
Penyanyi dan pelakon popular Dafi telah mengesahkan bahawa dia bakal menandatangani kontrak rakaman selama setahun bersama komposer dan penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani dalam masa terdekat.
"Saya akan berada di sini dalam dua atau tiga hari. Setakat ini, saya boleh katakan perkara ini hampir jadi. Ada beberapa aspek yang perlu kami bincangkan antara kedua-dua pihak.
"Kita kena tengok juga kontrak agar kedua-dua pihak mendapat faedah bersama. InsyaAllah jika semuanya memuaskan, rasanya tak ada masalah untuk kita teruskan perjanjian," katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Dafi berkata Ahmad Dhani sudah menyiapkan beberapa lagu yang bakal dirakamkannya terbitan syarikat Ahmad Dhani iaitu Republik Cinta Management yang mana ia akan dipasarkan di Indonesia pada awal tahun depan.
"Macam saya katakan tadi, kalau semuannya berjalan seperti dirancang saya juga akan keluarkan album untuk pasaran di sini.
"Kebetulan juga pada bulan ini album saya untuk pasaran Malaysia pula akan ada dua album berbeza untuk kedua-dua pasaran ini dalam masa terdekat."
Penerbit dan pengarah filem televisyen (FTV), Takhta 3 Ratu, Erma Fatima sudah bersedia sekiranya watak wanita berkemban dalam karyanya itu kembali menjadi kontroversi.
Erma berkata, kali ini dia menerima dengan lebih terbuka memandangkan sebelum ini perkara itu pernah berbangkit ketika penggambaran sedang dijalankan.
"Satu ketika dulu, saya pernah terduduk apabila babak rogol dalam karya saya menerusi filem Embun menjadi isu.
"Jadi andai kata ada pihak mahu menimbulkan isu dalam Takhta 3 Ratu, saya reda.
"Cuma saya harap penonton lebih bijak berfikir ketika menonton naskhah ini berbanding memikirkan isu kemban," katanya kepada mStar Online.
Erma ditemui selepas tayangan Takhta 3 Ratu di Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada Rabu.
Erma Fatima
Pada awal April lalu, Erma mendapat kritikan hebat daripada pengikut-pengikutnya di Instagram selepas dia memuat naik foto-foto para pelakon filem tersebut yang memakai kostum ala-ala berkemban.
Pengikut-pengikut Erma meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara pemakaian pelakon yang ditonjolkan pengarah itu kerana ia dilihat tidak bersesuaian dengan norma agama Islam dan adat Melayu.
Sementara itu, Erma berkata, dia enggan memikirkan tentang perkara itu sebaliknya berharap karya berbentuk fiksyen sejarah tersebut mendapat respons positif daripada penonton.
"Saya bersyukur sangat kerana mempunyai barisan pelakon yang hebat di mana mereka memudahkan saya untuk berkarya.
"Cuma saya harap penonton dapat faham penceritaan karya ini dan tidak keliru dengan fakta sejarah kerana ia dihasilkan mengikut sudut pandang saya daripada kisah Hang Li Po dan Tun Teja.
"Sebab itu ia dipanggil sebuah naskah berbentuk fiksyen. Tetapi jangan salah faham, saya tidak berniat mahu mengelirukan sejarah," tuturnya.
Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Feby Febiola) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.
Dari kiri; Beto Kusyairy, Datuk Rahim Razali dan Awie yang akan tampil dalam Takhta 3 Ratu.
Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terkejut apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.
Takhta 3 Ratu bakal bersiaran di Astro First Eksklusif mulai 25 Disember ini.
Manakala karya tersebut turut akan dipersembahkan menerusi pementasan teater bermula 13 hingga 22 Disember ini di Istana Budaya.
Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com.
Baca : Fauziah Latiff Sahkan Bakal Nikah Tahun Depan