Lama tidak mendengar perkembangan terkini Ziana Zain. Baru-baru ini, diva bersuara tinggi ini telah berkongsi beberapa keping gambarnya ketika berjalan-jalan di Turki.
Menarik sungguh... Antara tempat yang telah dilawati oleh Ziana Zain ialah Masjid Biru. Sedikit sebanyak timbul juga rasa teringin menjejakkan kaki ke Turki selepas melihat gambar-gambar yang telah dikongsi menerusi Instagram Ziana Zain ini.
Kembara Ziana Zain di bumi Turki ini telah mengambil masa selama 9 hari. Untuk peminat Ziana Zain, khabarnya penyanyi ini akan muncul dengan lagu baru pada awal tahun 2015.
Pastinya ramai yang dah tak sabar kan? Untuk mengubati rindu di dada, silalah tengok beberapa keping foto Ziana Zain ketika berjalan-jalan di Turki. Menarik sangat-sangat.
Pelakon yang lama tidak muncul di layar perak Que Haidar tidak lama lagi akan tampil dalam filem terbaru yang mengetengahkan budaya Skinhead berjudul Ophilia. Sedar budaya itu sering dipandang negatif, pelakon ini ada pesanan untuk semua.
“Saya buat filem ini kerana nak tunjukkan benda yang baik pada mereka. Kita nak tunjuk benda benda yang positif dalam filem itu seperti semangat brotherhood yang ada dalam skinhead. Filem ini lebih menceritakan semangat setiakawan itu sendiri,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa persepsi seseorang itu terhadap skinhead itu amat berbeza dan terpulang kepada individu untuk menilai.
“Kalau kita pandang semangat setiakawan itu jahat, maka jahatlah dia, sebaliknya pula apabila kita memandang dari segi perspektif yang positif maka baiklah dia,” katanya bersahaja.
Filem Ophilia arahan Raja Mukhriz dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Que Haidar, Zizan Nin & Vanidah Imran ini akan ke pawagam 18 Disember ini.
Baca : Sam Bunkface Terkejut Birthday Disambut Tunang
Info Sam sambut birthday hari ini pun selepas dia memuat naik sekeping foto di Instagram bersama tunangnya dan juga diraikana bersama penyanyi lagenda rock, Amy Search dan ahli kumpulannya.
Amboi seronok dan bertuah Sam, tahun ini buat pertama kalinya menyambut hair lahir bersama tunang tersayang. Katanya dia terkejut dengan tindakan tunangnya yang membawakannya sebiji kek.
Bukan sahaja tunang datang buat kejutan bawa kek, malah untungnya pada hari jadinya Amy Search dan isteri telah belanja dia makan malam.
Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik di Instagram bersama foto berkenaan:
“Special thanks for the dinner @akuamysearch and @qasander to my buddies dari kecik. @ahmadfarhan87 @youkjaafar @farrizizzuan and my sweet fiance suprising me with a cake!! @goldilocks87 love you baby! May Allah bless us all. Welcome myself to club27!”
Sam nampak gembira sekali di dalam foto itu! Baguslah, doakan semoga Sam dipanjangkan usia serta cepat-cepatlah kahwin dengan tunangnya itu.
Baca : Foto Elfira Loy Melancong Sambil Bekerja di Australia
Bertuahlah badan si pelakon genit Elfira Roy yang kini sedang melancong sambil bekerja di Sydney Australia.
Difahamkan, Elfira ke negara Kangaroo itu untuk menjalani sesi penggambaran program TV iaitu Madmarkets untuk musim ketiga yang disiarkan di TV9.
Di musim yang lalu, Hanis Zalikha pernah menjadi hos untuk program ini untuk berkongsi tips-tips yang berinformasi berkaitan dengan produk pelancongan dan sebagainya.
Jadi dengan kesempatan ini, ingin dikongsikan kepada anda semua gambar-gambar riang dan ceria Elfira di Australia.
Baca : Puteri Balqis Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Asia
Dulu kecoh dibuatnya apabila adik Puteri Balqis meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini, dan mempertikaikan kemenangannya.
Ade juga info yangtersebar, dia tak layak julang trofi itu dan sepatutnya dia di calonkan untuk kategori lain iaitu pelakon terbaik kanak-kanak.
Terbaru, Balqish telah dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Asian TV Award 2014 yang berlangsung di Singapura menerusi Drama TV Balqis.
Balqis telah menewaskan calon pelakon dari Taiwan, Hong Kong dan Singapura yang rata-rata umur mereka lebih berusia daripadanya.
Ini merupakan pencapaian yang harus kita banggakan. Maka dengan itu, kemenangan Balqis ini telah berjaya menangkis persepsi negatif mengenai bakat lakonannya dan berjaya mengunci mulut-mulut tempayan itu.
Juri luar juga turut akui kehebatan Balqis, ucapan syabas dan tahniah kepada adik Balqish kerana berjaya mengharumkan nama negara.
Ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia meraih anugerah ini dan diharapkan dia akan terus sukses di masa akan datang.
Baca : Tiga Lokasi Konsert 'Wings Menakluk Kosmos'
Kumpulan rock terkenal iaitu Wings memilih tiga lokasi istimewa bersempena dengan 'Konsert Wings Menakluk Kosmos' yang bakal menemui peminat bermula 27 Disember ini.
Selain Awie selaku vokalis, Wings turut dianggotai oleh Eddie, Black dan Joe.
Kumpulan itu menerusi persembahan pertamanya membuka tirai di Pulau Pinang iaitu di Tapak Ekspo, Seberang Jaya sebelum menemui peminat di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, Terengganu (9 Januari) dan berakhir di MITC, Melaka (31 Januari).
Konsert itu bersempena dengan pelancaran album terbaharu Wings berjudul Menakluk Kosmos yang mendapat sambutan hebat daripada peminat sejak ia dipasarkan pada Mei lalu.
Selain bakal mendendangkan lagu-lagu daripada album baharu, Wings akan menyampaikan susunan lagu hit mereka termasuk Bisa Yang Tertunda, Ingatkan Dia, Peti Pandora Mu, Raja Segala Duri, Segitiga Piramida dan Penanti.
Sementara itu, konsert berkenaan dijangka bakal bermula pukul 8.45 malam dengan durasi selama 180 minit dan Wings berjanji akan menampilkan persembahan bertenaga untuk semua peminat yang bakal hadir nanti.
'Konsert Wings Menakluk Kosmos' dianjurkan oleh Anggerik Events.
Tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga serendah RM75 dan bagi penonton yang mendapatkan tiket berharga RM390 mereka berpeluang mendapatkan cenderamata khas, beramah mesra dan makan malam bersama kumpulan Wings.
Untuk tempahan dan keterangan lanjut boleh melayari www.ticket2U.biz atau menghubungi talian 03-4026 5558.
Manakala bagi ahli kelab Sayap-Sayap Wings mereka boleh mendapatkan harga istimewa untuk menonton konsert berkenaan dengan menghubungi Zul di talian 012-266-6877 atau layari www.sayap2wings.com
Pelakon Nadiya Nisaa tidak pernah meletakkan sebarang syarat tertentu dalam memilih tawaran diberikan biarpun dia pernah merangkul trofi Pelakon Pembantu Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011).
Nadiya Nisaa pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011.
Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin, 29, berkata, tidak perlu untuk dia berbuat demikian kerana padanya apa yang lebih penting sesuatu watak diberikan bersesuaian dengan jiwanya sebagai pelakon.
"Setakat ini saya tidak pernah memilih projek diberikan kepada saya malah filem atau teater berbajet rendah pun saya terima sekiranya watak diberikan sesuai dan buat saya selesa.
"Hayat dalam bidang ini bukan kekal selamanya dan selagi ada ruang dan peluang saya akan terima dan lakukan yang terbaik," katanya kepada mStar Online.
Nisa bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha yang bakal berada di pawagam bermula 25 Disember ini.
Filem tersebut turut menampilkan pelakon seperti Bront Palarae, Iedil Putra, Megat Sharizal, Amerul Affendi, Sharifah Armani dan Siti Saleha.
Barisan pelakon filem Terbaik Dari Langit yang bakal menemui penonton di pawagam pada 25 Disember ini.
Dalam pada itu, Nadiya yang dilihat sepi daripada sebarang publisiti sejak akhir-akhir berkata, biarpun populariti itu memainkan peranan namun dia tidak mempunyai sebarang strategi bagi memastikan namanya terus kekal dalam industri.
Nadiya juga percaya sekiranya dia fokus, menjaga disiplin dan mutu kerja populariti itu akan datang dengan sendiri tanpa perlu dirancang dengan strategi tertentu.
"Bukan mudah untuk merancang strategi dalam industri ini tetapi saya yakin populariti itu akan datang secara organik dan paling penting sebagai pelakon saya perlu mengekalkan disiplin dan kualiti dalam kerja.
"Ini kerana menerusi etika kita dalam bekerja ia akan menjadi buah mulut orang dan sekali gus pasti rezeki itu akan datang dengan sendiri," ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai Terbaik Dari Langit, Nadiya berkata, filem berkenaan menuntutnya untuk melakukan pengorbanan besar apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga yang disifatkan tidak mudah.
Bagaimanapun kata Nadiya, dia bersyukur apabila dapat bekerja dengan produksi yang memahami situasinya sebagai isteri dan ibu dengan memberi kebenaran untuknya pulang ke Kuala Lumpur bagi bersama keluarganya.
"Kami menjalani penggambaran di Ipoh, Perak selama 35 hari tetapi saya akan pulang menaiki kereta api setiap tiga hari untuk bersama keluarga sebelum kembali ke lokasi penggambaran.
"Biarpun sukar tetapi saya puas dengan pengorbanan itu kerana hasil akhir filem ini membuatkan saya sedar betapa beruntungnya saya dapat bekerjasama dalam sebuah projek yang cukup ikhlas," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nadiya berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran dua buah telefilem terbitan syarikat produksi milik Datin Zizie Ezzette di Pulau Langkawi.
"Kru berkampung selama sebulan di sana untuk menyiapkan empat buah telefilem dan saya terlibat dalam dua buah drama sahaja yang diarahkan oleh Isma Yusoof dan selepas ini akan memberikan tumpuan kepada promosi filem Terbaik Dari Langit," katanya.