"I have died every day waiting for you.." Ini merupakan bait lagu yang amat sesuai digambarkan untuk peminat-peminat Christina Perri yang sentiasa menantikan penyanyi tersebut datang kembali untuk membuat persembahan di Malaysia.
Berita baik untuk peminat Christina Perri, penyanyi dan komposer dari Amerika, Christina Perri akan kembali ke Malaysia untuk konsert keduanya tahun hadapan.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu hits "Jar of Hearts", "A Thousand Years" dan "Human" ini akan mengadakan persembahan di KL Live @ Live Centre untuk kali yang kedua pada 3 March 2015.
Selepas kejayaannya pada konsert 2012 di Malaysia, penyanyi itu akan kembali untuk siri jelajah album keduanya iaitu "Head or Heart" yang mengandungi lagu hit "Human".
Dapatkan tiket konsert sekarang di ticketpro.com.my, keterangan lanjut mengenai tiket seperti berikut:
Baca : Aishah Sinclair DJ Baru MIX fm Ganti Sarimah Ibrahim
Pengacara dan pelakon, Aishah Sinclair telah diumumkan sebagai penyampai radio baru MIX fm yang telah menggantikan tempat Sarimah Ibrahim dalam segmen The Mix FM Breakfast bermula semalam.
Tidak keseorang, Aishah Sinclair akan bersama penyampai Rod setiap pagi dalam segmen tersebut setiap pagi bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Pengurus Rangkaian Kandungan Astro Radio, Raqeem Brian berkata personaliti dan pengetahuan dalam bidang penyiaran yang ada pada Aishah diyakini dapat menggalas tanggungjawab itu dengan baik.
"Kami gembira degan kehadiran Aishah Sinclair bersama keluarga barunya MIX fm, kami percaya dengan adanya personaliti dan pengetahuan daam bidang penyiaran, beliau akan menyampaikan persembahan yang terbaik sebagai platform radio-pendengaran untuk pendengar MIX fm,"katanya.
MIX fm merupakan stesen kegemaran dikalangan penonton muda yang berada dipertengahan umur antaranya 25 hingga 39 tahun. Radio ini juga memainkan gabungan lagu-lagu kontemporari era 90 hingga kini.
Baca : Chacha: Kami Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat
Pelakon Chacha Maembong nafi dia dan dua beradiknya disuruh keluar dari rumah akaknya, Yaya Maembong seperti yang dinyatakan oleh bapanya Ismail Embong menerusi statusnya di laman sosial Facebook.
Sebaliknya, Chacha Maembong berkata dia sudah pun membeli rumah sebelum Yaya dan Wan Raja berumahtangga untuk tinggal bersama dua orang adik beradiknya yang lain.
“Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan kahwin lagi kami dah mula berpindah sedikit demi sedikit.
“Saya dan Kak Yaya tiada masalah dah tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri.
“Bukan sahaja mahu beri Kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Chacha diminta mengulas selepas bapanya menaikkan status seperti berikut:
“Tanpa pengetahuan sy mereka ( Yaya Maembong & Wan Raja) adakan 'Malam Berinai' 10Dec. Sy hanya tahu bila sy dtg ke Bukit Antarabangsa nak jengok Popo (akak Chacha) yg tinggal dirumah itu bersama Amad, Chacha. Diberitahu 3 beradik itu terpaksa keluar, cari rumah lain kerana lepas nikah pasangan itu akan tinggal dirumah Yaya. Kini mereka bertiga di flat, Amad berkerusi roda terpaksa naik lif. Berderai perasaan si bapa ini, tp disembunyikan jua,”
Difahamkan,bapa mereka memuat naik status itu selepas berang dengan artikel gosip dalam ruangan sebuah akhbar dengan tajuk ‘Bapa Pengantin Buat Hal’
Chacha turut menjelaskan rumah yang dibeli itu bukanlah flat sepertimana yang digambarkan oleh bapanya tetapi merupakan sebuah rumah kondominium
“Saya bukan tinggal di flat seperti yang dinyatakan tetapi kami tinggal di kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua.
“Amad (Abang Chacha) pula selesa dan suka sahaja keluar masuk rumah baru kami walaupun turun naik lif.
“Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar,” jelasnya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Chacha kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Anak Kelima untuk siaran TV9.
Bekas anggota kumpulan Girls’s Generation iaitu Jessica Jung menafikan khabar angin kononnya dia membuat keputusan untuk tinggal bersama tunangnya iaitu Tyler Kwon di Hong Kong.
Malah wanita itu turut terkejut apabila timbul gosip kononnya dia sedang mengandung selepas ada pihak melihatnya membeli barangan kelengkapan bayi di kota raya itu.
Artikel Terdahulu :
"Saya masih tinggal bersama keluarga saya di Korea. Mengenai barangan bayi itu, saya mengaku membelinya tetapi ia adalah hadiah untuk rakan saya,” ujarnya menepis gosip berkenaan.
Jessica kini sibuk dengan lebel pakaian terbaharunya iaitu Blanc & Eclare.
Baca : Nicki Minaj Tempelak Bekas Kekasih Perangai Jahat
Penyanyi rap popular Nicki Minaj menempelak bekas teman lelakinya menerusi Twitter iaitu Safaree Samuels dengan menyifatkan pemuda itu sebagai manusia yang jahat dan tidak pandai berterima kasih.
Wanita berusia 32 tahun itu menulis; Segala-galanya anda tidak pernah menghargai saya. Tuhan melihat manusia jahat seperti kamu. Saya ini memberi… memberi dan memberi. (Anda) Mengancam saya? Mengugut saya?
Minaj turut meminta bekas teman lelakinya itu agar membiarkan dia gembira tanpa gangguan.
Malah dia turut mendedahkan tidak ada manusia yang akan setia berkawan dengan orang seperti bekas teman lelakinya itu.
Katanya, selama ini tidak ada sesiapa pun tahu perangai buruk pemuda itu yang mana kesakitan akibat perbuatan itu sudah sekian lama disimpannya dalam hati.
Baca : Ajk Seniman Tidak Setuju Laporan Polis Zed Zaidi
Daripada kejadin tersebut Beberapa AJK Seniman seperti Adlin Aman Ramli dan Khir Rahman tidak setuju dengan tindakan melulu dan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan AJK Seniman
Khir Rahman pula membidas kerana dengan cara itu merosakan reputasi Vanidah Imran
Adlin Aman Ramli secara terang-terangan mengecam tindakan Zed Zaidi dan meminta presiden itu yang meletak jawatan kerana gagal meneraju persatuan dengan baik.
Ini komen Adlin Aman Ramli:
"Saya tidak setuju dan mengecam tindakan dia membuat laporan polis sebelum berbincang dengan kami semua terlebih dahulu.
"Tindakan itu hanya membuka pekung persatuan kepada umum dan orang sendiri tahu tentang kegagalan dia menerajui persatuan,"
"Zed Zaidi yang seharusnya letak jawatan kerana tidak boleh bekerja dengan ahli jawatankuasa lain dengan baik dan membuat keputusan tanpa berbincang,"
"Saya punya kes biopik Saloma memaparkan kisah palsu ayah saya, Allahyarham AR Tompel sampai sekarang tiada reaksi darpada pihak Seniman langsung. Walhal saya sudah beri surat kepada persatuan agar memberi sokongan dalam menyelesaikan kes tersebut,"(mstar)
Ini komen Khir Rahman:
"Ia tidak wajar dibuat kerana perkara itu merosakan reputasi orang lain. Kasihan Vanidah Imran yang terkena dalam perkara ini. "Sebagai presiden dia harus melindungi ahli dan bukannya merosakan atau mencari salah orang lain jika persatuan itu gagal dijalankan,"
"Saya sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap Biro Pendidikan dan Latihan Seni sudah menjalankan tanggungjawab saya untuk mengerakkan aktiviti seni."
Zed Zaidi juga kerap menolak idea dan cadangan Khir Rahman untu membuat mesyuarat dan perbincangan.
"Namun setiap kali saya minta untuk diadakan mesyuarat pasti ditolak. Malah, group WhatsApp yang saya buat pun tidak mahu digunakannya."
"Dia suruh saya e-mel butiran untuk adakan mesyuarat dan apabila sudah ikut peraturan yang dimahukan, dia pula kata tiada apa yang penting untuk dibincangkan," (mstar)
Sebelum ini, Zed Zaidi juga ada menghentam AJK Seniman yang baru yang dikatakan tak pandai buat kerja dan hanya pandai cakap.
Baca : Kisah Indah Ruhaila AF2013 Yang Tidak Pernah Didedahkan
Pernah menyangka perjalanan seninya selepas mengikat kontrak bersama syarikat Suria Records (SRC) dari 2006 hingga 2010 akan bernoktah begitu saja, tetapi lain pula jadinya selepas Indah Ruhaila menyertai Akademi Fantasia 2013.
Hampir berputus asa kerana awalan kerjaya seninya ketika itu tidak menyebelahi beliau, Indah memilih untuk kembali ke kampung halaman di Johor Bahru (JB) bagi memulakan kehidupan baru di sana.
Namun dek minatnya yang mendalam, Indah masih tidak mampu menghakis bakat nyanyian yang ada lalu beliau memilih bekerja sebagai penyanyi lounge dekat lima tahun di sebuah hotel di JB.
"Tipulah kalau saya cakap tak kecewa masa memilih untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan bersama syarikat SRC. Saya sudah habiskan masa empat tahun tapi ia langsung tidak berbaloi. Kecewa saya ketika itu bukan kepalang.
Indah Ruhaila
"Di Kuala Lumpur saya menyewa rumah bersama emak. Emaklah yang bersusah payah bersama saya. Saya bergelut dengan kehidupan.
"Nak bayar duit sewa rumah pun tak ada. Kadang-kadang saya dan emak terpaksa ikat perut kerana tak ada duit nak makan.
"Nak beli minyak kereta pun tak cukup wang. Tawaran membuat persembahan memang tak ada. Saya muncul dengan satu album bersama SRC berjudul Indah Ruhaila.
"Tapi orang tak kenal saya pun. Saya tak salahkan sesiapa. Mungkin bukan rezeki saya lagi ketika itu," katanya yang memberitahu bapa tercinta yang sedikit sebanyak membantu menyalurkan wang ketika bergelut dengan kepayahan itu.
Tambah Indah, ketika membuat keputusan untuk kembali ke JB, beliau sebenarnya berbelah bagi dan air mata sudah banyak kali tertumpah mengenangkan nasib yang tak menentu.
Apatah lagi hasrat untuk membantu menyenangkan keluarga masih belum dapat dilakukan.
"Ketika bekerja sebagai penyanyi hotel, gaji saya stabil dan dapatlah sikit hidup senang. Peluang menyanyi di hotel saya ambil untuk terus menimba pengalaman. Saya banyak menyanyi lagu yang sukar dibawakan.
"Tapi lama kelamaan kerja di situ, biasalah skeptikal orang terhadap mereka yang bekerja di hotel masih ada.
"Jiran dan orang yang dikenali memandang rendah kerja saya di situ. Tak tahan dengan mulut orang, saya nekad berhenti saja.
"Ingatkan dunia nyanyian saya berakhir di situ. Lalu saya terima tawaran bekerja sebagai setiausaha di pejabat milik pakcik. Setahun tiga bulan juga saya bertugas di situ dan pada masa yang sama hujung minggu saya sambung belajar dalam bidang pengurusan perniagaan," katanya yang sudah 26 tahun ketika bekerja dan belajar.
Menurut Indah lagi, dengan usianya yang semakin meningkat, beliau sendiri sudah berputus asa dan tidak pernah terfikir semula untuk kembali menyanyi, sekali gus menyertai industri seni.
"Tetapi tidak sangka percubaan beliau menyertai Akademi Fantasia 2013 membuahkan hasil. Emak memang antara individu yang selalu mendorong untuk menyanyi dan masuk Akademi Fantasia 2013.
"Tapi macam-macam alasan yang membuatkan saya berfikir banyak kali sebelum menyertai pertandingan itu. Tahun lalu pun saya bertunang.
"Saya kembali juga berkelana ke KL hanya kerana AF. Kali ini saya tinggal seorang dan percaturan saya menyertai AF bagaikan memberi sedikit sinar. Lagu single Percayalah sedikit sebanyak membuatkan nama saya dikenali.
"Cuma ikutkan selepas tiga bulan masuk AF, saya tak ada tawaran kerja. Saya bergelut semula sebenarnya. Tapi kerana sudah terbiasa tempuhi benda ini semua, saya jadi kuat dan tabah. Saya tak mahu usaha ini berakhir lagi seperti sebelum ini," katanya.
Peluang Indah menyertai siri jelajah dan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 24 Mei lalu membuka jalan untuk Indah terus bernyawa.
"Terima kasih BH dan ABPBH 2013 atas peluang keemasan ini. Lebih indah lagi, lagu itu bolos ke peringkat separuh akhir dan final Anugerah Juara Lagu 29. Saya kini sudah 70 peratus bersedia untuk malam kemuncak AJL 29 di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari depan.
"Bangga juga dapat masuk AJL kerana saya pernah sasarkan dalam diri untuk bertanding menerusi anugerah ini. Tak sangka ia jadi kenyataan," katanya yang akan menggayakan baju rekaan Syamil Fazwan pada malam kemuncak AJL 29 terbitan TV3.
Comey merupakan kumpulan atau peserta Maharaja Lawak Mega yang tersingkir pada minggu lepas setelah hanya menerima 2 bintang dari Fazura.
Comey yang terdiri dari Ropie dan Suhaimi nampak seperti konsisten dan mempunyai gaya tersendiri ketika menyampaikan lawaknya. Namun tema muzikal menyaksikan mereka tersingkir stelah gagal meraih perhatian juri.
Ropie dalam pada itu ternyata kecewa dan tidak berpuas hati dengan komen dan bintang yang diberikan oleh Fazura.
Ropie ternyata terkejut dan terkilan dengan komen negatif dari pelakon cantik, Fazura dan mengatakan sekirang Dato Jalal atau Farah Quinn yang memberi komen, kemungkinan Comey masih terselamat.
Ini luahan dan komen Ropie:
“Secara jujurnya saya kecewa dengan komen yang diberikan oleh Fazura kerana kami berusaha untuk fikirkan idea yang menarik untuk persembahan di minggu ‘Muzikal’. Malah lebih terkilan apabila Fazura hanya beri kami dua bintang sehingga menjejaskan undian yang diterima oleh Comey."
“Sebenarnya persembahan kami bukan semata-mata untuk buat lawak sahaja, ada mesej disebalik pemilihan lagu. Bila Fazura cakap lagu tidak bersesuaian dengan persembahan, rasanya seperti tidak adil buat kami.
“Ya memang kami gunakan lagu-lagu baru tetapi bukan hanya kumpulan Comey sahaja. Ada juga kumpulan-kumpulan lain turut guna lagu-lagu baru seperti kami. Jadi bila Fazura beri komen demikian saya rasa macam itu sesuatu yang sangat mengecewakan sedangkan Dato’ Ac Mizal sendiri turut beri pujian dengan persembahan dan juga pemilihan lagu kami yang sesuai,”
“Ramai juga yang jumpa saya luahkan rasa kecewa apabila kumpulan Comey tersingkir. Tapi nak buat macam mana semuanya terletak pada undian juga markah daripada barisan pihak juri. Mungkin rezeki kami hanya di minggu keenam."
“Insya Allah tahun hadapan Comey akan kembali dan kami sedang merancang beberapa strategi dan idea baru untuk MLM,”
“Saya tidak nafikan, komen yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan dan Farah Quinn mungkin boleh menyelematkan kedudukan Comey. Setiap persembahan kami ada mesej tersendiri dan bukan hanya buat lawak semata-mata."
“Apabila terima komen dan bintang yang terima sedikit, saya rasa memang boleh buat undian jadi rendah sehingga tersingkir. Apa pun terima kasih kepada pihak barisan juri dan para penonton yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sanggup mengundi kami sehingga mampu kekal di minggu keenam."
“Mungkin bukan rezeki kami untuk terus berada di pentas MLM untuk edisi kali ini,” (Astro Gempak)
Sementara itu, salah seorang juri iaitu Farah Quinn ternyata terkejut setelah melihat markah peserta setelah Comey dikeluarkan, Ini kata Farah Quinn:
“Apabila kertas pemarkahan dan keputusan penuh diberikan, saya terkejut melihat senarai peserta dengan markah paling rendah.
“Sama-sekali saya tidak menyangka Comey akan meninggalkan pentas MLM 2014…Kalau saya dapat kembalikan mereka pada minggu hadapan, saya akan lakukan,”