Siapa sangka, dalam sebuah majlis makan malam tahunan ‘Cahaya Cinta’ yang dihadiri oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K di Johor Bahru baru-baru ini, tiba-tiba pasangan ini dijemput untuk bersanding buat kali kedua.
Dengan persiapan pelamin yang sangat cantik pada majlis tersebut, ditambah pula pakaian Siti dan juga Datuk K yang tak ubah macam pengantin, ternyata pasangan ini bagaikan tidak dimamah usia langsung. Manis mereka berdua di atas pelamin!
Gambar yang dikongsikan oleh Siti Nurhaliza di Instagram beliau ini memang mengundang rasa cemburu, bukan? Maklumlah sudah bertahun kahwin pun masih mampu nampak seperti pengantin baru. Apa-apa pun, kami di sini mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia.
Baca : Che Ta Bawa Aaisyah Dhia Rana Jalan-Jalan Di London
Syoknya Aaisyah Dhia Rana dah dapat jejakkan kaki ke kota London. Murah rezeki. Saya yang dah hidup 31 tahun pun sekadar melihat bandar hebat itu menerusi gambar-gambar sahaja. Pasti ia satu pengalaman baru buat Che Ta sebab kali ini berjalan-jalan membawa anak kecil. Pergerakan pasti akan lebih terbatas tetapi rasa seronok itu pasti lain macam berbanding dulu.
Berdasarkan pengalaman, masa bayi kecil macam ini masih mudah lagi nak bawa jalan-jalan. Kalau dah besar dan pandai berjalan/berlari, itu yang susah. Kalau usia Aaisyah Dhia Rana ini, guna stroller je tolak. Ragam pun tak banyak. Sekadar menangis nak minta susu je.
Apa pun tengok Aaisyah Dhia Rana makin comel. Kulit makin putih. Tembam pun dah tembam sikit. Geram sangat-sangat. Jangan lupa pakaibaju tebal-tebal di kota London ye Aaisyah. Cuaca mesti tengah sejuk sekarang. Semoga sihat sentiasa di sana. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Sebagaimana yang kita maklum, bagi Maharaja Lawak Mega 2014 kumpulan Sepahtu turut dianggotai oleh pelawak Ilya Buang. Baru beberapa minggu membuat persembahan bersama Sepahtu, Ilya dikatakan terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan.
ILYA jelas punca sebenar tarik diri dari SEPAHTU – Namun begitu, ada cerita yang kurang sedap didengar mengenai ketiadaan Ilya. Ada yang mendakwa Ilya sebenarnya menghadapi masalah dengan salah seorang ahli kumpulan Sepahtu. Sebab itu dia menarik diri.
Menerusi laporan mStar Online hari ini, Ilya menjelaskan sebab utama dia menarik diri daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan MLM2014 kerana tidak mahu menjadi beban kepada kumpulan itu. Ilya menganggap dia tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea sehingga menjejaskan prestasi kumpulan tersebut.
“Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014. Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,” ujarnya sebagaimana dipetik portal berkenaan.
Ilya berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penarikan dirinya daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak 2014 yang diumumkan secara rasmi pada 19 Disember lalu. Dalam pada itu, Ilya juga mengulas dakwaan kononnya mempunyai masalah dengan anggota kumpulan itu iaitu Jep.
“Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu. Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,” katanya.
Dalam pada itu, dia juga menafikan tiada keserasian antara mereka bertiga sepanjang melakukan persembahan bersama. Katanya, sebelum ini mereka sudah beberapa kali bergandingan iaitu sejak mula memenangi pertandingan Raja Lawak 3 lagi.
Sementara itu, bercerita tentang kesihatannya, Ilya berkata, dia baharu sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisol di Pusat Perubatan Pantai di Ipoh Perak. Katanya, penyakit kencing manis yang dihidapinya itu menyebabkan dia tidak boleh mengambil gula secara berlebihan sehingga mengakibatkan dirinya lemah dan tidak bertenaga.
“Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah. Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas,” katanya.
Ilya berkata, dia kini menetap di Ipoh, Perak dan hanya datang ke Kuala Lumpur jika ada persembahan sahaja. Kumpulan Sepahtu kini dianggotai oleh Jep dan Shuib dan akan meneruskan saingan dalam Maharaja Lawak Mega 2014.
Baca : Saya Tak Ada Anak Bernama Chacha – Ismail Embong
Nampaknya pertikaian antara Ismail Embong dan anak-anaknya sudah semakin memuncak. Terbaru, Ismail Embong telah menulis yang dirinya tidak mempunyai anak bernama Aisyah @ Chacha. Dasyat sungguh pertelingkahan yang berlaku sehingga ke tahap ini. Malah Ismail Embong turut melabel anak yang melukai hatinya adalah sebagai anak derhaka. Sedih melihat apa yang terjadi gara-gara perkahwinan Yaya Maembong dan Wan Raja yang tidak disukai oleh Ismail Embong.
Sebelum ini Ismail Embong ada melahirkan rasa kekecewaannya kerana Yaya Maembong telah memaksa adik-adiknya berpindah rumah ke flat. Namun menerusi portal Murai, Chacha Maembong menjelaskan yang mereka telah berpindah secara sukarela. Rumah baharu mereka juga bukanlah flat tetapi kondo. Kata Chacha:-
Saya bukan tinggal di flat seperti yang dinyatakan tetapi kami tinggal di kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua. Amad (Abang Chacha) pula selesa dan suka sahaja keluar masuk rumah baru kami walaupun turun naik lif. Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar.
Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan kahwin lagi kami dah mula berpindah sedikit demi sedikit. Saya dan Kak Yaya tiada masalah dah tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri. Bukan sahaja mahu beri Kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya.
Namun begitu Ismail Embong telah tampil menerusi akaun Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Malah Ismail Embong turut sama menghentam penulis artikel tersebut yang didakwa menjadi penghancur keluarganya.
Makin kronik nampaknya perselisihan faham yang terjadi antara Ismail Embong dan anak-anaknya. Sedih juga Abang Nara membaca luahan hatinya. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah kesemua yang terlibat pergi berjumpa dengan si ayah, memohon maaf dan berjanji tak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi. Kalau berterusan cakap di media sebegini, pasti akan ada hati yang terluka. Rasanya tak ada insan yang mahukan gelaran ‘anak derhaka’. Cepat-cepatlah minta maaf.
Baca : Senarai 10 Filem Melayu Paling Gagal Di Pawagam 2014
Terkejut juga melihat pada senarai kutipan filem tempatan yang dikeluarkan oleh FINAS. Dalam pada itu, agak menghairankan juga kerana terdapat beberapa filem hebat dan berkualiti serta turut menampilkan barisan pelakon popular hanya menerima kutipan kurang daripada RM500 ribu.
Bagaimanapun, filem-filem ini jauh lebih baik daripada sepuluh filem dibawah yang dikategorikan sebagai paling gagal sepanjang tahun 2014 kerana hanya menerima kutipan dibawah RM 250 ribu dan paling menyayat hati yang mengutip RM29,698.50.
Berikut adalah senarai 10 filem Melayu paling gagal di pawagam 2014 :
1) Hantu Bukit Cina
Filem Hantu Bukit Cina menampilkan barisan pelakon seperti Fouziah Gous, Siti Fazurina, Gambit dan Tunku Nor Hanis. Filem seram ini mula menemui penonton pada 6 Mac 2014 dan ditayangkan selama 14 hari di 55 pawagam. Hantu Bukit Cina hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM29,698.50 walaupun filem seram sentiasa mempunyai peminat tersendiri. Tidak pasti kenapa peminat filem seram tidak memberi sokongan kepada filem arahan TS Jeffrey ini. Hal ini menjadikan filem ‘Hantu Bukit Cina’ sebagai filem Melayu paling gagal 2014.
2) Super Squad the Movie
Biarpun ditayangkan pada musim cuti persekolahan, filem animasi ini tidak mendapat sambutan memberangsangkan. Malah suara di sebalik setiap watak juga disumbangkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Diana Danielle dan Radhi Khalid. Filem animasi ini hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM30,984.00 setelah ditayangkan selama 14 hari di 41 pawagam seluruh Malaysia.
3. MTB – Misi Tawan Baby
Filem lakonan Kamal Adli dan Erin Malek ini hanya berjaya meraih RM48,999.80, tidak setanding dengan kos pembikinannya yang mencecah RM1.2 juta. Mula ditayangkan sejak 13 November lepas, filem genre komedi dan cinta ini menjadikan sukan basikal lasak sebagai penghubung cerita cinta antara watak Helmi dan Zana. Tidak pasti di mana silapnya sehingga filem ini tak meraih pulangan modal. Barangkali promosi untuk ‘Misi Tawan Baby’ tidak begitu meluas.
4. Muka Surat Cinta
Filem ini merupakan filem ke-88 terbitan MIG. Menampilkan barisan pelakon seperti Mikail Andre, Atikah Suhaime, Nina Iskandar, dan Azwan Kombos, ‘Muka Surat Cinta’ hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM78,885. Dibandingkan dengan filem MIG yang lain seperti ‘Pengantin Malam’ yang berjaya mengutip RM1,694,466.00, filem arahan Pierre Andre ini boleh dikatakan filem MIG paling gagal. ‘Muka Surat Cinta’ mula ditayangkan pada 16 Januari 2014 dan berada di 45 pawagam seluruh negara selama 13 hari.
5. Sniper
Filem aksi arahan Pierre Andre ini hanya berjaya meraih RM129,039.00 setelah 14 hari tayangan di 58 pawagam seluruh negara. Menampilkan barisan pelakon baru seperti Fadlan Hazim, Mikael Andre, Pablo Amir dan Nina Iskandar, filem ini seakan-akan meniru filem antarabangsa, ‘Gamer’ arahan Mark Neveldine dan Brian Taylor. Mungkin tak sama 100 peratus, namun konsep seseorang mengawal orang lain untuk membunuh sesama sendiri dalam permainan yang diciptanya masih sama. Barisan pelakon baru juga agak kaku dalam menjayakan watak masing-masing. Barangkali ini alasan kenapa ‘Sniper’ tersenarai dalam salah satu filem Melayu paling gagal 2014.
Berdasarkan kepada maklumat diatas, terdapat 2 filem arahan Pierre Andre yang tersenarai. Nampaknya filem arahan beliau gagal menarik penonton. Tidak pasti apakah puncanya. Berdasarkan sumber FINAS juga, ada satu lagi filem beliau yang mendapat kutipan rendah iaitu JIN yang hanya mengutip RM223,466.50.
Sebagai tambahan, ini pula adalah senarai kutipan filem yang berada di kedudukan ke 5 hingga ke 10 untuk kutipan terendah sepanjang tahun 2014. Ia adalah filem 6 – Pintu Neraka (RM138,207.50), 7 – Fobia Malam Pertama (RM138,523.00), 8 – Lelaki Harapan Dunia (RM149,639.50), 9 – Laga (RM158,674.88) dan 10 – Awak Nak Kahwin Dengan Saya? (RM220,890.38).
Baca : Wawa Zainal hasilkan jenama pakaian sendiri
Pelakon jelita Wawa Zainal kini mula berjinak dalam dunia perniagaan dengan memperkenalkan jenama pakaiannya sendiri iaitu WA (wawaeril).
Memetik laporan daripada Sinar Harian, isteri kepada pelakon Aeril Zafriel ini sedang aktif dalam perniagaan pakaian dan bakal memperkenalkan jenama produk kecantikanannya sendiri pula pada tahun hadapan.
"Sepanjang penghujung tahun ini, saya tak telibat dalam pengambaran dan hanya fokus pada bisnes pakaian online yang saya dan Aeril tengah usahakan kini.
Artikel Terdahulu :
"Alhamdulillah, walaupun baharu sahaja beberapa hari diperkenalkan, sambutan yang diterima amat luar biasa.
"Insya-Allah, tahun hadapan saya akan memperkenalkan jenama produk kecantikan sendiri pula."
Wawa yang mengulas lebih lanjut mengenai produk kecantikannya itu turut memberitahu, produk jenama Echo itu dirumus khas untuk mereka yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman.
Tambahnya lagi, dia juga ingin berkongsi caranya sendiri untuk menjaga dan mengekalkan kecantikan.
"Tujuan saya memperkenalkan produk anti penuaan itu adalah untuk berkongsi dengan orang lain cara saya menjaga kecantikan.
"Penyuburan dan pembinaan semula sel-sel dalam tubuh badan secara alami termasuk pengaliran darah yang lebih konsisten dapat memberi keampuhan kesihatan yang berpanjangan dan melambatkan penuaan sistem tubuh badan kita.
"Bila dalaman kita terjaga Insya-Allah luaran atau zahir kita memberi kesan yang serupa,"katanya.
Dalam perkembangan lain, Wawa juga turut mengulas bahawa dia masih lagi menerima tawaran berlakon, walaupun dilihat sepi dalam dan tidak terlibat dalam penggambaran sepanjang tahun ini.
Nampaknya Cameron Diaz dan Nicole Richie bakal bergelar ipar tidak lama lagi! Seperti dipetik daripada laporan People, Diaz dan kekasihnya, Benji Madden telah pun mengikat tali pertunangan baru-baru ini dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Seorang teman rapat mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu semua rakan Madden teruja dengan berita gembira tersebut.
Penyanyi rock kumpulan Good Charlotte berusia 35 tahun ini telah menghabiskan masa bersama keluarga Diaz di Florida pada awal tahun ini dan dikatakan mengikut adat tradisional dengan meminta izin daripada keluarga untuk mengahwini aktres itu.
Sebelum ini pereka fesyen dan sosialit Nicole Richie yang mengahwini kembar Benji iaitu Joel Madden telah mendedahkan bahawa dia memperkenalkan pasangan tersebut yang mula menjalin hubungan cinta sejak Mei lalu.
Baca : Christina Perri sekali lagi ke Kuala Lumpur