Wednesday, December 24, 2014

Nelydia Senrose Berubah Dalam 4 Personaliti

Kata orang, kalau sudah bergelar sebagai seorang pelakon, maka personaliti dan juga penampilan diri perlulah sehebat chameleon atau sesumpah.


Nelydia Senrose Berubah Dalam 4 Personaliti, info, terkini, hiburan, pelakon jelita nelydia senrose, sensasi

Duta jenama alat solek Collection, Nelydia Senrose berjaya membuktikan bahawa kuasa alat solek mampu memberikan penampilan berbeza buat dirinya, tak kira dalam gaya glamour, gadis pemalu, agresif atau sebagainya.

Baru-baru ini sempena memperkenalkan buku fesyen terbaru jenama alat make-up mampu dimiliki pilihan ramai remaja wanita itu, Nelydia Senrose telah berubah dalam empat wajah mempersona.

Dia telah tampil dalam persona warna-warni bertemakan Candy Crush dan kemudian lebih agresif sesuai dengan konsep Rocker Chic.


Nelydia Senrose Berubah Dalam 4 Personaliti, info, terkini, hiburan, pelakon jelita nelydia senrose, sensasi

Sebagai seorang selebriti yang cantik menawan, Nelydia Senrose turut tampil menerusi imej Gorgeusly Sweet dan akhir sekali penampilan kegemarannya yang lebih glamor  iaitu Glamo Glitz.

Lihatlah saja lagak dan riak pelakon popular berkenaan di hadapan kamera bermain dengan latar belakang studio dan paling utama menyesuaikan dirinya dengan kekuatan solekan daripada Collection.

Tidak sendirian, Nelydia Senrose turut ditemani empat orang peminat bertuah bagi menyerikan lagi buku fesyen terbaru jenama berkenaan dan masing-masing nampaknya tak mahu kalah gaya bak seorang bintang terkenal.

Mereka adalah Shazleen Abdul Jabar yang berpeluang bergambar Candy Crush bersama-sama Nelydia Senrose, Erra Afifa Ali (Gorgeously Sweet), Amelia Chiang Kar Mun (Glamour Glitz dan Moo Eee Fern (Rocker Chic).

Jom! Kita saksikan kehebatan keempat-empat pemenang bertuah itu bergandingan bahu dengan pelakon popular Nelydia Senrose bersama-sama alat solek pilihan ramai.

Baca : Mizz Nina & Yuna Kerjakan Umrah Bersama? 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Mizz Nina & Yuna Kerjakan Umrah Bersama?

Hujung tahun ni,  ramai rakan-rakan yang mengambil peluang mengerjakan ibadah Umrah, tak kurang juga terdapat rakan-rakan artis yang turut ke tanah suci Mekah.


Mizz Nina & Yuna Kerjakan Umrah Bersama?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, mizz nina, yuna,


Antara artis yang akan ke sana adalah penyanyi Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh serta Yuna.

Pada mulanya ingat mereka pergi berasingan tetapi tiba-tiba menerima emel daripada seorang peminat menghantar sekeping gambar mereka bersama di sana.

Wah adakah Mizz Nina dan Yuna pergi Umrah bersama-sama? Atau mereka terserempak ketika menjalani ibadah di sana?

Tapi kalau pergi bersama apa salahnya, mungkin mereka sudah merancang awal untuk pergi bersama-sama.

Apa-apa pun doakan semoga mereka dapat mengerjakan Umrah dengan sempurna dan selamat pulang ke Malaysia.

Baca : Rutin kecantikan harian Irina Shayk  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Rutin kecantikan harian Irina Shayk

Peragawati terkenal, Irina Shayk akui ibunya adalah salah satu sebab dia mempunyai minat mendalam dalam solekan serta kecantikan.

"Ibu saya pernah bekerja dengan Avon satu ketika dulu. Ia secara tidak langsung membuatkan saya berminat dengan kecantikan, lebih-lebih lagi solekan. Ibu kelihatan cantik setiap pagi sebelum pergi bekerja," ujarnya seperti dipetik dari Telegraph.


Rutin kecantikan harian Irina Shayk, info, terkini, hiburan, sensasi, irina shayk,

Membesar di Rusia yang terkenal dengan rahsia kecantikan, Shayk menjadikan neneknya sebagai idola hidup kerana dia adalah seorang wanita berdikari dan kuat serta mampu menjaga dirinya sendiri.

Malah bagi kekasih kepada pemain bola sepak Cristiano Ronaldo ini lagi, ikon kecantikan bukan sahaja bermakna dia tampil jelita di hadapan orang ramai, malah perlu mempunyai hati yang baik.

Bercerita tentang rutin kecantikan hariannya, Shayk memberitahu dia memulakan harinya dengan meletakkan ais batu pada wajahnya.

"Saya akan menyapu rata ais batu itu pada seluruh wajah saya termasuk leher dan mata. Ia membuatkan kulit saya menjadi tegang, sekaligus memberi kesegaran pada awal pagi.

"Selain daripada itu, saya juga turut mengamalkan pengambilan air suam bersama buah lemon kerana ia baik untuk kulit serta sistem penghadaman," katanya.

Peragawati berusia 28 tahun ini juga sentiasa memastikan dia memakai krim pelindungan matahari setiap hari walaupun ketika musim sejuk.

"Saya jarang memakai solekan sejak kebelakangan ini, tetapi saya sukakan gincu. Ia memberi saya keyakinan dan menjadikan penampilan saya lebih seksi," akhirinya.

Baca : Kesukaran Keith Foo bina karier seni 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Punca Keith Foo Sukar Bina Karier Seni

Menempa di Malaysia dengan watak Tengku Adam dalam drama bersiri "Ariana Rose", Keith Foo akui ia telah mengubah hidupnya sekaligus berjaya menebus industri lakonan tempatan.


Punca Keith Foo Sukar Bina Karier Seni, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, keith foo, pelakon dari indonesia,

Mula mencipta nama di negara seberang Indonesia, Keith memberitahu ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana dia turut bergelut seperti mana-mana pelakon baru yang lain sehingga berjaya menapak namanya dalam dunia lakonan.

"Dulu, sewaktu mencuba nasib di sana, saya hanya bawa duit cukup makan saja. Nak jimat duit, saya pernah tidur di agensi saya bekerja. Hanya setahun ke dua tahun kemudian, baru ekonomi saya stabil. Saya juga ambil masa untuk belajar cara bercakap bahasa Indonesia.

"Memang tak banyak beza dengan bahasa Malaysia tetapi yang berlainan adalah slanganya. Lucunya pernah saya dimarahi tidak pandai bercakapa bahasa Indonesia kerana produksi menyangkakan saya berasal dari sana dan hanya bersandarkan rupa semata-mata," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Berita Harian.

Selepas sembilan tahun di Indonesia, Keith membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi berkongsi bakatnya bersama peminat di sini.

"Terima kasih Media Prima Berhad dan TV3 kerana menawarkan watak untuk saya bagi drama "Ariana Rose". Drama itu membuatkan nama saya dikenali dan diterima rakyat Malaysia. Malah hingga saat ini, ramai yang masih ingatkan drama itu.

"Tak kurang juga yang berharap aka nada kesinambungan bagi drama itu. Malah dari drama itu, saya terus ditawarkan berlakon tanpa henti," tambahnya.

Aktor berusia 31 tahun ini kini sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan Osman Ali berjudul "Langit Cinta" dimana dia bergandingan dengan aktres jelita Nur Fazura.

Dalam perkembangan kehidupan peribadi, Keith yang sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih, Kim Raymond memberitahu dia masih belum berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Baca : Zed Zaidi: AJK tidak puas hati boleh lepaskan jawatan 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



AJK Seniman tidak puas hati boleh lepaskan jawatan

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menganggap kritikan daripada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) mengenai tindakannya yang membuat laporan polis terhadap aktres Vanidah Imran ekoran tindakan melarikan buku cek persatuan tersebut tidak mewakili suara ahli persatuan.


AJK Seniman tidak puas hati boleh lepaskan jawatan, info, terkini, hiburan, persatuan seniman, Zed Zaidi, Vanidah Imran, Kemelut Seniman, gosip, sensasi

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil, sebaliknya berkata, mereka yang bersuara dan membidas mengenai kepimpinannya adalah golongan yang menyokong Vanidah dan ingin melihat Seniman kucar-kacir.

"Apa sahaja mereka katakan itu tidak mewakili suara ahli Seniman secara keseluruhan tetapi hanya yang berpihak kepada Vanidah. Ia bukan suara ahli.

Artikel Terdahulu :  

"Sayang, mereka mempunyai semangat tetapi langsung tidak memahami aspek pentadbiran dan sejarah Seniman sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak benar," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.

Beberapa hari lalu, beberapa ahli jawatankuasa Seniman menyelar tindakan Zed yang membuat laporan polis terhadap bendahari persatuan itu iaitu Vanidah di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember kerana melarikan buku cek milik persatuan itu.

Antara yang mempertikaikan tindakan Zed ialah juruaudit Seniman, Adlin Aman Ramlie yang menyifatkan kejadian itu sebagai membuka pekong persatuan kepada khalayak dan Khir Rahman yang menganggap tindakan Zed sebagai menjatuhkan maruah orang lain.

Malah mereka turut mempertikaikan kepimpinan Zed yang dilihat mempunyai pelbagai kelemahan.

Tambah Zed lagi, dia meminta golongan berkenaan supaya mempelajari aspek pentadbiran sebelum membidas kepimpinannya sebagai presiden dan meminta barisan AJK yang tidak berpuas hati dengannya supaya melepaskan jawatan dengan baik.

"Saya minta mereka cermin diri dan belajar dari bawah tentang sejarah dan pentadbiran Seniman dan bukan terus mengata saya sombong dan bongkak apabila cuba menjelaskan sesuatu situasi kepada mereka."

Baca : Hubungan Fazura Dengan Sara Ali Kini Dingin 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Hubungan Fazura Dan Sara Ali Kini Dingin

Sebelum ini, timbul cakap-cakap belakang bahawa hubungan baik antara aktres cantik, Fazura dengan rakan baiknya yang juga pelakon, Sara Ali tak lagi baik.


Hubungan Fazura Dan Sara Ali Kini Dingin, info, terkini, hiburab, sensasi, gosip, fazura, sara ali

Gosip tersebut kemudiannya dinafikan Sara Ali dengan menggunakan alasan sibuk di lokasi penggambaran hingga tak punya banyak masa untuk bersama rakan-rakan termasuk Fazura.

Namun, kesahihan berita ini akhirnya didedahkan sendiri Fazura dalam episod terbaharu program realitinya, Facing Up To Fazura yang diterbitkan saluran E! Asia.

Melalui program tersebut, Fazura menceritakan tentang hubungannya dengan Sara yang semakin renggang akhir-akhir ini.

Hubungan Fazura Dan Sara Ali Kini Dingin, info, terkini, hiburab, sensasi, gosip, fazura, sara ali

Lantas, tindakan Fazura tidak dipersetujui sesetengah pihak yang beranggapan aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu tidak sepatutnya mendedahkan isu tersebut yang selama ini tidak diketahui umum.

Bagaimanapun Fazura yang dihubungi akhbar Harian Metro berkata, dia perlu jujur menjawab setiap topik dikemukakan dalam program itu.

Tambahnya, dia cuma mengakui hubungannya dengan Sara telah renggang.

Hubungan Fazura Dan Sara Ali Kini Dingin, info, terkini, hiburab, sensasi, gosip, fazura, sara ali

Fazura berkata dia pernah berhubung dengan bekas teman baiknya itu sekitar November lalu, malahan mereka berjanji untuk bertemu selepas Sara pulang dari menjalani penggambaran di Bosnia Herzegovena.

“Dalam perbualan itu, kami baik-baik saja. Kami juga mengakui merindui antara satu sama lain.

“Namun, tiba tarikh 17 November itu, tiada khabar berita daripada Sara hinggalah sekarang. Bahkan terdengar pula cerita baru kononnya saya banyak buat salah dengan dia walhal sebelum ini dia mengaku buat salah dengan saya,” katanya.

Harap-harap, tak ada lah ‘drama’ sensasi dan kontroversi seperti yang selalu dilihat dalam Keeping Up With The Kardashians, ya!

Biasalah, nama saja program realiti, namun realiti sesetengahnya, sudah tertulis dalam skrip.



Baca : Punca Erul (AF9) Kurang Menonjol 

Sumber : mynewshub.cc

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, December 23, 2014

Punca Erul (AF9) Kurang Menonjol

Bekas peserta program Akademi Fantasia ke-9 (AF9) Erul memberitahu dia kurang menonjol sebagai penyanyi sepanjang tahun ini disebabkan menghormati pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Abu Samah Yahya pada Ogos lalu.


Punca Erul (AF9) Kurang Menonjol, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Erul AF9,

Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Abu Samah, 23, berkata, kesihatan bapanya mula merosot akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk lemah jantung dan masalah buah pinggang sejak awal tahun ini dan mengambil peluang untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama bapa kesayangannya itu.

"Dengan konsep muzik K-Pop rasanya tidak sesuai saya mengadakan persembahan selain mempamerkan wajah ceria sedangkan bapa saya sedang sakit sejak awal tahun ini. Ia masa yang sukar buat saya dan keluarga.

"Atas sebab itu saya memperlahankan karier seni kerana ingin menghormati pemergian arwah bapa malah saya kurang aktif sejak kesihatan bapa merosot pada awal tahun ini," katanya kepada mStar Online.

Punca Erul (AF9) Kurang Menonjol, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Erul AF9,
Erul semakin selesa bergelar pelakon.

Pada tahun lalu Erul meraih gelaran naib juara pertandingan K-pop Star Hunt musim kedua iaitu sebuah program pencarian bakat baharu dari seluruh Asia termasuk Jepun, Singapura dan Thailand.

Dalam pada itu, Erul berkata, biarpun dilihat tidak aktif namun sepanjang tempoh itu dia lebih banyak menghabiskan masa dengan mencipta lagu yang turut digunakan sebagai lagu tema dua buah drama berjudul Manusia Biasa dan Kusinero Cinta.

Malah kata Erul, dia juga mula melibatkan diri sebagai pelakon dan memberitahu setakat ini sudah berlakon dalam tujuh buah drama.

"Pun begitu nyanyian masih menjadi minat utama saya dan Insya-Allah akan kembali dengan buah tangan terbaharu pada tahun hadapan," jelasnya.


Punca Erul (AF9) Kurang Menonjol, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Erul AF9,

Antara drama yang pernah dijayakan oleh Erul adalah Hambok Untuk Anis, Anak Patung dan Man Rider.

Sementara itu, Erul berkata, dia kini sedang dalam proses menyiapkan single terbaharunya yang digubahnya sendiri dan akan mengekalkan elemen K-pop dalam karya terbaharunya itu.

Kata Erul, tahun 2015 akan menyaksikan kemunculan semulanya sebagai penyanyi dan berharap ia akan mendapat sambutan peminat.


Baca : Erra Fazira: Hujung minggu hanya untuk Aleesya 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Erra Fazira: Hujung minggu hanya untuk Aleesya

Biarpun usianya sudah menginjak 40-an, selebriti yang pernah menerima jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu ini, masih laku di layar perak mahupun di pentas teater.

Walaupun semakin banyak lambakan muka-muka baharu di bidang seni, namun pemilik nama Fazira Wan Chek atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ini, masih menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan.


Erra Fazira: Hujung minggu hanya untuk Aleesya, info, terkini, hiburan, sensasi, Erra Fazira, Engku Aleesya,

Ternyata penceraian keduanya bersama Engku Emran tidak menjejaskan aktiviti seni anak kelahiran Rawang, Selangor ini, bahkan, reputasinya tidak tergugat langsung dan terus melangkah jauh ke depan demi lembaran hidup baharunya.

Akui jadual sehariannya tetap berjalan seperti biasa, bekas ratu cantik ini bagaimanapun tetap mengutamakan satu-satunya cahaya mata kesayangannya, Engku Aleesya, yang kini berusia lima tahun.

Malah menurut Erra, kehidupannya kini nyata lebih tenang dan lebih fokus terhadap urusan anak tunggalnya itu.

“Setiap kali hujung minggu, saya akan menghabiskan masa bersama Aleesya dan block segala aktiviti seni.

“Begitu juga dengan tugasan luar kawasan kerana tidak mahu berjauhan dengan anak. Lagipun saya terikat dengan jadual program Primadona dan waktu rehat agak terhad.

“Jadi hujung minggu adalah waktu untuk saya berehat dan  bersosial dengan rakan-rakan,” tutur pengacara Primadona ini.

Tambah Erra, dia juga telah memaklumkan lebih awal kepada mana-mana produksi bahawa tiada sebarang penggambaran mahupun kerja lebih masa pada Sabtu dan Ahad.

“Alhamdulillah, mereka memahami situasi saya kerana ia antara syarat sebelum saya menerima sebarang tawaran kerja.

“Saya sangat menitik beratkan dari segi soal masa agar tiada masalah berbangkit. Saya juga berpegang kepada prinsip agar menghormati dab menghargai masa yang ada,” katanya.


Dirasuk roh jahat?

Dunia lakonan bukanlah makanan baharu buat bintang Sembilu dan Pasrah ini. Berilah apa sahaja watak, pasti dapat dihayati dengan baik.

Terbaharu, lakonannya menerusi teater Takhta 3 Ratu yang baharu saja melabuhkan tirai, Isnin lalu, turut mendapat pujian ramai.

Membawa watak sebagai Puteri Lela Wangsa, Erra kelihatan benar-benar dirasuk ‘roh jahat’ dalam satu babak lakonannya.

Mengakui perkara tersebut berlaku ke atas dirinya, Erra bagaimanapun menjelaskan babak itu hanyalah sekadar lakonan demi menjayakan wataknya.

“Dalam satu babak, saya dihantui roh ‘ahli sihir’ kemudiannya bersemuka dengan Sultan Mansur (lakonan Azri Iskandar) untuk menjernihkan keadaan yang menimpa pemerintah Melaka itu.

“Ketidakadilan yang berlaku menyebabkan Lela disumbat ke dalam penjara. Dari situ roh wanita merasuk saya dan memulihkan semula huru-hara yang berlaku dalam istana,” katanya.

Biarpun hanya beberapa minit melakonkan babak itu, namun Erra akui agak sukar baginya untuk menghayati watak Lela Wangsa yang disifatkan agak berat dan mencabar.

Katanya, cabaran terbesar bukan setakat dirasuk tetapi ‘bergelut’ dengan Awie ketika babak Hang Tuah menculiknya untuk dibawa ke Melaka.

“Saya perlu belajar ilmu silat supaya pergerakan ketika berlawan dengan Awie nampak real di mata penonton. Walaupun pernah belajar asas seni bela diri tekwando, saya berusaha untuk pelajari silat dalam tempoh yang singkat.

“Biarpun banyak perkara yang perlu belajar seperti percakapan, bahasa tubuh mahupun teknik berlawan namun saya sangat seronok berlakon bersama rakan artis lain,” katanya mengakhiri perbualan.

Baca : Siti Nurhaliza, Datuk K Bersanding Lagi  

Sumber : sinarharian.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif