Siapakah gerangan wanita cantik yang berada di sisi pelakon dan blogger terkenal, Hanis Zalikha? Beberapa keping fotonya yang amat memukau telah dikongsikan.
Tidak dinafikan memang ramai peminat begitu teruja dan tertanya-tanya disebabkan kejelitaan wanita itu yang cukup mencairkan hati dan memikat.
Nak tahu? Korang boleh tengok tiga foto kat bawah ini.
Baca : Hafiz Suip dan Kekasih Bertunang Senyap-senyap?
Ini info yang baru kami terima, Hafiz Suip didakwa telah selamat melangsungkan majlis pertunangan (atau mungkin majlis merisik) dengan kekasihnya yang hanya dikenali sebagai ‘Fy'. Info ini kami terima daripada seorang rakan Facebook yang enggan identitinya didedahkan.
Majlis bertunang atau merisik awal ini menurut kami boleh diterima akal memandangkan Hafiz pernah merancang untuk berkahwin awal dengan kekasihnya itu.
"Dia (kekasih) masih lagi belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Jadi, saya perlu menghormati hak privasinya.
"Buat masa ini kalau ada jodoh, saya sudah bersedia berkahwin pada usia muda," ujar Hafiz dipetik sebagai berkata pada media beberapa bulan lalu.
Jika benar sudah selamat bertunang atau merisik, tahniah kami ucapkan. Moga pertunangan tersebut akan membawa ke jinjang pelamin pula selepas ini. Amin.
Baca : Kamal Adli anggap gosip dengan Emma Maembong 'comel'
Pelakon Kamal Adli terkejut apabila namanya disebut sebagai punca gosip perpisahan pasangan Emma Maembong dan Zizan Razak.
Memetik laporan Malaysian Digest, pelakon yang sudah solo ini menganggap gosipnya dengan Emma sebagai gosip comel untuk penutup tahun 2014.
"Ini merupakan gosip paling gempak kerana secara tiba-tiba nama saya naik. Saya tahu pun setelah diberitahu oleh pihak produksi berhubung kontroversi ini. Namun saya enggan terlalu memikirkan kerana menganggap ianya sebagai gosip comel untuk penutup tahun 2014.
"Lagipun banyak pihak diam sahaja mengenai gosip ini kerana mereka tahu bahawa ianya tidak logik. Saya tidak kisah digosipkan pun kerana dalam banyak-banyak gosip yang melanda saya ini yang paling comel," katanya.
Tambah Kamal lagi, dia baru sahaja menjalani penggambaran bersama pasangan kekasih itu dan dia tidak melihat sebarang masalah diantara mereka di lokasi pengambaran.
Kamal juga tidak menolak kemungkinan gosip itu tersebar kerana dia kini sudah solo dan terlibat dalam projek bersama mereka.
"Mungkin saya tengah single dan kebetulan saya menjalani pengambaran bersama mereka membuatkan nama saya terkait. Di mata saya mereka kelihatan seperti tiada sebarang masalah dan saya tidak tahu menahu jika mereka berpisah dan sebagainya.
"Banyak lagi kerja saya nak buat daripada mengambil Emma di lapangan terbang serta lari dari lokasi penggambaran. Malah Emma juga merupakan teman wanita orang. Jadi gosip ini bagi saya cukup kelakar," akhirinya.
Baca : Miranda Ker Terima Hadiah Berlian Daripada Jutawan
Model terkenal Miranda Ker dikhabarkan menerima anting-anting berlian bernilai ratusan ribu ringgit daripada seorang lelaki berstatus jutawan bernama James Packer.
Bekas model pakaian dalam Victoria Secret itu menerima hadiah tersebut sempena perayaan Krismas yang bakal tiba pada 25 Disember ini.
Perkara tersebut diberitahu oleh satu sumber dalam satu wawancara Woman's Day.
"Dia (James) membeli perhiasan itu untuk Miranda sejak empat bulan lalu," ujarnya.
Bagaimanapun, sehingga saat ini, model tersebut masih belum memberi sebarang kenyataan tentang hubungannya dengan jutawan tersebut.
Sebelum ini, Miranda memberitahu dia masih solo dan tidak memiliki hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.
Tambahnya, buat masa ini dia lebih tenang dikelilingi teman-teman rapat berbanding pasangan.
Pelakon Linda Rafar kesal dengan syarikat penerbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd kerana kurang memberi promosi serta mengedarkan novel tulisannya iaitu Menunggumu Di Pintu Syurga sehingga ia diciplak.
Linda Rafar bakal keluar dengan novel terbaharu Januari depan.
Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar, 36, berkata, perkara tersebut menyebabkan novel tentang anaknya Allahyarham Rezaimen Kiflin Kifli, 12, yang meninggal dunia pada 5 Julai lalu gagal berada di pasaran secara menyeluruh sehingga menyusahkan orang ramai untuk mendapatkannya.
"Saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat penerbitan novel itu yang kurang promosi dan memastikan pengedaran novel itu dijual diseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.
"Disebabkan perkara itu saya sendiri yang terpaksa menghantar novel-novel itu kepada peminat yang ingin membelinya dari Singapura dan Brunei. Saya yakin mereka ciplak sebab tiada stok di negeri itu.
"Saya juga terima banyak rungutan daripada peminat yang kesal kerana gagal untuk dapatkan novel itu di pasaran," katanya kepada mStar Online, di sini Rabu.
Dia juga mahu pihak penerbitan tersebut bertanggungjawab dengan mengambil tindakan sewajarnya agar penjualan karya secara cetak rompak itu dihentikan.
Linda berkata, dia telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh beberapa pembaca yang menjumpai penjualan novel ciplak itu di beberapa kedai buku di Johor Bahru.
"Saya sedih dan terkilan apabila novel luahan perasaan saya tentang Memen (Rezaimen Kiflin) telah diciplak sewenang-wenangnya oleh orang tidak bertanggungjawab.
"Saya dimaklumkan perkara ini oleh beberapa peminat yang mendapati novel yang sama dijual dengan kualiti rendah di sebuah pasaraya ternama di Johor Bahru. Novel itu bukannya mahal, hanya RM15 sahaja senaskah," ujarnya.
Gambar kenangan Linda ketika menjaga arwah anaknya.
Rezeimen Kiflin merupakan anak kedua pelakon itu hasil perkahwinan pertama bersama bekas suaminya iaitu Keifli Othman. Allahyarham meninggal dunia pada 5 Julai lalu akibat penyakit kanser perut.
Dalam pada itu, Linda berkata, sambutan mengalakkan terhadap novel itu yang kini sudah terjual lebih 50,000 naskhah memberi semangat kepadanya menyiapkan siri kedua novel tersebut.
Katanya, novel kedua itu lebih terperinci berkenaan apa yang dilalui oleh dirinya sebagai ibu sepanjang menjaga arwah anaknya itu.
"Novel kedua sudah 60 peratus siap dan mungkin Januari depan ia akan berada dipasaran. Kali ini lebih terperinci pengalaman indah saya bersama arwah," ujarnya.
Tambah Linda, hatinya berasa tenang apabila dapat meluahkan segala perasaannya dalam sebuah novel dan dikongsikan kepada pembaca.
Katanya, ramai pembaca yang beri maklum balas positif dan mengakui menangis selepas membaca novel tersebut.
"Kini setiap malam saya masih menangis bila teringatkan Memen dan perkara itu saya curahkan dalam novel untuk kongsi kepada pembaca.
"Ramai pembaca yang beri kata-kata semangat dan turut merasai apa yang saya lalui selepas membaca novel itu," katanya.
Dalam pada itu, Linda berkata, dia juga menerima banyak tawaran daripada syarikat produksi filem dan drama untuk mengadaptasi novel tersebut.
Bagaimanapun dia terpaksa menolak kerana beranggapan ia bukan masa yang sesuai untuk melakukan perkara itu.
"Beberapa filem dan lebih 10 buah produksi drama yang merisik untuk mengadaptasi novel itu tetapi saya tolak.
"Saya memang berhajat untuk filemkan kisah ini tetapi bukan masa sekarang. Saya tidak mahu dikatakan sengaja meraih keuntungan atas kematian anak saya," ujarnya.
Baca : Bekas Kerani Sheila Majid Didakwa Pecah Amanah RM90,000
Bekas kerani syarikat produksi hiburan milik penyanyi popular Datuk Sheila Majid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Rabu atas tuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM90,000 milik syarikat itu untuk kegunaannya sendiri, empat tahun lepas.
Nasimah Kamarudin, 37, dari Kota Damansara, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.
Nasimah, yang diamanahkan dengan satu buku cek akaun Maybank milik syarikat Magada Entertainment Sdn Bhd, didakwa dengan curangnya telah menunaikan lima keping cek atas namanya dan telah mendepositkan lapan keping cek ke dalam akaun banknya, membabitkan wang keseluruhan berjumlah RM90,000.
Wanita itu yang ditangkap pada 28 April lepas didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Jalan Balau, Damansara Heights di sini antara 1 Nov 2007 dan 28 Mac 2008, mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Pengadu dalam kes ini adalah penyanyi Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, yang juga pengarah urusan syarikat itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri tidak menawarkan sebarang jaminan, namun Nasimah yang tidak diwakili peguam memohon jaminan yang minimum dengan alasan perlu menyara anaknya masih bersekolah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan 30 Jan depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Baca : Filem Skinhead Ophilia Target Kutipan 5 Juta
Skinhead. Berkepala botak, berseluar ketat, pakai kasut but dan ganas. Itu persepsi awal kami. Kami hairan kenapa pengarah Ophilia mahu menampilkan jalan cerita mengenai kumpulan skinhead dalam filemnya itu. Malah, apa yang membuatkan Raja Mukhriz berani untuk target kutipan sebanyak 5 juta?
Pekin Ibrahim, Que Haidar, Vanida Imran, Zizan Nin dan ramai lagi. Kami percaya bahawa pengarah filem ini, Raja Mukhriz bakal berjaya mencari chemistry luar biasa antara barisan pelakon yang mantap ini. Malah, filem ini juga menampilkan bintang baru, Kodi Rasheed sebagai watak utama. Menarik kan?
Ophilia Bawa Kisah Disebalik Asal Usul Skinhead
“Ramai tidak tahu 90 peratus daripada mereka yang menggemari dan mengamalkan budaya popular ini adalah golongan pekerja yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.
‘Skinhead’ antara sub budaya hebat yang berkembang dalam masyarakat tempatan. Pandangan negatif ‘skinhead’ membawa fahaman Nazi dan perkauman juga tidak benar.
Mereka yang membuat tanggapan sedemikian sebenarnya tidak faham, sedangkan ia lebih mementingkan semangat setia kawan.” – Raja Mukhriz, laporan Harian Metro
Mungkinkah filem ini bakal memberikan nafas baru terhadap industri filem Malaysia yang agak sendu kutipannya tahun ini? Jika ya, ternyata kami tak sabar untuk menulis mengenai berita baik itu!
Baca : Review The Hobbit : The Battle Of The Five Armies