Wow... seksi sungguh penampilan pelakon jelita, Fathia Latiff ketika hanya memakai baju tidur yang telah dikongsikan oleh Page Facebook Rotikaya.
Tergamam kami dibuatnya. Jelas terserlah kecantikan dan keayuan yang tak pernah dilihat peminat selama ini. Maklumlah, Fathia kan lebih selesa berpakain ala-ala tomboi, tak gitu?
Siapa tak percaya, korang boleh tengok foto beliau kat bawah ni yang amat menggoda.
Berpatah arang sungguh bunyi tajuk di atas namun itulah hakikatnya yang keluar sendiri dari mulut pelakon Sara Ali tentang hubungannya dengan Nur Fazura yang kini semakin renggang seperti diakui kedua dua belah pihak kini.
Namun, Sara Ali yang bercakap kepada mStar Online hari ini enggan mendedahkan apa puncanya mereka berdua kini sudah tidak serapat dahulu dan enggan mengulas lanjut malah meminta supaya semua persoalan diajukan sendiri kepada Fazura.
“Saya tidak okay dengan dia dan tidak akan ok. Enough (cukuplah). Selebihnya saya tidak ada apa hendak komen. Entah. Saya tidak tahu apa benda. Tanya dia, jangan tanya saya,” ujarnya.
Terdahulu, menerusi ruangan komen di Instagram Sara Ali ada menulis yang tiada apa perlu beliau takutkan atas apa yang terjadi kerana Fazura bukannya Tuhan.
Berdasarkan apa yang dilaporkan media & kenyataan dari kedua dua pelakon ini nampaknya ada konflik yang serius antara Sara Ali dan Fazura. Peminat pastinya berharap yang perkara ini tidak berlarutan dan mereka boleh mencari kata sepakat.
Baru-baru ini Nabila Huda berkongsi gambar dia di gelanggang tenis.Dia mengenakan baju T ketat dengan skirt tenis.Gaya lengkap dari pakaian dan set tenis seolah dia pemain profesional.
Walaubagaimanapun dia tetap dikritik peminat kerana mengenakan skirt pendek yang menampakkan peha gebunya.ada juga segelintir peminat yang seakan marah dan tidak tahu membezakan antara bermain sukan dan menutup aurat. Ada yang meminta Nabila Huda agar menutup aurat ketika bersukan.
Baca : Perkahwinan A Rahman Hassan Dan Fadillah Mansor
Majlis perkahwinan Datuk A Rahman Hassan dan Fadillah Mansor dihadiri kira-kira 400 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Anak-anak daripada hasil perkahwinan terdahulu pasangan itu turut hadir pada majlis berkenaan.
Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Khamis.
Majlis itu berlangsung kira-kira 9 malam itu disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid.A Rahman, 67, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Antara artis yang turut memeriahkan majlis tersebut adalah Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman, Den Wahab.
Pada majlis tersebut, pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.
Manakala pihak pengantin perempuan membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan.
Kedua-dua mempelai kelihatan berseri dengan persalinan dari rona kuning untuk majlis akad nikah tersebut.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan yang ditemui selepas majlis itu berlangsung memberitahu bersyukur dapat disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai bagi meraikan mereka.
A Rahmah turut berharap perkahwinan itu dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berjanji akan membahagiakan Fadillah.
"Alhamdulillah semuanya selamat dan berharap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat," katanya.
Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.
Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.
Baca : Arja Lee Kembali Solo Selepas Berpisah Dengan Shima Anuar
Pelakon yang terkenal menerusi siri drama Misiku Kuza, Arja Lee memberitahu dirinya sudah kembali solo apabila hubungan percintaan bersama aktres Shima Anuar telah putus.
Jelas Arja Lee, beliau masih lagi berhubungan dengan aktres tersebut tetapi tidak lagi rapat seperti dahulu.
“Saya kini kembali solo. Sudah lebih kurang enam bulan saya tidak lagi berkawan rapat dengan Shima. Kami masih berhubung sebagai kawan tetapi tidak serapat dahulu. Kami tidak bergaduh atau pun berbalah, dia seorang gadis yang sangat baik, cuma jodoh kami untuk rapat hanya sampai di sini sahaja.”
Meskipun kedua-dua mereka tidak pernah mengaku sedang bercinta, Arja Lee pernah mengeluarkan kenyataan bahawa wujudnya kasih sayang serta Shima Anuar mempunyai ciri-ciri wanita yang diidamkan oleh Arja Lee.
Arja Lee kini ingin memfokuskan kepada kerjaya beliau dalam industri tanah air apatah lagi tidak mempunyai pengurus dan meniliti setiap kerja serta jadual secara sendiri.
“Sudah hampir tiga bulan saya bergerak sendiri. Saya dan bekas pengurus tidak bergaduh tetapi kami sendiri memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Lagi pun sebagai seorang anak seni, ini masanya untuk saya belajar berdikari menguruskan kerjaya sendiri.”
Wow!Artis: Putus cinta bukanlah satu pengakhiran dalam kehidupan. Kami berharap agar Arja Lee dapat menguruskan kerjaya beliau dengan lebih baik selepas ini.
Baca : Komen Dan Teguran Khas Pak Nil Buat Pemimpin Ketika Banjir
Pengacara legenda Malaysia iaitu Dato Hj Aznil Nawawi yang lebih mera di sapa Pak Nil telah memberi satu teguran dan juga komen khas buat pemimpin pemimpin negara tatkala negara kini di landa musibah banjir.
Komen ini ditulis oleh Pak Nil di twitternya yang mendapat perhatian orang ramai. Tweet ini menerima lebih 3 ribu retweet sehingga kini.
Ini tweetnya : Pemimpin2 turunlah padang. Kensel semua trip ke luar negara. Bekukan semua cuti time negara diuji banjir besar. Jgn rasa PRU14 lambat lagi
Ini tulisnya lagi : Kami tak perlukan hiburan ini buat masa ini. Salurkan duit ini kpd mangsa banjir!
Baca : Jalil Hamid Tegur Artis Popular Kuat Skandal
Melalui portal mStar, Jalil Hamid telah menegur artis popular yang sedang meningkat naik agar tidak menyalahgunakan populariti dan tidak membuat skandal.
Ini berikutan ramai artis popular kini terjebak dengan skandal dan banyak gejala sosial seperti negara barat
Ini kata Jalil Hamid:
"Bila jadi artis perlu ingat diri dan asal usul jangan sudah popular lupa budaya dan batas agama sampai merosakkan nama baik artis.
"Saya lihat ramai yang nama sedang naik bersikap bermegah-megah dan mendabik dada dengan kedudukan yang mereka kecapi,"
"Saya tegur secara terbuka kerana ada yang saya lihat menggunakan nama mereka buat skandal sana sini tanpa rasa malu ikut budaya barat.
"Maaflah kerana berfikiran tidak seperti orang moden tetapi saya sedih dan sayu hati melihat perangai begini,"
Jalil Hamid juga akan tampil dengan lagu baru iaitu Dalam Kepala Otak, yang merupakan single terbaru berunsur komedi.
Jalil Hamid juga kecewa dengan pelawak masakini yang tidak ada membuat lagu komedi seperti zamannya.
Ini komen Jalil Hamid:
"Industri hiburan tidak begitu baik sekarang sehingga membuatkan saya takut untuk keluar dengan lagu-lagu komedi baru.
"Saya ada idea dan lagu tetapi nak beri pada orang pun siapa yang mahu kerana saya tiada nama sebagai pencipta lagu,"
"Saya pun tidak tahu ramai pelawak yang lahir tetapi tiada satu pun yang buat lagu genre komedi. Mungkin juga mereka takut untuk mencuba terutama dalam keadaan sekarang yang tidak berapa baik,"
Baca : 3 Foto wanita cantik di sisi Hanis Zalikha curi tumpuan