Friday, December 26, 2014

Zizie Izette Tunjukkan Ketokohan, Bantu Mangsa Banjir

Dalam pada tahun 2014 ini hanya berbaki beberapa hari, negara dilanda bencana banjir yang tidak menampakkan tanda surut.

Namun ada seperkara yang menarik perhatian dalam pada orang terus menghentam para pemimpin tertinggi negara yang dikatakan sedang bercuti sempena tahun baru di luar negara bersama keluarga.

Lain pula kisah isteri salah seorang pemimpin tertinggi dan juga seorang wakil rakyat berstatus selebriti dari Sabah ini tampil serta mengajak orang ramai membantu mereka yang menjadi mangsa banjir.


Zizie Izette Tunjukkan Ketokohan, Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, sensasi, zizie izette, banjir

Tindakan Zizie Izette ini mendapat reaksi positif daripada umum yang turut terpanggil membantu mangsa banjir terutama sekali penduduk yang tinggal di sebelah pantai timur. Dia turut memuatnaik gambar serta info mengenai bantuan dan saluran yang boleh diberi kepada mangsa banjir.

“Sedih, hiba, pilu...mcm2 rasa yg x dpt digambarkan perasaan melihat banjir yg melanda di Pantai Timur skrg ni. Siapa yg tahu saluran mana utk kita menyumbang/menghulur bantuan kpd mangsa2 banjir, sila tag nama2 mereka di ruangan comment dibawah ya. Bantuan anda amatlah dihargai! #prayforpantaitimur”

Dia turut memberitahu akan cuba membantu sebanyak yang boleh bagi meringankan beban para petugas sukarelawan serta agensi yang bertanggungjawab menguruskan para mangsa banjir di negara ini.


Zizie Izette Tunjukkan Ketokohan, Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, hiburan, sensasi, zizie izette, banjir

Baguslah kalau begitu dan Zizie juga dah dilihat matang dan memiliki rasa tanggungjawab walaupun tidak ramai selebriti akan terpanggil untuk berbuat begitu. Syabas Zizie kerana memiliki ketokohan sedemikian.

Baca : 2 Gambar sekitar majlis perkahwinan Wan Nordiana, adik Fizo Omar 


Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



2 Gambar sekitar majlis perkahwinan Wan Nordiana, adik Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar memberitahu majlis akad nikah adiknya, Wan Nordiana, 25, yang berlangsung petang Jumaat menjadi kelam-kabut akibat rumah kediaman mereka di Selising, Pasir Puteh, Kelantan terputus hubungan.



2 Gambar sekitar majlis perkahwinan Wan Nordiana, adik Fizo Omar, info, terkini, hiburan, sensasi, fizo omar,

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, persiapan yang dirancang untuk majlis pernikahan dan persandingan pada Sabtu (esok) pula terpaksa dibatalkan kerana rombongan pihak lelaki dari Kuala Lumpur tidak dapat menghadirinya selain hotel yang ditempah menutupkan operasi kerana dimasuki air.

"Majlis pernikahan adik saya petang ini dan persandingan akan dilakukan sekadar apa yang mampu sahaja kerana keadaan tidak mengizinkan, rumah kami sudah terputus hubungan dengan kawasan bandar.

"Beberapa persiapan seperti katering, juru solek, tidak dapat sampai ke rumah kami petang ini. Malah rombongan pihak lelaki seramai 70 orang juga tidak dapat datang," katanya kepada mStar Online, Jumaat.


2 Gambar sekitar majlis perkahwinan Wan Nordiana, adik Fizo Omar, info, terkini, hiburan, sensasi, fizo omar,

Bagaimanapun, Fizo berkata, majlis tersebut tetap akan dijalankan secara sederhana mengikut syarat yang wajib sahaja. Dia bernasib baik kerana rumahnya tidak terlibat dengan kawasan banjir.

"Majlis pernikahan akan tetap dijalankan kerana pengantin lelaki sudah berada di sini bersama kedua ibu-bapanya dan kami akan buat majlis untuk keluarga sahaja.

"Manakala majlis persandingan esok pula akan tetap ada cuma makanan yang kami sediakan adalah terhad kerana bekalan makanan di kampung juga semakin berkurangan," katanya.

Sementara itu, Fizo berkata, bekalan elektrik di rumahnya baharu sahaja disambung semula sejak terputus pada pagi Khamis.

2 Gambar sekitar majlis perkahwinan Wan Nordiana, adik Fizo Omar, info, terkini, hiburan, sensasi, fizo omar,

Fizo berkata, sejak sampai ke Kelantan pagi Jumaat keadaan banjir semakin teruk dan menyedihkan.

"Saya sepatutnya balik ke Kelantan semalam (Khamis) tetapi tiada penerbangan ke Kelantan, pagi tadi baru saya sampai dan sepanjang perjalanan balik ke rumah saya lihat orang ramai sedang sibuk menyelamatkan diri dan barang-barang.

"Keadaan semakin teruk dan sukar untuk digambarkan. Saya mungkin akan mencari bot untuk menolong penduduk di sini," katanya.

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia akan berada di negeri itu sehingga keadaan banjir semakin baik.

Dia juga akan menjalankan tanggungjawab sosial dengan memberi bantuan serta mengumpul barang-barang untuk keperluan mangsa banjir.

"Saya akan berada lama di sini sehingga banjir reda. Mula esok saya akan mengumpul barang-barang untuk keperluan mangsa banjir dan edarkan kepada mereka," ujarnya.

Baca : Bekas Pelajar AF 3, Yazer & Ekin Sah Menjadi Suami Isteri 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Bekas Pelajar AF 3, Yazer & Ekin Sah Menjadi Suami Isteri

Jika anda merupakan peminat setia Akademi Fantasia (AF) pastinya mengetahui hubungan cinta antara Yazer dan Ekin pada musim ketiga rancangan realiti tersebut.


Bekas Pelajar AF 3, Yazer & Ekin Sah Menjadi Suami Isteri, info, terkini, hiburan, Pasangan bekas pelajar AF, ekin Af, Yazer Af

Nampaknya hubungan cinta mereka diperkukuhkan lagi dalam ikatan yang sah apabila hari ini mereka dinikahkan sekaligus sah bergelar suami dan isteri.

Majlis pernikahan tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.

Pasangan bekas pelajar AF ini sendiri memberitahu hubungan cinta mereka telah terjalin selama sembilan tahun akhirnya berakhir di jinjang pelamin.


Bekas Pelajar AF 3, ekin Af, Hiburan, info, Pasangan bekas pelajar AF, terkini, Yazer & Ekin Sah Menjadi Suami Isteri, Yazer Af,

Memetik laporan Berita Harian, Ekin memberitahu dia sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005.

“Alhamdulillah jodoh kami kuat. Harap ia berpanjangan hingga ke jannah,” katanya ringkas.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan ini akan diraikan pada hari Ahad di rumah Ekin.

Kami doakan moga pasangan ini sentiasa bahagia.


Bekas Pelajar AF 3, ekin Af, Hiburan, info, Pasangan bekas pelajar AF, terkini, Yazer & Ekin Sah Menjadi Suami Isteri, Yazer Af,

Bekas Pelajar AF 3, ekin Af, Hiburan, info, Pasangan bekas pelajar AF, terkini, Yazer & Ekin Sah Menjadi Suami Isteri, Yazer Af,

Bekas Pelajar AF 3, ekin Af, Hiburan, info, Pasangan bekas pelajar AF, terkini, Yazer & Ekin Sah Menjadi Suami Isteri, Yazer Af,

Bekas Pelajar AF 3, ekin Af, Hiburan, info, Pasangan bekas pelajar AF, terkini, Yazer & Ekin Sah Menjadi Suami Isteri, Yazer Af,

Bekas Pelajar AF 3, ekin Af, Hiburan, info, Pasangan bekas pelajar AF, terkini, Yazer & Ekin Sah Menjadi Suami Isteri, Yazer Af,

Baca : Rumah Nenek Neelofa Kena Banjir 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Rumah Nenek Neelofa Turut Ditenggelami Banjir

Buat anda yang tidak tahu, Neelofa adalah seorang selebriti yang berasal dari Kelantan. Pastinya selaku orang Kelantan, Neelofa turut sama bersedih dengan bencana banjir yang sedang melanda negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Tambah menyedihkan ialah apabila Neelofa berkongsi gambar rumah neneknya di Kelantan turut sama ditenggelami banjir. Tinggi juga paras air tue. Tak dapat bayangkan bagaimana jika diri sendiri berada di dalam situasi ini.

Rumah Nenek Neelofa Turut Ditenggelami Banjir, info, terkini, sensasi, gossip, nenek neelofa, neelofa


Tulis Neelofa menerusi akaun Instagramnya:-
    this is my grandma’s house in Pasir Mas, and gambar ni diambil pagi tadi. Ya Allah Engkau sahaja yang Maha Mengetahui. We ask Allah to ease the pain and suffering of innocent Muslims everywhere,know that Allah is Most Wise, Just and has the power to do whatever He wills.


Rumah Nenek Neelofa Turut Ditenggelami Banjir, info, terkini, sensasi, gossip, nenek neelofa, neelofa

Semoga Neelofa dan keluarga tabah dengan dugaan ini. Semoga tak banyak barang berharga di rumah nenek Neelofa mengalami kerosakan. Apa pun yang penting adalah keselamatan diri sendiri. Sama-samalah kita doakan agar banjir yang sedang melanda negara kita cepat-cepat surut. Amin.


A video posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@noorneelofa) on
BACA caption sebelum comment pls 😒!! ----> Dalam keadaan sekarang, apa saja mungkin terjadi. Walaupun kenderaan besar tapi seboleh bolehnya jangan ambil risiko. Tidak pasti bila dan di mana insiden ini berlaku, tapi apa yang pasti ini mungkin boleh dijadikan peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berjaga-jaga. "Ya Allah, amat benarlah kekuasaanMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz, Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami, saudara kami Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak dan dimana saja yang terkena banjir ini.... Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir, Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah, Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu, Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu... Ya Malikul Mulk, Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin, Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya, Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya, Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu, Ya Waaliy.... Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi, Kasihilah kami semua, Kami mohon kepadaMu. Aameen❤️"
A video posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@noorneelofa) on



Baca : Kes saman malu RM3 juta Boy Iman masih berjalan 

Sumber : beautifulnara.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Kes saman malu RM3 juta Boy Iman masih berjalan

Pelakon Boy Iman menyatakan status kes saman malu bernilai RM3 juta terhadap seorang pemilik syarikat yang didakwa bergelar ustaz yang difailkannya masih lagi berjalan.


Kes saman malu RM3 juta Boy Iman masih berjalan, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, pelakon boy iman,

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman A Rahman berkata, dia pernah menyimpan hasrat untuk menarik balik kes saman malu itu sejak dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) dari Kerajaan Naning yang membawa gelaran Datuk, namun terbantut di tengah jalan.

"Pada ketika itu, saya sudah malas hendak memanjang isu ini lagi.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan saya juga malas hendak berulang alik ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Tetapi oleh kerana pihak di sana tetap ingin meneruskannya, maka saya pun terpaksa meneruskan semula saman ini," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Tambah Boy lagi, tujuan saman malu ini adalah untuk memberi peringatan kepada uztaz berkenaan dan untuk mempertahankan haknya semula.

"Saya saman dia kerana saya mahu hak saya semula selain hendak memberitahu ustaz itu agar berhenti dari menipu orang lagi.

"Dia mungkin boleh lari dengan menukar imej seperti bermisai atau berjanggut tetapi saya sebagai artis tidak boleh lari kerana saya adalah selebriti dan masyarakat kenal."

Pada tahun lalu, Boy Iman telah memfailkan notis saman malu berjumlah RM3 juta terhadap lelaki yang didakwa ustaz atas alasan menanggung malu serta pengingkaran kontrak yang melantiknnya sebagai duta untuk syarikat perumahan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Boy Iman kini sibuk menguruskan syarikat produksinya, AFS Pictures Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu.

Dia juga bakal muncul menerusi telefilem "Mahar Cinta Alya" bersama Emma Maembong dan Azhan Rani untuk slot Cerekerama di TV3 pada 10 Januari nanti dan sedang sibuk dalam penggambaran drama bersiri, "Pergilah Air Mata" bersama Kamal Adli dan Nelydia Senrose.

Baca : Rita Rudaini Hiburkan Anak Dan Hati Di Paris 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Rita Rudaini Hiburkan Anak Dan Hati Di Paris

Selepas Nora dan Nedim, Dynaz dan anak-anak, terkini pelakon terkenal Rita Rudaini dilihat sedang bergembira bersama anak-anaknya tersayang di kota nan indah iaitu Paris.


Rita Rudaini Hiburkan Anak Dan Hati Di Paris, info, terkini, hiburan, sensasi, Rita Rudaini dan anak-anak,

Menerusi Instagram miliknya mereka 3 beranak dilihat begitu seronok dan ‘enjoy’ sekali mengunjungi tempat-tempat menarik di sana.

Tempat yang wajib dan menjadi tumpuan ramai ialah Menara Eiffel antara 7 benda ajaib di dunia.

Dengan kesempatan cuti sekolah yang tingal beberapa minggu lagi, adalah waktu terbaik membawa anak-anak melancong melihat dunia.

Walaupun tidak nampak kelibat ayahnya bercuti bersama, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna tidak merasaskan ia satu kekurangan.

Kasih sayang yang dicurahkan oleh ibunya Rita sudah mencukupi buat mereka berdua dan sudah memadai buat hati Rita terhibur. Jadi mari kita lihat foto-foto telatah mereka berhibur di Paris.


Rita Rudaini Hiburkan Anak Dan Hati Di Paris, info, terkini, hiburan, sensasi, Rita Rudaini dan anak-anak,

Rita Rudaini Hiburkan Anak Dan Hati Di Paris, info, terkini, hiburan, sensasi, Rita Rudaini dan anak-anak,

Rita Rudaini Hiburkan Anak Dan Hati Di Paris, info, terkini, hiburan, sensasi, Rita Rudaini dan anak-anak,

Rita Rudaini Hiburkan Anak Dan Hati Di Paris, info, terkini, hiburan, sensasi, Rita Rudaini dan anak-anak,

Rita Rudaini Hiburkan Anak Dan Hati Di Paris, info, terkini, hiburan, sensasi, Rita Rudaini dan anak-anak,

Baca : Dynaz Terserempak Rozita Che Wan & Sofea Jane Di Kota London 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif