Wednesday, January 14, 2015

Aaron Aziz Ke Hospital Kerana Derita Sakit Leher?

Sebaik saja selesai tayangan perdana Suamiku Encik Perfect 10! Di pawagam GSC Pavilion malam semalam, aktor popular Aaron Aziz telah bergegas ke Pusat Perubatan Prince Court sekitar jam 12 tengah malam.


Aaron Aziz Ke Hospital Kerana Derita Sakit Leher?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, aaron aziz

Malah beberapa foto dan video kunjungan mengejut Aaron Aziz ke hospital berkenaan telah dikongsi oleh isteri tercinta, Diyana Halik di akaun Instagramnya yang turut sama menemani pelakon pujaan ramai itu malam semalam.


Aaron Aziz Ke Hospital Kerana Derita Sakit Leher?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, aaron aziz

Daripada kapsyen yang ditulis Diyana Halik, kelihatan sungguh kesengsaraan yang dialami oleh Aaron Aziz yang hanya mampu terbaring di atas katil hospital sementara menunggu dirawat oleh doktor bertugas.

Setelah menghubungi Diyana Halik sebentar tadi untuk mendapatkan kenyataan daripadanya berhubung keadaan sebenar Bintang Paling Popular Berita Harian itu.

“Bukannya apa, Aaron ke sana hanya untuk mendapatkan suntikan penahan sakit kerana tak tahan dengan sakit leher yang dialaminya sejak beberapa hari.

“Sudah lama sebenarnya Aaron terasa sakit di lehernya itu kerana ia merupakan kesan daripada kemalangan yang pernah dialaminya sebelum penggambaran Fear Factor tak lama dulu.

“Cuma semalam dia tak dapat menahan kesakitan lagi. Jadi akhirnya saya membawanya berjumpa doktor di Prince Court yang kebetulan dia baru saja selesai tayangan perdana di Pavilion,” katanya berkongsi cerita.


Aaron Aziz Ke Hospital Kerana Derita Sakit Leher?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, aaron aziz

Menurut Diyana Halik, suaminya memang selalu diserang sakit leher kesan daripada kemalangan berkenaan dan semalam nampaknya Aaron Aziz tidak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat.

Bagaimanapun kata wanita yang juga merangkap pengurus aktor berkenaan, selepas mendapatkan suntikan penahan sakit, kesakitan yang dialami Aaron Aziz sedikit surut, tetapi dia perlu bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan pada Jumaat ini.

“Entahlah, sejak kemalamgan berkenaan, Aaron Aziz memang selalu mengalami sakit-sakit di lehernya dan sepatutnya dia perlu menjalani rawatan terapi.

“Kita lihat sajalah apa kata doktor pada Jumaat nanti,” katanya ringkas yang turut memberi tahu yang suaminya bakal sibuk dengan penggambaran sebuah filem bermula Februari ini.

Baca : Punca Abby kecam peniaga jual makanan berbentuk kolopir 

Sumber artikel: murai.com.my

Punca Abby kecam peniaga jual makanan berbentuk kolopir

Abby Abadi melalui satu post nya di media sosial mengecam tindakan sesetengah penjual makanan di negara ini menjual makanan berunsur lucah.


Punca Abby kecam peniaga jual makanan berbentuk kolopir, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, abby abadi kecam peniaga,

Makanan yang di maksudkan adalah makan yang berbentuk kemaluan lelaki di jual kepada orang ramai yang mana cara jualan nya dalam seperti dalam gambar di atas dan di jual dalam RM Malaysia.

Abby melalui laman sosial nya juga berkata isu artis lelaki KPOP mememeluk anak gadis melayu belum selesai kini bakal timbul isu baru yang akan hangat di perkatakan di negara ini.
Punca Abby kecam peniaga jual makanan berbentuk kolopir, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, abby abadi kecam peniaga,

Dimana lokasi kedai yang menjual makanan berunsur lucah ini tidaklah di nyata kan secara terperinci namun ianya amat menjijikkan dan memalukan rakyat negara ini.

Baca : Tahniah, Black Timang Cahaya Mata Lelaki 

Sumber : aans.blogspot.com

Tahniah, Black Timang Cahaya Mata Lelaki

Tahniah buat Black dan isterinya, Cira atas kelahiran cahaya mata lelaki pada jam 7.48 malam semalam. Walaupun dilahirkan sebulan lebih awal daripada yang dijangkakan, pengarang hati buah jantung Black ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.09 kilogram. Tahniah Black dan Cira.


Tahniah, Black Timang Cahaya Mata Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, black dan cira, isteri black selamat bersalin

Black turut sama berkongsi detik-detik kelahiran anaknya yang lahir tidak cukup bulan ini. Kata Black:-

    Alhamdulillah isteri saya sihat. Begitu juga dengan anak saya. Walau bagaimanapun kini anak saya masih ditempatkan di wad NICU yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Wad tersebut bukanlah untuk kanak-kanak yang kritikal.

    Anak saya perlu ditempatkan di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa jangkitan.

    Tetapi kini Alhamdulillah kerana dia sudah boleh minum susu dan jika tidak ada apa-apa dalam sehari dua lagi anak dan isteri saya sudah dibenarkan keluar.

    Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk.

    Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa.

    Saya rasa terlalu teruja sehinggakan tidak berselera untuk makan. Manakan tidaknya, sekejap-sekejap saya akan menjenguk isteri, sekejap-sekejap saya akan menjenguk anak.

Tahniah, Black Timang Cahaya Mata Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, black dan cira, isteri black selamat bersalin

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar buat Black dan isteri. Semoga si comel membesar dengan sihat dan sempurna. Insya Allah tak ada apa-apa komplikasi walaupun lahir tidak cukup bulan. Sama-samalah kita doakan. Selamat menjadi ayah dan ibu diucapkan kepada Black dan isteri.

Baca : Punca Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong  

Sumber : beautifulnara.com

Punca Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong

Banyak adegan menarik yang terpaksa dikorbankan untuk memendekkan tempoh filem Suamiku Encik Perfect 10 yang pada awalnya dibuat untuk sebuah telefilem eksklusif bagi tayangan Astro First.


Punca Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong, info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, suamiku encik perfect 10, drama, filem suamiku encik perfect 10

Pengarahnya, Mohammed Feroz Abdul Kader berkata, perkara tersebut merupakan cabaran utama apabila dia terpaksa memilih hanya babak penting bagi membantu jalan cerita.

"Ia agak mencabar kerana penggambaran yang pada awalnya kita lakukan untuk telefilem dua episod ditukar untuk dijadikan sebuah filem dengan durasi dua jam.

"Oleh itu saya perlu membuang banyak babak menarik terutamanya adegan penggambaran di London dan memilih babak yang penting untuk jalan cerita sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Mohammed Feroz ditemui selepas tayangan media filem Suamiku Encik Perfect 10 yang diadakan di GSC Pavilion, di sini, malam Selasa lalu.

Filem kerjasama Global Station Sdn Bhd bersama Astro Show itu turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifly, Jihan Miskin dan Raja Ilya.

Sementara itu, Penerbit Global Station Sdn Bhd Datin Zaiton Mohd Jiwa berkata, pihaknya dan Astro membuat keputusan menjadikan karya tersebut sebagai sebuah filem selepas melihat beberapa kriteria yang berpontensi sebagai sebuah filem.


Punca Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong, info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, suamiku encik perfect 10, drama, filem suamiku encik perfect 10
Lisa Surihani

Katanya, barisan pelakon yang terdiri daripada pelakon terkenal serta jalan cerita yang menarik membuatkan mereka yakin filem itu boleh menarik penonton ke pawagam.

"Pada asalnya ia adalah untuk tayangan Astro First Eksklusif, namun selepas kita buat screening dengan pihak Astro kami membuat keputusan untuk ia dijadikan sebuah filem.

"Kita lihat banyak babak menarik, pelakon terkenal dengan lakonan yang mantap serta jalan cerita yang bagus membuatkan kami berani mengambil keputusan itu," ujarnya.

Tambahnya, selepas keputusan untuk mengangkat ia dijadikan sebuah filem, pihaknya sudah mengenal pasti babak yang membuat penonton paham dan tidak tergantung.

Jelasnya, babak-babak menarik di London yang terpaksa dipotong adalah bukan babak penting untuk menyokong jalan cerita.

"Keputusan menjadikan ia sebuah filem membuatkan kami terpaksa mengorbankan banyak babak yang diambil terutama di London.

"Babak di London itu kebanyakkannya tidak membantu jalan cerita, ia hanya mencantikkan sahaja, kita terpaksa mencari babak yang benar-benar kuat untuk menghidupkan cerita ini," katanya.

Filem Suamiku Encik Perfect 10 merupakan adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil bakal ditayangkan pada 22 Januari ini di suluruh pawagam tanah air.

Selain filem tersebut, Global Station turut menghasilkan drama bersiri iaitu Suamiku Encik Sotong lakonan Sharnaaz Ahmad bagi siaran Astro.

Baca : Faizal Tahir 'Hilang' Urus Syarikat Rakaman Sendiri  

Sumber : mstar.com.my

Faizal Tahir 'Hilang' Urus Syarikat Rakaman Sendiri

Penyanyi Faizal Tahir menjelaskan karier nyanyiannya kelihatan sepi sejak akhir-akhir ini kerana dia lebih memberi fokus kepada syarikat rakamannya iaitu Faithful Music yang ditubuhkan sejak setahun lalu.

Faizal Tahir 'Hilang' Urus Syarikat Rakaman Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, Faizal Tahir, gossip


Faizal, 37, berkata, sepanjang tempoh itu dia banyak menghabiskan masa melakukan kerja-kerja belakang tabir selain menguruskan tiga artis di bawah label berkenaan.

"Saya tidak pernah menghilangkan diri sebaliknya kini lebih banyak menumpukan kerja-kerja di belakang tabir dan mencipta lagu.


Faizal Tahir 'Hilang' Urus Syarikat Rakaman Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, Faizal Tahir, gossip
Imej terkini Faizal Tahir

"Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian memandangkan label saya itu masih baharu," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia mengambil keputusan untuk membuka sebuah syarikat rakaman kerana ingin memberi sumbangan kepada industri muzik dengan memperkenalkan bakat-bakat baharu.


Malah katanya, syarikat tersebut itu sedang giat mempromosikan tiga artis baharu iaitu Elizabeth Tan, Aziz Harun dan Hanie Sooraya untuk diketengahkan.

"Muzik adalah cinta dan semangat saya dan kewujudan label ini adalah bukti kesungguhan saya untuk memberi sesuatu kepada industri.

"Semua artis yang ditampilkan mempunyai kesitimewaan berbeza yang mampu mewarnai industri muzik tempatan," katanya.

Sementara itu, Faizal berkata, itu tidak bererti dia sudah melupakan bidang nyanyian sebaliknya masih aktif sebagai penyanyi.

"Saya baharu sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Assalamualaikum dan album penuh bakal menyusul pertengahan tahun ini," ujarnya.

Baca : 
 Tindakan Awie Tuduh Rozana Lakukan Perbuatan Khurafat Makan Diri

Sumber : mstar.com.my

Tindakan Awie Tuduh Rozana Lakukan Perbuatan Khurafat Makan Diri

Rozana Misbun berkata, tindakan Awie menuduhnya melakukan amalan khurafat dan syirik yang bertentangan dengan perintah Allah adalah perbuatan terdesak bertujuan mengaibkan isteri sendiri.

Awie Tuduh Rozana Lakukan Perbuatan Khurafat Makan Diri, info, terkini, berita, awie, rozana misbun,

Rozana, 37, berkata, tuduhan Awie melalui peguamnya di mahkamah dilakukan tanpa menyertakan bukti yang akhirnya memakan diri sendiri.

"Kenapa hanya selepas saya keluar dari rumah kami baru dia nak kata terjumpa macam-macam? Kenapa selama ini dia tidak dedahkan perkara itu?

"Bagi saya tindakan dia memburuk-burukkan saya dengan cara itu adalah tindakan terdesak," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di luar mahkamah Tinggi Syariah di sini Rabu.

Terdahulu Rozana berjaya mengenepikan perintah sebelah pihak (ex-parte) hak jagaan sementara terhadap tiga anak mereka yang sebelum itu diserahkan kepada Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47.

Awie Tuduh Rozana Lakukan Perbuatan Khurafat Makan Diri, info, terkini, berita, awie, rozana misbun,
Tiga anak hasil perkahwinan mereka itu ialah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd Amran Mohd Zain di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu.

Awie turut diperintahkan membayar kos sebanyak RM5,000

Pada sesi penghujahan yang berlangsung pada Selasa lalu, peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik, khurafat dan tahyul dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ukay Perdana Ampang dekat sini.

Barang-barang berkenaan seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.

Dalam pada itu, Rozana berkata, dia tidak terkesan dengan tuduhan tidak berasas itu itu kerana akhirnya kebenaran akan menceritakan segala-galanya.

Malah kata Rozana, keputusan yang dibuat mahkamah terhadap kes berkenaan turut membuktikan alasan dikemukakan oleh Awie tidak munasabah.

"Saya tidak hidup dipuji mahupun mati kerana dikeji jadi biarlah apa juga yang ingin dikatakannya tentang saya.

"Sejak awal lagi dia memang berniat untuk mengaibkan saya, jadi biarkanlah," jelasnya.

Awie Tuduh Rozana Lakukan Perbuatan Khurafat Makan Diri, info, terkini, berita, awie, rozana misbun,

Awie ketika hadir ke Mahkamah Majistret Ampang pada Rabu bagi perbicaraan kes pukulnya terhadap Rozana. Foto: Utusan Malaysia.

Sementara itu, Rozana berkata, dengan keputusan mahkamah tersebut dia akan berusaha untuk berjumpa anak-anaknya selepas ini.

Dia juga akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan lanjut  berhubung isu status sijil perkahwinan dan anak-anaknya.

"Sebelum ini saya tidak berjumpa anak-anak kerana lawatan perlu dilakukan di rumahnya selain talian telefon anak telah dimansuhkan.

"Dengan keputusan ini saya harap tiada lagi alasan untuk saya bertemu mereka dengan cara yang saya tentukan," ujarnya.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Awie sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

Hasil perkahwinan pertamanya, Awie mendapat dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Baca : Nurul Depp Dimasukan Ke Wad Kecemasan 

Sumber : mstar.com.my

Nurul Depp Dimasukan Wad Kecemasan

Mengikut perancangan, penyanyi hitam manis, Nurul Depp sepatutnya melahirkan bayi kedua hasil perkahwinannya bersama jejaka Perancis, Eric Depp pada Februari akan datang.


Nurul Depp Dimasukan Wad Kecemasan, info, terkini, hiburan, sensasi, nurul deep,

Namun kerana masalah pendarahan akibat kedudukan urinya yang berada di bawah rahim, maka Nurul Depp telah dimasukan ke hospital sejak awal Ahad lalu.

Nurul Depp di dalam blognya menulis, dia telah dinasihati oleh pihak doktor supaya mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum melahirkan seorang lagi putera dalam masa terdekat.

Malah apa yang lebih mencabar kerana penyanyi Tika Cinta itu terpaksa memandu sendiri ke hospital berhampiran seawall jam 6 pagi kerana ketiadaan suami tercinta yang ketika itu berada di Orissa, India.

“Aku sampai di bahagian kecemasan jam 6.55 pagi. Main pandu je kereta. Dah nak cepat. Nasib baik tak jauh. Hanya 5 minit dari rumah jika tanpa sebarang kesesakan lalu lintas.

“Dia  (Eric)yang sibuk di Orissa sepanjang hari, tak tahu menahu. Aku tak mahu dia hilang kosentrasi bekerja dengan berita aku. Aku biarkan dia habiskan dulu kerjanya. Lewat malam itu, baru aku khabarkan. Lagipun, kalau beritahu awal-awal, bukannya dia boleh balik terus. Jauh sangat!

“Bila Eric dapat tahu, apa lagi… Dia risaulah. Dari mesej pesanan suaranya, memang dia tak terkata apa kerana terlalu risau dan fikir bagaimana keadaan aku. Aku baru memasuki 34 minggu. Menyedari hakikat itu, lagilah dia tak lepas berfikir. Sudahlah dia berada jauh,” tulis Nurul Depp di dalam blognya sebentar tadi.

Menurut Nurul Depp,  suaminya itu bagaimanapun telah selamat tiba di ibu negara pada Selasa lalu dan ternyata telah banyak membantu menjaga bayi pertamanya, Zachary  termasuk urusan kerja rumah sementara dia berada di hospital.

Tulis Nurul Depp lagi, dia juga sengaja merahsiakan keadaanya kepada kedua mertua yang bakal tiba dari Perancis pada Jumaat ini untuk memberi kejutan juga tidak mahu mewujudkan perasaan risau kepada mereka berdua.

“Jadi, dah tak lama lagi mereka akan sampai ke KL. Harapnya, mereka tak sekodeng blog aku ni sebelum berlepas ke mari. Kata Eric jangan tulis apa-apa dulu.

“Sengaja tak nak beri tahu. Nanti risau sampai tak boleh nak buat apa. Maklum sajalah, orang tua. Risau menantu, risau cucu, risau anak tunggal mereka tu. Biar dia orang dah sampai, dapat tahu dan lihat aku di depan mata. Itu tak apa,” tulisnya.

Baca : Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita 

Sumber : murai.com.my

Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita

Belum pun selesai krisis rumahtangga yang dihadapinya, pelakon Ezany Nizariff kini didakwa pula telah berkahwin dengan dua wanita di Perlis baru-baru ini oleh isterinya sendiri.


Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, ezzany Nizariff

Ezany yang berang dengan dakwaan itu menulis sendiri di status akaun Facebook miliknya yang dia telah dituduh sudah berkahwin dengan dua wanita oleh isterinya, Lizda Nuryanti.

Berikut merupakan status yang dimuat naik Ezany:


Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, ezzany Nizariff

Ezany berkeras seperti menafikannya dan mencabar seseorang untuk membuat semakan di Pejabat Agama Perlis untuk mendapat kesahihan benarkah dia sudah berkahwin dengan dua wanita itu di sana.
Tiada apa yang diminta oleh pelakon itu selain meminta isteri kembali ke pangkal jalan.

Pada 17 Julai 2014, Ezany membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang setelah mendakwa isterinya dilarikan seorang lelaki.

Menurut Ezany, dia menyedari kehilangan isterinya setelah bangun tidur kira-kira pukul 4.30 pagi untuk bersahur dan mendapati pintu utama rumahnya tidak berkunci.

Ezany kemudian telah pun mengemukakan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya di mahkamah sama pada 22 Julai 2014 setelah wanita itu keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.

Ezany Nizariff Didakwa Dah Berkahwin Dengan 2 Wanita, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, ezzany Nizariff

Isterinya kemudian memohon bercerai secara baik, namun ditolak oleh Ezany.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Baca :  
Fauziah Latif Hanya Ucap “Insha Allah” Mengenai Persiapan Perkahwinan

Sumber : murai.com.my

Fauziah Latif Hanya Ucap “Insha Allah” Mengenai Persiapan Perkahwinan

Penyanyi popular sekitar tahun 90an Fauziah Latiff hanya mengucapkan Inshaa Allah walaupun diasak berkali-kali mengenai niatnya untuk berkahwin sekali lagi.


Fauziah Latif Hanya Ucap “Insha Allah” Mengenai Persiapan Perkahwinan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, fauziah latiff

Dia hanya tersenyum dan mohon doa kepada semua peminat semoga ditemukan jodoh sekali lagi dan memberi sinar baru kepada kehidupannya.

“Inshaa Allah…  itu yang saya mampu ucapkan mengenai desas-desus yang mengatakan saya ingin bernikah sekali lagi.

“Saya tak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana ia hanya andaian dan tafsiran orang ramai, saya tidak boleh beri kata putus kerana saya sendiri pun belum ada jawapannya,” kata Fauziah kepada portal Murai.com.my

Fauziah Latiff yang ditemui oleh para wartawan di Majlis Media Pelancaran Aplikasi Telefon Pintar ‘WeAreGorgeous’ (WAG) di Khadijah’s Kitchen Setapak, enggan mengulas lanjut mengenai tarikh perkahwinannya.

“Saya tak cakap tahun ini, tahun depan atau tahun yang seterusnya apatah lagi calon suami, kalau ada jodoh…  Inshaa Allah adalah rezeki untuk saya,” ujarnya sambil tersenyum.

Mengenai perkembangan kariernya, Fauziah masih lagi giat aktif menyanyi dan menerima undangan terutama di majlis-majlis korporat mahupun jemputan VVIP di seluruh negara.

Baca : Mengenang Mahar Si Peminat Siti Nurhaliza 

Sumber : murai.com.my