Siapa yang tak kenal dengan Rita Rudaini, seorang pelakon terkenal dan juga ibu tunggal kepada dua orang anak. Sebelum ini kes perceraian Rita dan bekas suaminya, Aidil Zafuan pemain bola sepak negara kecoh diperkatakan di media massa. Sehngga saat ini mereka seolah-olah masih tidak boleh berdamai. Mungkin terlalu perit penderitaan yang dialami oleh Rita sebelum ini. Bagaimanapun, kita tiada hak untuk menuding jari, siapa yang salah dalam isu rumah tangga dorang. Yang penting doakan agar masing-masing tabah dan kuat menghadapi ujian.
Terbaru Rita ada memuat naik gambar anaknya di Instagram. Agak terkejut juga kalau tengok gambar anaknya, Airit Rafqa Arjuna dengan hidung berlumuran darah, nampak macam serius je. Tapi Alhamdulillah nasib baik bukan masalah teruk. Rita segera bergegas membawa anaknya ke hospital dan terus ditahan dalam wad. Nak tahu apa punca hidung anaknya berlumuran darah tak? Sekali baca kelakar juga anak Rita ni.
“Pic 1 tu hidung adik mok asyik berdarah je,byk plak tu smpai menitik2..2hari bgn tido asyik berdarah n 6x dlm 1hari,,risau gila mommy..trus bwk g hospital…dgn batuk lg(jangkit kt mommy) dan ryan pon sama batuk..trus dua2 kena tahan…slps da jumpadgn doc pakar hidung,so dpt tau saluran darah dlm hidung dik mok koyak skit dan bengkak…doc ckp kemungkinan dia korek hidung smpai luka saluran darah tu…mmm yee..mommy tau laa lubang hidung adik bulat dan besar tp xyah la beria sgt melombong tu..masalahnya adik ni klau nk korek hidung,dia akan menyorok kt bwh meja atau mana2 tempat tersorok..klau senyap sunyi dok sorok tu tau laa dia tgh korek hidung dia tp xsangka plak smpai naik syehh! Alhamdulillah da tau puncanya dan doc ckp xmerbahaya…so tggu next chekup la nk tau result serombong adik mok…xpaa adik..lubang hidung adik tetap mnjadi pujaan hati mommy…abg ryan pon kesian batuk teruk..so kami bertiga ni klau mlm memang batuk berjemaah,riuh rendah bilik kita org….kt wad kanak2 ni klau ada ryanarjuna mmg bising,dan yg paling penting kedai news kt bwh tu gumbira klau tgk muka dorg(laku hotwheel) pic bwh tu aktiviti santai dorg,yg sorg tgk tv mkn candy smbil silang kaki,yg sorg asyik buat math kt ipad dia (pastu tanya mommy plak jwpanaduhh memg meleleh peluk ketiak mommy laa klau tanya psl matematik!!! ) tp dorg ble dok diam mcm tu sekejap jerrrhhh mmm sakit mcm xsakit….apa mommy mkn ye masa pregnant dorg dulu ek?mmm bukan salah ibu mengandung apa2 pon MOMMY LOVE U SO MUCH!! Tq nurse2 n doc yg mnjaga ryanarjuna dgn baik skali”
Hehehe kot ye pun nak korek hidung jangan lah sampai berdarah kan. Kelakar betul. Kasihan Rita, kedua-dua anaknya ditahan wad. Yang sorang lagi tu, Ryan ditahan wad kerana batuk yang teruk. Sedih tengok keadaan Rita dan anak-anak. Tambah-tambah kalau baca kapsyen kat gambar bawah ni. Sobs.
“Tgk apa ryan buat? mommy baru balik dr court td,pastu mommy ckp laa mommy letih laa arini ryan, smbil xsengaja mommy letak kaki kt sofa tuu tiba2 tgn dia trus picit kaki mommy so sweettttt…buat mommy jatuh cinta kt u olls utk ke berapa juta kali sebelah tgn sibuk main ipad…hilang trus penat mommy …seronok mommy tgk ank2 mommy curahkn kasih syg ikhlas pd mommy mmg nmpk sgt kasih sejati u olls berdua..bila u olls peluk2 mommy,nmpk kasih itu..tq ank2 syurga mommy…mommy xle klau sesaat pon ank2 mommy xde dkt mommy moga ALLAH pelihara kita bertiga syg… #ryanarjunarudaini #mylittleheaven #mytrueheaven”
Sayu hati membacanya kan? Nampak sikap tanggungjawab dan kasih sayang dalam diri Ryan di saat tiada yang mengasihi ibunya. Teruskanlah bersabar Rita, mungkin akan ada sinar kebahagiaan dalam hidup anda. Setiap ujian Allah berikan kepada hambaNya terselit pelbagai hikmah.
Sumber : gosipmalaysia.com