Wednesday, June 24, 2015

Video Jelingan Manja Mia Ahmad Buat Abam Melting

Aishh macam-macam dugaan la bulan puasa ni. Nafsu makan, nafsu mata dan macam-macam nafsu lagi kita kena tahan. Eh mana la tau kot-kot boleh terkurang pahala dan amalan kita bulan puasa ni kan.


Video Jelingan Manja Mia Ahmad Buat Abam Melting

Tapi video jelingan Mia Ahmad di Instagram memang menduga keimanan kami. Dah la comel, jelingan yang memang manja pula tu. Ternganga kami tengok jelingan yang menusuk kalbu dari Mia Ahmad ni. Eleh, kalau korang tengok pun mesti lebih dari sekali kan? Jangan nak tipu laa..


Video Jelingan Manja Mia Ahmad Buat Abam Melting

A video posted by Mia Ahmad (@mia.ahmad) on

Ramai yang terpegun dengan kecantikan Mia Ahmad ni.. Part yang paling mahal sekali mata mia yang bulat tu.. Eh pada kaum lelaki jangan tengok video ni banyak kali eh? Tengok sekali cukup.. Kurang pahala tu nanti..- ohbulan

Ariz Forteen Akui Wanita Misteri Mahu Ludah Mukanya

Penyanyi Forteen, Ariz akui rimas dan cukup tertekan apabila diganggu oleh wanita misteri yang mengganggu hidupnya dan amat menakutkan.


Ariz Forteen Akui Wanita Misteri Mahu Ludah Mukanya

Wanita terbabit dikatakan sering menggangu Ariz menerusi laman sosial dan memberi komen yang menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti.

“Saya pun pelik dan terkejut, wanita yang sama juga pernah menghubungi saya tetapi bila bercakap di talian dia diam dan tak bercakap apa-apa.

“Kehidupan saya ini diganggu berlarutan hampir 3 tahun, sehinggalah sampai satu tahap saya buat tak tahu, dia mesej saya yang berbunyi ‘kalau aku jumpa kau di luar, aku ludah muka ko’”, ujar Ariz kepada portal Murai.com.my

Ariz yang ditemui media di Majlis Berbuka Puasa Bersama KRU Music di Cyberjaya turut menyifatkan wanita itu sangat psiko dan amat tidak wajar bersikap demikian.

“Saya pun tak tahu kenapa, saya ni baik hati sangat tak buat laporan polis  mengenai kes ini, sebelum ini kalau dia tak puas hati ganggu saya, dia akan ganggu ahli forteen yang lain.

“Orang yang sama juga akan komen dekat Instagram Amir dan Wan cakap yang bukan-bukan, saya agak trauma tetapi inilah harga  yang saya perlu bayar untuk bergelar selebriti, sabar sahajalah yang mampu saya buat,” katanya mengakhiri bicara. - murai

Encik Mimpi Enggan Dedah Status Sudah Kahwin

Penyanyi lagu Rindukanlah iaitu Encik Mimpi enggan mendedahkan status sebenarnya kononnya dia sudah berkahwin apabila beberapa gambar majlis berkenaan dipercayai miliknya tersebar baru-baru ini.


Encik Mimpi Enggan Dedah Status Sudah Kahwin

Encik Mimpi atau nama sebenarnya Mohd Azam Zamri, 27, berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercakap tentang soal peribadi kerana bimbang ia akan menjadi perhatian lebih daripada kariernya sebagai penyanyi.

"Saya tidak mahu mengiya atau menidakkan tentang perkara itu kerana enggan soal peribadi menjadi perhatian dan bukannya karier saya sebagai penyanyi.

"Terpulanglah kepada presepsi dan imaginasi mereka sama ada ingin mempercayai saya sudah berkahwin atau pun tidak," katanya kepada mStar Online.

Berhubung penyebaran gambar perkahwinan tersebut, Encik Mimpi berkata, ia bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada beberapa gambar yang dikatakan dirinya disebarkan pada awal kemunculannya.

Bagaimanapun dia tidak menafikan ada di antara gambar yang tersebar adalah miliknya.

Encik Mimpi berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjual biskut raya.

Dalam perkembangan lain, Encik Mimpi berkata, bersempena dengan bulan Ramadan dia mengambil peluang untuk berjinak-jinak dalam perniagaan dan mengeluarkan jenama biskutnya iaitu Empat Mimpi Cookies.


Encik Mimpi Enggan Dedah Status Sudah Kahwin

Katanya, buat permulaan dia mengeluarkan dua jenis biskut iaitu Chocolate Chip Cookies dan Coco Crunch Cookies yang akan dijual menerusi laman sosial dan Raya Sakan Fest 2015 yang akan diadakan di Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 26 hingga 28 Jun ini.

"Biskut tersebut sebenarnya dibuat oleh kenalan saya tetapi dia tidak pernah menjual secara komersial biarpun sentiasa mendapat tempahan tinggi di kalangan keluarga dan rakan-rakan.

"Jadi saya ambil peluang ini untuk memasarkan produk berkenaan dengan lebih meluas kerana sangat enak," ujarnya.

Selain Encik Mimpi, beberapa lagi artis turut terlibat dalam acara jualan itu seperti Joe Flizzow, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Fizo Omar dan Johan (Raja Lawak). -mstar

'Tiada Nama' Sukarkan Sofi Jikan Pikat Pelakon Filem 'Gangsterock'

Pelakon dan pengarah Sofi Jikan menjelaskan agak sukar baginya untuk meyakinkan pelakon utama menerima tawaran dalam filem pertama arahannya iaitu Gangsterock yang diterbitkan oleh YKS Film Maker.


Pelakon dan pengarah Sofi Jikan menjelaskan agak sukar baginya untuk meyakinkan pelakon utama menerima tawaran dalam filem pertama arahannya iaitu Gangsterock yang diterbitkan oleh YKS Film Maker.


Sofi atau nama sebenarnya Muhammad Soffi Jikan, 45, berkata, dia terpaksa berjumpa mereka beberapa kali untuk memujuk agar menerima tawaran tersebut.

"Alhamdulillah akhirnya saya juga pelakon yang saya senaraikan senaraikan dalam filem ini iaitu Izara Aishah, Sharifah Amani, Aqasha dan Saiful Apek.

"Salah satu cabaran untuk mendapatkan mereka apabila saya terpaksa berkali-kali pujuk dan jumpa mereka agar terima tawaran itu. Izara pun pada asalnya menolak dengan alasan ada tawaran telefilem dan sebagainya.

"Saya faham mereka kebanyakkannya mahu berlakon dengan pengarah yang terbaik, nama besar dan yang ada seni dalam karya. Saya tiada semua itu," ujarnya ketika ditemui pada sidang media Gangsterock, di The Beulovart Office, di sini, Rabu.

Serina dan Sofi Jikan

Sofi berkata, disebabkan perkara itu juga dia terpaksa menunggu lebih tiga tahun untuk mereka memberi persetujuan.

Bagaimanapun, dia lega apabila filem tersebut berjaya menjalani penggambaran selama hampir sebulan dengan komitmen yang tinggi daripada pelakon.

"Apabila majoriti artis utama sudah bersetuju kami teruskan dengan penggambaran yang hanya 22 hari sahaja di sekitar Lembah Klang.

"Walaupun saya baru, tetapi Alhamdulillah mereka hormat dengan saya dan saya juga beri kebebasan untuk mereka beri idea," ujarnya.

Dalam pada itu, Sofi berkata, cabaran lain apabila dia jatuh sakit dan demam dalam tempoh penggambaran dijalankan.

Tambah Sofi, dia terpaksa meneruskan penggambaran kerana tidak mahu jadual artis lain terjejas.

"Ada beberapa hari yang saya sakit, nak telan air liur pun tak boleh. Tetapi saya gagahkan juga bekerja kerana jika saya tangguhkan penggambaran ia akan menjejaskan jadual artis lain," katanya.

Sementara itu, penerbitnya Serina Redzuawan, berkata, terdapat satu babak melibatkan Allahyarham Harun Salim Bachik yang tidak sempat dilakukan.

Katanya, babak itu kemudian dilakukan menggunakan teknik pengimejan berkomputer CGI.

"Ada satu babak yang sepatutnya dilakonkan oleh arwah tetapi beliau tangguhkan kerana ingin balik kampung dan tidak sangka arwah meninggal dunia. Jadi kita terpaksa tipu babak itu dengan guna suara orang lain," ujarnya.

Tambahnya, filem ini juga merupakan filem pertama yang beri royalti kepada pelakon-pelakon terlibat mengikut keuntungan yang diperoleh.

Filem Gangsterock  ini bakal ditayangkan pada 17 Julai depan. - mstar

Harith Iskander Berang Selepas Gambar Anaknya Dimuatnaik Ke Laman Web Lucah

Pelawak Harith Iskander dikatakan berang dengan tindakan satu laman web lucah yang memuatnaik gambar anaknya ke laman web berkenaan.

Harith Iskander Berang Selepas Gambar Anaknya Dimuatnaik Ke Laman Web Lucah

Gambar anak beliau yang berusia tiga tahun dan beberapa orang kanak-kanak lain telah disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak yang dipercayai dari Malaysia.

"Google Alert membawa perhatian saya kepada gambar-gambar anak saya (dan saya sedang memangku anak saya) berserta gambar kanak-kanak lain yang muncul dalam sebuah laman web tempatan berserta imej grafik lucah," kata Harith melalui Facebooknya.

Berdasarkan teks yang ditulis dalam web berkenaan yang berbahasa Melayu dan Inggeris menguatkan tanggapannya bahawa web berkenaan sememangnya dari Malaysia apabila di dalamnya terdapat kapsyen berbunyi "Gambar Anak Harith Iskander".

"Kedua-dua adalah menjijikkan dan sangat membimbangkan dan semestinya saya dalam proses menghubungi SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) untuk mengetahui apa tindakan yang boleh diambil," katanya.

Selain gambar anak Harith juga terdapat gambar anak Erra Fazira dan Engku Aleesya di dalam laman web tersebut. - Siakapkeli.my

Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan

Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga Fahrin Ahmad dan isterinya Elena Hani mengakui apabila berjauhan dia (isteri) menangis kesedihan, tetapi memikirkan tanggungjawab dan cabaran yang perlu dipikul mereka berdua berfikiran positif dan tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan.


Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan

Bagaimanapun isteri Fahrin telah pun bersedia untuk melepaskan jawatan itu dan tinggal bersama suaminya suatu hari nanti.

“Lepas balik berbulan madu, saya balik ke Dubai dan Fahrin ke Manchester dan ketika itu tidak berasa sedih kerana saya tahu dia akan datang ke Dubai. Tapi bila dia balik ke KL saya berasa sedih dan menangis”

“Sebelum ini saya sudah bersedia apabila rancang nak kahwin saya perlu mengatur segala jadual. Kalau berhenti kerja pun saya lebih selesa untuk jaga Fahrin,” kata Elena Hani yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa HBO Asia.
Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan

Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan

Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan

Berpuasa sebagai suami isteri merupakan pengalaman pertama buat pasangan bahagia ini kerana inilah masa yang mereka ada untuk bersama kerana jarak dan komitmen kerja membuatkan mereka terpaksa tinggal berasingan buat sementara waktu.

“Kali pertama berbuka puasa sebagai suami isteri terasa bila kita tahu suami isteri itu sepatutnya bersama tetapi terpaksa berjauhan. Bila ada peluang bersama kami akan gunakannya sebaik yang boleh,” kata Fahrin.

Elena pula berkata, “Sangat teruja kerana pertama kali bersama suami dan selama 8 tahun saya berpuasa secara melancong dan berada di atas pesawat dan di bumi Dubai. Selalunya tak pernah bercuti masa puasa hanya cuti ketika raya. Cuti kali ini memang saya mohon dan Alhamdulillah lulus,” katanya yang penuh teruja.


Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan

Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan

Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan

Manakala persiapan raya pula diuruskan oleh Fahrin kerana bimbang isterinya itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasan untuk bercuti. Pasangan ini dijangka beraya di Sri Damansara iaitu kediaman isterinya Elena Hani sebelum petangnya itu berangkat pula ke Johor Bahru bagi merayakan suasana hari raya di rumah Fahrin pula.

“Saya tak tahu off-day dia bila. Jadi saya kena tanya persiapan raya seperti kuih, baju dan masa-masa beginilah apabila dia pulang saya akan berbincang dengannya. Saya tak nak ambil risiko kerana dia balik ke Malaysia sehari sebelum raya. Pada tahun ini pagi raya itu saya akan beraya di rumah Elena dahulu dan pada petangnya kami akan bertolak ke Johor,” tambahnya.

Kaka Azraff Terkilan Dituduh Sebar Gambar Bogel

Mungkin tidak perlu lagi kami sebut nama selebriti tersebut namun baru baru ini sekeping gambar separuh bogel beliau telah tersebar di internet dan walaupun belum ada kesahihan tentang identiti empunya gambar, ramai peminat berspekulasi ianya memang milik pelakon wanita popular itu.


Kaka Azraff Terkilan Dituduh Sebar Gambar Bogel

Dalam kekecohan tentang gambar yang tersebar itu, nama Kaka Azraff terpalit dikatakan sebagai penyebar gambar tersebut lebih lebih lagi beliau sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan kontroversi berkaitan teman lelaki pelakon wanita tersebut.

“Mengaitkan diri saya dengan penyebaran foto terbabit sememangnya satu fitnah terlampau. Saya sangat marah pada orang yang menyebarkan gambar itu. Gara gara dirinya, nama saya terpalit sama sedangkan saya tidak tahu menahu langsung tentang hal ini,” kata Kaka Azraff.

Kaka Azraff juga meluahkan rasa simpati terhadap pelakon wanita tersebut dan sebagai seorang wanita juga beliau turut merasa malu dengan kejadian ini.


“Saya sudha penat dengan gossip dan kontroversi. Ramadhan tahun ini banyak mengajar saya untuk mendekatkan diri dengan Allah dan tidak mahu lagi dengar pelbagai cerita panas berbanding kerjaya seni saya,” tambahnya lagi kepada Berita Harian.- rotikaya

Adira Kini Putus Tunang?

Melalui laporan daripada Utusan Malaysia hari ini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Adira kini sudah putus tunag bersama pilihan hatinya itu. Aida daripada Utusan cuba mendapatkan kenyataan daripada penyanyi tersebut.


Adira Kini Putus Tunang?

“Cuba menelefon Adira tempoh hari, nampaknya Adira seperti tidak bersedia untuk menjawab apa-apa lagi buat masa ini. Katanya kepada Aida cuma no comment, sewaktu Aida menelefon Adira yang kedengaran agak sibuk ketika itu”

“Sampai sekarang Aida kurang pasti apa kesudahan khabar angin tersebut. Tetapi pada Aida, Adira adalah seorang yang jujur dan pasti dia akan terangkan juga apa sebenarnya apabila sudah bersedia,” kata Aida dipetik daripada akhbar tersebut.

Harapnya khabar angin yang sedang laju tersebar ini tidak terjadi dan semoga Adira dan juga tunang tabah menghadapi ujian dalam tempoh pertunangan ini.- rotikaya

Adira Kini Putus Tunang?

Adira Kini Putus Tunang?

Adira Kini Putus Tunang?

Siti Sarah Raisuddin Kini Berhijab

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin akui ini bukan pertama kali dia berhijab di bulan Ramadan, malah seperti tahun-tahun sebelum ini bagai sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menghormati bulan mulia itu.


Siti Sarah Raisuddin Kini Berhijab


Namun bagi pelantun lagu Kesetiaan itu dia tidak berani hendak memberi kenyataan tentang imejnya kali ini kerana bimbang ianya hanya sementara dan bermusim sahaja seperti yang dilakukan setiap kali Ramadan.

"Sebenarnya setiap Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini.

"Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini. Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini.

"Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.

"Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara  yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Sarah yang hamil 5 bulan itu kini berehat dari aktiviti seni dan mengambil peluang membantu bapanya meniaga di Raisuddin Corner, Kuala Selangor di bulan Ramadan.- murai