Monday, August 3, 2015

Nelydia Senrose Rancang Sambung Belajar Tahun Depan

Suka kami dengar setiap kali ada selebriti merancang sesuatu untuk masa depan selain hanya bergantung kepada dunia seni yang entah tidak menentu pasang surutnya, lebih lebih lagi mereka yang ingin menyambung pelajaran atau pun memulakan perniagaan.


Nelydia Senrose Rancang Sambung Belajar Tahun Depan

Terbaru, Nelydia Senrose merancang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang International Business demi mencari ilmu dan pengalaman untuk mengembangkan perniagaan produk kecantikan milik beliau dan kakaknya, Uqasha Senrose.
“Saya merancang nak sambung belajar di luar negara hujung tahun hadapan. Mulanya saya mahu melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Tapi memandangkan perbelanjaan di sana lebih tinggi, mungkin saya akan memilih Australia sebagai pilihan kedua,” ujarnya.



Nelydia Senrose menambah yan beliau memilih untuk menyambung pelajaran di luar negara adalah kerana ingin lebih fokus dalam belajar kerana pastinya bersaing dengan pelajar pelajar bijak lain dari seluruh dunia.

“Saya rasa perniagaan sedikit sebanyak dapat membantu menampung kehidupan kita di masa hadapan. Bila berniaga, banyak perkara yang kita boleh pelajari. Lagipun, saya masih muda dan saya mahu mencuba pelbagai bidang,” tambahnya lagi. -rotikaya

Nelydia Senrose Rancang Sambung Belajar Tahun Depan

Nelydia Senrose Rancang Sambung Belajar Tahun Depan

Zizan Razak Nafikan Dingin Bersama Pihak Media, Rahsiakan Soal Cinta

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak dikatakan telah melarikan diri daripada pihak media sebaik sahaja majlis tersebut tamat. Ekoran daripada kejadian itu pelbagai persepsi timbul mengenai tingkah laku pelawak ini.


Zizan Razak Nafikan Dingin Bersama Pihak Media, Rahsiakan Soal Cinta


Tampil di majlis pelancaran rangkaian promosi filem Polis Evo kelmarin, Zizan menjelaskan ini adalah salah faham semata-mata kerana dia telah diberitahu oleh pengurusnya bahawa seorang sahaja wartawan yang ingin menemuramahnya dan dia boleh balik sebaik sahaja majlis itu tamat.
“Saya ditemuramah oleh seorang wartawan sahaja ketika itu dan tak dipanggil pula oleh mana-mana pihak media yang lain untuk ditunggu. Kalau ada diberitahu saya akan tunggu”

“Saya tidak ada masalah apa-apa dengan pihak media dan boleh bekerjasama seperti biasa. Pihak media banyak membantu setiap artis dalam menaikkan atau mempromosikan apa sahaja berkaitan dengan kerjaya kita,” katanya yang secara jelasnya menafikan ada masalah dengan pihak media.

Dalam pada itu, apabila disoal mengenai status hubungannya yang terkini, Zizan seolah-olah kunci mulut dan mahukan peminat berteka-teki mengenai hubungannya bersama wanita misteri itu.
“Biarlah ia menjadi privasi saya dan menjadi tanda tanya. Perkara ini tidak perlu dirisaukan sangat. Saya minta pada pihak media, peminat di luar sana apabila sampai jodoh itu dia akan menjadi. Tapi buat masa in doakan yang terbaik buat saya dan pasangan,” katanya lagi.-rotikaya

Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang baru tampil dengan bingkisan album konsert Unplugged baru-baru ini, sekali lagi memberikan kejutan kepada peminat beliau apabila menampilkan sorotan video ketika merakamkan sebuah lagu.


Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman

Apa yang mengujakan, lagu tersebut bukanlah dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa Tamil. Tak cukup dengan itu, pengguna laman sosial cukup tak sabar apabila mengetahui ia merupakan karya komposer terkenal India, A.R. Rahman.


Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman

Siapa tak kenal komposer tersebut kan?

Tampil dengan barisan lagu-lagu yang cukup indah dalam filem-filem Bollywood dan Hollywood terkenal seperti dalam filem Lagaan, Taal, Slumdog Millionaire, 127 Hours dan The Hundred-Foot Journey, bakat A.R. Rahman sememangnya dikagumi.

Memetik kapsyen yang dimuat naik oleh pengurus yang juga kakak ipar Siti iaitu Rozi Abdul Razak, rakaman lagu itu dilakukan sempena satu program di Astro.

Nah, jom kita tengok macam mana Siti rakam lagu dalam bahasa Tamil. Pasti berbelit lidah nak sebut kan?mynewshub

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Lan Pet Pet Malu Foto Bantu Mangsa Kemalangan Jadi Viral

Pelawak dan pelakon Lan Pet Pet berasa malu apabila gambarnya yang sedang membantu mangsa kemalangan di Alor Star, Kedah pada Sabtu lalu menjadi viral dan tersebar di laman sosial sejak Ahad lalu.


Lan Pet Pet Malu Foto Bantu Mangsa Kemalangan Jadi Viral


Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 46, berkata, bantuan yang dihulurkan kepada seorang lelaki berbangsa India itu bukan bertujuan untuk meraih publisiti sebaliknya ia berlaku secara tidak sengaja.
"Saya tidak tahu ada pihak merakam gambar saya ketika saya cuba membantu lelaki berkenaan dan saya hanya mengetahuinya apabila diberitahu oleh isteri.

"Saya jadi malu kerana tidak mahu disalah anggap cuba menunjuk-nunjuk tetapi gambar itu pun sudah tersebar luas. Saya tidak boleh buat apa-apa," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menceritakan kejadian tersebut, Lan berkata, semasa kejadian dia memandu melalui Jalan Putra sebelum melihat sebuah kenderaan secara tidak sengaja terlanggar sebuah motosikal ditunggang mangsa dari arah belakang.


Lan Pet Pet Malu Foto Bantu Mangsa Kemalangan Jadi Viral


Tanpa berfikir panjang, Lan memberhentikan keretanya di arah bertentangan jalan dan segera membantu lelaki yang menaiki motosikal itu.
"Semasa saya lihat dia dilanggar tiada siapa datang membantu dan dia cuba mengesot ke bahagian tepi jalan.

"Saya tidak sampai hati melihat keadaannya dan terus meluru keluar untuk membantu mengangkatnya sebelum ada pihak lain datang memberi pertolongan," ujarnya.

Tambah Lan lagi, ketika itu ibunya turut bersama dan menunggu di dalam kereta ketika keadaan lalu lintas sesak ekoran orang ramai baru pulang dari tempat kerja.


Lan Pet Pet Malu Foto Bantu Mangsa Kemalangan Jadi Viral
Lan (baju kotak) membantu mengangkat mangsa ke bahu jalan.


Tindakan Lan itu turut mendapat pujian daripada pengguna laman sosial yang memuji sikapnya itu biarpun mangsa bukan orang Melayu.

Sementara itu, Lan Pet Pet berkata, sebagai rakyat Malaysia dia tidak pernah memilih warna kulit untuk menghulurkan bantuan dan apa dilakukannya adalah ikhlas.
"Arwah Ayah saya ketika hayatnya sering berpesan supaya menjadi seorang manusia yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.

"Pada saya, apa yang saya lakukan itu tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia memang menjadi tanggungjawab kita sesama manusia," ujarnya.-mstar

Friday, July 31, 2015

Gadis Korea Ini Bukan Sahaja Cantik, Tetapi Agak Fasih Berbahasa Melayu

Gadis cantik dari Korea ini ialah Luveve. Jika anda lawati Facebook miliknya, anda dapat lihat status yang di muat naik dalam Bahasa Melayu.


Gadis Korea Ini Bukan Sahaja Cantik, Tetapi Agak Fasih Berbahasa Melayu

Gadis Korea ini nampaknya benar-benar sukakan Malaysia sehinggakan dia sanggup untuk belajar bercakap dalam Bahasa Melayu.

Walaupun Bahasa Melayunya tidak berapa lancar dan kadang-kala bunyinya akan membuatkan kita ketawa, tetapi setiap perkataan yang di sebut oleh Luveve masih boleh difahami.

“Saya seorang wanita Korea. Melayu saya tidak sempurna. Tetapi, saya belajar Bahasa Melayu, dan ia menyeronokkan untuk belajar. Saya berharap saya boleh berbahasa Melayu yang sempurna dalam 6 bulan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia agak kecewa kerana di Korea hanya terdapat buku untuk mempelajari Bahasa Indonesia sahaja dan tidak ada buku Bahasa Melayu.

“Saya tidak faham mengapa tiada buku Melayu di Korea tapi terdapat begitu banyak buku untuk belajar bahasa Indonesia tetapi bukan Melayu?.

“Saya juga mencari kelas Melayu di online, tetapi hanya terdapat kelas bahasa Indonesia. Apa yang salah di Korea? Tidak hairan mengapa tiada orang korea yang boleh bercakap bahasa Melayu. Fakta ini sangat menyedihkan saya,” ujar Luveve.

Jom lihat video Luveve bercakap dalam Bahasa Melayu.-hanasuva

Untuk Menonton : Klik Butang Tonton Video Dibawah Ini 
 

Era Fazira Di Hina Teruk Selepas Memuat Naik Gambar Bersama Individu Ini

Selepas memuat naik gambar di laman instagram nya Era Fazira dicemuh/hina teruk oleh pengikut laman insta tersebut.
Era Fazira Di Hina Teruk Selepas Memuat Naik Gambar Bersama Individu Ini


Hanya bergambar pun dicemuh sebegitu rupa.Hanya di muzium sahaja bukan berjumpa betul-betul. Apa komen anda ?-h2m9363

Era Fazira Di Hina Teruk Selepas Memuat Naik Gambar Bersama Individu Ini

Walimatulurus: Abby Abadi Umum Bakal Berkahwin Sekali Lagi

Abby Abadi bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi setelah bercerai dengan suami terdahulu iaitu Farhan. Abby Abadi mengumumkan bakal berkahwin di laman sosial instagramnya hari ini.

Walimatulurus: Abby Abadi Umum Bakal Berkahwin Sekali Lagi

Gambar tersebut memaparkan dirinya dan seorang lelaki yang kenali sebagai Jai Ezany dan tertera dengan hashtag #WalimatulUrus di ruangan kapsyen.


Walimatulurus: Abby Abadi Umum Bakal Berkahwin Sekali Lagi

Ini caption dari Abby Abadi:

#WalimatulUrus #JaiAbby

Alhamdullillah. #14August2015 akan menjadi kenangan terindah buat kami. Buat Sy & En Jai Ezzany ... Kenal dari 2013, tp tak perasan sangat. December 2014 berhubung semula atas urusan kerja. Terus berhubung baik sehinggalah akhirnya 'jodoh' datang tak terduga. Panjang nak cerita.. Apapun, kami ambil keputusan utk mempercepatkan 'kerja baik' ini agar sentiasa berada di bawah keredhaan ALLAH & tidak terlibat dgn perkara2 yg tidak diingini. Beberapa minggu je lagi ni... Syukur ALLAH permudahkan segala perancangan kami. Terima Kasih ALLAH atas jodoh ini. Doakan ini akan jadi 'perkahwinan' yg terakhir buat kami. . .

Kami umumkan utk pengetahuan semua,  Agar tiada cerita2 yg direka. InshaALLAH, Cuma tak termampu rasanya nk jemput semua disini hehe.. Kad kahwinpun kalau tempah tak sempat siap, jadi begini jelah jemputnya huhu.... Ampun Maaf dipinta ye. Yg mengenali, yg dekat, Sahabat2... Tunggu Sy msg nanti k. Simpan date ni dulu... Majlis pernikahan akan berlangsung pada 14hb August nanti di sebuah Masjid di Keramat. Makan2 'Kasih Sayang' akan di buat pada 16hb August pulak, inshaALLAH. Sekali dgn Makan2 bersama Keluarga UMAIMA ye. Temanya pun 'Peach' ikut warna tema UMAIMA hehe... Persiapan disaat2 akhir... Memang menyesakkan dada... Nk mohon bantuan info utk Dewan, Pakej Perkahwinan , Baju, Make up, doorgift, semualah... Tolong Sy please... Hanya ALLAH dpt membalasnya "

Tahniah diucapkan kepada Abby Abadi dan juga Jai Ezanny.-beritapakmat

Walimatulurus: Abby Abadi Umum Bakal Berkahwin Sekali Lagi

Walimatulurus: Abby Abadi Umum Bakal Berkahwin Sekali Lagi

Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?

Mia Ahmad dilemparkan dengan kata-kata yang mengatakan beliau seorang yang gemuk. Berasas ker tuduhan melulu ini. Ramai peminat tidah bersetuju dengan kenyataan ini. Pandangan segelitir peminat yang mungkin terkeliru dengan pakaian Mia Ahmad kadang-kadang ada ternampak kegemukkan beliau.


Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?

Biar gambar berbicara. Yang pasti Gadis cantik dari Taiping ini seorang seorang yang baik hati dan paling penting berhijab. Ratu Drama.-mediaterkini2016

Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?


Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?

Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?

Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?

Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?

Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?

Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?

Foto Mia Ahmad Yang Dikatakan Gemuk?



Thursday, July 30, 2015

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Ibarat masih lagi berteka-teki dengan peminat dan juga pihak media mengenai perkahwinannya, pelakon dan pengacara Zizan Razak menjelaskan bahawa dia mahu berkahwin secara tiba-tiba seperti yang dilakukan oleh Fahrin Ahmad sebelum ini.

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

“Macam mana pun saya mesti kahwin. Saya kena kahwin. Sebagai lelaki saya pun nak kahwin dan ada keluarga sendiri. Insya-Allah, semua yang dirancang bagaimana biarlah ia menjadi rahsia keluarga saya. Tak ada apa-apa pun sebenarnya”

“Saya suka cara Fahrin Ahmad yang berkahwin secara ‘tiba-tiba’ dan ‘mengejut’. Cara itu nampak lebih afdal. Kalau boleh saya nak ikut cara dia,” katanya kepada BH Plus selain merahsiakan status hubungan dia dan pasangan yang dikatakan sudah pun berpisah.

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Selain soal perkahwinan, Zizan juga dalam masa yang sama berdepan dengan pelbagai kontorversi yang tidak putus-putus sebelum ini. Muncul sebentar dengan khabar angin mahu berkahwin, ada peminat yang melihat perkara tersebut sebagai salah satu cara untuk kembali meredakan keadaan.

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Secara Mengejut

Peminat pastinya tidak sabar mendengar berita gembira daripada asyik mendengar cerita berdolak-dalik. Apa pun, pastinya Zizan tahu apa yang dilakukannya. Semoga apa yang dirancang dan direncanakan oleh Zizan akan dipermudahkan.-rotikaya