Peminat drama bersiri Isteri vs Tunang naik gila apabila watak Alana yang dilakonkan oleh aktres Scha Alyahya semakin kerap merajuk.
Perkara itu diakui oleh penonton drama bersiri tersebut melalui ruangan komen menerusi beberapa foto yang dimuat naik oleh Scha di akaun Instagramnya.
Ada sahaja aduan menyatakan tidak puas hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh Alana kerana kerap merajuk apabila bersama suaminya Zaim Azfar (Hisyam Hamid).
Tidak cukup dengan itu, Instagram Hisyam Hamid juga turut diserang peminat yang mahu meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Alana.
Antara komen yang diberikan ialah:
"Eh geram pulak kita dengan Alana ni, rasa nak lempang! Sikit-sikit merajuk!"
"Seorang lagi tak faham kenapa Alana tu duk merajuk manjang! Senang citer semua salah! Tampa nak?" tulis peminat tersebut.
Seakan memahami perasaan peminat drama tersebut, Hisyam telah memuat naik satu foto dengan kapsyen:
“So, salah siapa pula sekarang ni? #teamalana ke #teamzaim ? EPISOD TERAKHIR malam nanti @schaalyahya #isterivstunang #zaimazfar #alanasofea #tempe #hisyamelters #hisyamhamid,” tulisnya.
Jadi kepada peminat yang ingin mengetahui bagaimana pengakhiran kisah cinta Alana dan Zaim Azfar, saksikan episod akhir Isteri vs Tunang yang bersiaran hari ini pada jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 135).-astrogempak