Wednesday, September 3, 2014

Gambar Scha Al Yahya Selepas Habis Pantang

Gambar Scha Al Yahya Selepas Habis Pantang | Scha Al Yahya kini telahpun tamat berpantang selepas melahirkan baby Lara. Melalui perkongsian di laman instagram, scha kini dilihat sudah berjalan-jalan dengan suami tercinta Awal Ashaari.


Gambar Scha Al Yahya Selepas Habis Pantang, info, terkini, hiburan, sensasi,

Ramai juga tertunggu-tunggu perkongsian gambar baby Lara kerana Awal Ashaari pernah memberitahu akan berkongsi gambar babynya itu selepas Scha Al Yahya tamat berpantang.

Jom lihat gambar terkini Scha Al Yahya di bawah:


Gambar Scha Al Yahya Selepas Habis Pantang, info, terkini, hiburan, sensasi,

Gambar Scha Al Yahya Selepas Habis Pantang, info, terkini, hiburan, sensasi,

Gambar Scha Al Yahya Selepas Habis Pantang, info, terkini, hiburan, sensasi,

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Bekas Peserta Mentor Menang Gelaran Miss Malaysia World 2014

Bekas Peserta Mentor Menang Gelaran Miss Malaysia World 2014 | Bekas peserta rancangan realiti nyanyian Mentor, Dewi Liana Seriestha, 25, telah dinobatkan sebagai juara Miss Malaysia World 2014, menjadikannya sebagai wanita Bidayuh pertama yang pernah memenangi gelaran tersebut.


Bekas Peserta Mentor Menang Gelaran Miss Malaysia World 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, Dewi Liana Seriestha


Menurut laporan Borneo Post, Dewi yang berasal dari Kampung Tematu, Kuching, Sarawak, telah menewaskan 20 finalis lain dalam merebut takhta Miss Malaysia World 2014 yang mana Dewi akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia yang akan berlangsung di London, 14 Disember depan.


Bekas Peserta Mentor Menang Gelaran Miss Malaysia World 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, Dewi Liana Seriestha


Selain memenangi gelaran utama itu, Dewi turut meraih gelaran sampingan antaranya Miss Talent, Miss Personality dan Miss Dr Alice.

Tempat kedua dimenangi finalis Bob Low, Cassandra Devi Jeremiah (tempat ketiga), Dhivya Dhyana (tempat keempat) dan Olivia Shyan (tempat kelima).


Bekas Peserta Mentor Menang Gelaran Miss Malaysia World 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, Dewi Liana Seriestha


Selain pernah memasuki pertandingan realiti Mentor di bawah pemantauan penyanyi Liza Hanim, Dewi turut bergiat aktif dalam bidang seni sebagai seorang komposer, penulis lirik, pelakon dan model.


Bekas Peserta Mentor Menang Gelaran Miss Malaysia World 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, Dewi Liana Seriestha


Dewi merupakan seorang Bidayuh yang beragama Kristian, bapanya berbangsa Cina dari Indonesia manakala ibunya adalah dari suku kaum Dayak Bidayuh dari Sarawak.

Sumber : mynewshub.cc

Mahkamah Arah Rozana Misbun Bayar RM500 Kepada Awie

Mahkamah Arah Rozana Misbun Bayar RM500 Kepada Awie | Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan isteri penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun supaya membayar kos mahkamah sebanyak RM500 kepada suaminya itu ekoran gagal hadir pada sebutan kes hak penjagaan anak kekal (hadanah) terhadap tiga anak mereka pada Rabu.


Mahkamah Arah Rozana Misbun Bayar RM500 Kepada Awie, info, terkini, hiburan, berita, sensasi, kontroversi


Rozana, 36, hanya muncul pada sebutan kes tersebut kira-kira 20 minit selepas sidang bermula ditemani peguamnya Majdah Muda.

Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain bagaimanapun mengekalkan kos berkenaan terhadap Rozana selaku defendan dan meminta agar perkara itu dirujuk kepada kaunter mahkamah sekiranya ingin membuat rayuan.

Peguam Syarie, Majdah pada prosiding berkenaan turut menyerahkan secara kendiri di hadapan Mohd Amran afidavit pembelaan untuk permohonan hadanah yang difailkan oleh Awie sebelum ini.

Bagaimanapun peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memohon kepada mahkamah agar mendengar terlebih dahulu bantahan awal untuk mengenetepikan perintah interim (penjagaan sementara) yang difailkan Rozana sebelum mendengar kes-kes lain.

Mahkamah membenarkan permohonan Mohd Zaid dan mengekalkan tarikh 17 September ini bagi mendengar hujahan bantahan awal itu.

Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, di sini iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


Sumber : suara.tv

Gambar Seksi Adik Neelofa Di Sekolah Cetus Kontroversi

Gambar Seksi Adik Neelofa Di Sekolah Cetus Kontroversi | Adik Neelofa, Ameera telah memuatnaik beberapa keping gambar ketika berada di sekolah. Namun ternyata ianya mengundang kontroversi kerana Ameera memakai skirt.


Gambar Seksi Adik Neelofa Di Sekolah Cetus Kontroversi, info, terkini, sensasi,

Ramai tertanya-tanya Ameera bersekolah di mana yang membenarkan dia memakai skirt walaupun sudah di sekolah menengah.


Gambar Seksi Adik Neelofa Di Sekolah Cetus Kontroversi, info, terkini, sensasi,

Gambar Seksi Adik Neelofa Di Sekolah Cetus Kontroversi, info, terkini, sensasi,

Sebenarnya dia bersekolah disebuah sekolah swasta, private school. Jadi tak hairanlah, private school lain dari sekolah kerajaan biasa.

Di sekolah swaasta ini, banyak peraturan lain dan di sini juga boleh bawa laptop, ipad, iphone, smartphone dan gajet-gajet canggih. Huhu

Jom lihat gambar di bawah:


Gambar Seksi Adik Neelofa Di Sekolah Cetus Kontroversi, info, terkini, sensasi,

Gambar Seksi Adik Neelofa Di Sekolah Cetus Kontroversi, info, terkini, sensasi,

Gambar Seksi Adik Neelofa Di Sekolah Cetus Kontroversi, info, terkini, sensasi,


Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Kekasih Zul Ariffin Mengaku Cemburukan Ayda Jebat

Kekasih Zul Ariffin Mengaku Cemburu | Seandainya tiada perasaan cemburu, pasti hubungannya dengan Zul Ariffin ada sesuatu yang tidak kena. Demikian luahan jujur kekasih aktor itu, Gayatri Su-Lin Pillai yang mengakui 'terbuka' dalam hubungan cintanya.


Kekasih Zul Ariffin Mengaku Cemburu, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,


Bagaimanapun, dia mengakui terkejut apabila dituduh sengaja memuat naik status sindiran di laman sosial miliknya yang didakwa sengaja ditujukan kepada Ayda Jebat. Untuk info, Ayda sebelum ini dilihat amat rapat dengan Zul gara-gara membintangi drama bersiri Rindu Awak 200%.


Kekasih Zul Ariffin Mengaku Cemburu, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,


Akibatnya, ada segelintir peminat yang 'meminta' mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih disebabkan amat terkesan dengan lakonan pasangan ini. Permintaan tersebut selanjutnya dikatakan telah membuat Gayatri 'cemburu' dan menyindir Ayda.

"Saya tidak perlu berbuat demikian (menyindir) kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut.

"Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda," ujarnya yang bertugas sebagai Pengurus Besar Astro Shaw dipetik sebagai berkata.

Tambah Gayatri, dia sendiri tidak pasti status apakah yang dikatakan itu. Malah isu kononnya dia bersikap cemburu terhadap kemesraan Zul dan Ayda dianggapnya sebagai sesuatu yang normal kerana dia tidak terkecuali daripada perasaan itu.

"Sebagai seorang penerbit filem, saya profesional dan memahami situasi mereka yang perlu mempromosikan drama berkenaan.


"Jika saya tidak cemburu pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hibungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain," jelasnya yang mengakui hubungannya dengan Zul masih okey.

"Saya jarang bercakap soal peribadi kerana ia tidak akan berkesudahan tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan kami masih berjalan seperti biasa," katanya.

Sumber : myartis.com

Friday, August 29, 2014

Komen Alyah Isu Nikah Secara Rahsia

Segalanya Saya Serahkan Kepada Ramli MS – Alyah | Bagus. Memang seorang isteri yang mithali sungguh Alyah ini. Enggan memberikan ulasan yang boleh melukakan hati mana-mana pihak, Alyah menyerahkan segala penerangan kepada suaminya, Ramli MS. Segala perkara diserahkan kepada suaminya yang tercinta. Memang inilah salah satu ciri-ciri yang dikehendaki oleh seorang suami terhadap isterinya.


Komen Alyah Isu Nikah Secara Rahsia, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,

Kata Alyah menerusi portal GUA:-

    "Maaf, Alyah tak boleh nak komen apa-apa mengenai isu ini. Apa-apa tanyalah Ramli MS kerana Alyah serahkan segalanya kepada dia"


Komen Alyah Isu Nikah Secara Rahsia, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,

Diharap Ramli MS tidak lagi akan bersembunyi atau bermain dengan kata-kata sekiranya diminta memberi penerangan selepas ini. Semua orang pun dah tahu. Kalau sudi, nak juga dengar cerita perkahwinan mereka berdua. Pasti menarik. Namun kalau ia terlalu peribadi untuk diceritakan, mungkin boleh luahkan dalam bentuk lagu. Lagi power kalau lagu tersebut dinyanyikan oleh Alyah. Pasti meletup kebabom punya. Tak gitu?

Sumber : beautifulnara.com

Sarimah Ibrahim Bakal Kahwini Cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?

Sarimah Ibrahim Sibuk Rancang Majlis Kahwin Di Bali?  | Ramai di kalangan peminat-peminat Sarimah Ibrahim yang tak sabar-sabar hendak tengok selebriti kesayangan mereka yang juga penyampai radio MIX FM pagi itu, mendirikan rumahtangga sekali lagi dengan jejaka pilihannya.


Sarimah Ibrahim Bakal Kahwini Cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,


Siapa lagi kalau bukan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, atau lebih mesra di sapa sebagai Jamie kan?

Ha.... Kalau itu yang jadi tandatanya korang, memang elok sangatlah. Sebab, ada perkembangan terbaru tentang Sarimah Ibrahim, 36, dengan Jamie.

Baru-Baru ini, Sarimah Ibrahim dengan Jamie telah meluangkan masa di pulau percutian yang romantik. Mana lagi kalau bukan Bali yang menjadi lokasi utama filem Eat Pray Love lakonan Julia Roberts.

Tapi, Sarimah bukanlah pergi berdua saja dengn Jamie di sana. Tak baik fikir yang negatif macam tu. Sebaliknya, mereka pergi dengan ahli keluarga Jamie yang lain.

Mereka pergi ke sana untuk melancong semata-mata sebab keluarga Jamie ikut sama, mesti ada sebab yang lain. Hasil risik-risik daripada sumber tertentu.

Kata mereka, kalau pasal hal lain-lain mereka tidak tahu, Tapi, kalau pasal kahwin, boleh jadi jugak sebab ada ura-ura Sarimah Ibrahim dengan Jamie akan mengakhiri kisah percintaan mereka dengan ikatan lebih suci.

Wow.... Apakah ini bermakna mereka bakal memilih Bali sebagai lokasi majlis perkahwinan mereka? Segalanya tidak mustahil kerana Bali sememangnya sering menjadi lokasi perkahwinan favourite selebriti luar negara serta dalam negara.

Patutlah, Sarimah dengan Jamie datang ke sana bersama keluarga Jamie. Rupa-rupanya ada perbincangan yang serius di antara mereka. Wow! Pasti perkahwinan mereka nanti akan menjadi sebuah perkahwinan yang cukup romantis.

Sumber : murai.com.my

Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT

Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT. Korang Mesti Tak Percaya!


Sedar atau tidak, tahun ini sudah 57 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Haa, korang tau ke tak apa tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ini?


Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT, info, terkini, hiburan, sambutan hari merdeka 57, sensasi,

Kalau nak tahu, temanya adalah ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Dah cakap mengenai merdeka ni, kami ada lihat beberapa foto Nora Danish & Nabila Huda sambut kemerdekaan tau.

Percaya atau tidak, Nora dan Nabila dikepung oleh orang ramai kerana bersama-sama mengibarkan bendera di beberapa stesen LRT.


Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT, info, terkini, hiburan, sambutan hari merdeka 57, sensasi,

Bukan dikepung sebab tak suka, tetapi mereka turut sama mengikut Nora dan Nabila menyebarkan semangat kemerdekaan dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Kalau korang nak tahu, Amy Search pun ada sekali tau. Kami ada tonton sebuah video yang dimuat naik Nora, amboi, bukan main meriah dan seronok lagi mereka bertiga ni!

Malah, rata-rata pengikut Nora, Nabila dan Amy Search turut berbangga dengan apa yang mereka lakukan ni. Untuk pengetahuan, tujuan mereka mengibar bendera dan menyanyi adalah untuk sama-sama mengikuti Ops Gerak Merdeka.

Jadi korang tunggu apa lagi? Mari sama-sama fikir apa cara untuk kita semarakkan lagi semangat kemerdekaan kita seperti Nora, Nabila & Amy Search. Jom!!


Sumber : ohbulan.com

Anak Gadis Komposer Fauzi Marzuki

Gambar Anak Gadis Komposer Fauzi Marzuki Yang Cun & Semakin Popular | Inilah anak gadis komposer popular tanah air iaitu Fauzi Marzuki. Nama diberi ialah Nadia dan kini berusia awal 20an.


Anak Gadis Komposer Fauzi Marzuki, info, terkini, hiburan, sensasi,

Anak gadis Fauzi Marzuki ini menjadi popular setelah gambar selfienya ketika kesesakan lalu lintas menjadi viral sehingga masuk ke surat khabar.


Anak Gadis Komposer Fauzi Marzuki, info, terkini, hiburan, sensasi,

Jom layan gambar anak Fauzi Marzuki ini yang cantik dan comel:












Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com