Sunday, January 25, 2015

Jamal Abdillah Mahu Bantu Zamani Rawat Ketagihan Dadah

Sebaik dibebaskan dari tahanan reman pada hari Sabtu lepas, Zamani kelihatan sangat bersyukur dan nekad untuk membersihkan diri dari najis dadah.

Walaupun pernah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK pada 2010 dan 2012, namun Zamani gagal untuk pulih sepenuhnya.


Jamal Abdillah Mahu Bantu Zamani Rawat Ketagihan Dadah, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Jamal Abdillah, Zamani Slam

    Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini. – mStar

Jamal Abdillah tahu lokasi rawatan tertutup

Bagaimanapun sebagai seseorang yang pernah mempunyai pengalaman sama seperti Zamani, Datuk Jamal Abdillah dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu rakan seperjuangannya itu.

    Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah).

    Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup dan saya sanggup bantu Zamani. – Harian Metro

Baguslah begitu. Selain daripada keluarga, kami pasti Zamani juga perlukan sokongan yang padu daripada sahabat rapat dan para peminatnya. Kami doakan agar Zamani boleh mengatasi ketagihannya selepas ini.

Sumber : ohbulan.com

MLM2014 : Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak Yang Berlagak?

Diam tak diam rupanya Maharaja Lawak Mega 2014 sudah sampai ke peringkat suku akhir yang menyaksikan 6 kumpulan masih bersaing merebut tiket final.


MLM2014 : Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura, MLM2014, Zizan Razak, gosip

Pada malam jumaat yang lalu, kumpulan Zero paling mencuri tumpuan apabila berjaya menggamatkan suasana Dewan Teater Shah Alam melalui dua sketsa hebat mereka. Namun nasib berbeza menimpa kumpulan Virus. Sudahlah persembahan hambar, Zizan siap melawan cakap juri?

Buat Salah Tak Apa Tapi Jangan Berlagak – Fazura


MLM2014 : Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura, MLM2014, Zizan Razak, gosip

Malam bertemakan ‘Silent Comedy’ dan ‘Karoot Komedia’ benar-benar mencabar kreativiti kumpulan yang bertanding apabila terpaksa melawak tanpa mengeluarkan suara dan menyelitkan elemen dikir barat dalam persembahan mereka.

Persembahan kedua Virus untuk tema ‘Karoot Komedia’ disifatkan Fazura sebagai hambar, terlalu panjang, dan tidak kelakar. Namun reaksi Zizan yang boleh dikatakan agak biadap apabila menyampuk ketika Fazura memberikan komen mengundang rasa tidak senang dalam kalangan penonton.

Selang sejam selepas berakhirnya pertandingan tersebut, Fazura dilihat seakan meluahkan rasa kekecewaaannya di laman Twitter dengan tweet ini.


MLM2014 : Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura, MLM2014, Zizan Razak, gosip


Dayang Yang Hitam


MLM2014 : Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura, MLM2014, Zizan Razak, gosip

Bukan itu sahaja, tindakan Zizan yang mengaitkan Dayang Nurfaizah sebagai dayang yang hitam manis dilihat agak keterlaluan dan tidak disenangi peminat.

Bagi kami Zizan hanya sekadar melawak memandangkan Bocey sering tampil dengan konsep yang sama iaitu menggunakan fizikal Abam sebagai bahan lawak. Jadi tak ada masalah lah kan? Lagi pun Zizan sebut hitam manis, okay lah tu.

Elfira Patut Jadi Juri MLM2015

MLM2014 : Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura, MLM2014, Zizan Razak, gosip

Sepanjang berlangsungnya Maharaja Lawak Mega 2014 pada malam jumaat yang lalu, Elfira Loy antara selebriti yang aktif dalam menyuarakan pendapatnya mengenai pertandingan tersebut di laman Twitter.

Seperti penonton yang lain, Elfira jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pertandingan pada malam tersebut yang menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan.

Namun tweet Elfira ini mengundang seribu satu pertanyaan. Agak-agak siapa yang dia maksudkan?


MLM2014 : Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura, MLM2014, Zizan Razak, gosip

Untuk korang yang tidak berkesempatan menyaksikan persembahan virus, berikut merupakan video persembahan mereka.


Sumber : ohbulan.com

Zarina Anjoulie Kecoh Istilah Payudara Di Twitter

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie buat hal lagi di laman sosial iaitu Twitter yang kecoh membincangkan istilah payudara yang disebut-sebut oleh segelintir masyarakat umum
 

Zarina Anjoulie Kecoh Istilah Payudara Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Zarina Anjoulie

Tak pasti apa motif sebenar yang cuba Zarina buktikan. Perbincangan itu meleret-leret di Twitter bersama ‘followers’ yang turut sama memberi pandangan.

Ia berpunca dengan ‘tweet’ yang dibuat oleh Zarina yang nyata tidak berpuas hati apabila sesetengah pihak menyebut payudara adalah’ T$@&K’.


Zarina Anjoulie Kecoh Istilah Payudara Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Zarina Anjoulie

Bagi dirinya sebutan tersebut tidak sopan dan keterlaluan serta dia menganggap ia terlalu ‘rempit’ untuk menyebut istilah itu.

Entahlah, tak nak menyebelah mana-mana pihak, kekadang kalau kita nak bincangkan hal sebegini kita pun tidak tahu di mana penghujungnaya.

Ibarat persoalan yang pernah disoal dulu iaitu ‘antara ayam dengan telur mana yang wujud dulu?’.

Samalah juga perdebatan yang dibuat oleh Zarina ini, memang tidak akan ada kesimpulannya. Hanya serah kepada anda semua, nak menilai sejauh mana topik perbincangan yang dicetuskan oleh Zarina, bak kata pepatah Hanya Jauhari Yang Kenal Manikam

Sumber : murai.com.my

Angah Raja Lawak Cerita Kisah Cintanya Bersama Tunang

Umum mengetahui Angah Raja Lawak kini dah bertunang dengan pilihan hati bernama Amirah atau Wawa pada 18 januari yang lalu. 

Ramai nak tahu kisah cinta Angah Raja Lawak ini, bagaimana dan bila berkenalan dan apa yang istimewa tentang si dia.


Angah Raja Lawak Cerita Kisah Cintanya Bersama Tunang, info, terkini, hiburan, sensasi, Angah Raja Lawak, kisah cinta angah raja lawak dan wawa

Ini komen Angah Raja Lawak:

"Saya mula berkenalan dengan Wawa ketika diundang menjadi pengacara majlis oleh kedua-dua ibu bapanya dua tahun lalu. Saya tidak bersendirian sebaliknya bersama kumpulan Tauke dalam majlis yang berlangsung di rumahnya itu.

"Saya terpikat dengannya kerana dia sentiasa mengambil berat mengenai diri ini. Selain itu, saya juga selesa dengan layanan seluruh anggota keluarganya sepanjang saya berkawan dengan Wawa.

"Justeru, selepas mengenali hati budi masing-masing, kami sepakat untuk melangkah ke fasa pertunangan pula," 

"Walaupun sudah lama menduda, saya juga tidak serik untuk berkahwin lagi. Anak perempuan saya Nurrina Fassha, 12, dan dia juga tidak ada masalah menerima Wawa dalam hidup kami sekeluarga," katanya.

"Alhamdulillah, majlis pertunangan kami juga berjalan lancar seperti direncanakan. Doakanlah semoga dipermudahkan segala urusan sehinggalah tibanya hari bersejarah kami kelak," 

Sementara itu, Angah memberitahu mereka merancang untuk disatukan dan bernikah pada hujung tahun ini. Kata Angah, ia bakal berlangsung pada Disember 2015.

"Mengikut perancangan, majlis pernikahan kami akan berlangsung di Melaka dan Johor. Dari segi konsep dan tema pula semuanya masih dalam perbincangan lagi,"

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Syarul Ridzwan Musuhi Wartawan?

Tahun lepas, dunia hiburan tanah air gempar seketika apabila aktor berbakat, Syarul Ridzwan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Seremban, Negeri Sembilan. Tetapi apa yang lebih parah tentang berita tersebut ialah Syarul Ridzwan dikatakan meninggal dunia



Syarul Ridzwan Musuhi Wartawan?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syarul Ridzwan,


Dek kerana berita yang tidak benar ‘Syarul Ridzwan Nafi Khabar Angin Sudah Meninggal Dunia‘ kerana dirinya langsung tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun Syarul Ridzwan masih sempat berkongsi detik cemas ketika kemalangan tersebut.

Ketika kejadian, kereta Honda City milik Syarul Ridzwan yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran di Port Dickson, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik ekoran permukaan jalan licin selepas hujan lebat.

    “Ia memang satu gosip yang paling dahsyat pernah saya alami sejak berkecimpung dalam dunia seni. Alhamdulillah, saya tidak apa-apa dan lebih berhati-hati sekarang,”

Namun disebalik kejadian tersebut ada perkara membuatkan Syarul Ridzwan kesal iaitu muncul gosip kononnya dirinya bertelagah dengan wartawan kerana didakwa enggan bekerjasama memberikan sebarang kenyataan ekoran kemalangan tersebut. Humm wartawan pun, disaat orang trauma masa tu juga nak menemuramah. Cuba la bagi masa sikit kan. Iskkk sekurangnya fahami lah mangsa kemalangan tersebut, kalau gayanya macam tu bertambah sakit si mangsa kemalangan. Tak gituh?

Syarul Ridzwan Musuhi Wartawan?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syarul Ridzwan,

    “Saya dihubungi oleh seorang wartawan kira-kira 10 minit selepas kejadian dan tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya. Dalam keadaan kelam-kabut, perlu membuat perkara lebih penting termasuk menghubungi keluarga.

    “Tidak terniat langsung untuk memusuhi wartawan, jadi saya minta maaf sekiranya mengguris perasaan mana-mana pihak,”

Syarul Ridzwan merupakan pelakon baru yang berbakat besar dan mampu pergi jauh dalam bidang seni. Yelarkan, berbekalkan rupa yang kacak pasti mempunyai peminat yang tersendiri. Syarul Ridzwan juga akui yang dirinya masih bujang dan belum mendirikan rumah tangga. Justeru, yang cuba nak masuk ‘line’ boleh la kan. Opsss tuan badan pun dah mengaku masih belum berkahwin tetapi kalau teman istimewa tu pasti ada kan.

Sumber : gosipmalaysia.com

Lisa Surihan Kini Hamil?

Jika perkara yang kami dengar ini benar, maka kami yakin ramai peminat Lisa Surihani di luar sana pasti mendoakan perkara yang sama terhadap kandungan yang dibawa oleh Lisa.


Lisa Surihan Kini Hamil?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lisa Surihani

Menurut ruangan Cik Pang di Harian Metro, perkhabaran tersebut mengatakan Lisa sudah mengandung tetapi masih di peringkat awal manakala Lisa pula ketika ini masih tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal.

Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenainya akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.

Terlalu awal ketika ini untuk membuat sebarang spekulasi namun apa-apa pun berita yang bakal kita dengar daripada mulut Lisa nanti, kami doakan yang terbaik. Kami pasti ramai peminat Lisa dan juga Yusry ternantikan saat-saat bahagia dengan kehadiran si comel penambah seri keluarga tersebut.


Lisa Surihan Kini Hamil?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lisa Surihani

Lisa Surihan Kini Hamil?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lisa Surihani

Lisa Surihan Kini Hamil?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lisa Surihani

Sumber : rotikaya.com

Sharnaaz Ahmad:Bukan Satu Cubaan Untuk Memikat Hati Shila Amzah Kembali

Ketika persembahan Shila Amzah dengan lagu Masih Aku Cinta di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) baru baru ini, Sharnaaz Ahmad ada memuatnaik status mengucapkan tahniah buat penyanyi itu atas persembahan hebat beliau, walau belum diumum naib juara.


Sharnaaz Ahmad:Bukan Satu Cubaan Untuk Memikat Hati Shila Amzah Kembali, info, terkini, hiburan,sensasi, gossip, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad


Status Twitter Sharnaaz Ahmad tersebut bagaimana pun telah dipadam selepas mendapat reaksi bercampur daripada para peminat yang mula berspekulasi sesama mereka.


Sharnaaz Ahmad:Bukan Satu Cubaan Untuk Memikat Hati Shila Amzah Kembali, info, terkini, hiburan,sensasi, gossip, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad

Melalui program Melodi sebentar tadi, Sharnaaz Ahmad telah memberikan komen beliau berkaitan ‘komen balas’ yang dibuat oleh Shila Amzah menerusi Instagram beliau yang mengubah lirik lagu Masih Aku Cinta kepada Tidak Aku Cinta — balasan terus kepada status pelakon itu.

Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia,” ulas Sharnaaz Ahmad.

Pelakon ini juga berkata yang status Twitter itu dimuat naik bukan satu cubaan untuk memikat hati Shila Amzah kembali seperti yang didakwa segelintir peminat. Kami pun rasa tidak salah untuk Sharnaaz Ahmad ucapkan tahniah sebegitu, jangan spekulasi lebih ya.

Sumber : rotikaya.com

Ada Apa Dengan Fazura & Doll Domination?

Seperti mana yang umum tahu, untuk tahun 2014 kejayaan Fazura menyusun atur langkah karier seninya dilihat berjaya dalam pada dihimpit satu dua kontroversi yang berlalu begitu sahaja. Kami puji sikap Fazura kerana bijak menangani setiap dugaan yang ditempuhnya.


Ada Apa Dengan Fazura & Doll Domination?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Nur Fazura

Pemilik butik House of Doll ini dilihat seperti tidak boleh duduk diam walaupun dapat dilihat komitmen dirinya dalam dunia seni juga tidak menang tangan.

Cerita-cerita pasal Cik Lang yang masih lagi single ini, baru-baru ini ada menerima kiriman email dan Whats App daripada rakan PR yang mengundang media ke sebuah majlis yang menampilkan Fazura.

Dalam undangan yang dibuat oleh Doll Domination itu tidak memberikan sebarang klu tentang apakah intipati acara yang menampilkan Fazura. Cuma dinyatakan lokasi dan bila acara minum petang atau hi-tea itu bakal berlangsung.

Yang penting ada cabutan bertuah berupa gadget iPhone 6 sebanyak 3 buah untuk dimenangi pada acara tersebut.

Mungkin juga rangkaian produk fesyen baru daripada House of Doll yang mencetuskan nama Doll Domination tersebut. Sudah siap dengan akaun Instagram iaitu @doll.domination tetapi akaun yang baru ini lebih menjurus kepada perkongsian tips serta interaksi diantara pengikut Doll Domination dengan adminnya.


Ada Apa Dengan Fazura & Doll Domination?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Nur Fazura

Suka kan bagi orang tertanya-tanya, jangan kata nak kahwin pula Fazura. Ramai yang dah lama beratur menunggu tuah badan, keempunan pula nanti kalau hati Fazura sudah dimiliki.

Sumber : murai.com.my

Fauziah Gambus Dedah Pernah Menyamar Jadi Lelaki

Penyanyi irama tradisional, Fauziah Gambus dedah dia pernah menyamar menjadi seorang lelaki ketika mula-mula hendak menceburkan diri dalam seni alat muzik, gambus.


Fauziah Gambus Dedah Pernah Menyamar Jadi Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fauziah Gambus

Fauziah Gambus atau nama sebenarnya Fauziah Suhaili, 26, berkata minat yang mendalam terhadap alat muzik gambus membuatkan dia sanggup membuat apa.

“Sebenarnya saya minat dengan alat muzik gambus ini sejak saya kecil lagi selepas atok saya sendiri pemain alat muzik tradisional ini. Namun saya tidak dibenarkan sentuh apatah lagi bermain dengan alat muzik ini oleh atok dan keluarga saya.

“Mungkin  mereka rasa perempuan tidak sesuai untuk bermain alat muzik ini kerana biasanya lelaki sahaja yang bermainnya. Namun ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus mendalami alat muzik ini.

“Saya dengan senyap-senyap bermain serta mempelajari alat muzik ini sendiri. Malah saya memberanikan diri untuk menyertai pertandingan alat muzik gambus ini dengan menyamar menjadi lelaki supaya saya tidak dikenali oleh atok dan keluarga saya.

“Tak sangka menerusi pertandingan itu saya menang dan atok saya mula sedar yang saya punya bakat untuk bermain alat muzik itu serta atok saya sendiri bangga dengan pencapaian saya. Selepas itu dan hingga kini dia terus menyokong minat saya,” katanya kepada murai.com.my.

Fauziah ditemui dalam sebuah majlis pelancaran album keduanya berjudul Fauziah Suhaili di  Tanjine Restoran, semalam.

Album tersebut memuatkan 11 buah lagu antaranya Kau Curangi Aku, Gilakan Kamu, Hanya Untuk Mu dan Jasa Pejuang.

Mengulas mengenai album terbarunya itu, Fauziah berkata, album itu merupakan percubaan pertamanya untuk bersaing dalam pasaran muzik tempatan.

“Saya tahu masyarakat terutama golongan muda sukar untuk menerima muzik tradisional dan disebabkan itu saya ambik keputusan mencipta lagu pelbagai rentak yang lebih moden dan bersesuaian dengan aliran muzik kini.

“Malah, saya selitkan elemen muzik gambus dalam setiap lagu tersebut supaya ia dapat diterima sebagai sebahagian alat muzik yang biasa digunakan,” ceritanya.

Sumber : murai.com.my