Showing posts with label Fouziah Gous. Show all posts
Showing posts with label Fouziah Gous. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Fouziah Gous Teruja Mengacarakan Nona Secara Solo

Selepas tamatnya episod akhir Nona TV3 untuk tahun 2014, ramai yang sudah mengetahui bahawa Fara Fauzana dan Neelofa tidak akan lagi mengacarakan rancangan popular wanita tersebut bagi tahun 2015.

Fouziah Gous Teruja Mengacarakan Nona Secara Solo, info, terkini, hiburan, fouziah gous, nona

Antara nama-nama yang disebut bakal menjadi pengacara baru Nona adalah Fazura serta Fouziah Gous. Kedua-dua mereka mempunyai tarikan tersendiri  yang membuatkan ramai tertanya siapakah yang bakal dipilih?

Terbaru, pihak TV3 telah mengesahkan bahawa Fouziah Gous telah dipilih sebagai pengacara Nona yang baru bagi tahun 2015.

Lebih mencabar lagi Fouziah Gous tidak berteman dan mengendalikan rancangan tersebut secara solo. Walaubagaimanapun, itu bukanlah satu masalah yang besar dan beliau merasa teruja dengan peluang yang diberi.

Malah, Fouziah Gous sendiri mengakui sejak berusia kecil beliau sudah terbiasa dengan kewujudan rancangan Nona yang meraih populariti dalam kalangan rakyat negara ini.

    “Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang. Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun.”

Untuk pengetahuan anda, Fouziah Gous bukan sahaja akan bertindak sebagai pengacara tetapi akan turun ke lokasi untuk membuat liputan.

Fouziah Gous bakal ke Kelantan tidak lama lagi untuk membuat liputan pertama beliau tentang mangsa banjir di sana.

Baca : Foto Anak2 Tiara Jacquelina 

Sumber : wowartis.com

Friday, January 2, 2015

Fouziah Gous Ialah Pengacara Nona Untuk Tahun 2015

Pernah menjadi pengacara jemputan untuk rancangan Nona, kini Fouziah Gous bakal menggantikan tempat Neelofa dan Fara Fauza selaku pengacara tetap program penuh berprestij ini. Tahun baru wajah baru. Sesungguhnya wajah Fouziah Gous yang elegan, jelita dan menawan memang bersesuaian sekali dengan konsep program Nona. Satu gandingan yang amat mantap sekali.

Fouziah Gous Ialah Pengacara Nona Untuk Tahun 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, Fouziah Gous

Kontrak selama setahun telah pun ditandatangani oleh Fouziah Gous. Menariknya tawaran daripada Nona ini diterima 2 hari sebelum hari jadinya pada 11 Disember. Memang hadiah hari jadi yang amat bermakna. Kata Fouziah Gous:-

    Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang.

    Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima. Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon.

    Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain.

    Saya pelakon dan bukannya pengacara. Dunia pengacaraan masih asing kepada saya dan jujur saya tak arif dalam skop kerja ini.

    Saya tak mahu berjanji besar tapi akan cuba mempersembahkan yang terbaik untuk mandat ini. Apa saja kekurangan akan saya perbaiki.


Fouziah Gous Ialah Pengacara Nona Untuk Tahun 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, Fouziah Gous

Untuk makluman, Fouziah Gous akan mengacara secara solo. Tiada pengacara lain yang akan digandingkan dengannya. Pasti ini adalah satu cabaran yang amat hebat. Semoga berjaya dan tahniah diucapkan atas pemilihan anda. Good luck and all the best.

Baca : Lufya dan kerabat diraja sukar dipisahkan? 

Sumber : Berita Harian.

Thursday, December 11, 2014

Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami Sempena Ulangtahun

Hehe.. Hati kami pula rasa berbunga-bunga apabila melihat kemesraan pasangan romantis, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran Yusof.


Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, fouziah gous,

Mana taknya, Zhafran melakukan kejutan sempena ulangtahun Fouziah Gous yang ke 32 tahun semalam. Siap berdukung bagai tau. Jangan jeles!

Wah, nampak tak betapa sayangnya Zhafran kepada pelakon cantik ni. Siap bawa pusing-pusing dengan mata bertutup supaya Fouziah tidak dapat mengecam lokasi yang ingin dibawanya.

Apalagi, jom kita tengok koleksi foto mereka di bawah!


Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, fouziah gous,

Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, fouziah gous,

Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, fouziah gous,

Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, fouziah gous,

Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, fouziah gous,

Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, fouziah gous,

Baca : Ibu Awie Hembus Nafas Terakhir Pagi Tadi 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, November 28, 2014

Fouziah Gous Tertekan Belum Timang Anak

Pelakon Fouziah Gous tidak berasa tertekan untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama Zhafran Yusof, 31.


Fouziah Gous Tertekan Belum Timang Anak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fouziah Gous,

Fouziah, 31, berkata, kedua-dua mereka masih lagi berada dalam suasana berbulan madu dan melalui proses belajar mengenali hati budi masing-masing.

“Saya tidak pernah rasa tertekan untuk dapat cahaya mata kerana saya rasa usia perkahwinan kami masih baru dan kami dalam keadaan berbulan madu.

“Kami jenis bercinta selepas kahwin, jadi buat masa ini masih lagi belajar tentang diri masing-masing dan tentang anak kami hanya berserah kepada takdir,” ujarnya kepada mStar Online.

Fouziah berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukkan fesyen rekaan butik Bianco Mimosa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Khamis.

Pertunjukkan fesyen itu menampilkan baju rekaan milik butik berkenaan dan jualan lelong sempena Perhimpunan Agung Umno 2014.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pemilik butik Datuk Ida Suraya, Izreen Azminda, Amar Baharin dan Kaka Azraff.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, dia masih lagi dalam proses mengenali lebih mendalam dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keluarga dan rakan-rakan suaminya.

“Saya masih dalam proses kenal keluarga, saudara mara dia, malah rakan-rakan dia pun ada yang saya belum kenal.

“Pendek kata dalam masa setahun ini adalah proses saya belajar sedikit demi sedikit tentang dia. Alhamdulillah semua perkara yang baru yang saya belajar tentang dia membuatkan saya lebih teruja melalui kehidupan berumah tangga ini,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Fouziah sejak berumah tangga, mereka banyak menghabiskan masa bersama kerana terlibat dengan perniagaan burung walid yang diusahakan.

“Boleh dikatakan hampir setiap masa kami bersama dan saling menemani. Misalnya waktu pagi saya ikut dia pergi kerja dan petang dia pula teman saya uruskan kerja.

Dalam pada itu bercerita tentang kerjaya lakonannya, Fouziah berkata, dia bakal kembali semula berlakon dalam satu telefilem terbitan Astro tidak lama lagi.

Katanya, kemunculan tersebut selepas enam bulan berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

“Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang lakonan dengan sebuah drama terbitan Astro tidak lama lagi.

“Saya akui sekarang memang saya memilih watak yang bagus dan berbaloi untuk dilakonkan sahaja berbanding dahulu kerana keutamaan saya ialah pada keluarga,” ujarnya.

Fouziah dan Zhafran berkahwin pada 22 September 2013 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : mStar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif