Showing posts with label gosip terkini. Show all posts
Showing posts with label gosip terkini. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Syatilla tidak tolak jodoh dengan Sam

Tubuh langsing, lirikan mata yang tajam dan seksi pelakon, Syatilla Melvin, 23, berjaya mencuri tumpuan khalayak yang buat pertama kali melihat lakonannya dalam drama BFF…Teman Tapi Mesra di TV3 yang bersiaran pada pertengahan Januari 2012. 


Syatilla tidak tolak jodoh dengan Sam, info, terkini, hiburan, sensasi syatilla melvin, Shaheizy sam, kekasih shaheizy sam, gosip terkini,

Siapa yang boleh melupakan susuk tubuh seksi Syatilla yang mesra disapa Tilla ini, lebih-lebih lagi apabila video dia beraksi seksi untuk sebuah iklan pakaian dalam jenama terkenal bertebaran di internet pada tahun berikutnya.
Kemudian berbekalkan imej seksi dan sering kali disogokkan dengan watak penggoda, pelakon berdarah campuran Melayu-Jepun itu membina nama dengan beberapa deretan drama termasuk Ariana Rose yang masih mengeksploitasi keseksiannya untuk menambah elemen komersial atau ‘pelaris’ dalam karya mereka.
Bertemu dengan wanita peramah ini, Syatilla mengakui kekhilafan diri, namun dia menolak dirinya sengaja tampil seksi dan dieksploitasi.
“Saya tidak rasa diri dieksploitasi penerbit drama. Kadangkala itu pilihan saya sendiri untuk berpakaian seksi. Saya seksi bukan semata-mata untuk popular tetapi sejak zaman sekolah lagi saya memang berpakaian seksi.
Beralih pada soal hati pula, Syatilla yang pernah digosipkan bercinta dengan Shaheizy Sam sekitar tahun lalu mengakui, dia dan pelakon filem terkenal itu masih berkawan rapat.
Kesibukan Syatilla tidak menghalang pelakon yang memiliki ketinggian 171 sentimeter ini untuk berjumpa dan menghubungi kawan rapatnya itu.
Disoal adakah dia kini sedang bercinta dengan Sam sementelah hubungan rapatnya dengan pelakon filem Kaki Kitai itu, Syatilla hanya membungkam.
“Kami kawan rapat. Dia antara lelaki paling rapat saya. Saya tidak berani hendak cakap ya atau tidak mengenai hubungan kami.
“Apa-apa yang terjadi saya terima. Bagi saya, dia seorang lelaki yang mudah untuk dibawa berbincang dan ringan tulang apabila saya meminta tolong,” ulasnya yang kali terakhir bercinta empat tahun lalu dengan lelaki biasa.  


Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 
Sumber : kosmo online
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Sunday, November 30, 2014

Almy Nadia Ulas Mengenai Hamil Anak Kembar

Pelakon Almy Nadia engan mengulas mengenai gosip yang tersebar yang mendakwa dia kini sedang hamil anak kembar ekoran saiz perutnya kini yang kelihatan lebih besar daripada usia kandungannya.


Almy Nadia Ulas Mengenai Hamil Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon, almy nadia, anak kembar almy nadia, gosip terkini,

Almy Nadia yang kini hamil enam bulan itu berkata dia tidak mahu mengambil pusing dengan kata-kata yang boleh memberi tekanan kepada dirinya daripada pihak luar.

“Saya tak mahu ulas pasal anak kembar atau kenapa saiz perut saya besar, yang penting anak dalam kandungan saya ini sihat dan cukup sifat semuanya.

“Lagipun saya sudah tidak mahu ambil pusing lah apa yang orang nak kata mengenai kandungan saya kerana saya tidak mahu ada tekanan buat masa ini.

“Biarlah mereka nak kata apa kerana mereka yang tanggung dosa jika mereka menghina saya. Saya pula dapat pahala jika mereka mengata,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Kemarin, foto Almy yang menampakkan perutnya kini yang semakin besarndi laman sosial Instagram telah mendapat perhatian peminat yang menjangka dia kini sedang hamil anak kembar.

Bercakap mengenai persiapan menyambut anak sulungnya dengan pelakon Fizz Fairuz itu, Almy memberitahu dia kini belum membuat perisapan penuh untuk bakal bayinya itu kerana tidak mahu terlalu teruja.

“Kami belum buat perisapan penuh lagi kerana orang tua-tua kata tak elok terlalu teruja dan beli barang baby awal-awal kan. Jadi kami mungkin akan mula buat persiapan penuh bila masuk bulan ke-8 nanti,” ceritanya lagi.

Almy sekarang masih lagi berehat dan akan mula aktif dalam bidang seni setelah selamat melahirkan bayinya serta selesai berpantang kelak.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, November 17, 2014

Foto Sheera Suap Makanan Kepada 'Zac Efron' Jadi Isu

Gambar mesra bersama seorang lelaki yang dimuat naik oleh pelakon Sheera Iskandar di Instagram miliknya telah mengundang salah faham di kalangan pengikut-pengikutnya.


Foto Sheera Suap Makanan Kepada 'Zac Efron', info, terkini, hiburan, sensasi, Sheera iskandar, kontroversi, gosip terkini,

Sheera, 29, berkata, foto tersebut telah disunting seolah-olah dia sedang menyuap makanan kepada pelakon Hollywood Zac Efron dan tidak sangka pula ramai yang keliru dengan gambar berkenaan kononnya lelaki itu merupakan kekasihnya.

"Jujurnya saya tiada niat untuk mengelirukan siapa-siapa. Ketika foto itu diambil, saya menemani adik berjumpa dengan bakal tunangnya itu.

"Memandangkan saya sendirian, adik mengambil gambar saya seolah-olah sedang menyuap seseorang. Kemudian saya meletakkan wajah Zac Efron di sebelah. Tak sangka pula ramai yang menganggap lelaki itu kekasih saya. Alangkah seronoknya jika kekasih saya adalah pelakon itu... hahaha," katanya kepada mStar Online.

Pada malam Ahad, Sheera telah memuat naik sekeping gambar mesra dengan seorang lelaki di Instagram miliknya.

Foto Sheera Suap Makanan Kepada 'Zac Efron', info, terkini, hiburan, sensasi, Sheera iskandar, kontroversi, gosip terkini,
Foto Sheera dan Zac yang telah disunting menjadi perbualan di kalangan pengikut-pengikutnya di Instagram.

Foto tersebut menunjukkan Sheera sedang menyuap makanan kepada lelaki itu dan ia mengundang persoalan daripada ramai pengikutnya adakah lelaki itu merupakan kekasih Sheera.

Ada juga yang mengucapkan tahniah kerana akhirnya Sheera sudah pun berjumpa dengan pasangannya manakala ada juga yang sedar gambar lelaki tersebut merupakan Zac Efron yang sudah disunting.

Sementara itu, Sheera menyifatkan, komen-komen yang diberikan oleh pengikutnya itu sangat lucu kerana tidak sangka ia menjadi tanda tanya kebanyakan pihak.

"Aduh... serba salah pula sedangkan niat saya saja-saja nak sunting gambar. Malu pula rasanya," ujar Sheera.

Dalam pada itu, ditanya adakah Sheera sudah pun memiliki kekasih hati, dia memberitahu masih belum menemui lelaki yang sesuai.

"Setakat ini saya belum jumpa sesiapa lagi. Jodoh belum sampai nak buat macam mana.

"Mujurlah ibu saya bukan jenis yang memaksa. Yang penting saya berdoa bukan sekadar  cepat dapat jodoh tetapi biarlah lelaki itu merupakan jodoh yang baik dunia akhirat," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Sheera baru saja selesai penggambaran telefilem berjudul Sheikh Gugelya Al Masehi, siaran TV Al Hijrah.
 

Baca : Rahim Jawab Isu Keluar Sepahtu dan Tubuhkan Jalor 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, August 28, 2014

Ramli MS-Alyah Sudah nikah di Batam?

Ramli MS-Alyah nikah di Batam? | Pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, diarah mengemukakan bukti bahawa mereka telah berkahwin di pulau Batam, Indonesia kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Selasa depan atau berdepan dengan tindakan mahkamah kerana berkhalwat.


Ramli MS-Alyah nikah di Batam?, info, terkini, hiburan, gosip terkini, kontroversi Ramli Ms dan Alyah, sensasi


Arahan itu dikeluarkan selepas pasangan itu memaklumkan anggota Bahagian Penguatkuasa JAIS yang melakukan siasatan di kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong, kira-kira 7.50 pagi tadi.


Ketua Pengarah JAIS Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, siasatan ke atas pasangan itu dibuat selepas Bahagian Penguatkuasa JAIS menerima aduan awam.

“Bahagian Penguatkuasa JAIS berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Datuk Ramli Mohamed Salleh bersama Noor Hasliah Abu Hasan telah berlaku di Batam, Indonesia.


“Dokumen asal perkahwinan yang didakwa oleh pihak beliau (Ramli) akan diserahkan kepada JAIS pada 2 September 2014 untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan di rumah berkenaan juga berjalan lancar kerana anggota penguatkuasa mendapat kerjasama daripada Ramli dan Alyah selain tiada sebarang rampasan dibuat.

Menurut sumber, sekiranya Ramli dan Alyah gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan itu, mereka boleh dikenakan tidakan kerana kesalahan berkhalwat.

Katanya, ia selaras dengan kesalahan khalwat Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Ketika pemeriksaan pasangan itu hanya menunjukkan gambar kartu perkahwinan (kad pengesahan nikah) mereka di Batam, Indonesia tetapi mendakwa dokumen asal tiada di dalam simpanan ketika itu.

"JAIS memberi tempoh selama enam hari, sehingga 2 September untuk mereka membawa dokumen asal itu ke pejabat atau jika gagal akan disabit kesalahan berkhalwat," katanya.

Hubungan Ramli dan Alyah selama empat tahun ini menjadi perhatian umum bagaimanapun pasangan itu berusaha keras menyimpan rahsia.

Malah, Alyah pernah memberitahu akan membuat pengumuman mengenai statusnya sebelum akhir tahun ini dan memberi alasan tidak dapat berbuat demikian lebih awal kerana ia membabitkan banyak pihak.


Sumber : hmetro.com.my