Monday, November 17, 2014

Nad Zainal Bercinta Dengan Remy Ishak?

Terkejut juga sebenarnya membaca gosip percintaan antara Nad Zainal dan Remy Ishak di suratkhabar semalam. Ini semua gara-gara Nad dan Remy berlakon dalam 2 buah drama bersama-sama. Pelik pun pelik juga kerana rasanya Nad baru sahaja putus cinta dengan Hefny Sahad, takkanlah begitu cepat sudah mencari pengganti. Sementara Remy Ishak memang sejak dulu lagi sering berahsia mengenai ‘si dia’. Kali terakhir Remy pernah dikaitkan bercinta dengan Budi Citawan, anak kepada Wan Hanafi.


Nad Zainal Bercinta Dengan Remy Ishak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nad zainal. remy ishak

Menariknya gosip ini telah disebarkan oleh ‘bekas kekasih’ Nad Zainal. Amboi, takkan masih menaruh dendam cinta tak kesampaian kot? Dah boleh ‘move on’ dah rasanya. Tak perlulah nak timbulkan cerita-cerita mengarut. Bak kata omputih ‘if you really love someone, just let him/her go’. Terang Nad Zainal mengenai gosip ini:-


Nad Zainal Bercinta Dengan Remy Ishak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nad zainal. remy ishak

    Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat dan sekadar teman sesama artis sahaja. Baik saya atau pun dia, kami tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran melibatkan kami berdua dan hubungan yang wujud sekadar di set penggambaran.

    Saya tidak tahu ‘bekas kekasih’ mana dimaksudkan atau siapa kawan rapatnya yang bercerita kerana gosip berkenaan bukan datang dari saya tetapi orang lain yang mengata.

    Namun jika benar ia datang daripada ‘bekas kekasih’ tersebut saya minta teruskanlah hidup daripada melakukan perkara tidak berfaedah.

Diharap masa hadapan kelak tak ada lagi gosip-gosip sebegini menimpa Nad Zainal. Tak sampai sebulan dua asyik kena gosip bercinta dengan lelaki baru, kang tak pasal-pasal Nad Zainal digelar ‘playgirl’ pulak. Buat si ‘bekas kekasih’, cukup-cukuplah menyebarkan cerita tak benar. Terimalah hakikat jodoh anda bukan dengan Nad Zainal. Tak perlu nak kecewa dan ‘desperate’ sangat. Tak macho langsung. Tak gitu?

Baca : 4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5  

4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5

Penyanyi kecil molek Mila Jirin mengakui mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman solo pada tahun hadapan, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.


4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5, info, terkini, hiburan, sensasi, Mila Jirin,


"InsyaAllah. Memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan. Tetapi saya tidak mahu dedahkan siapakah orangnya," ujar Mila seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.

Pelantun lagu "Aku Lebih Tahu" ini dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih yang sudah dikenalinya sejak berusia 18 tahun dan jejaka bernama Isz itu merupakan pengurusnya sendiri.

Walaubagaimanapun Mila mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai identiti kekasihnya itu.

"Susah hendak cakap. Sebagai seorang perempuan, saya juga tidak mahu cakap lebih-lebih. Saya lebih selesa untuk tidak memberikan jawapan. Dia (kekasih) juga tidak mahu saya dedahkan. Bila sudah dekat tarikh kahwin nanti, kelak kami bercadang untuk dedahkan."

Penyanyi berusia 26 tahun ini menjelaskan dia masih belum membuat persiapan perkahwinan kerana perlu menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu seperti melancarkan lagu dan klip video terbaru.

Bercerita tentang perkenalannya dengan kekasih, Mila yang mula bertudung pada bulan Ramadan lalu memberitahu dia mengenali jejaka tersebut sebelum bergelar penyanyi dan mula serius selepas kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan mereka.

4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5, info, terkini, hiburan, sensasi, Mila Jirin,

4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5, info, terkini, hiburan, sensasi, Mila Jirin,

4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5, info, terkini, hiburan, sensasi, Mila Jirin,

4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5, info, terkini, hiburan, sensasi, Mila Jirin,


Baca : Neelofa Nak Beli Kereta Aston Martin DB9 Bernilai 1.7 Juta 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Neelofa Nak Beli Kereta Aston Martin DB9 Bernilai 1.7 Juta Pula

Ingat lagi tak foto Neelofa disamping kenderaan jenis Range Rover yang kami siarkan beberapa bulan lepas? Fuh! Jadi fenomena berita tersebut.


Neelofa Nak Beli Kereta Aston Martin DB9, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, gosip, Aston Martin DB9


Mana taknya, kereta tersebut dikatakan bernilai lebih setengah juta baq hang! Mahu tak juling mata peminat yang melihatnya! Mata kami pun juling sama.

Semalam kami ada terbaca laporan sebuah akhbar, katanya Neelofa nak beli kereta jenis Aston Martin DB9 pula. Banyak nau duit Neelofa ni.


Neelofa Nak Beli Kereta Aston Martin DB9, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, gosip, Aston Martin DB9


Hampir terkujat kami bila terbaca di BHAUTO bahawa harga kereta berkenaan bernilai RM1.7 Juta. Perghh!

Maka, rakyat marhaen seperti kami hanya mampu bermimpi dan memasang angan-angan sahaja. Menangis air mata darah pun belum tentu dapat membeli kenderaan mewah sebegini.

Neelofa Nak Beli Kereta Aston Martin DB9, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, gosip, Aston Martin DB9
ni hanya gambar hiasan sahaja

Kata Neelofa, dia memang gemar pada kenderaan yang lasak seperti ini. Namun, dia akan mempertimbangkan untuk membelinya jika ada rezeki lebih.

    Kalau saya ada duit lebih, saya mahu membeli kereta idaman jenama Aston Martin DB9. Kereta itu memang menepati cita rasa lelaki tetapi saya suka kenderaan lasak seperti itu.

Kami pasti satu hari nanti Neelofa pasti akan memandu kereta idamannya. Maklumlah, Neelofa pun bukan tak mampu. Iyalah, business Neelofa kan mancanak-canak popular dipasaran sekarang. Tak gitu?
Baca : Top 5 Wedding Of The Year Artis Malaysia 

Sumber : Kosmo
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Top 5 Wedding Of The Year Artis Malaysia

Kompang dipalu, pengantin malu.. Ewahhh.. Ha! Kalau sebut pasal perkahwinan para selebriti di Malaysia ni, sudah tentulah kebanyakannya memang akan diadakan secara besar-besaran. Kalau boleh nak buat 7 hari 7 malam.


Top 5 Wedding Of The Year Artis Malaysia, info, terkini, hiburan, artis malaysia, sensasi,


Maka, kami pun naik pening kepala apabila nak pilih Top 5 Celebrity’s Wedding of The Year ni tau. Buat mereka yang bakal bergelar pengantin baru tak lama lagi, apakata jengah di sini dahulu. Mana tahu boleh ambil ilham ke kan?


Top 5 Wedding Of The Year Artis Malaysia, info, terkini, hiburan, artis malaysia, sensasi,


Baca : Kamal Adli bangkit mencari bahagianya 
Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Kamal Adli bangkit mencari bahagianya

Selepas hubungan enam tahunnya bersama Intan Ladyana putus di tengah jalan, Kamal Adli sukar bangkit menerima kenyataan.

Dia masih lagi rasa kecewa dengan perpisahan yang sudah berlalu dua bulan lalu. Bukan itu sahaja, peminat mereka juga turut terkejut dengan pepisahan mereka.


Kamal Adli bangkit mencari bahagianya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kamal adli


Namun dia terus bangkit dengan kata-kata semangat dari peminatnya di laman sosial. Tetapi ada juga yang turut menyalahkan dia sebagai punca penyebab perpisahannya bersama bekas kekasihnya itu.

Memetik daripada Kosmo, Kamal Adli berkata sukar untuk menjelaskan punca perpisahan tersebut dan dia menerimanya sebagai ketentuan takdir.

"Saya faham, ramai yang menuding jari menyalahkan saya kerana menjalinkan hubungan terlalu lama bersama Intan tanpa sebarang ikatan yang sah. Tetapi, mereka tidak berada di tempat saya dan tidak faham tentang perkara yang sebenar.

"Saya mengenalinya ketika mula-mula bergelar pelakon. Ketika itu, saya masih hijau dan kehidupan saya masih belum stabil. Rasanya, tidak elok jika saya mendirikan rumah tangga ketika ekonomi dan karier masih kurang kukuh."

Dia mengakui bahawa dia kini sedang dalam proses pulih dan baginya agak sukar kerana dia tidak pernah menyayangi dan mencintai seseorang untuk jangka waktu yang panjang.

Dia yang kini baru sahaja memulakan pengambaran drama bersiri berjudul "Pergilah Air Mata", mahu lebih fokus dalam kerjayanya dan menjadikan apa yang berlaku sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

"Sekurang-kurangnya, apabila saya sibuk dengan kerja, saya tidak banyak berfikir tentang masa lalu."

Baca : Foto Terkini Kekasih Baru Miley Cyrus 

Sumber : tupai.com.my

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger

Sebelum ini timbul gosip mengatakan penyanyi Miley Cyrus sedang menjalinkan hubungan dengan anak kepada aktor terkenal Arnold Schwarzenegger iaitu Patrick Schwarzenegger namun pasangan itu mengelak apabila ditanya mengenai hal tersebut.

Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, miley cyrus,

Bagaimanapun, pasangan itu akhirnya tampil secara terbuka sebagai pasangan kekasih apabila sama-sama menghadiri perlawanan bola keranjang yang diadakan di California pada Khamis lalu.

Biarpun tidak memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka, namun pasangan tersebut mempunyai cara tersendiri dalam memberitahu hubungan mereka kepada media dan peminat.

Patrick dan Miley dilihat begitu mesra malah asyik berkucupan biarpun menyedari banyak mata sedang memandang ke arah mereka termasuk jurugambar pada acara itu.

Saksi yang berada pada perlawanan tersebut turut memberitahu pasangan itu kelihatan cukup mesra dan tidak mengendahkan penonton lain yang melihat mereka.


Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, miley cyrus,

Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, miley cyrus,

Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, miley cyrus,

Baca : Permintaan Mengejutkan Dari Anak Nora Danish 

 Sumber : Daily Mail
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Permintaan Mengejutkan Dari Anak Nora Danish

Pelakon comel Nora Danish ada berkongsi perkembangan mengenai anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berumur 5 tahun.

Permintaan Mengejutkan Dari Anak Nora Danish, info, terkini, hiburan, sensasi, nora danish, rayqal


Nora Danish berkata, dia sedang melalui pengalaman baru setelah Rayqal dimasukkan ke sebuah sekolah swasta, sekolah antarabangsa.

Ini kata Nora Danish:

“Mula-mula itu, saya agak risau kerana usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi mujurlah sekolah tersebut menyediakan satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi anak-anak setiap hari. Malah Jejai dan keluarga mertua juga banyak membantu memantau kerja sekolahnya," katanya.

Bagaimanapun ujar Nora Danish, dia terkejut apabila baru-baru ini Rayqal telah membuat permintaan yang memeranjatkan.

Ini tambah Nora Danish:
"Walaupun dia sudah ada adik, tapi dia tak cemburu. Malah jika dia ke rumah Jejai, dia teruja untuk berjumpa adik-adiknya.

"Sehinggakan dia pernah menyuruh saya melahirkan seorang adik untuknya dan melarang saya diet kerana mahu saya mudah hamil," katanya sambil ketawa.

Disamping itu, Nora Danish turut mengulas tentang status terkini yang mana hubungannya dengan Nedim Nazri berjalan seperti biasa dan jika ada rezeki, dia sememangnya merancang untuk berkahwin.

"Buat masa ini kami fokus pada kerjaya dan anak-anak. Kalau ada rezeki memang kami mahu berkahwin. Jadi doakanlah yang terbaik untuk kami,"

Semoga Nora Danish cepar kahwin dan dapat baby baru. Hehe.


Baca : Koleksi Gambar Cun Habis, Nur Anis Anak Kedua Rosyam Nor 


Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif