Thursday, November 27, 2014

Shaheizy Sam Berdebar Bila Bersama Fazura?

Hero filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, Shaheizy Sam berkata yang dia begitu berdebar apabila setiap kali memandang Fazura bagi melakonkan wataknya sebagai Nazmi dalam filem ini.


Shaheizy Sam Berdebar Bila Bersama Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, Shaheizy sam, fazura

“Saya nak pandang mata dia pun susah. Secara jujurnya bila babak di mana saya perlu melamar Fazura menjadi kekasih itulah perkara yang paling mendebarkan dan begitu juga dialog yang saya mahu perkatakan padanya,” katanya bersahaja kepada media.

Artikel Terdahulu :  

Menurut Sam, babak itu adalah perkara yang paling mencabar baginya dalam filem tersebut yang berlatarbelakangkan negara Turki. Menurutnya juga, pengarah filem ini, Bernard Chauly banyak memberikannnya tunjuk ajar dan membantunya dalam setiap babak yang dilakonkannya.

Bagi peminat-peminat yang sebelum ini pernah menonton filem berjudul Istanbul Aku Datang apa kata kalau anda semua menonton pula filem terbaru arahan Bernard Chauly iaitu Manisnya Cinta Di Cappadocia yang akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 11 Disember.


Shaheizy Sam Berdebar Bila Bersama Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, Shaheizy sam, fazura

Shaheizy Sam Berdebar Bila Bersama Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, Shaheizy sam, fazura

Shaheizy Sam Berdebar Bila Bersama Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, Shaheizy sam, fazura

Shaheizy Sam Berdebar Bila Bersama Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, Shaheizy sam, fazura

Baca : Tauke Jambu Anggap Dakwaan Bercium Tuduhan Liar 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tauke Jambu Anggap Dakwaan Bercium Tuduhan Liar

Memang kecoh dibuatnya apabila gambar seorang lelaki dipercayai Tauke Jambu yang sedang asyik bercium dengan seorang wanita tersebar di internet semalam.


Tauke Jambu Anggap Dakwaan Bercium, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Tauke Jambu,

Menerusi beberapa portal hiburan tempatan, gambar tersebut dipercayai tersebar di laman sosial selepas lelaki berkenaan menghantar telefon bimbitnya ke kedai telefon untuk diservis dan individu tak bertanggungjawab telah menyalin memori kadnya.

Artikel Terdahulu :  


Ramai yang menganggap lelaki tersebut adalah Tauke kerana beberapa hint yang diberikan ada menyebut tentang sikapnya yang sering bertukar teman wanita.


Tapi, kita tak bolehlah nak menuduh tak tentu hala sebab gambar berkenaan dikaburkan. Malah, Tauke sendiri terkejut dengan dakwaan tersebut.

    Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil.

    Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut.

Selain menganggap penyebaran gambar tersebut sebagai satu bentuk sabotaj untuk mencalarkan imejnya, Tauke juga tak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

    Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.

    Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat.

Apa yang pasti, kontroversi bercium ini memberi tamparan hebat kepada Tauke dan mampu menjejaskan tumpuannya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 bersama kumpulan Virus yang turut dianggotai Zizan dan Yus Jambu.

Baca : Almy Nadia Dijangka Akan Bersalin Anak Kembar 

Sumber : Harian Metro
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Almy Nadia Dijangka Akan Bersalin Anak Kembar

Wah, terkejut juga kami bila melihat gambar dan membaca komen-komen di Instagram Almy Nadia beberapa hari lepas yang mana kebanyakan peminat Almy tertanya-tanya sama ada isteri kepada Fizz Fairuz ini hamil anak kembar.



Almy Nadia Dijangka Akan Bersalin Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz, gosip

Kalau tak silap kami, Almy dan Fizz dah pernah mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan sekitar bulan lepas. Tapi adakah sebenarnya kembar perempuan?

Bukan apa, peminat menyangka begitu kerana terpandang foto terbaru Almy yang semakin sarat macam dah hampir menunggu hari untuk bersalin.

Memang tak dapat dinafikan Almy kelihatan lebih berisi dari sebelum ini, tapi semua tu langsung tak menghalang Almy dari kelihatan berseri-seri dan cantik. Inilah nama dia aura ibu mengandung, kan?

Almy Nadia Dijangka Akan Bersalin Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz, gosip

Makanya, Almy tak perlu risau lagi atau terasa kalau-kalau ada orang yang mengata dia berbadan besar. Normallah bentuk badan kita mengembang bila berbadan dua.


Almy Nadia Dijangka Akan Bersalin Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz, gosip

Apapun, kami doakan semoga Almy dapat melahirkan bayi sulungnya dengan selamat kelak. Mesti anak angkat Almy, Nur Afrina Darwisya tak sabar menanti kelahiran adiknya.

Baca : Foto Sweet Jejai Bermanja Dengan Fasha Sandha  


Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Foto Sweet Jejai Bermanja Dengan Fasha Sandha

Alahai seronoknya tengok pasangan yang dah berkahwin. Ada je benda romantik dan sweet yang boleh dibuat bersama pasangan.


Foto Sweet Jejai Bermanja Dengan Fasha Sandha, info, terkini, hiburan, artis, fasha sandha, jejai,

Contohnya macam Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai yang lena tidur berbaringan di pangkuan Fasha sambil diapit anak sulung mereka, Putra Rayfal.

Memang betul Fasha masih dalam berpantang, tapi perkara tersebut langsung tak menghalang pasangan ini untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka.


Foto Sweet Jejai Bermanja Dengan Fasha Sandha, info, terkini, hiburan, artis, fasha sandha, jejai,

Bukan apa, sejak kebelakangan ni kita sering dengar kisah mengenai si suami yang lupa anak bini dan berfoya-foya di luar sewaktu isteri mengandung dan berpantang. Kan lagi elok suami duduk di rumah dan membantu menguruskan anak serta isteri, tak gitu? So, mungkin Jejai boleh menjadi contoh suami dan bapa yang terbaik untuk lelaki di luar sana. Hehe!

Tapi sebenarnya ada perkara yang tak enak berlaku apabila terdapat seorang individu mempertikaikan tindakan Fasha yang keluar bersarapan walaupun masih dalam mod berpantang.

Tanpa berdiam diri, Fasha membalas komen tersebut dengan penjelasan yang panjang berjela dan mempertikaikan semula soalan individu berkenaan.


Foto Sweet Jejai Bermanja Dengan Fasha Sandha, info, terkini, hiburan, artis, fasha sandha, jejai,

Tak mengapalah, yang penting ke mana sahaja Fasha pergi tetap bersama Jejai. Sekurang-kurangnya, suami ada di samping Fasha kalau sesuatu berlaku.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 


Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, November 26, 2014

Pendedahan Mengejutkan Isteri Azad Jazmin, Eira Syazira

Pelakon  dan penyanyi , Eira Syazira mendedahkan selama ini suaminya yang lebih dikenali sebagai seorang pelakon dan pelawak, Azad Jazmin merupakan guru vokal yang banyak mengajarnya dalam bidang nyanyian.


Pendedahan Mengejutkan Isteri Azad Jazmin, Eira Syazira, azad jazmin, info, terkini, hiburan, sensasi,

Eira Syazira memberitahu ramai yang tidak tahu sebenarnya  Azad mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan dia juga pernah menyertai program  realiti TV iaitu, Audition di NTV7 beberapa tahun lalu.

"Saya yakin dengan bakat Azad untuk menyanyi,maka dengan itu kami berkeputusan untuk hasilkan album duet.”

“Azad juga yang banyak mengajar saya menyanyi dengan teknik vokal yang betul, saya tak sangka dia memang mempunyai ilmu dalam bidang nyanyian,” katanya kepada portal Murai.com.my

 Pasangan  ini ditemui  selepas majlis pelancaran album  mereka iaitu Azadeira yang berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, tadi.

Dalam pada itu, Azad turut memberitahu album itu dihasilkan selepas menerima permintaan daripada  peminat yang sukakan lagu duet mereka iaitu Dua Hati Satu Jiwa yang pernah dinyanyikan di majlis perkahwinan mereka.

"Pada mulanya album ni hanya album Eira sahaja tetapi bila Adi Priyo (vokalis sixth sense) yang mencipta kebanyakan lagu-lagu dalam album ini, Adi sedar akan bakat nyanyian saya, lantas  memberi cadangan supaya kami membuat album duet,” seloroh Azad.

"Gementar  juga pada mulanya tetapi setelah mencuba saya sendiri tak sangka boleh terhasilnya album ini.

"Kami hasilkan album ini memang sepenuh jiwa kami dan selebihnya kami berserah dan tawakal sahaja apa yang akan berlaku selepas  ini. Lagipun album ini pun merupakan sebahagian daripada permintaan peminat kami yang rindukan nyanyian kami," ujarnya.

Album Azadeira tersebut memuatkan 5 buah lagu kesemuanya yang bukan sahaja diciptakan sepenuhnya oleh Adi malah mendapat sentuhan  komposer Panji Sakti juga.

Lima buah lagu tersebut adalah Dua Hati Satu Jiwa, Prasasti Cinta, Nafas Hidup, Tersedar Aku dan Sajak Dari  Hati.

Baca : Shila Amzah Dipilih Sebagai Ikon Puteri UMNO 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Shila Amzah Dipilih Sebagai Ikon Puteri UMNO Tahun Ini

Penyanyi yang semakin popular di tanah besar China, Shila Amzah telah dinobatkan sebagai Ikon Wanita Puteri UMNO tahun ini kerana kecemerlangannya dalam bidang nyanyian yang dilihat boleh memberi inspirasi kepada golongan muda lain.


Shila Amzah Dipilih Sebagai Ikon Puteri UMNO, info, terkini, hiburan, sensasi, Shila Amzah,

Memetik The Star, bapa Shila, penyanyi ND Lala telah tampil menerima menerima anugerah tersebut daripada Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Shila juga sempat merakam video ucapan penghargaannya di atas penganugerahan itu dengan berkata, “untuk semua wanita muda yang sedang mendengar ucapan saya, saya berharap anda mendapat kekuatan untuk berkhidmat kepada parti dan membawa belia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Tahniah diucapkan buat Shila Amzah dan semoga terus sukses dalam kerjaya nyanyian baik di Malaysia mahupun di China!

Baca : Gambar Artis Lelaki Tengah Syok Bercium Kini Tersebar 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Gambar Artis Lelaki Tengah Syok Bercium Kini Tersebar

Tak tahulah mungkin sudah jadi kebiasaan orang sekarang agaknya, untuk merakamkan detik-detik mesra dengan pasangan mereka sama ada dalam bentuk video mahu pun gambar.

Terbaharu menerusi sumber portal Murai, gambar mesra seorang artis lelaki dikatakan tersebar selepas si empunya diri terlupa mengeluarkan kad memori telefon bimbitnya sebelum dihantar ke kedai untuk diservis.

Mendapatlah dia sebab gambar aksi panasnya bersama beberapa perempuan berlainan dikatakan sudah tersebar apabila kad memori itu jatuh di tangan pihak tak bertanggungjawab.

Daripada klu yang diberikan Murai, artis lelaki ini memang agak dikenali dalam industri sebagai seorang player, atau dalam kata lain, ramai teman wanita bersilih ganti.

Siapa eh agak-agaknya?


Gambar Artis Lelaki Tengah Syok Bercium Kini Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi,

Gambar Artis Lelaki Tengah Syok Bercium Kini Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi,

Baca : Artis Baharu, Didi Astillah Mula Dikritik Peminat  

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Artis Baharu, Didi Astillah Mula Dikritik Peminat

Penyanyi remaja Didi Astillah mula merasai kehangatan sebagai seorang selebriti apabila gerak-gerinya menjadi sasaran dikritik peminat menerusi laman sosial.


Artis Baharu, Didi Astillah Mula Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 18, berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai suatu isu besar sebaliknya mengambil kritikan dan peminat untuk memperbaiki kelemahan diri.

"Ada diantara pengikut di laman sosial mula menegur cara saya berpakaian, lagu mahupun cara nyanyian namun saya positif dan cuba memperbaiki diri daripada teguran mereka.

"Bagaimanapun ada juga kata-kata semangat diberikan kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Didi ditemui pada majlis pelancaran album debutnya berjudul 'Didi Astillah' yang diadakan di pejabat Warner Music di sini pada Selasa.

Album pertama penyanyi tersebut menampilkan enam buah lagu iaitu Pujaan Hatiku, La la la, Aku Jatuh Cinta, Fikirkan Kamu, BFF Ku, Stop Mencintaiku dan sebuah lagu berbahasa Inggeris, I Love You So.
Artis Baharu, Didi Astillah Mula Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,


Tambah Didi yang mempunyai pengikut kira-kira 100,000 di Instagram berkata, ibunya sentiasa menjadi peneman kemana-mana yang antara lain menjadi penyebab dia tidak terlalu terdedah dengan anasir negatif.

"Kalau ikutkan… saya dari dahulu lagi bukan jenis gadis sosial dan hanya keluar dengan teman-teman rapat sahaja.

"Saya selesa ibu sentiasa menemani saya ke mana sahaja kerana dia boleh menegur jika saya ada melakukan kesilapan," ujarnya.

Dalam pada itu, Didi bersyukur kehadirannya sebagai penyanyi semakin diterima baik oleh peminat dan berharap kemunculan album pertamanya itu dapat mengukuhkan lagi namanya.

Jelas Didi, dia memilih konsep Pop Dance kerana ia bersesuaian dengan usianya yang masih remaja selain genre muzik itu masih belum banyak dipelopor oleh artis lain.

"Saya juga sangat bertuah kerana album ini turut mendapat sentuhan daripada duo komposer dan penulia lirik terkenal iaitu LY dan Baiduri yang menghasilkan tiga buah lagu dalam album ini.

"Selain itu pihak Warner juga mendapatkan tiga lagu buah lagu ciptaan komposer Indonesia iaitu Posan yang pernah mencipta lagu Sayang nyanyian Shae," katanya.

Mengenai albumnya itu, Didi memberitahu dia merakamkannya pada bulan Ramadan tahun lalu sebelum berehat untuk memberikan tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Baca : 8 Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif