Mengambil tempat di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya, pelakon Faralyna Idris selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Muhammad Fikri Abdullah. Pasangan ini bertunang pada Mei 2014 selepas bercinta hampir dua tahun.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pertama mereka di Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya hari ini manakala resepsi sebelah lelaki akan diadakan di Keramat, esok.
Bercakap kepada Berita Harian, Faralyna Idris meluahkan rasa bersyukur yang majlis pernikahan berjalan lancar walaupun terpaksa menukar lokasi pada saat saat akhir selain berkata masih tiada perancangan untuk berbulan madu setakat ini.
“Alhamdulillah di sebalik kekalutan minit akhir kami mengubah lokasi majlis perkahwinan, akhirnya semua berjalan seadanya. Terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu melancarkan segala-galanya. Setakat ini kami tak merancang lagi nak berbulan madu ke mana-mana”
“Keputusan berkahwin ini pun mengejut, secara tiba-tiba apabila Fikri ajak saya kahwin. Perkara baik, keluarga pun tak ada halangan. Mungkin tahun depan kami akan berbulan madu”
“Ikut keinginan hati ingin ke Pulau Maldives. Tapi tak kisah mana-mana janji kami dapat luangkan masa berdua menikmati keindahan fasa awal perkahwinan. Soal anak pun tiada perancangan lagi. Terima saja rezeki jika ada dalam masa terdekat,” ujarnya gembira.
Tahniah buat keluarga kedua dua pasangan atas perkahwinan indah ini. Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Faralyna Idris & Fikri untuk tatapan anda.
Foto Penuh :
Baca : Amran Fans Disaman Oleh Kawan Baik Juruterbang Noor Hafizah
Admin bagi fanpage Amran Fans telah mengambil kesempatan membuat lawak bodoh mengenai juruterbang wanita AirAsia iaitu Noor Hafizah yang menjadi viral baru-baru ini.
Dengan tidak semena-mena, ade seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Athirah Halim yang mengaku dirinya kawan baik kepada juruterbang tersebut memberi amaran kepada Amran Fans supaya menghentikan troll tentang Noor Hafizah atau berdepan dengan tindakan saman.
Seperti biasa, Amran tetap bersahaja dan tidak menganggap amaran itu mampu menggugat popularitinya.
Komen dari wanita terbabit mendapat respon bukan sahaja dari Amran malahan beberapa pengikut AmranFans.
Namun, Amran Fans mungkin dapat menjangka fanpage beliau akan dilaporkan kepada pihak Facebook, dia membuat fanpage baru iaitu Amran Fans Official.
Baca : Zizie Ezette Tawar iPhone6 Buat Peminat Sempena Hari Jadi
Murah hati sungguh Zizie Ezette, pelakon yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar.
Kalau secara tradisinya individu yang menyambut hari lahir pasti akan menerima hadiah, Zizie berbuat sebaliknya.
Melalui akaun Instagram yang baharu dibuka menggunakan nama @zizieizette, aktres popular tersebut menganjurkan peraduan yang menawarkan hadiah cukup lumayan iaitu telefon bimbit iPhone 6 dan minyak wangi bersempena hari lahirnya yang bakal menjelang pada 30 Disember depan.
Setakat ini, akaun tersebut telah diikuti lebih 12 ribu pengikut dan peraduan sudah pun bermula beberapa hari lalu.
Cara menyertainya mudah sahaja iaitu pengikut instagram tersebut cuma perlu jawab soalan yang diajukan Zizie menerusi beberapa pos yang dimuatnaik.
Ya, betul apa yang dikatakan Zizie.. apa salahnya berkongsi rezeki dengan pihak lain kerana ia akan menambahkan lagi kemurahan rezeki sendiri.
Buat peminat di luar sana yang menginginkan pemberian hadiah dari Zizie, bolehlah berkunjung ke akaun instagramnya dan jawab soalan yang diajukan.
Baca : Foto Malam Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja
Susulan daripada kemelut yang berlaku di dalam hubungan persahabatan di antara Dafi dan seorang penulis junior, pengurus kepada penyanyi lelaki tesebut bersedia bersua muka dengan individu berkenaan.
Dihubungi portal murai.com.my baru-baru ini, pengurus Dafi berkata dia sudah lama bersedia untuk bertemu dengan individu yang didakwa cuba memecah belahkan Dafi dengan dirinya sehingga menyebabkan ttimbulnya beberapa konflik.
Bagaimanapun pengurus berkenaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada penulis junior itu, apatah lagi usaha untuk meleraikan masalah yang membelenggu penyanyi Salahkah Aku itu sejak kebelakangan ini.
“Benar, saya sudah bersedia untuk bertemu penulis junior berkenaan yang telah cuba memecah belahkan hubungan di antara saya dengan Dafi.
“Saya cabar individu itu untuk menghubungi saya pada bila-bila masa dan saya tak sabar untuk bertemu dengannya,” kata pengurus Dafi yang cukup kesal dengan tindakan individu berkenaan.
Baru-baru ini Dafi telah memberikan kenyataan kepada pihak media berhubung tindakan seorang penulis junior yang juga merupakan teman baiknya dan didakwa telah memporak-perandakan hubungannya dengan rakan-rakan lain termasuklah pengurusnya sendiri.
Tambah pengurus Dafi itu lagi, pertemuan dengan pihak bertanggungjawab yang telah menyebarkan cerita kurang tepat itu disifatkan sangat penting bagi meleraikan segala kekusutan yang berlaku.
Dia sangat berharap agar individu berkenaan dapat bertemu dengannya secepat mungkin atau setidak-tidaknya menghubunginya secara peribadi untuk menerangkan apa yang tersirat serta motif sebenar individu berkenaan erbuat demikian agar segala kemelut yang berlaku itu dapat diselesaikan secara profesional.
Baca : Benarkah Lisa Surihani Dikerah Jadi Driver?
Dalam pada ramai yang sedang sibuk membeli-belah sempena meraikan jualan murah hujung tahun, selebriti popular tempatan pula sedang sibuk mengumpul jumlah penumpang untuk kereta yang dipandu mereka.
Bukan sekadar pemanduan biasa, kerana selebriti terkenal seperti Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Abdul Halim, Sazzy Falak, Dynas Mokhtar dan ramai lagi telah berkerah tenaga memegang peranan sebagai pemandu peribadi untuk masyarakat awam.
Bukan untuk memenuhi babak dalam mana-mana drama mahupun filem yang dilakonkan mereka, tetapi mereka memang beriya-iya membawa penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain bersama-sama pekhidmatan istimewa yang diberikan.
Tanpa sedikitpun timbul perasaan malu atau jauh sekali menyombong diri, Lisa Surihani dan Yusry misalnya telah berjaya menarik perhatian penumpang dari India untuk sama merasai nikmat menaiki kereta dengan kedua-dua selebriti kegemaran ramai itu.
Mereka kemudiannya telah menjadi pemandu peribadi untuk dua orang penumpang wanita tempatan dan beberapa penumpang lain untuk membawa mereka sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat dan ceria.
Peranan yang sama turut dilakukan oleh personaliti TV dan juga pelakon Sazzy Falak bersama suaminya Nash Idrus yang telah memandu sekitar kawasan Damansara, Petaling Jaya, Bandar Utama dan juga Bangsar.
Keseronokan memberikan perkhidmatan sebagai pemandu peribadi berkenaan telah dikongsikan Sazzy Falak dan suami di laman Instagram miliknya meskipun masih keletihan selepas memenuhi tuntutan kerja beberapa hari di Singapura.
Bukan sahaja Sazzy Falak, malah kepuasan serupa turut dirasai Dynas Mokhtar, Yasmin Hani, Azura Zainal, Hunny Madu dan ramai lagi yang berbuat demikian semata-mata bagi menjayakan kempen amal perkhidmatan pemandu peribadi bersama-sama bintang popular tanah air sepanjang hari ini.
Sambil bergelar pemadu peribadi, mereka juga dapat mengumpul dana bagi membantu mereka yang memerlukan. Cayalah!
Baca : Artis Mangsa Penipuan Skim Pelaburan Syarikat Rokok Antarabangsa
Seramai 14 rakyat negara ini dan 23 rakyat asing telah disenaraikan sebagai buruan polis antarabangsa (Interpol) kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah di negara ini khususnya penipuan, memiliki dadah, mencuri dan kes bunuh.
Sumber memberitahu, setakat bulan ini, terdapat 37 individu disenaraikan nama mereka dalam buruan agensi tersebut setelah melakukan pelbagai jenayah.
Beliau berkata, jumlah tersebut didapati bertambah berbanding 33 orang dicatatkan pada tahun lalu, meskipun ada beberapa nama yang pernah disenaraikan sebelum ini sudah tiada lagi dalam buruan.
“Dalam senarai terbaharu itu, rakyat asing yang paling ramai diburu ialah India dan Indonesia iaitu masing-masing lima orang, diikuti dua Thailand dan masing-masing seorang dari United Kingdom, Vietnam, Guinea, Iran, Myanmar, Amerika Syarikat, Singapura, China, Bangladesh, New Zealand dan Brazil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, kesalahan paling banyak dilakukan oleh penjenayah tempatan dan asing yang diburu itu adalah penipuan iaitu 10 kes diikuti bunuh (tujuh), kecurian dalam bangunan (lima), dadah (lima), pecah amanah jenayah (tiga), rasuah (dua) dan masing-masing satu kes pemalsuan dokumen, bersubahat, mencuri, pecah rumah pada malam hari serta rompak dan curi motosikal.
Seramai 14 rakyat Malaysia yang diburu ialah Nyo Ah Hai, 50, yang dikehendaki kerana terlibat dalam kes rompakan dan curi motosikal; Tak Mei Ming, 60, (menipu), Yeoh Guan Yong, 38, (penipuan), Jennifer Siew Kiem, 53, (menipu dalam transaksi dan jualan saham), Luan Siong Chiang, 37, (bunuh), Lee Che Ming, 68, (rasuah), Wong Jit Kiang, 58, (pecah amanah jenayah dan bersubahat).
Selain itu, Lim Han Choo, 59, (penyeludupan dadah), Rohaniza Aladib, 35, (menipu), Micheal Soosai, 51, (pemalsuan dokumen dan ugutan jenayah), Halimah Hussein, 53, (bersubahat), Lim Yuen Soo, 54, (bersubahat dan membunuh), Tan Yoke Chung, 63, (rasuah) dan Tan Whai Onn, 54, (bunuh).
Dalam pada itu, kata sumber, Interpol turut memburu dua lelaki dan dua perempuan dari India iaitu Sharmeela Shajahan, 30, Rajeswari Thiyagarajah, 56, Rajapandi Ramalingam, 35, dan Somasundram Kathamuthu, 40, kerana menganggotai kumpulan melakukan jenayah kecuaian dalam bangunan di negara ini.
Katanya, seorang lagi rakyat India, Sailesh Lanchu Hiranandan, 50, dikehendaki kerana terlibat dalam kes penipuan dan tidak jujur menghantar harta yang diamanahkan.
“Antara rakyat asing dalam senarai buruan ialah David Austien De Montaige, 60, dari United Kingdom terlibat dalam kes penipuan, Ali Hedayati Muhamad Mehdi, 35, dari Iran (kecurian di kediaman), Sidiki Camara, 42, dari Guinea (penipuan), Abdul Ghani dari Indonesia, 42, (bunuh) dan Aliyas Mohd. Anu, 27, dari Myanmar (pecah rumah pada malam hari).
“Turut tersenarai ialah Chung Chun Lu, 72, dari China (pecah amanah jenayah), Selby Dean Freeman, 31, dari New Zealand (memiliki dadah), Tan Siong Nai, 59, dari Singapura (penipuan), Musfata Faris Sadeg, 69, dari Amerika Syarikat (pecah amanah jenayah) dan Mohamed Alauddin, 41, dari Bangladesh (bunuh),” katanya.
Sumber berkata, senarai tahun ini menyaksikan nama seorang rakyat Malaysia yang sudah lama diburu dan disenaraikan sebagai suspek pengganas oleh Amerika Syarikat, Zulkifli Abdul Hir @ Zulkifli Hir, 46, sudah dikeluarkan daripada senarai buruan.
Walau bagaimanapun katanya, Rohaniza, yang disyaki terlibat dalam kes penipuan berbentuk skim pelaburan dalam syarikat rokok antarabangsa membabitkan mangsa dalam kalangan artis terkenal tanah air seperti Amy Search, Hattan dan Misha Omar yang mencecah nilai RM400 juta pada 2008 masih lagi disenaraikan.
Kata sumber lagi, berbeza dengan tahun lalu, tiada individu yang namanya disenaraikan dalam buruan Interpol terlibat melakukan kesalahan berkaitan jenayah seksual dan perdagangan manusia.
Baca : Foto Malam Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja
Meletakkan dirinya sebagai selebriti pertama dari Malaysia yang dipilih NBC Universal untuk memiliki program realiti televisyen di saluran E!, Facing Up To Fazura bakal memaparkan kehidupan seharian yang dijalani Fazura sebagai seorang selebriti terkenal, teman dikala susah senang, pencinta haiwan peliharaan dan anak perempuan tunggal kesayangan keluarganya.
Fazura yang pernah dilabel ‘party girl’ ini tidak bererti dia seorang yang rakyat Malaysia yang tidak boleh dijadikan idola khususnya kepada wanita. Suara lantangnya membela kaum wanita sering digunakan untuk berdepan dengan sebarang situasi.
Artikel Terdahulu :
Program yang diberi nama “Facing Up To Fazura” itu ditayangkan di saluran famous antarabangsa. Mana lagi kalau bukan saluran E! Asia (Astro Channel 712).
Beberapa keping gambar terbaru dari Nur Fazura ketika Sidang Media program realiti televisyen miliknya, Facing Up To Fazura. Penampilan fazura kelihatan sangat cantik dan anggun walaupun mungkin selepas ini ada yang mengkritik cara pemakaiannya yang agak singkat. Selain itu, pakaian fazura juga agak nipis dan tembus sehingga pakaian bahagian dalam nampak jelas.
Baca : Konsert Wings 'Menakluk Kosmos' Tidak Mendapat Tajaan Syarikat Besar