Friday, December 19, 2014

5 foto wajah terkini Nabilah Khan bekas isteri Nedim Nazri

Untuk pengetahuan peminat, Nedim Nazri ialah kekasih kepada pelakon comel Nora Danish di mana mereka dikatakan merancang untuk berkahwin apabila tiba waktunya.


foto wajah terkini Nabilah Khan bekas isteri Nedim Nazri, info, terkini, sensasi, nedim nazri, nabilah khan

Buat korang kurang tahu mengenai latarbelakang pendidikan Nabilah Khan, dia ialah pemegang kelulusan ijazah dalam bidang undang-undang dan merupakan kawan baik kepada pelakon sensasi Lisa Surihani.

Hasil perkahwinan bekas pasangan Nabilah Khan dan Nedim Nazri, mereka dikaruniakan seorang anak lelaki yang amat comel.


foto wajah terkini Nabilah Khan bekas isteri Nedim Nazri, info, terkini, sensasi, nedim nazri, nabilah khan

foto wajah terkini Nabilah Khan bekas isteri Nedim Nazri, info, terkini, sensasi, nedim nazri, nabilah khan

foto wajah terkini Nabilah Khan bekas isteri Nedim Nazri, info, terkini, sensasi, nedim nazri, nabilah khan

foto wajah terkini Nabilah Khan bekas isteri Nedim Nazri, info, terkini, sensasi, nedim nazri, nabilah khan

foto wajah terkini Nabilah Khan bekas isteri Nedim Nazri, info, terkini, sensasi, nedim nazri, nabilah khan

foto wajah terkini Nabilah Khan bekas isteri Nedim Nazri, info, terkini, sensasi, nedim nazri, nabilah khan

Baca : Najwa Mahiaddin ganti Yuna di AJL 29  

Sumber : beritasemasa22.blogspot.com

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Najwa Mahiaddin ganti Yuna di AJL 29

Penyanyi yang popular dengan lagu "Got To Go", Najwa Mahiaddin akan menggantikan Yuna untuk membawakan lagu "Lelaki" di "Anugerah Juara Lagu ke-29" (AJL 29) pada 18 Januari depan.


Najwa Mahiaddin ganti Yuna di AJL 29 , info, terkini, hiburan, sensasi, najwa mahiaddin, yuna, AJL29

Memetik laporan daripada Berita Harian, pemilihan Najwa sebagai pengganti dipilih oleh Yuna sendiri memandangkan dia tidak dapat membuat persembahan pada hari tersebut kerana terikat dengan komitmennya sebagai artis di Amerika Syarikat.

Ini bukanlah kali pertama lagu ciptaan Yuna dinyanyikan oleh penyanyi lain pada pertandingan lagu berprestij itu.

Sebelum ini menyaksikan penyanyi dan komposer Aizat Amdan membawakan karya indah ciptaan Yuna iaitu "Terukir Di Bintang" pada AJL 27, sekaligus diumumkan sebagai Lagu Terbaik dan juara bagi pertandingan itu.

Artikel Terdahulu :  

Pemilihan Najwa sebagai pengganti merupakan pilihan yang tepat kerana dia di antara penyanyi wanita yang mempunyai vokal yang hebat dan pastinya akan memberi seingan hebat kepada peserta-pesarta lain.

Ini merupakan lagu ketiga ciptaan Yuna yang berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL.

Pada tahun 2004, lagu ciptaan Yuna "Dan Sebenarnya" pernah dinobatkan sebagai Naib Juara Keseluruhan AJL24 manakala lagu "Terukir Di Bintang" memenangi Juara Keseluruhan pada AJL27.

Baca : Azza Elite akui lebih selektif selepas berhijab 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Azza Elite akui lebih selektif selepas berhijab

Nama Azza Elite di lihat sepi dalam industri tanah air, namun itu tidak bermakna dia telah meninggalkan kerjayanya sebagai pelakon, sebaliknya dia lebih memilih jalan cerita dan watak yang bersesuaian dengan penampilan barunya sekarang.


Azza Elite akui lebih selektif selepas berhijab, info, terkini, hiburan, azza elite, pelakon,

Bukannya dia sudah melupakan bidang seni tetapi dia kini lebih selesa menguruskan perniagaan butik muslimahnya.

Artikel Terdahulu :  

"Sejak dua tahun lalu saya ada mengusahakan butik busana Muslimah Precious Al Jannah di Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

"Jadi kini saya memang selesa menguruskan perniagaan. Namun, bidang seni memang tak pernah dilupakan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro.

Jelasnya lagi, dia masih menerima beberapa tawaran berlakon, tetapi lebih memilih watak yang bersesuaian dengannya sekarang dan memastikan lokasi pengambaran tidak jauh dari keluarga.

"Memandangkan kini saya pun sudah berhijab, jadi saya perlu memilih watak yang sesuai dengan imej. Pun begitu saya tidaklah bersikap terlalu cerewet.

"Selain itu, saya akan memastikan lokasi pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kerana tidak mahu jauh daripada keluarga dan pernigaan."

Azza juga turut memberitahu, banyak drama lakonannya masih belum ditayangkan di televisyen.

Tambah Azza lagi, minatnya pada nyanyian tidak pernah padam dan masih bersahabat baik dengan rakan-rakan Elite yang lain walaupun semuanya sudah berkeluarga.

"Hubungan persahabatan kami semua baik dan rapat kerana saling berhubung di antara satu sama lain. Bahkan, ada kalanya kami akan adakan persembahan nyanyian bersama."

Azza juga mempunyai perancangan untuk muncul dengan single baru, namun dia perlu mendapatkan lagu yang bersesuaian dengannya.

Baca : 4 Kritikan Chef Wan Terhadap Pasangan Remaja Belasan Tahun Kahwin Awal 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



4 Kritikan Chef Wan Terhadap Pasangan Remaja Belasan Tahun Kahwin Awal

Kisah mengenai dua orang remaja berumur 15 tahun dan 17 tahun yang melangsungkan perkahwinan pada November lalu terus menjadi bualan orang ramai sehingga hari ini.


Kritikan Chef Wan, remaja belasan tahun kahwin awal, sensasi, chef wan, selebriti chef, gosip,


Namun, Chef Wan yang nampaknya tak berapa suka dengan situasi tersebut. Di sini ada empat sebab kenapa Chef Wan tak suka remaja kahwin awal.

Chef Wan Suruh Habiskan Study Dahulu

Kritikan Chef Wan, remaja belasan tahun kahwin awal, sensasi, chef wan, selebriti chef, gosip,



    Sayangnya bukan ke waktu umur begini anak2 muda bertungkus lumus menimba ilmu di sekolah untuk menjamin kan lagi hidup mereka di masa hadapan? The paper say in BH Spore that the boy who is 15 decided bila dapat result examnya dia tak akan sambung belajar lagi.

Chef Wan Pelik Ibu Bapa Beri Kebenaran Kahwin Awal

Kritikan Chef Wan, remaja belasan tahun kahwin awal, sensasi, chef wan, selebriti chef, gosip,



    Isteri 17 tahun baru 2 bulan kenal. Apparently both parent mereka setuju pulak tu. Wow i am speechless that there are people who take marriage ni so simple tanpa memikir betapa besar tanggung jawab mereka sebagai parent untuk anak2 mereka.

Chef Wan Memikirkan Masa Depan Negara

Kritikan Chef Wan, remaja belasan tahun kahwin awal, sensasi, chef wan, selebriti chef, gosip,



    If our entire nation anak2 muda is allowed to this bayang kan la masa depan negara apa nak jadi. Lets not even speculate or buruk sangka about their marriage tetapi about both of them getting the right education, getting mature, berkerja, belajar hidup berdikari and finally berpasangan when the time is right.

Chef Wan Suruh Belajar Bertanggungjawab Terhadap Diri Sendiri Dulu Sebelum Jaga Anak Dara Orang

Kritikan Chef Wan, remaja belasan tahun kahwin awal, sensasi, chef wan, selebriti chef, gosip,


   There always a time for everything. U simply have to learned to be responsible of yourself and then start a family.
    At 15 yrs old nak kerja apa tu nak tanggung anak dan isteri? Silap hari kencing tu berselerak lagi!
Baca : Dato’ Siti Nurhaliza Raih Anugerah Tokoh Srikandi Negara 

Sumber: Instagram Chef Wan
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Dato’ Siti Nurhaliza Raih Anugerah Tokoh Srikandi Negara

Penyanyi terkenal dan popular negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Anugerah Tokoh Serikandi Negara yang disampaikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Dato’ Siti Nurhaliza Raih Anugerah Tokoh Srikandi Negara, info,terkini, hiburan, sensasi, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin

Ini merupakan anugerah tertinggi dan berprestij yang Dato’ Siti perolehi setelah hampir 20 tahun bergelar anak seni yang tidak jemu mempertabatkan industri muzik negara.

Beliau terpilih disebabkan menepati kriteria yang telah ditetapkan iaitu pencapaian cemerlangnya dalam bidang muzik sekaligus menjadi contoh terbaik untuk anak muda.

Bukan sekadar menyanyi malah beliau juga ahli perniagaan yang semakin dikenali menerusi produk kosmetiknya Simply Siti yang bakal menembusi pasaran Indonesia dalam waktu terdekat.

Selain beliau antara tokoh-tokoh yang meraih Anugerah Serikandi Negara ialah Tun Dr Siti Hasmah,  Pengerusi RAM Holdings Bhd Tan Sri Norma Yaacob, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Dr Maznah Hamid, dan  pendakwah bebas Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.

Baca : Berpisah & Bersatu - Fadilah Mansor Kini Tenang 

Sumber : murai.com.my

Berpisah & Bersatu - Fadilah Mansor Kini Tenang

Kalau sudah jodoh tak ke mana! Demikian jugalah halnya dengan Fadilah Mansor yang disahkan lafaz cerai oleh Mahkamah Rendah Syariah semalam. Lafaz cerai tersebut dibuat oleh bekas suaminya Mat London dua tahun lalu (28 September 2012)


 Fadilah Mansor Kini Tenang, info, terkini, hiburan, sensasi, Fadila Mansor, Datuk A Rahman Hassan

Untuk info, mereka bernikah di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 23 dan Faeesal Aswad, 20 tahun.

"Semuanya berjalan dan selesai dengan cara baik. Saya berpisah dengan baik. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Masalah ini sudah selesai. Saya tak mahu ada perkara berbangkit. Saya rasa tenang kini," ujar Fadilah.

Namun begitu, cinta Fadilah akhirnya berputik kembali apabila dia bertemu dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan dan bakal bernikah pada 25 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Dia banyak mengajar saya daripada aspek syurgawi dan duniawi. Saya ini orangnya penakut tapi dia banyak ajar saya untuk berdikari. Dia tegur saya cara baik dan saya terima. Banyak benda saya tak tahu dia tunjukkan. Saya tak pandai itu dan ini, dialah yang bantu.

"Anak saya pun menerimanya dengan baik, begitu juga dengan anaknya. Malah keluarga sebelah arwah isterinya pun saya kenal baik. Malah sepanjang perkenalan kami pun, dia tahu status saya bergelar ibu tunggal.

"Gementar juga dengan peringkat umur sekarang nak naik pelamin lagi. Ia tak pernah berada dalam kotak fikiran saya pun selama ini. Sudah jodoh. Perasaan itu jadi bercampur baur. Ada seronok... ada segan. Bercelaru jugalah," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Baca : Giliran Fara Asyikin Fail Cerai 

Sumber : myartis.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, December 18, 2014

Giliran Farah Asyikin Fail Cerai

Tiada angin, tiada ribut, rumah tangga yang dibina Farah Asyikin sejak 2 tahun lalu bergolak selepas pasangan ini dilaporkan bakal bercerai.

Giliran Farah Asyikin Fail Cerai, info, terkini, hiburan, sensasi, Farah Asyikin, gosip, sensasi, kontroversi

Nama Farah Asyikin dan pasangannya, Zaahier Stanley dipapar di papan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. 

Pun begitu, Fara dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula.

Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada 15 Februari 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Baca : Komik Kampung Boy Raih Anugerah Di Jepun  

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Komik Kampung Boy Raih Anugerah Di Jepun

Komik 'Kampung Boy' terjemahan bahasa Jepun meraih tempat kedua Anugerah Gaiman Jepun bagi kategori komik luar negara.

Menurut satu kenyataan, karya Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali 'Lat' itu mendahului 14 penyertaan komik lain dari beberapa negara seperti United Kingdom, Sepanyol, China dan Korea Selatan.


Komik Kampung Boy Raih Anugerah Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, kartun Kampung Boy,

Menurut keputusan yang diumumkan pada Sabtu melalui laman sesawang www.gaiman.jp, karya dari Amerika Syarikat, 'Hawkeye: My Life as a Weapon' telah meraih tempat pertama, manakala tempat ketiga dimenangi oleh komik berjudul 'Jolies Tenebres' dari Perancis.

"Rata-rata pembaca luar negara gemar membaca 'Kampung Boy' dan memilih buku itu kerana ia jelas menggambarkan budaya, keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia dari kaca mata kanak-kanak lelaki. Lakaran watak sebenar dengan suasana kampung menjadikan karya ini lebih dekat dengan pembaca dan mudah untuk difahami," kata kenyataan itu.

Kampung Boy versi bahasa Jepun itu adalah hasil terjemahan semula pensyarah Bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hieda Natsue, yang disunting oleh Prof Madya Soda Naoki dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS).

Ia diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Tokyo University of Foreign Studies Press.

Karya yang dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Tokyo pada Julai lalu itu turut dijadikan sebagai bahan bantu mengajar untuk Pengajian Asia Tenggara di TUFS atas keunikannya.

Karya Lat sebelum ini telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam 12 bahasa dunia termasuk bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, Jerman, Indonesia dan Korea.

Baca : Punca Oh My English : Villa Isabellaaa Ditapis 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif