Sekitar Ogos yang lalu majalah Remaja terbitan Karangkraf sekali lagi memulakan pencarian sesi Dewi Remaja untuk edisi 2014/15. Diam tak diam rupanya Dewi Remaja ini sudah hampir 20 tahun diperkenalkan dan berjaya melahirkan bakat-bakat baru di dalam industri seni.
Antara selebriti yang pernah dilahirkan melalui pertandingan ini ialah Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Izreen Azminda, Rozita Che Wan, Rita Rudaini dan ramai lagi.
Baru-baru ini Scha Al-yahya sempat meluangkan masa berkongsi tips dan nasihat bersama 20 finalis Dewi Remaja 2014/15.
Nampaknya kesemua finalis yang dipilih mempunyai kelebihan tersendiri dan paling penting, comel-comel belaka. Jom lah kita ushar sikit!
P/S : Terpikat atau jatuh hati adalah di atas tanggungjawab sendiri, kami tak masuk campur. Haha
Kami respect betul dengan abang Ayai Ilusi ni. Iyalah, sanggup bertanya mengenai status ‘halal’ duit kemenangannya dalam program #GegarVaganza kerana ingin menunaikan ibadah Haji.
Kalau nak tahu, Ayai sudah pun berbincang bersama beberapa ustaz dari program Pencetus Ummah dan Imam Muda Asyraf mengenai isu ini.
Melalui laporan mStar Online, pada mulanya Ayai merasa sedikir curiga untuk membawa isteri menunaikan haji menggunakan wang kemenangannya.
Namun, setelah berbincang dengan yang pakar, ini jawapan ustaz kepada Ayai :
Saya bertanya beberapa ustaz di program Pencetus Ummah dan Imam Muda Asyraf tentang perkara ini bagi meminta kepastian kepada mereka yang tingggi ilmu agama Islamnya terlebih dahulu.
Mereka memberitahu tidak salah kerana ia adalah rezeki yang Allah beri dan dilakukan dengan hasil usaha sendiri serta tidak menyimpang.
Lirik-lirik dalam lagu yang saya bawakan sepanjang pertandingan juga tidak mempunyai unsur lucah dan mengghairahkan.
Baca : 4 Bintang AF Bukti Beri Saingan Kepada Finalis #AJL 29
Bahang Anugerah Juara Lagu 29 (#AJL 29) Ahad ini kian terasa begitu juga finalis yang akan bertanding mempertaruhkan vokal dan nyanyian dengan cara masing-masing menerusi lagu yang dicipta oleh komposer dan penulis lirik tempatan.
Untuk AJL 29 telah membuktikan bekas bintang Akademi Fantasia (AF) mampu memberi saingan serta mewarnai pertandingan dan memeriahkan lagi di malam itu nanti.
4 bintang AF yang dimaksudkan ialah Hafiz, Hazama, Stacy dan Indah dikhabarkan sedang giat membuat latihan untuk memberikan yang terbaik untuk semua penyokong.
Berikut adalah kenyataan-kenyataan mereka bagi sesi Pra AJL29 yang bakal digalas dengan penuh tanggungjawab.
Hafiz
“Alhamdulilah segala persiapan dan latihan masih giat dilakukan, untuk kali ini saya tidak meletakkan harapan apa-apa seperti biasa walaupun 3 kali saya menjulang trofi untuk Vokal Terbaik.”
“Saya masih mengunakan khidmat Cikgu Shafi untuk memperketatkan lagi vokal saya dan diharapkan pada malam itu nanti semua akan terhibur dan kita gembira bersama-sama okay.”
Hazama
“Terus terang saya cakap, Lagu Malaikat bukan lagu vokal, masuk ke akhir AJL29 ni pun saya pun terkejut, memang tak sangka langsung.’
“Apa-apa pun persediaan saya di tahap 80 peratus, saya yakin boleh lakukan yang terbaik cuma perasaan gementar itu masih kuat sebab kena berentap dengan otai-otai dan saya juga orang pertama yang akan membuat persembahan.”
Stacy
“Seperti biasa persiapan saya adalah more to dance, sebab malam AJL saya adalah untuk menghiburkan semua orang kerana lagu saya lagu rancak.”
“Target untuk persembahan terbaik memang ada cuma konsep persembahan to more enjoy, cabaran yang paling berat buat saya adalah koreografi tarian, jadi kalau nak tahu macam mana persembahan saya, kita tunggu di malam kemuncak AJL29."
Indah Ruhaila
“Alhamdulilah persiapan dan persediaan dari segi vokal berjalan lancar apa yang saya harapakan di malam itu nanti persembahan saya tidak ada gangguan dari segi teknikal.”
“Saya akan menyampaikan lagu ini (Percayalah) dengan penuh perasaan dan saya sebenarnya gentar untuk bersaing dengan Hafiz kerana mereka mempunyai vokal yang mantap, apa-apa pun doakanlah saya untuk lakukan yang terbaik.
Pasangan suami isteri bertaraf selebriti, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim telah mengambil kesempatan ini untuk menunaikan umrah bersama sejak minggu lepas.
Lebih menariknya, Fizo Omar dan Mawar Fareeda mendedahkan mereka berdua pernah berdoa dipertemukan jodoh di Jabal Rahmah pada tahun 2012.
Ketika itu kedua-duanya masih bujang dan menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing tanpa mengetahui yang jodoh mereka sebenarnya telah ditetapkan. Dengan kuasa Allah S.W.T, Fizo dan Mawar kemudiannya berkahwin setahun kemudian.
Semua orang tahu bahawa Memey Suhaiza, 26, kini sedang hamil lima bulan anak keduanya bersama Norman Hakim.
Nah sebagai menenangkan fikiran dan bercuti awal sebelum melahirkan serta berpantang, Norman telah membawa isteri kesayangannya itu bercuti menaiki cruise dari Pulau Pinang, Phuket hingga ke Krabu.
Kemunculan Shuib yang keseorangan untuk beraksi bagi kumpulan Sepahtu di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada hari Jumaat minggu lepas memberi kejutan buat para peminat.
Walau apapun, pujian harus diberikan kepada Shuib yang tenang dan memberikan persembahan Stand-up comedy dengan begitu baik sekali. Lebih manis Datuk Jalaluddin Hassan mengakui Shuib berjaya membuktikan kemampuanya sebagai seorang pelawak walaupun terpaksa muncul keseorangan.
Namun ramai di antara penonton terutamanya peminat setia kumpulan Sepahtu tertanya-tanya bagaimana keadaan serta kesihatan Jep sehingga tidak dapat bersama-sama Shuib minggu lepas.
Apa pun, jom tonton video eksklusif Shuib mengenai keadaan Jep selepas berakhir pentas MLM 2014 minggu lalu.
Pelakon lelaki dan juga bekas pramugara Nazim Othman akui membalas komen peminat yang berbaur negatif di Instagram miliknya.
Dia yang mempunyai pengikut lebih 300 ribu orang namun komen yang tidak elok yang cuba menjatuhkan maruahnya wajar di buang untuk mengelakkan daripada terus berleluasa.
“Saya memang suka muat naik gambar, terutama percutian saya di mana sahaja saya pergi, tapi saya pelik, gambar saya bercuti pun nak komen yang negatif.”
“Kadang-kadang saya balas juga komen negatif itu dengan pendapat saya, malah ada juga saya ‘block’ pemilik akaun yang sengaja mencari masalah dengan saya,” ujar Nazim kepada portal murai.com.my.
Nazim Othman yang ditemui media di Majlis Nivea Cool Kick Triple Shield di ibu negara akui yang di gemar melancong ke luar negara kerana hobi dan minatnya.
“Memang saya suka melancong, melihat budaya dan cara hidup masyarakat luar yang unik. Ia sekaligus memberi pengalaman yang cukup indah untuk kepuasan diri sendiri.”
“Untuk tahun 2014 memang saya akui, kurang berlakon dengan mana-mana produksi kerana ia adalah tempoh rehat saya untuk melonggar-longgarkan otot dan anggota badan,” seloroh Nazim.
Mengenai tragedi yang menimpa industri penerbangan negara terutama MH370, MH17 dan QZ8501 Nazim memberi komen usah gentar untuk menjadi pramugara mahupun pramugari terutama kepada anak-anak muda yang minat bekerja di awan biru.
“Kepada mereka yang minat bekerja untuk menjadi krew penerbangan, jangan hilang semangat, tragedi-tragedi yang berlaku terhadap industri penerbangan negara itu hanya bersifat sementara, jangan takut okay,” katanya mengakhiri bicara.
Biarpun terdapat sedikit komplikasi pada kandungan isterinya serta berdepan saat cemas kelahiran cahayamata pertama yang tidak cukup bulan, Black Hanifa yang dihubungi jelas kedengaran nada gembira dan teruja menjadi bapa.
Walaupun sudah lebih 4 hari berada di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) menjadi pembantu serta menjaga Cira, Black masih setia disamping isterinya itu untuk memastikan kondisi dua orang tersayang itu sentiasa dalam keadaan baik.
Bayi laki-laki yang dilahirkan secara normal pada jam 7.48 petang, 13 Januari tersebut sebenarnya dijadualkan bersalin pada Februari . Biarpun begitu, Black bersyukur kerana bayinya itu semakin stabil dan dijadualkan boleh pulang kerumah dalam sehari sahaja lagi bersama isterinya.
“Saya tidak kisah dari segi jangkawaktu yang panjang dan situasi yang tegang, apa yang penting anak saya kian stabil dan akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Begitu juga isteri, Cira yang telah pun sihat, hanya menantikan kebenaran untuk bawa keduanya pulang.
“Keputusan telah dibuat iaitu untuk menjalani tempoh pantang di Shah Alam, di rumah saya sendiri. Begitu juga dengan kenduri kesyukuran dan sebagainya, InsyaAllah akan kami adakan bagi memperkenalkan anak kami nanti.
“Buat masa ini nama, foto dan info lainnya tidak menjadi keutamaan jadi nanti kami akan kongsikan kepada peminat sekalian bila sampai waktunya. Saya harap mereka dapat mendoakan yang baik-baik untuk buah hati saya ini,”ujar Black yang memberitahu anaknya itu masih ditempatkan di wad NICU untuk pemantauan bukannya kerana kritikal.
Dalam pada gembira itu juga, Black akui dia tidak cukup rehat dan tak terurus kerana terpaksa bekerja dan menjaga isteri juga setelah timing kelahiran yang berubah. Dia juga akui terpaksa menyusun kembali jadual seninya dan berharap semua pihak maklum tentang perkara ini.
"Saya sedang menimbang semula untuk menjayakan atau tidak jemputan membuat persembahan di London anjuran UMNO. Kerana jika waktu tidak berubah, saya akan ke London hujung Januari selama seminggu dan pulang untuk menanti kelahiran bayi pertama saya dan Cira.
“Apa kuasa yang saya ada, apabila sudah ditakdirkan dia lahir awal sebulan. Mujurlah kami telah membuat persiapan awal dari segi kelengkapan diri dan keperluan utama bayi sebelum ini. Jadual karier seni saya juga akan disusun semula dan terpaksa membatalkan beberapa penampilan,”ujarnya yang terpaksa berbuat demikian kerana ingin menjaga anak dan isteri sebaiknya ketika berpantang.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Black dan Cira diatas kelahiran pertama mereka. Buat peminat Black, penyanyi tersebut berjanji akan kongsikan gambar anaknya yang dikatakan berkulit cerah seperti Cira itu bila tiba waktunya.
Sebelum ini banyak kali kedengaran tentang hubungan antara pelakon Zamarul Hisham dengan isterinya Diana Rafar yang semakin renggang, namun kedua-dua mereka menafikan perkara ini. Gosip ini mula timbul tidak lama dulu apabila Diana dilihat jarang memuat naik gambar suami ke laman Instagramnya dan sering menghadiri majlis atau program seorang diri.
Namun hari ini Berita Harian Online memberitahu bahawa Diana telah pun memfailkan perceraian ke atas Zamarul. Ini telah disahkan oleh Diana sendiri:
Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi.
Hanya mereka saja yang tahu apa sebenarnya yang bergolak dalam perkahwinan mereka buat masa ini.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2009 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal. Malam tadi, Zamarul melalui akaun Instagramnya menyatakan tidak dapat menghabiskan makan malam dengan Diana dan anak mereka dan meminta maaf.
Kebelakangan ini kisah selebriti bercerai semakin kerap didengari. Bersamalah kita doakan yang baik-baik saja untuk pasangan ini. Mungkin keduanya sudah berusaha dan Diana merasakan ini jalan terakhir untuk hubungan mereka.