Thursday, March 12, 2015

Saiful Apek Ceritakan Cabaran Hidupkan Watak Warga Bangladesh

Pelawak dan pelakon, Saiful Apek muncul dengan filem terbarunya ‘Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh’ bermula 5 Mac lalu. Bergandingan dengan Zizan Razak, Emma Maembong dan Usop Wilcha, filem ini merupakan buah tangan terbaru pengarah prolifik Mamat Khalid.


Saiful Apek Hidupkan Watak Warga Bangladesh, info, terkini, hiburan, sensasi, filem

Menjayakan watak sebagai Mirdu, seorang warganegara Bangladesh, pemilik nama penuh Mohd Saiful Azam Mohammad Yusoff ini berkongsi pengalaman dan kesukaran dalam menghidupkan karektornya.

“Pertama sekali, saya harus mengakui yang watak ini sangat berbeza berbanding watak-watak yang pernah saya bawakan di layar lebar. Jika dalam filem-filem lain, pastinya saya akan menampilkan elemen komedi, kali ini saya membawakan watak yang agak serius. Mamat selaku pengarah juga mahu saya menampilkan sisi berbeza saya dalam filem ini,” ujar Apek memulakan bicara.


Saiful Apek Hidupkan Watak Warga Bangladesh, info, terkini, hiburan, sensasi, filem

Menceritakan pengalamannya bertutur Bahasa Bengali yang merupakan bahasa rasmi rakyat Bangladesh, seorang penterjemah membantu Apek dan pelakon-pelakon lain dalam melontarkan setiap dialog.

“Filem ini memerlukan saya bertutur dalam Bahasa Bengali, jadi saya harus meneliti setiap satu dialog agar apa yang saya lafazkan itu betul. Saya dan pelakon-pelakon lain dibantu oleh seorang penterjemah ketika di set penggambaran. Bagi saya, tidak sukar sangat kerana saya ada sedikit asas bercakap dalam Bahasa Urdu. Bahasa Urdu dan Bahasa Bengali tidak jauh bezanya,” kata Apek lagi.


Saiful Apek Hidupkan Watak Warga Bangladesh, info, terkini, hiburan, sensasi, filem

Dalam perkembangan lain, Apek bakal memasuki penggambaran bagi filem ‘Anak Mami Nasi Kandar’ arahan pengarah Dato’ Profesor A. Razak Mohaideen sekitar bulan Mac. Dia juga bakal bergandingan dengan Syanie dalam filem ‘Gangster Sampah Sarap’ yang akan memulakan penggambaran pada bulan Mei.

Sumber : tonton.com.my

Amar Baharin Dalam Diam Dah Bertunang?

Baru sahaja gosip mengenai Amar Baharin yang dikatakan intim dengan Amyra Rosli melanda, kini terdapat sekeping gambar Amar bersama seorang wanita yang tersebar sehingga menimbulkan spekulasi bahawa Amar telah bertunang secara diam-diam.


Amar Baharin Dalam Diam Dah Bertunang?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, amar baharin

Sebaik sahaja kami menghubungi Amar untuk mendapatkan penjelasan, Amar dengan tenang menafikan perkara tersebut dan mejelaskan perkara sebenar.

“Kalau ada gambar saya yang menampakkan saya macam bertunang, mungkin ia adalah salah satu babak dalam lakonan atau mungkin juga saya bergambar dengan peminat ketika pergi tengok kawan nikah,” katanya dengan nada bersahaja.


Amar Baharin Dalam Diam Dah Bertunang?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, amar baharin

“Tiada apa nak dirahsiakan. Kalau betul saya dah bertunang, takkanlah saya tak beritahu,” katanya jujur. Sementara itu, melalui sumber, gambar tersebut didakwa diambil pada tahun 2013 dan jika dilihat secara teliti, terdapat peralatan penggambaran di dalam gambar tersebut.

Mungkin juga ia sebenarnya hanyalah gambar seorang peminat bersama pelakon pujaan mereka. Jangan hampa peminat Amar di luar sana, pelakon ini mengaku masih solo.

Sumber : rotikaya

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?

Tindakan ikon fesyen, Wak Doyok memberi komen berbaur lucah di laman Instagram milik rakan artisnya iaitu Kilafairy telah mencetuskan kecaman dan kritikan dari pengikutnya di Instagram.


Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Semuanya bermula kira-kira seminggu lalu apabila Kilafairy memuatnaik foto di Instagram yang memaparkan susuk tubuh belakang tubuh badannya. Foto telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan antara yang turut memberikan komen ialah Wak Doyok sendiri.

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Namun, komen dari Wak Doyok itu mencetuskan kritikan apabila ianya berbaur lucah dan apabila ditegur oleh Kilafairy sendiri, Wak Doyok turut membalas dengan komen yang lebih berbaur lucah.

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Semuanya boleh dibaca sendiri menerusi kapsyen dan foto dibawah
Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Apa yang pasti, tindakannya itu mendapat kritikan ramai pemberi komen lain yang ada antaranya mempertikai kredibili Wak Doyok yang sebelum ini dilihat sering memberi nasihat berbentuk Islamik di Instagram miliknya sendiri.

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Malah ada beberapa pengikut turut menggelar Wak Doyok seorang yang `pervert` dan `gila seks`. Tidak dapat dipastikan apa reaksi dan motif Wak Doyok berhubung isu ini.

Selain itu, menerusi komen-komen lain, tindakan Kilfairy sendiri yang memuatnaik foto sedemikian turut dikritik. Ianya mengundang pelbagai lagi komen-komen berunsur lucah bukan hanya dari Wak Doyok sendiri tetapi pengikut-pengikut lain.

Apa-apa pun, mungkin Wak Doyok mempunyai jawapan dan motifnya tersendiri.


Sumber : murai

Cerita Dazrin Selepas Kemalangan

Menerusi laman Instagram dan Facebook milik pelakon Dazrin Kamarudin, beliau dilihat telah memuatnaik gambarnya yang telah mengalami kemalangan jalan raya.


Cerita Dazrin Selepas Kemalangan, info, terkini, hiburan, sensasi, dazrin kamarudin

Dua gambar yang disiarkan telah cukup membuktikan kereta berwarna merah miliknya rosak teruk dan remuk setelah bertembung dengan sebuah lori.

Nasib baik segalanya selamat. Dazrin tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kemaskini terbaru daripada pelakon ini “Despite the tragic incidence.. i am back on set.. #onset #beingstrong #fightingthepain #kasihjasmin #melaka” menyaksikan dia kembali bekerja dan berada di set drama lakonannya.

Terlebih dahulu sebelum ini, sahabat Dazrin yang juga seorang penyanyi dan pelakon, Salwa Razak memaklumkan kemalangan tersebut berpunca daripada keadaan Dazrin yang mengantuk.

“Pesan saya, jangan teruskan perjalanan kalau mengantuk,” tulis Salwa di akaun Instagramnya yang merujuk kepada gambar kemalangan melibatkan Dazrin.

Dazrin juga dalam Instagramnya ada memohon maaf jika dia ada mengguris perasaan sesiapa pada kapsyen gambarnya di Instagram. “Kisah mlm semalam.. sorry kalau daz dah kecewakan siapa2.. i am doing the best that i could to please everyone..”

Semoga Dazrin akan segera sembuh dan dapat meneruskan aktiviti seni seperti biasa.

Sumber : murai

Penyanyi Tegar Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Bekas Pengurus

Penyanyi remaja Indonesia, Tegar telah membuat laporan polis yang mana dia mendakwa telah menerima gangguan seksual daripada bekas pengurusnya, Arif Dollah ketika berada dibawah pengurusan lelaki tersebut.


Penyanyi Tegar Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Bekas Pengurus, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, tegar, artis cilik indonesia

Menerusi laporan media di Indonesia semalam, Tegar dan keluarganya telah meminta bantuan Komisi Nasional Perlindungan Anak dan membuat laporan polis hari ini (Khamis).

Menurut Ketua Komisi Nasional Perlindungan Anak, Arist Merdeka Sirait, laporan polis itu dibuat berikutan mereka merasakan ini merupakan perbuatan jenayah ke atas kanak-kanak.

Pihaknya turut mendapat info yang Arif juga pernah melakukan jenayah seksual terhadap anak tirinya yang ketika itu baru berusia 13 tahun (kini 21 tahun). Malah, bekas isteri Arif juga meminta mereka supaya berhati-hati.

Sementara itu, Tegar menerusi sidang media Aksi Menentang Kejahatan Seksual Terhadap Anak di Jakarta Timur semalam berkata, kejadian tersebut berlaku di antara bulan November 2014 hingga Januari tahun ini.

Ketika itu Tegar sedang berada di Malaysia untuk menjayakan sebuah konsert. Pengurusnya itu kemudian meminta dia untuk tinggal beberapa hari lagi di Kuala Lumpur.

Di situlah menurut Tegar bermulanya gangguan seksual terhadap dirinya. Antaranya ialah dia disuruh untuk tidur dengan hanya memakai seluar dalam sebelum pengurusnya itu akan mendekatinya dan cuba melakukan perkara tidak senonoh.

"Setiap kali mahu tidur, dia suka dekati. Saya tanya mahu apa sih? Saya mahu tidur capek (penat)…Dia ajak pula saya mandi bersama. Katanya mahu mandikan saya.

“Saya terkejut dan takut …Saya ikut sahaja kemahuan dia. Dan ya, kami mandinya biasa saja, sama-sama buka baju. Cuma tidak apa-apa yang berlaku,” ujarnya.

Ketika bersama Arif yang juga merupakan seorang warga Singapura, Tegar turut dihalang untuk pulang ke Indonesia selepas tamat mengadakan persembahan di Malaysia.

Tegar juga tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarganya dan Arif telah merampas telefon bimbit dan komputer riba kepunyaannya.

Isu ini hangat diperkatakan di Indonesia sejak semalam selepas ia didedahkan media di sana yang menganggap Tegar merupakan mangsa kepada seorang pedofilia (seorang dewasa yang gemar melakukan seksual terhadap anak kecil).

Sumber : murai

Wednesday, March 11, 2015

Akim Ahmad dan Hafiz Suip Gaduh?

Penyanyi Hafiz Suip menafikan dakwaan mengenai ketidakhadiran penyanyi Akim Ahmad pada majlis pertunangannya berpunca daripada perselisihan faham antara mereka.


Akim Ahmad dan Hafiz Suip Gaduh?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, akim ahmad, hafiz suip

Bagaimanapun Hafiz, 25, berkata, penyanyi lagu 'Mewangi' itu tertinggal penerbangan untuk ke Kuching bagi menghadiri majlis pertunangannya.

"Pada awalnya memang Aril, Hazama dan Akim berjanji untuk datang tetapi Akim ada rakaman pada malam sebelum itu dan habis pula lewat sehingga dia tertinggal kapal terbang keesokan hari.

"Pagi itu, dia menghubungi saya untuk menjelaskan bahawa dia tidak dapat bangun awal untuk penerbangan pagi itu. Dia ada minta maaf kerana tak dapat hadir," ujarnya kepada mStar Online.

Hafiz ditemui ketika pada sesi rakaman muzik video lagu Untuk Cinta, di Muzium Tentera Udara Malaysia (TUDM), di sini, Rabu.

Akim Ahmad dan Hafiz Suip Gaduh?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, akim ahmad, hafiz suip


Tambah Hafiz, dia tidak sedikit pun berkecil hati dengan apa yang berlaku malah memahami Akim mempunyai tanggungjawab terhadap kerjanya yang perlu diberikan keutamaan.

"Saya terkejut juga apabila ramai peminat yang sangka kami bergaduh. Bila masa pula kami bergaduh, hubungan kami baik-baik sahaja.

"Saya tidak kisah tentang perkara itu kerana dia ada kerja yang perlu diutamakan, lagi pun dia boleh datang masa perkahwinan nanti," ujarnya.

Hafiz selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang pelajar bernama Nureffy Jasreel Abdullah, 22 , dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak pada 27 Februari lalu.

Antara hadir pada majlis pertunangan itu ialah penyanyi Hazama dan Aril Pilus.

Sumber : mstar

Elfira Akui Baim Sedia Untuk Kahwin

Jika dilihat pada kesanggupan Baim Wong terbang jauh dari Jakarta semata-mata untuk meraikan sama hari ulang tahun kelahiran Elfira Loy, kami rasa pihak lelaki bagaikan bersungguh-sungguh betul mahu memenangi hati yang tersayang.


Elfira Akui Baim Sedia Untuk Kahwin , info, terkini, sensasi, hiburan, gosip, elfira loy, baim wong

Cuma jawapan yang diberikan oleh Elfira Loy bagaikan pula seakan-akan memberi peluang kepada lelaki lain di luar sana untuk menambat hatinya sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya status mereka ketika ini. Jika ya katakan ya.

“Sebetulnya saya tidak suka bercinta dengan orang itu atau orang ini. Saya tidak mahu bercinta dengan ramai lelaki atau bersilih ganti bertukar lelaki di dalam hidup saya. Kalau boleh saya hanya mahu mencintai seorang lelaki dan mengahwininya,” katanya.

“Siapa-siapa pun boleh jadi calon suami saya kalau mereka mahu mengahwini saya. Tetapi saat ini, hanya Baim saja yang mahu melangkah ke fasa yang seterusnya,” jelas Elfira lagi yang sebelum ini pernah mengakui bersedia untuk berkahwin ketika usia muda.

Jika itu jawapan Elfira mungkin juga kini mereka sedang serius bercinta, sebab itulah Baim mahu melangkah ke arah yang lebih serius lagi. Apa-apa pun keputusan Elfira, kami pasti ramai peminatnya yang sangat bersetuju dua jiwa ini disatukan dengan ikatan yang sah.

Sumber : rotikaya

Emma Maembong Nak Apa Sebenarnya?

Ramai yang menyalahkan Emma Maembong dengan menganggap bahawa gadis dari Terengganu ini berperangai kebudak-budakan dalam percintaan.


Emma Maembong Nak Apa Sebenarnya?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong


Putus cinta. Sambung semula dan sekali lagi dikatakan berpisah secara baik. Terkini, sebuah akhbar mengatakan bahawa Emma Maembong sedia terima lamaran Zizan Razak.

Namun, kenyataan itu disangkal oleh Emma menerusi laman Instagramnya. Pelik! Apakah status sebenar hubungan mereka ni?

    Siapalah saya untuk hukum dia lama-lama. Sebelum ini pun saya tidak pernah beri sebarang kenyataan yang memang tidak ada ruang langsung atau pintu hati saya tertutup buat dia.

Emma Maembong Nak Apa Sebenarnya?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong


    Kalau ada jodoh pada masa hadapan dan pada masa sama dia mengajak saya berkahwin, maka saya akan terima. Tak payah bercinta lama-lama. Tapi buat sementara waktu biarlah dulu perkara ini berlalu lagi pun saya kini tak mahu menaruh harapan padanya – Emma Maembong, Sinar Harian, 11 Mac 2015



Dalam temubualnya di rancangan Hlive! malam semalam, Emma Maembong menangis apabila diajukan persoalan mengenai hubungannya dengan Zizan Razak.
Persoalannya…

Kami tidak memihak kepada sesiapa mahupun mempertahankan wartawan, cuma kadang-kadang kami lihat kenyataan yang diberikan oleh Emma seolah-olah masih menyimpan harapan untuk kembali bersama dan agak mengelirukan.

Secara ringkasnya, kalau mahu katakan mahu, kalau tak nak, jangan bagi harapan lagi. Teruskan hidup masing-masing macam biasa. Apapun, kami turut mendoakan kebahagiaan Zizan dan Emma. Semoga mereka tabah.

Sumber : ohbulan

Monday, March 9, 2015

Zulin Aziz Buka Buku Baru

Seorang lagi rakan artis telah mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Terbaru, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz dilihat telah memuat naik foto terbarunya yang lengkap bertudung ke akaun Instagram.
Hiburan, info, sensasi, terkini, Zulin Aziz, Zulin Aziz Buka Buku Baru,

Berita penghijrahan ini turut dikuatkan lagi dengan status yang disertakan bersama gambar tersebut yang berbunyi;

"Buka buku baru.semoga lebih baik dr yg sebelumnya.doakan saya ya," tulis Zulin ringkas.

Peminat Zulin dilihat turut berkongsi kegembiraan dengan mengucapkan kata-kata tahniah dan pujian dengan keputusan ini.

Tahniah diucapkan kepada Zulin, semoga Zulin terus istiqamah dengan kuptusan ini dan seterusnya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berpanjangan di masa hadapan.


Sumber : mediahiburan.karangkraf