Tuesday, June 23, 2015

Atikah Suhaime Dedah Gambar Kekasih!

Seperti artis lain, Atikah Suhaime turut tidak terkecuali dilanda gosip hangat. Bukan namanya artis kalau diri tidak kena tempias gosip, tak gitu?


Atikah Suhaime Dedah Gambar Kekasih!

Apa yang dilihat sebelum ini Atikah Suhaime tidak pernah bercerita mengenai apatah lagi berkongsi kisah peribadinya di laman sosial.

Namun dek kerana sekeping gambar yang dimuat naik menerusi laman instagram miliknya bersama seorang lelaki telah menjerat dirinya untuk berbuka mulut berbicara mengenai perkara tersebut.


Atikah Suhaime Dedah Gambar Kekasih!

Menurut Atikah Suhaime, beliau tidak sengaja untuk memuat naik gambar tersebut. Tambahnya lagi gambar tersebut diambil secara spontan ketika beliau keluar bersama kawan-kawannya.

    “Memang saya tidak sengaja muat naik gambar-gambar itu. Tujuan saya bukan untuk dedahkan siapa dia. Ia diambil sewaktu keluar ramai-ramai dengan kawan.

    “Saya letak dalam Instagram dan tidak ada kapsyen yang spesifik. Tapi kalau ada yang bertanya saya tidak menafikan. Pada yang tahu, tahu, pada yang tidak tak apalah.


Demi menghormati karier lelaki tersebut, Atikah mengambil keputusan untuk tidak mahu mengaitkan namanya dalam situasi yang berlaku.

    “Apa pun saya menghormati karier dia dan kalau boleh saya tidak mahu heret dia dalam situasi saya. Kami ada ibu bapa dan keluarga yang perlu didahulukan. Ia sekadar hubungan rapat dan tidak ada ikatan yang rasmi,” katanya ketika dihubungi Zass.

Atikah dalam pada itu ketika ditanya mengenai kerjaya kekasihnya itu sebagai juruterbang bagaimanapun enggan memberi komen lebih lanjut sebaliknya lebih selesa mengunci mulut mengenai kerjaya teman lelakinya itu.

Beliau dalam pada itu meminta agar perkara ini tidak diperbesarkan memandangkan mereka berdua masih tiada ikatan rasmi.

    “Saya harap perkara ini tidak diperbesar-besarkan. Macam yang saya kata selagi tidak ada ikatan rasmi rasanya saya tak perlu ulas lanjut,” katanya. - gosipmalaysia

Zarina Zainuddin Muat Naik Gambar Berhijab Penuh

Melihatkan gambar yang dikongsikan di akaun Instagram milik Zarina Zainuddin sejak dua minggu kebelakangan ini (selain gambar makanan dan masakan), nampaknya Zarina bagaikan sudah mengenakan hijab sepenuhnya.


Zarina Zainuddin Muat Naik Gambar Berhijab Penuh

Rata-rata yang diambil Zarina adalah bersama rakan-rakan selebriti dan juga anaknya menunjukkan bahawa dia kini bagaikan sudah selesa berhijab atau mungkin juga ketika ini dia sedang mendalami watak dalam drama yang dibintanginya.

Zarina Zainuddin Muat Naik Gambar Berhijab Penuh

Apa-apa pun, perubahan tersebut dalam masa yang sama turut mendapat reaksi positif daripada peminatnya yang memuji dia cantik berhijab selain berharap penghijrahan tersebut akan berkekalan sampai bila-bila.

Jika benar Zarina Zainuddin sudah berhijab, pastinya ini merupakan satu perkara yang sangat positif dan bakal memeriahkan lagi industri seni tanah air dengan selebriti yang kini sudah ramai berhijrah demi kebaikan. - rotikaya

Zarina Zainuddin Muat Naik Gambar Berhijab Penuh

Zarina Zainuddin Muat Naik Gambar Berhijab Penuh

Zarina Zainuddin Muat Naik Gambar Berhijab Penuh

Rumah Tangga Ana Raffali Bergolak?

Melalui Melodi hari ini, Ana Rafalli menafikan khabar angin yang mendakwa kononnya rumah tangga penyanyi ini sedang bergolak. Pertama kali mendengar dakwaan tersebut, Ana sendiri menyatakan dia agak terkejut dengan perkara berkenaan.


Rumah Tangga Ana Raffali Bergolak?

“Ini kali pertama saya mendengar perkara ini. Kami bahagia saja. Malah sejak ada baby ini, hubungan kekeluargaan menjadi makin rapat,” jelas Ana Raffali kepada Melodi.


Rumah Tangga Ana Raffali Bergolak?

Selain sedang sibuk menguruskan keluarga, Ana juga ketika ini sedang bertungkus lumus untuk mengeluarkan album terbaru. Apa pun, semoga apa yang dilakukan pasangan ini dipermudahkan dan diberikan rezeki melimpah ruah. - rotikaya

Aiman Hakim Luah Perasaan Terhadap Mutu Drama Melayu

Mungkin kerana sudah terlalu lali membawa watak yang hampir sama, Aiman Hakim melalui Utusan Malaysia semalam mengakui bahawa dia juga penat dari segi mental kerana membawakan watak yang hampir sama malah turut melemahkan motivasinya sebagai pelakon.


Aiman Hakim Luah Perasaan Terhadap Mutu Drama Melayu

“Penat dari segi mental. Apabila dapat skrip yang hampir sama, motivasi sebagai seorang pelakon jadi lemah sebab kita tahu yang kita akan buat benda yang sama sampaikan dialog juga sudah boleh diramal. Balik-balik cerita sama,” katanya.

Selain turut mengakui peluangnya untuk mendapat skrip yang lebih baik agak terhad, dia terpaksa menerima keadaan itu dan mengalihkan pandangan penonton menerusi cara lakonan di layar televisyen selain menyifatkan kualiti adalah lebih pentuing daripada kuantiti.

“Saya tak mahu skrip yang ada bersepah-sepah dalam pasaran tapi cerita benda yang sama, asyik fokus kahwin, kahwin, kahwin! Umpama memperlihatkan yang orang Melayu ini tak fikir fasal hal lain selain kahwin. Padahal banyak lagi isu yang boleh diangkat untuk dijadikan sebuah drama yang bagus,” katanya.

Dalam masa yang sama, kekasih kepada Fathia Latiff ini juga pernah menghasilkan skrip namun tidak diterima kerana tidak sesuai untuk dijual bagi memenuhi kehendak penonton. Aiman akui dia perlu tampil membawa watak yang sama dengan cara yang lebih segar bagi mengelakkan penonton bosan. - rotikaya

Mia Ahmad Ditangkap Khalwat?

Mengakui terkilan dengan sikap individu yang memfitnahnya apabila mengaitkan dengan laporan mengenai seorang aktres ditangkap khalwat baru-baru ini, Mia Ahmad ia dianggap sebagai fitnah yang sangat memalukan selain menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.


Mia Ahmad Ditangkap Khalwat?

“Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan saya memberitahu tentang gosip tersebut. Selepas membacanya sudah tentu saya rasa sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan maruah saya,”

“Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu itu tahu apa hukum orang yang memfitnah. Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia sudah di luar batasan.


“Saya harap individu itu sedar dengan kelakuannya yang menganiaya orang yang tidak bersalah,” kata Mia. - rotikaya


Mia Ahmad Ditangkap Khalwat?

Mia Ahmad Ditangkap Khalwat?

Mia Ahmad Ditangkap Khalwat?

Mia Ahmad Ditangkap Khalwat?

Mia Ahmad Ditangkap Khalwat?

Friday, June 19, 2015

Foto Jejaka Kacak Bersama Neelofa Cetus Tanda Tanya

Baru-baru ini, selebriti Neelofa ada memuat naik foto mesra bersama seorang jejaka yang agak kacak rupanya di laman Instagram miliknya. Jika dilihat wajah jejaka tersebut jelas mempunyai ciri-ciri Pan Asian.


Foto Jejaka Kacak Bersama Neelofa Cetus Tanda Tanya

Menurut portal Murai,  Neelofa sedang bekerjasama dengan lelaki tersebut yang merupakan seorang model bernama Malek Marcus McCorne, kacukan Melayu dan Kanada. Kami tidak tahu projek apa yang mereka sedang usahakan tetapi mereka sering nampak bersama.


Foto Jejaka Kacak Bersama Neelofa Cetus Tanda Tanya

Ada peminat dan pengikut Neelofa merasakan mungkin mereka sedang menjalinkan hubungan cinta dan berdoa agar mereka bersama sehingga ke jinjang pelamin. Tidak dinafikan memang mereka nampak sepadan bersama, iyalah sorang cantik sorang lagi handsome. Tapi kita tidak boleh cepat cetuskan spekulasi sehingga tuan empunya badan umumkan perkara itu sendiri. Sumber Berita: Murai

Suami Zizie Ezette, Bung Mokhtar Mengamuk Dalam Dewan Rakyat

Panas kisah suami Zizie Ezette, Datuk Bung Mokhtar Raden yang diaktakan mengamuk di dalam Dewan Rakyat. Marah akan tindakan sekumpulan wanita yang menceroboh rumahnya dengan membawa sepanduk dan melempar pelbagai tuduhan dan hinaan, Bung Mokhtar tampil mempertahankan isu tersebut di dalam dewan sehingga menimbulkan ketegangan.


Suami Zizie Ezette, Bung Mokhtar Mengamuk Dalam Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Kinabatangan dikatakan mengamuk sehingga mengeluarkan perkataan ‘bastard’ ketika mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang berhimpun bersama 30 wanita lain di perkarangan rumahnya, Rabu, semalam.

    “Saya ingin memaklumkan sekumpulan wanita telah dihantar oleh Ahli Parlimen Ampang menceroboh rumah saya. Membawa sepanduk dengan pelbagai tuduhan dan hinaan dengan jeritan reformasi dan sebagainya.

    “Laporan polis telah dibuat tetapi Dewan ini, apa-apa kita selesai di sini, jangan biadap. Nasib saya tidak ada, kalau saya ada mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya,” katanya dalam nada tegas sambil disindir ahli dewan lain.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian bangun mencelah dan berkata:

    “Apa masalah?”


Bung Mokhtar tampil membidas sehingga menggunakan perkataan yang dianggap kurang sesuai:

    “Masalah dia penceroboh, and you shut up! Bastard. Kalau laki-laki, jantan, keluar kau. Ini melibatkan maruah dan nyawa keluarga saya. Ancaman ini tidak baik. Ini perbuatan biadap oleh Ahli Parlimen Ampang,” katanya.

Jelas Bung Mokhtar dalam sidang media selepas itu, tindakan kumpulan wanita itu telah menimbulkan ketakutan terhadap keluarganya.


Suami Zizie Ezette, Bung Mokhtar Mengamuk Dalam Dewan Rakyat

Katanya, Zuraida tidak sepatutnya menjadikan teguran di dalam dewan sebagai isu peribadi, bahkan pihak Dewan telah menolak usul supaya beliau dikenakan tindakan tatatertib.

    “Saya hanya menegur, jika dia (Zuraida) agresif di rumah, suami YB menderita. Kalau tidak betul, means nothing.

    “Isteri PM boleh pula dia marah, kita kutuk, dia marah,” ujarnya di sidang media usai sesi perbentangan parlimen semalam.

Menurutnya juga, Bung Mokhtar sanggup memaafkan perbuatan kumpulan wanita tersebut namun tidak sesekali akan melupakannya. - gosipmalaysia

Untuk Menonton : Klik Butang Tonton Video Dibawah Ini

Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Zulin Aziz Kini Berhijab Sepenuhnya melahirkan rasa terkilan apabila ada pihak yang menuduhnya menggunakan bomoh bagi mendapatkan cinta anggota Ariz Forteen kerana fitnah tersebut dianggap melampau.


Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Apa yang pelik, wujud komen tak masuk dek akal itu adalah daripada individu yang menggunakan nama @sitifatimahlufias88 dan sudah beberapa kali berlaku sehingga membuatkan dia hilang sabar.

Zulin yang berfikiran positif menganggap mungkin individu tersebut cemburu melihat hubungan mesranya dengan Ariz dan dengan cara fitnah tersebut untuk membuatkan dua artis tersebut bermusuhan. Maklumlah gosip ‘Zulin Aziz Dan Ariz Lufias (Forteen) Bertunang‘, memang membuatkan ramai cemburu!


Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Namun dalam masa yang sama, Ariz juga turut digangu individu terbabit disebabkan terlalu fanatik dengan penyanyi tersebut.

    “Saya tidak tahu wanita berkenaan ada masalah mental atau dia sekadar suka-suka menganggu dan menuduh saya tetapi ia semakin tidak terkawal.

    “Malah Ariz sendiri yang memaklumkan kepada saya tentang tuduhan terbaharu yang mengatakan saya menggunakan ilmu hitam,”



Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Zulin Aziz dan Ariz hanya berteman biasa, hanya peminat sahaja yang salah faham. Disebabkan kemesraan tersebut wujud segelintir peminat yang cemburu dan taksub dengan artis kesayangan mereka menyebabkan perkara ini terjadi dan berharap golongan ini hentikan perbuatan tersebut.


Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Penulis berharap kontroversi ini akan berakhir, kalau tuduhan tersebut semakin melampau diharap Zulin Aziz buat sahaja laporan polis seperti apa yang terjadi kepada ‘Tasha Shilla Buat Laporan Polis Isu Foto Bo9el Tersebar‘. Apa pun teruskan bersabar dalam menghadapi dugaan sebagai anak seni. - gosipmalaysia

Amy Mastura Didorong Peminat & Rakan Untuk Bertudung

Selepas primadona Malaya Erra Fazira bertudung kini giliran penyanyi Amy Mastura mengikut jejak langkahnya selepas 2 minggu mengenakan tudung. Perkara ini telah disahkan sendiri olehnya dan apa yang diharapkannya selama ini telah pun termakbul setelah diberikan hidayah oleh Allah Taala dan berkat juga doa daripada sahabat handai dan peminat-peminat yang tidak putus untuk mendoakan dirinya.


Amy Mastura Didorong Peminat & Rakan Untuk Bertudung

“Saya didorong oleh kawan-kawan dan peminat di samping diri saya sendiri yang berminat untuk bertudung. Sebelum ini saya suka membeli tudung dan bagi kepada orang dan saya suka sangat apabila melihatkan orang bertudung tapi nak memulakan diri sendiri saya tak tahu macam nak bermula”

“Suatu hari bila saya sesi fotografi untuk raya saya kena bertudung dan sejak hari itu saya terus pakai sehinggalah sampai ke hari ini. Buat masa sekarang saya tidak kekok langsung dan sampai sekarang belum ada hari yang saya keluar terlupa untuk pakai”

“Rezeki yang Tuhan bagi saya senang tidak ada masalah dan dipermudahkan selepas dikurniakan hidayah ini,” katanya yang ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Sony Music Malaysia.Tambahnya lagi, keluarga banyak menyokong dan memberikan galakan untuk dia bertudung walaupun pada mulanya mereka agak pelik. Bagaimanapun, kariernya tetap akan berjalan seperti biasa.

“Alhamdulillah suami dan anak mereka terima saya seadanya. Pada mulanya mereka agak pelik tetapi sekarang sudah biasa. Saya akan teruskan karier, sebab saya bukan buat satu penghijrahan yang drastik. Saya memilih untuk bertudung ialah sebagai langkah kecil untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik”

“Keputusan untuk bertudung sangat pantas kerana itu merupakan rezeki, selain kawan-kawan yang memberikan semangat terutamanya peminat-peminat yang tak putus-putus berdoa,” katanya. - rotikaya