Monday, October 19, 2015

Maria Farida Didakwa Rampas Suami Kawan Sendiri?

Sejak beberapa hari lepas,gosip Maria Farida yang menjadi orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangga rakan karibnya Datin Karen Rahman telah mula viral di media sosial.


Maria Farida Didakwa Rampas Suami Kawan Sendiri?

Semuanya bermula apabila Miss Kepoh telah memuat naik satu foto dimana seorang individu yang dekat dengan Datin Karen memberitahu Maria sudah merampas suami kepada pengasas KR Beauty Care itu dan turut menggunakan ayat guna-guna (manderam)  untuk mendapatkan lelaki berkenaan.


Maria Farida Didakwa Rampas Suami Kawan Sendiri?

Pada awalnya ramai yang seakan tidak mengambil peduli akan gosip tersebut tetapi perkara ini telah disahkan sendiri oleh Datin Karen menerusi akaun Facebooknya bahawa Maria sanggup untuk merampas suaminya.


Maria Farida Didakwa Rampas Suami Kawan Sendiri?

Walaubagaimanapun,  timbul pula satu cerita yang membuatkan keadaan menjadi lebih rumit apabila anak Datin Karen iaitu Shazleen menerusi akaun Instagramnya mendedahkan perangai sebenar ibunya yang hanya “berdrama” sebagai mangsa keadaan sedangkan beliau juga seorang kaki clubbing dan pernah ditangkap khalwat bersama lelaki lain sebelum ini.

Malah, Datin Karen yang menggunakan akaun Facebook atas nama Izlny Karen  selalu mabuk teruk, tidak menghormati suami dan sering menghalau anak-anaknya yang kini dijaga oleh bapa mereka.

Buat masa ini, Maria Farida belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan. Kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera agar ia tidak berpanjangan dan menjadi lebih sulit selepas ini.-beautifulnara

Salman Khan Bertunang Dengan Gadis Romania?

Nama bintang Bollywood, Salman Khan kembali menjadi hangat berita utama di India selepas dikhabarkan telah bertunang dengan aktres dan hos terkenal Romania, Lulia Vantur.


Salman Khan Bertunang Dengan Gadis Romania?

Menurut laporan, Salman Khan dan Lulia Vantur telah melangsungkan majlis pertunangan secara senyap-senyap dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Perkara tersebut turut disahkan sendiri pihak pengurusan Lulia Vantur yang kini berada di Bucharest, Romania  yang mendakwa berita majlis pertunangan tersebut adalah benar.

Malah menerusi foto terbaru Lulia Vantur sewaktu berada di Romania menunjukkan wanita berusia 35 tahun itu sedang memakai sebentuk cincin hasil pertunangannya dengan Salman Khan.

Sebelum ini, Salman Khan pernah membuat pengakuan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Lulia Vantur kepada umum sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan adik perempuannya, Arpita Khan.

Terbaru, Lulia Vantur dilihat menemani aktor berusia 49 tahun itu di set penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan dan tidak lama sebelum ini  Salman Khan pernah membuat kenyataan kononnya dia bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

Salman Khan dan Lulia Vantur pertama kali bertemu pada tahun 2010 di Dublin, Ireland sewaktu menjalani penggambaran filem berjudul ‘Bodyguard’.-astrogempak

Nabil Ahmad Dikritik Buat Lawak Tak Kena Di Gegar Vaganza

Semalam, konsert pertama Gegar Vaganza telah berlangsung, tidak dapat kami nafikan bahawa kesemua otai-otai yang bertanding kali ini memang cukup power dan membuktikan mereka memang layak untuk bergelar penyanyi meskipun ada yang sudah beberapa tahun tidak aktif dalam bidang hiburan.  Kata orang suara memang sebijik macam kita dengar di dalam kaset mahupun di radio.

Nabil Ahmad Dikritik Buat Lawak Tak Kena Di Gegar Vaganza

Walaubagaimanapun, ada sedikit perkara yang mungkin membangkitkan beberapa kritikan antaranya ialah lawak pengacara Nabil Ahmad yang dianggap tidak kena dan kurang sensitif.




Pada persembahan Zul Handy Black semalam, Nabil ada bertanya tentang lukisan yang berada di atas pentas dan beliau telah menyamakan lukisan tersebut dengan sekumpulan ahli muzik yang cacat penglihatannya iaitu Caliph Buskers.

Apa pula pendapat anda? Sesuai ke lawak Nabil tu? Hurmm, pada kami pembukaan Gegar Vaganza pada tahun ini memang terbaik dan harap ia akan terus menarik perhatian penonton, cuma mungkin Nabil boleh tapis lawak beliau agar tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak.-beautifulnara

Saturday, October 17, 2015

Justin Bieber Kecewa Foto Bogel Dirakam Paparazi

Penyanyi Justin Bieber meluahkan rasa kecewa apabila foto bogel yang dirakam paparazi dan disebarkan di internet sehingga menjadi bahan bualan seluruh dunia.

Justin Bieber Kecewa Foto Bogel Dirakam Paparazi


Menurut laporan Hollywood Life, perkara itu benar-benar mengganggu fikiran kerana menyifatkan privasinya telah diceroboh.

Justin Bieber Kecewa Foto Bogel Dirakam Paparazi


Foto bogel Justin ketika bercuti di Pula Bora-Bora bersama kekasih baharunya masih lagi menjadi bualan ramai.
"Bagaimana mereka sanggup  melakukan semua ini. Saya rasa privasi saya diceroboh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya malu untuk berdepan dengan khalayak.

"Bukankan kita sepatutnya berasa tenang ketika sedang bercuti? Harga diri saya  kini benar-benar jatuh," katanya.

Baru-baru ini, Justin mencetuskan kontroversi apabila menunjukkan tubuh badannya tanpa seurat benang ketika sedang bercuti dengan dengan kekasih terbaharunya, Jayde Pierce di Pulau Bora Bora, Perancis.-mstar

Zamani Lari Kerana Pengasih Halang Keluar?

Industri hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita mengenai bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim yang didakwa telah melarikan diri dari rumah pemulihan, PENGASIH malam Jumaat dengan menaiki sebuah kereta bersama individu tidak dikenali.


Zamani Lari Kerana Pengasih Halang Keluar?


Susulan itu, pengurus Zamani, Johan Aziz menerusi satu kenyataan tampil memaklumkan bahawa tempoh rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah penyanyi itu selama enam bulan telah tamat.
“Saya ada terbaca kenyataan pihak PENGASIH mencari Zamani seperti penjenayah yang dikehendaki dan merasakan ia sebagai tidak wajar.

“Zamani dengan suka rela menawarkan diri untuk menjalani rawatan pemulihan di Rumah PENGASIH atas nasihat keluarganya. Malah, tempoh ditetapkan adalah selama enam bulan dan dia (Zamani) sudah melebihi tempoh selama dua bulan di sana.

“Saya ada menjenguk Zamani ketika Hari Raya Aidilfitri lalu, dan dia ada menyuarakan hasrat untuk keluar dari PENGASIH bagi menjalani kehidupan seperti biasa namun permintaannya itu dihalang oleh pihak berkenaan.

“Saya tidak ingin mengganggu apa yang diuruskan pihak mereka namun dalam masa sama, saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Zamani sendiri,” katanya kepada BH Online.

Tambah Johan, penyanyi Gerimis Mengundang itu juga pernah meluahkan hasrat padanya untuk fokus kepada kerjaya seni dan menerima tawaran menyanyi kerana sudah lama berehat.

Dalam perkembangan lain, Johan memaklumkan Zamani akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan perkara ini kepada umum dalam masa terdekat.

Terdahulu, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu.-mynewshub

Almy Nadia Minta Tidak Dibandingkannya Dengan Che Ta

Baru-baru ini pelakon Almy Nadia telah memuat naik gambarnya dengan anak di Instagram. Seorang pengikutnya telah memberikan pandangan untuk Almy menjaga imejnya seperti hot mama Rozita Che Wan atau Che Ta yang sentiasa bergaya dan menawan.


Almy Nadia Minta Tidak Dibandingkannya Dengan Che Ta

Mungkin agak terganggu dengan komen pengikutnya itu, Almy meminta agar dirinya tidak dibandingkan dengan Che Ta.

Almy Nadia Minta Tidak Dibandingkannya Dengan Che Ta

Mendakwa dirinya sedang berada dalam van untuk perjalanan bagi menjalankan perniagaan, dia hanya memakai pakaian ringkas seperti kemeja-T saja. Dia seterusnya memuat naik gambarnya ketika sedang berniaga.

Almy Nadia Minta Tidak Dibandingkannya Dengan Che Ta

Mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Almy. Che Ta banyak menumpukan pada perniagaan secara online iaitu tudung dan wangian yang mendapat sambutan ramai. Lain pula ceritanya dengan Almy yang lebih banyak berniaga dengan berpanas di karnival atau gerai dan bertemu secara langsung dengan pelanggan.


Almy Nadia Minta Tidak Dibandingkannya Dengan Che Ta



Bagaimanapun, mungkin Almy tidak perlu bersikap terlalu defensif dengan komen pengikutnya. Asalkan kita tak buat apa-apa kesalahan, tidak perlu mempertahankan diri, bukan? Semoga perniagaan Almy bertambah maju dan semoga Almy mencapai apa saja yang diimpikan selepas ini.-beautifulnara

Thursday, October 15, 2015

Kelakar Daud McKienzie Suami Lana Nodin Berbahasa

Seronok pula melihatkan gelagat suami si Lana Nodin ni yang memang berusaha untuk memahirkan diri dalam bercakap dalam bahasa Melayu. Memang nampak ada perubahan sedikit demi sedikit, tahniah!

Kelakar Daud McKienzie Suami Lana Nodin Berbahasa

Nampaknya berhasil juga latihan Daud McKienzie Suami Lana Nodin Belajar 10 Perkataan Setiap Hari. Kalau tak percaya boleh lihat sendiri beberapa koleksi video Daud bercakap dalam bahasa Melayu, memang comel dan mencuit hati.



Pasangan romantik, Lana Nodin dan David McKienzie atau Mohd Daud McKienzie ini disatukan 15 Mei 2015. Dalam pada itu Lana kini disahkan hamil anak pertama walaupun sebelum ini pernah merancang untuk memiliki cahaya mata setelah 2 tahun berkahwin.

Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi jangan ditolak kan, ramai lagi yang menanti peluang untuk memiliki cahaya mata namun tidak berkesempatan.
    “Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi.

    “Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” jelas Lana.


Apa-apa pun tahniah buat pasangan sejoli ini. Semoga dilimpahkan rezeki dan diberi barakah dalam rumah tangga yang dibina.-gosipmalaysia

Cara Fahrin Ahmad Kurangkan Kontroversi

Kebanyakan artis dan selebriti kita diburu media dan kontroversi panas berpunca daripada diri sendiri yang gemar berkongsi setiap gambar dan aktiviti di media sosial tanpa berfikir dahulu.


Cara Fahrin Ahmad Kurangkan Kontroversi


Akibatnya diri sendiri yang menanggung malu dan rimas untuk melayan segala kritikan serta persoalan ramai. Bagaimanapun lain pula bagi hero malaya, Fahrin Ahmad yang lebih berhati-hati dalam berkongsi apa sahaja di laman sosial agar tidak menjadi bahan kritikan umum.

Cara Fahrin Ahmad Kurangkan Kontroversi


Bagus juga tindakan Fahrin Ahmad ni sekurang-kurangnya dapat mengurangkan dosa sesetengah pihak yang gemar sahaja mengkritik dan memberi komen-komen yang tidak membangun.

Cara Fahrin Ahmad Kurangkan Kontroversi


    “Alhamdulillah, tak ramai yang meletakkan komen berbentuk kutukan di Instagram saya. Mungkin tipnya ialah, bila nak muat naik gambar, kita perlu berjaga-jaga. Walaupun memuat naik gambar dengan rakan-rakan, saya perlu teliti ada setiap ruang dalam gambar itu, adakah ia boleh mengundang persoalan dan kritikan.

    “Gambar saya bersama rakan yang memegang vape pun saya takkan muat naik dalam Instagram. Saya cuba mengurangkan apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kontroversi,” jelasnya.-gosipmalaysia

Pengarah Wanita Buat Anzil Nawawi Bengang?

Mungkin sudah diduga dan mungkin tidak dapat lagi ditahan untuk pelakon dan juga pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi daripada mengeluarkan kenyataan tidak puas hatinya.


Pengarah Wanita Buat Anzil Nawawi Bengang?

Kenapa pula agaknya Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil ni? Ada yang tak kena ke? Rupa-rupanya seseorang yang dikenal pasti sebagai seorang pengarah wanita telah menimbulkan rasa kurang senang Pak Nil lantas membuatkan dirinya bertindak memuat naik status yang agak panas menyindir pengarah tersebut.


    Harini gua kena kencing dengan pengarah wanita yg janji nak dtg jadi tetamu gua untuk #hlive#apakatamalaysia. Standard ar, tutup fon n xbalas mesej. Gua takde hal punya, sbb awal2 bila nama lu naik gua dah bg tau producer, betul ke lu akan muncul? Tekaan gua betul. So sekarang gua senyum je..


Pengarah Wanita Buat Anzil Nawawi Bengang?

Difahamkan pengarah tersebut seharusnya hadir di program #apakatamalaysia yang dihoskan oleh Pak Nil namun sebaliknya yang berlaku dan perkara tersebut sepertinya sudah dijangka oleh Pak Nil.Bagaimanapun, tindakan pengarah wanita itu menunjukkan dirinya yang tidak berdisiplin dan tidak beretika sekaligus merosakkan nama sendiri. Siapa agaknya pengarah tersebut? Rasa-rasa kenal tak? Mohon sangat perkara seperti ini tidak akan berlaku melainkan sesuatu yang tidak diduga dan dimaklumkan terlebih dahulu.-gosipmalaysia