Monday, November 16, 2015

Uqasha Senrose Jalin Hubungan Istimewa Bersama Remy Ishak

Baru-baru ini, katanya tersebar khabar angin yang mendakwa pelakon Uqasha Senrose kini sedang menjalin cinta bersama dengan Remy Ishak. Bagaimanapun, Uqasha melalui rancangan Melodi menafikan perkara berkenaan.

Uqasha Senrose Jalin Hubungan Istimewa Bersama Remy Ishak


“Eh takde, Uqasha memang berkawan, kawanlah macam biasa. Saya memang berkawan, kawan je. Saya tak tau sebab saya tak tau apa yang jadi pada in future. Tapi for now memang saya berkawan saja”

“Takde pun fikir apa-apa ke takde, saya kawan, jumpa kat event, duduk sekali, nothing serious,” jelasnya. Bagaimanapun reaksi Uqasha dalam temuramah itu bagaikan terkelu dan hilang kata-kata apabila dinyatakan bahawa dia dilihat mesra ketika duduk bersama dengan Remy Ishak dalam satu majlis anugerah baru-baru ini.

Uqasha Senrose Jalin Hubungan Istimewa Bersama Remy Ishak

Nampaknya ketika ini nama Uqasha sedang hebat diheret kontroversi yang rata-ratanya berkaitan dengan lelaki. Mujur Uqasha bijak menjawab persoalan. Sementara itu, Remy pun menjawab kini dia terbuka untuk berkawan dengan semua orang.-rotikaya

Uqasha Senrose Jalin Hubungan Istimewa Bersama Remy Ishak

Uqasha Senrose Jalin Hubungan Istimewa Bersama Remy Ishak

Uqasha Senrose Jalin Hubungan Istimewa Bersama Remy Ishak

Perubahan Syatilla Melvin Yang Sangat Mengejutkan

Pelakon Syatilla Melvin yang kini sudah pun berhijab hampir dua minggu menjelaskan bahawa dia akan meletakkan syarat baru apabila bergandingan dengan pelakon lelaki di dalam filem mahupun drama.


Perubahan Syatilla Melvin Yang Sangat Mengejutkan


“Apabila sudah bertudung, adab dan kesopanan sebagai seorang wanita perlu dijaga. Jika boleh, saya akan elak watak yang memerlukan bersentuhan dengan pelakon lelaki,” jelasnya kepada Kosmo! Online.


Perubahan Syatilla Melvin Yang Sangat Mengejutkan


Selain itu, Syatilla juga menjelaskan bahawa dia kini sudah mula mengumpul koleksi tudung untuk digayakan selain mahu menjual koleksi pakaiannya lamanya melalui Instagram. Malah pelakon ini juga mahu memadam gambar-gambar dirinya yang tidak bertudung di akaun laman sosial.
“Buat masa ini, gambar lama saya tidak bertudung memang masih ada di akaun Instagram. Bagaimanapun, saya akan padam gambar tersebut. Cuma, perkara itu mengambil masa memandangkan tiada aturan membolehkan dipadam secara keseluruhan”

“Jadi, setiap malam saya perlu lakukan satu persatu membuang gambar tak bertudung dari akaun tersebut,” jelasnya yang enggan menjawab persoalan berkaitan Shaheizy Sam. Semoga penghijrahan Syatilla bakal membawa perubahan yang lebih baik di dalam kehidupannya.-rotikaya


Perubahan Syatilla Melvin Yang Sangat Mengejutkan

Perubahan Syatilla Melvin Yang Sangat Mengejutkan

Perubahan Syatilla Melvin Yang Sangat Mengejutkan

Abam Bocey Mahu Bawa Ibu Tunaikan Umrah Sebelum Kahwin

Jika sebelum ini Abam Bocey pernah menyatakan rasa sedih kerana rata-rata wanita yang mengenalinya hanya ingin menumpang populariti, baru-baru ini melalui Mangga Online, Abam menyatakan bahawa kini sedang mengenali hati budi seseorang.


Abam Bocey Mahu Bawa Ibu Tunaikan Umrah Sebelum Kahwin


“Tentang jodoh saya letak belakang dahulu. Kalau ikut senarai mungkin ia di tempat keempat. Saya masih banyak tanggungjawab terutamanya kepada keluarga. Sebelum berkahwin saya mahu bawa ibu mengerjakan umrah dan haji”

“Kami baru kenal dan masih lagi berkawan,” jelas Abam ketika disoal mengenai perihal rakan wanita ujar ketika majlis tayangan perdana filem lakonannya berjudul Ada Apa Dekat Bus Stop (AADBS).

Selain itu Abam melalui rancangan Melodi baru-baru ini turut menjawab bahawa dirinya tersinggung apabila bergurau mengenai fizikalnya. Secara mudahnya kata Abam, walaupun dia pelawak tetapi bukanlah setiap masa dia mampu berjenaka sebaliknya apabila tiba masa serius, maka peminat pun harus menghormati dirinya.-rotikaya

Luahan Hati Zizan Razak Isu Kontroversi

Terpalit kontroversi bagaikan tiada penghujung, Zizan Razak menyatakan bahawa dirinya penat untuk berhadapan dengan perkara tersebut namun dalam masa yang sama masih melihat kontroversi daripada sudut positif.


Luahan Hati Zizan Razak Isu Kontroversi


“Apabila orang bercakap tentang saya bermakna mereka sayang dan berikan perhatian kepada saya. Sebab itu orang asyik bertanya jika ada sesuatu isu baru timbul. Kalau ia cerita yang tidak sedap didengar, saya tak akan jawab”

“Mana perkara yang tidak betul, saya akan perbetulkan dan biarkan sahaja ia senyap. Mulut orang bila dah penat bercakap nanti berhenti juga. Kadangkala rasa penat juga apabila orang tidak habis-habis mencari kesalahan saya sahaja”

“Jika ada yang reka cerita tidak benar biarlah orang itu tanggung sendiri. Saya reda sahaja. Saya tidak tahu ke mana mahu mengadu dan siapa lagi boleh dipercayakan? Hanya pada Tuhan saya berdoa dan memohon maaf. Itu yang membuatkan saya kuat bertahan,” luah pelakon berkenaan kepada portal Mangga Online.

Selain itu dalam masa yang sama, Zizan turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama Kamal Adli namun akan mencari keselesaan bersama agar tidak menyusahkan mana-mana pihak.-rotikaya

Luahan Hati Zizan Razak Isu Kontroversi

Luahan Hati Zizan Razak Isu Kontroversi

Luahan Hati Zizan Razak Isu Kontroversi

Friday, November 6, 2015

Nadia Annuar Bakal Nikah, Dedah Identiti Calon Suami!

Alhamdulillah, sudah sampai seru. Nadia Annuar kini menghitung hari untuk disatukan dengan jejaka pilihannya. Beliau menjelaskan bakal mendirikan rumahtangga pada pertengahan November ini dengan jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang jutawan muda dalam perniagaan jualan langsung.


Nadia Annuar Bakal Nikah, Dedah Identiti Calon Suami!


Walaubagaimanapun, Nadia Annuar enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis tersebut. Sebaliknya hanya memaklumkan majlis tersebut bakal berlangsung pada pertengahan November ini.
    “Saya tidak mahu dedah dahulu bila tarikh majlis itu, cuma pertengahan November kalau tiada aral, kami akan dinikahkan. Bakal suami saya bernama Hafiz, dan kalau ikutkan kami sudah bertunang beberapa bulan lalu”

    “Sebelum ini saya pernah bercinta lama, tetapi tidak ke mana juga. Jadi bila berkenalan dengan Hafiz, kami belajar tentang apa yang kami mahu dalam hubungan ini. Tidak perlu lama-lama bercinta dan ambil keputusan untuk berkahwin lebih cepat,” jelasnya kepada Utusan Online.


Nadia Annuar Bakal Nikah, Dedah Identiti Calon Suami!

Nadia Annuar Bakal Nikah, Dedah Identiti Calon Suami!

Apapun tahniah diucapkan kepada Nadia Annuar kerana bakal membina sebuah keluarga tidak lama lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan!-gosipmalaysia

Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!

Baru-baru ini Lisa Surihani dan Yusry telah selamat menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Yahaira Leanne. Dan apa yang pasti ia merupakan berita gembira buat para peminat.


Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!


Namun sehingga kini tiada lagi gambar penuh yang dikongsikan oleh Lisa Surihani dan Yusry. Lantaran itu, ada segelintir Pengikut Pertikai Lisa Surihani Tak Kongsi Gambar Anak.

Menurut Lisa, walaupun sebelum ini hanya sekeping gambar cahaya matanya itu dikongsikan bersama, sudah terdapat banyak akaun palsu di laman sosial yang menggunakan gambar tersebut dan menjadi akaun untuk menjual beli dan juga servis. Hal ini amat membimbangkan buat kedua pasangan ini.


Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!


    “Bayangkan selepas foto kami bertiga didedahkan, kami sendiri terkejut melihat betapa banyak akaun laman media sosial termasuk Instagram yang diwujudkan khalayak atas nama Yahaira. Ada pula yang mengambil keuntungan di atas akaun terbabit dengan menjual barang dan perkhidmatan”.

    “Hal ini sendiri cukup merisaukan Lisa sebagai ibu,” jelas Lisa kepada BH Plus. Sebelum ini, pasangan ini pernah memberitahu bahawa mereka mahu membesarkan Yahaira sama seperti kanak-kanak lain dan mengharapkan agar peminat dan orang ramai dapat menghormati privasi mereka.


Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!

Jika inilah keputusan Lisa dan Yusry siapa kita untuk mempertikaikan. Lagipun mungkin ini cara terbaik Lisa dan Yusry melindungi anak mereka. Apapun tak dapat dinafikan ramai lagi di luar sana yang masih mengharapkan Lisa berkongsi gambar anak sulungnya kepada umum. Sama-samalah kita tunggu, mungkin Lisa dan Yusry akan kongsikan gambar anak mereka suatu hari nanti?-gosipmalaysia

Izreen Azminda Cari Lelaki Berduit?

Mengakui tidak meletakkan penghalang untuk kembali bergelar isteri, Izreen Azminda menjelaskan bahawa dia sukakan lelaki yang mampu memberikan sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin dirinya.


Izreen Azminda Cari Lelaki Berduit?


“Saya suka lelaki yang boleh memberi saya sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin saya. Bukanlah mencari kemewahan, cukuplah dia boleh menjaga saya dengan baik. Sekarang ini semua perkara perlukan duit”

“Cinta tanpa duit seperti tidak bernilai. Tidaklah mencari seseorang yang kaya-raya. Seperti saya katakan, cukuplah dia mampu untuk menjaga saya. Bukan sahaja dari segi wang ringgit, perlu juga cukup ilmu dan pengetahuan agama,” jelasnya kepada portal Mangga Online.

Bagaimanapun, menurut Izreen, waktu sekarang adalah masa untuk dirinya memberi seluruh tumpuan dan juga fokus kepada bidang kerjaya dan tidak mahu terburu-buru mengenai soal jodoh. Bahasa mudahnya, Izreen tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen.-rotikaya

Kamal Adli Kini Hilang Hormat Pada Zizan Razak?

Umum mengetahui baru-baru ini pelakon Kamal Adli telah digugurkan daripada membintangi filem sekuel yang turut dibintangi Zizan Razak. Bagaimanapun perkara tersebut jelas sekali melahirkan rasa kecewa buat Kamal. 

“Terkejut memanglah terkejut nama saya disingkirkan. Dari awal lagi, apa terjadi saya bersikap professional. Ini sudah kira berkait isu peribadi. Entahlah…ini periuk nasi saya…kerja saya. Apabila nama saya disingkirkan, ia kira sudah tutup periuk nasi saya”


Kamal Adli Kini Hilang Hormat Pada Zizan Razak?


“Permainan macam ini tak sedaplah. Saya tak kacau periuk nasi orang. Saya dapat tahu pengarahnya, Syafik sudah buat skrip dan kena rombak balik dengan penyingkiran saya,” jelas Kamal kepada BH Plus.

Sementara itu, Kamal turut ditanya adakah dia menerima tawaran untuk digandingkan bersama Zizan pada masa hadapan. Kata Kamal, dia memilih untuk mengutamakan professionalisme daripada isu peribadi.
“Saya tak ada masalah. Saya boleh jadi diri sendiri untuk kepentingan bersama. Tapi kalau sudah letak isu peribadi mengatasi segala-galanya, hingga menutup periuk nasi…saya memang hilang hormat. Jika orang luar yang tak tahu menahu menuduh saya sebagai punca perpisahan dia dan Emma, itu tak wajar kerana kalian tak tahu perkara sebenar,” kata Kamal lagi.

Buat Kamal, harapnya bersabar sajalah. Mungkin disingkirkan kali ini tapi akan dibuka peluang yang lebih besar lagi berbanding dengan apa yang terlepas ketika ini.-rotikaya

Aeril Zafrel Kecewa Instagram Digodam

Pelakon Aeril Zafrel berasa terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggodam akaun Instagram miliknya.


Aeril Zafrel Kecewa Instagram Digodam


Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 27, berkata, dia telah membuat laporan kepada pihak Instagram dan sedang menunggu maklum balas daripada laman sosial itu.
"Saya mula menyedari Instagram saya digodam apabila tidak boleh memuat naik gambar. Tak sangka akaun saya itu rupa-rupanya digodam.

"Saya terus membuat laporan kepada pihak Instagram mengenai perkara itu dan menunggu maklum balas daripada pihak mereka," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Pada malam Khamis lalu, isteri Aeril iaitu aktres Wawa Zainal memuat naik paparan skrin akaun Aeril dengab kapsyen menyatakan bahawa ia sudah digodam. Malah nama akaunnya itu juga kerap diubah-ubah.


Aeril Zafrel Kecewa Instagram Digodam


Sehingga kini Aeril mempunyai lebih 600,000  pengikut Instagram.

Sementara itu, Aeril enggan begitu mengharap untuk mendapatkan akaun Instagram itu semula dan menyifatkan mungkin perkara itu ada hikmah disebaliknya.
"Ikutkan hati memang nak balik akaun saya itu, tetapi saya reda. Mungkin ada sebabnya mengapa perkara ini terjadi pada saya.

"Mujurlah saya tak membuat IG Review seperti yang sedang dilakukan isteri. Kalau tak, saya pasti akan berasa serba salah" ujarnya.

Bagaimanapun kata Aeril, buat masa ini dia akan menggunakan akaun Instagram milik rakannya iaitu @arkib_aerilzafrel untuk berkongsi perkembangan kerjaya bersama peminat.

Dalam perkembangan lain, Aeril bakal muncul memerusi telefilem Akulah Balqis yang akan disiarkan pada 18 November ini di TV3.

Aktor itu juga akan memulakan penggambaran drama Dia Imamku untuk siaran TV3 dalam masa terdekat ini.-mstar