Friday, November 28, 2014

Punca Aishah Ilias Putus Cinta

Pelakon Aishah Ilias mendedahkan perkenalannya dengan seorang pemuda terputus gara-gara kesibukannya dalam penggambaran drama bersiri Cinta Ibadah yang memerlukan dia berada di lokasi hampir setiap hari sejak Mac lalu.


Punca Aishah Ilias Putus Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Aishah Ilias,

Aishah, 27, berkata, dia mengenali individu berkenaan sebelum terlibat dalam drama 130 episod itu namun hubungan mereka tidak menjadi gara-gara pemuda tersebut tidak memahami kerjayanya sebagai pelakon.

"Dia orang biasa dan tidak faham jadual dan tugas saya sebagai pelakon, tambahan pula saya terlibat dalam drama bersiri itu sebanyak 130 episod.


Punca Aishah Ilias Putus Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Aishah Ilias,

"Jadual saya memang padat sehingga dapat berehat dua hari sahaja dalam sebulan dan selebihnya berada di set seawal pukul 7 pagi dan berakhir 12 tengah malam," katanya kepada mStar Online.

Aishah ditemui pada majlis selesai penggambaran Cinta Ibadah di Flora Terrace di sini pada malam Rabu lalu.


Punca Aishah Ilias Putus Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Aishah Ilias,

Selain Aishah drama yang sedang ditayangkan di Astro Maya HD itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Fattah Amin, Sherry Ibrahim dan Raja Ilya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, dia tidak menyalahkan lelaki itu mengambil keputusan menjauhkan diri daripadanya kerana ia adalah pilihan terbaik buat mereka berdua.

Tambah Aishah, dia sendiri tidak yakin dapat mengekalkan hubungan berkenaan sekiranya mereka bercinta kerana tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian.

"Hampir setahun terlibat dalam Cinta Ibadah saya memang tiada kehidupan peribadi dan kerja adalah teman paling rapat. Lelaki yang ingin berkenalan dengan saya pun lari. Nasib baik kami belum bercinta... Hahaha.

"Saya sendiri sebenarnya tidak sedar sebelum ini tentang komitmen yang perlu saya patuhi apabila bersetuju berlakon dalam drama ini. Ia bukan main-main dan perlu memberikan tumpuan seratus peratus," ujarnya.

Sementara itu, Aishah berkata, biarpun berasa penat berlakon dalam Cinta Ibadah tetapi dia mengakui ia antara pengalaman hebat sepanjang bergelar artis.

Dia juga berjaya mengasah bakat lakonannya dengan lebih baik iaitu teknik yang betul selain dapat mempelajari selok-belok kerja produksi.

"Macam-macam yang saya lalui sepanjang menjalani penggambaran drama bersiri ini termasuklah perkara baik dan buruk tentang industri lakonan.

"Bagaimanapun saya ambil perkara itu sebagai satu ilmu yang dapat membantu saya pada masa hadapan," ujarnya.

Tambah Aishah, sejak drama itu ditayangkan dia mendapat pelbagai tawaran daripada syarikat produksi namun terpaksa menolak kerana terikat dengan jadual drama itu.

Dalam perkembangan lain, Aishah berkata, buat masa ini dia ingin berehat seketika daripada dunia lakonan dan merancang bercuti bersama keluarganya sebelum kembali aktif.

"Hampir setahun saya jarang bersama keluarga dan ini adalah masanya saya ganti balik dengan membawa mereka bercuti sebelum kembali berlakon.

"Ibu saya ingin melawat negeri Melaka dan saya akan bawa dia ke sana nanti," ujarnya.

Baca : Laku Terjual, Tudung Neelofa Dah Empat Kali Restock! 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Laku Terjual, Tudung Neelofa Dah Empat Kali Restock!

Naelofar, jenama tudung keluaran pelakon popular Neelofa Mohd Noor mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.


Laku Terjual, Tudung Neelofa Dah Empat Kali Restock!, info, terkini, tudung naelofar hijab, tudung keluaran Neelofa,

Menurut Pengurus Pemasaran PM Gift, Nor Shamimie Ahmad Haris yang merupakan stokis tudung Naelofar, setakat ini sudah empat kali stok ditambah berikutan sambutan hangat pelanggan.

“Setakat ini, sudah empat kali kami restock produk tudung Naelofar yang nyata mendapat sambutan daripada kaum wanita pelbagai peringkat umur.

Laku Terjual, Tudung Neelofa Dah Empat Kali Restock!, info, terkini, tudung naelofar hijab, tudung keluaran Neelofa,

“Menerusi pemerhatian, kalau pelajar mereka lebih suka beli tudung cotton sementara yang sudah bekerja lebih gemar menggayakan tudung jenis chiffon,” katanya ketika ditemui di Booth 119.

Koleksi tudung pelbagai warna tersebut dijual pada harga khas RM50 sempena persidangan tahunan ini.

Laku Terjual, Tudung Neelofa Dah Empat Kali Restock!, info, terkini, tudung naelofar hijab, tudung keluaran Neelofa,

Selain menjual tudung, booth mereka turut menjual pelbagai barangan lain antaranya kemeja T, botol air keluaran khas dan buku nota.

Karnival jualan yang dibuka sempena Perhimpuan Agung UMNO melibatkan sebanyak 300 gerai jualan akan dibuka hingga esok hari, menawarkan pelbagai barangan menarik antaranya kain batik, songket, barangan rotan dan barangan perhiasan wanita.

Baca : Penyanyi Deja Moss Kini Berniaga Kek Lapis 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Penyanyi Deja Moss Kini Berniaga Kek Lapis

Penyanyi Deja Moss mengakui jualan kek lapis Sarawak yang diusahakannya kurang mendapat sambutan berbanding tahun-tahun sebelumnya ketika membuka booth jualan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.


Penyanyi Deja Moss Kini Berniaga Kek Lapis, info, terkini, hiburan, sensasi, deja Moss,

Menurut Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, jualan kek lapisnya agak kurang memuaskan namun dia berharap keesokan hari jualannya akan terus meningkat memandangkan esok merupakan hari terakhir PAU.

“Kalau diikutkan tahun ini jualan agak kurang memberansangkan  tapi saya yakin esok mungkin lebih ramai lagi pengunjung akan datang untuk memeriahkan karnival jualan tahun ini,” katanya kepada Mynewshub ketika ditemui di booth jualannya, hari ini.

Deja yang sudah lima kali menyertai karnival jualan ini sejak 2010 turut mempamerkan keunikan menerusi produk yang dijualnya dengan membuat kek lapis khas sempena PAU.


Penyanyi Deja Moss Kini Berniaga Kek Lapis, info, terkini, hiburan, sensasi, deja Moss,

Kek lapis khas Deja yang dibuat khas mewakili sayap-sayap parti UMNO antaranya Wanita, Pemuda, Puteri dan Perhimpunan UMNO.

Antara perisa kek lapis yang mendapat perhatian pengunjung adalah kek lapis cheese, strawberry coklat dan asam manis.

“Saya jual pelbagai jenis kek lapis dengan harga RM50 bagi tiga kek, khas untuk perhimpunan UMNO kali ini.

“Saban tahun, saya pasti berjumpa pelanggan yang sama, kira regular customer yang memang akan beli kek lapis saya setiap kali perhimpunan diadakan saban tahun,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan seni, Deja mengatakan dia kini lebih memberikan fokus kepada restoran miliknya yang terletak di Ukay Perdana.

“Walaupun tidak lagi aktif dalam bidang seni, tapi ada sahaja undangan nyanyian daripada majlis-majlis ‘dinner show’.

“Saya kini lebih memberikan tumpuan kepada mengusahakan Cafe Hadeeja yang ditubuhkan sejak 2009,” kata Deja.

Penyanyi Deja Moss Kini Berniaga Kek Lapis, info, terkini, hiburan, sensasi, deja Moss,

Selain mendapatkan kek lapis resipi istimewa Deja Moss di PWTC, pengunjung boleh juga mengunjungi Cafe Hadeeja di Ukay Perdana untuk mencuba pelbagai sajian asli negeri Sarawak antaranya mee kolok, nasi daging hitam dan laksa Sarawak.

Baca : MLM 2014: Juri Garang, Kedekut 'Bintang' 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



MLM 2014: Juri Garang, Kedekut 'Bintang'

Selepas dua minggu Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bersiaran, barisan juri tetap pada kali ini dikatakan paling garang dan kedekut bintang.


MLM 2014: Juri Garang, Kedekut 'Bintang', info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, MLM2014, Program Lawak,

Malah ada yang mendakwa empat juri tetap MLM 2014 iaitu Dato' Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn terlalu serius ketika memberi komen.

Kesemua mereka setakat ini belum pernah memberikan lima bintang kepada para peserta, hanya empat bintang diberikan sekiranya komedi yang dipersembahkan memenuhi kriteria dan menghiburkan.

Para peserta juga terpaksa akur apabila juri hanya memberikan tiga atau dua bintang selepas persembahan.

Datuk Jalaluddin Hassan ketika ditanya tentang perkara tersebut memberitahu, untuk menjaga prestij MLM 2014 juri perlu tegas dan jujur ketika memberi komen.

"Kami memang sengaja tak beri lima bintang kepada mereka (peserta) kerana mahu menjaga kualiti dan standard MLM 2014.

"Biarlah bintang (peserta) terus mengejar bintang dan tahu betapa sukarnya untuk menjadi peserta yang terbaik di kalangan yang terbaik," katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu Nur Fazura pula berkata, selaku juri mereka tidak mahu para peserta lalai sekiranya dari peringkat awal pertandingan sudah memperlolehi bintang penuh.

"Demi untuk memastikan para peserta sentiasa bersaing dan memberikan persembahan yang konsisten.

"Ia juga motivasi kepada mereka semua untuk terus mencari idea-idea baru yang segar serta menghiburkan sekiranya mahu mendapatkan lima bintang daripada kami," ujarnya.

Mengulas mengenai juri MLM 2014 yang dikatakan paling tegas dan 'garang' dalam sejarah MLM, Taufik Batisah dan Farah Quinn mempunyai pandangan masing-masing.

"Kami tak garanglah...Selama dua minggu di kerusi juri kami cuma bersikap jujur dengan komen-komen kami.

"Cuma kami harap para peminat tak marah kepada kami sekiranya komen diberikan kepada pelawak kegemaran mereka tidak seperti yang diharapkan," ujar Taufik dan Farah serentak.

Jalaluddin Hassan sebelum mengakhiri sidang media menambah, tugasan sebagai juri adalah sangat sukar terutama ketika mahu mengumumkan nama peserta tersingkir.

"Kami taklah garang mana...Kalau garang, masa bagi komen kami tak senyum atau ketawa dengan peserta.

"Cuba tengok betul-betul, kami turut berlawak dengan peserta ketika komen tentang persembahan mereka.

"Tapi, gelak-gelak pun....nak bagi lima bintang memang tak dapatlah," katanya ketawa.

Baca : Netizen Gelar Awal Ashaari Tamak Haloba 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Netizen Gelar Awal Ashaari Tamak Haloba

Kali ini kami bukan nak cerita mengenai anak Awal Ashaari dan Scha Alyahya tau. Tetapi, kami ingin berkongsi perasaan terkejut apabila dapat tahu Awal digelar tamak haloba di sebuah Facebook blog hiburan terkenal.


Netizen Gelar Awal Ashaari Tamak Haloba, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awal ashaari,

Eh, dah kenapa? Bila kami baca, fahami dan dalami betul-betul, baru kami faham. Rupa-rupanya, peminat bengang dengan luahan hati Awal semalam.

Alah, yang kononnya Awal kesal apabila stesen TV lebih mengutamakan pelawak untuk jadi pengacara tu.

Dek kerana statement Awal itulah, ramai yang mempersoalkan luahan hati bapa kepada Lara Alana ini. Mana taknya, sekarang kan pelawak lebih popular dari penyanyi atau pelakon mahupun pengacara.

Malah, kami lihat komen-komen tersebut, dah macam sesi meluahkan rasa tak puas hati pun ada. Siap ada yang meminta Awal beringat supaya tak tutup periuk nasi orang lain.


Netizen Gelar Awal Ashaari Tamak Haloba, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awal ashaari,

Kalau korang nak tahu, sebelum ini melalui laporan mStar Online, Awal Ashaari kesal apabila ada pihak yang menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua. Nah, ini komen Awal :



    Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

    Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

    Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal.

So, korang rasa macam mana?

Baca : Peminat Pulangkan Semula Mikrofon Hafiz Suip 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Peminat Pulangkan Semula Mikrofon Hafiz Suip

Ketika menemui mikrofon tersebut saya tidak tahu ia milik Hafiz biarpun pada kotaknya ada tertera namanya tetapi langsung tidak menyangka ia milik seorang penyanyi.

Junaidi Kargo, 39, ketika dihubungi berkata, dia menemui mikrofon tersebut berhampiran tempat letak kereta Hotel Seri Pacific yang terletak bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana acara itu berlangsung ketika dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan anugerah itu.


Peminat Pulangkan Semula Mikrofon Hafiz Suip, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hafiz suip

Kegelisahan penyanyi Hafiz Suip ekoran kehilangan mikrofon kesayangannya pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada 7 November lalu akhirnya terlerai selepas peralatan itu ditemui oleh seorang pembaca mStar Online.


"Apabila membaca laporan mStar Online yang mengatakan Hafiz kehilangan mikrofon selepas ASK baharulah saya tahu ia milik penyanyi tersebut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Peminat Pulangkan Semula Mikrofon Hafiz Suip, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hafiz suip

Komen yang ditinggalkan oleh Adila pada ruangan komen di mStar Online.

Hafiz dalam laporan mStar Online bertarikh 24 November lalu berkongsi rasa sedih akibat kehilangan alatan tersebut yang dibelinya sejak setahun lalu kerana ia mempunyai nilai tinggi.

Bagaimanapun Hafiz mengakui kehilangan tersebut bukan disebabkan kecurian sebaliknya atas kecuaian dirinya sendiri yang meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung keretanya.

Ekoran kejadian tersebut, Hafiz turut membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari berikutnya.

Difahamkan mikrofon itu bernilai puluhan ribu ringgit.

Selain Hafiz, beberapa artis tempatan lain turut mempunyai mikrofon sendiri seperti Datuk Siti Nurhaliza dan juga Misha Omar.

Dalam pada itu, Junaidi berkata, selepas membaca laporan kehilangan tersebut di mStar Online, dia meminta bantuan adik iparnya yang dikenali sebagai Adila untuk mendapatkan nombor telefon pihak pengurusan Hafiz bagi membolehkan dia memulangkan semula peralatan berkenaan.

Adila dalam ruangan komen berita itu di mStar Online memaklumkan mikrofon tersebut berada dalam simpanannya serta meninggalkan nombor telefon Junaidi dengan harapan pihak Hafiz menghubungi mereka.

"Asalnya isteri saya yang baca artikel berkenaan dan mula menyedari bahawa mikforon yang kami jumpa itu miliknya dan meminta bantuan adiknya untuk menghebahkan perkara itu di laman sosial supaya peralatan berkenaan dapat dipulangkan.

"Alhamdulillah selepas beberapa hari pihak Hafiz menghubungi saya dan pada malam Khamis (semalam) dia datang sendiri ke rumah saya di Sentul untuk mengambil alatan tersebut," katanya.

Sementara itu, Junaidi berkata, Hafiz kelihatan cukup gembira apabila menerima mikrofon tersebut dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Dia juga berbesar hati dapat membantu Hafiz dan yakin mikrofon berkenaan mempunyai makna besar dalam karier penyanyi itu.

"Syukur mikrofon berkenaan dapat dipulangkan kepada tuannya dan paling tidak sangka Hafiz datang ke rumah kami malah menghabiskan masa lebih sejam untuk beramah mesra dengan kami sekeluarga.

Peminat Pulangkan Semula Mikrofon Hafiz Suip, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hafiz suip

Adila memaklumkan dalam laman Twitter miliknya Hafiz sudah mengambil mikrofon berkenaan.

"Hafiz seorang yang sangat merendah diri dan cukup mesra. Anak-anak saya paling teruja dapat bertemu dengannya," ujar Junaidi.

Dalam perkembangan sama, Hafiz menerusi laman Instagram miliknya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Junaidi sekeluarga atas keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan kerana bersungguh-sungguh untuk memulangkan mikrofon tersebut.

"Alhamdulillah... terima kasih saya ucapkan kepada abang Junaidi kerana telah menemui mikrofon kesayangan saya dan kepada seluruh ahli keluarganya kerana menyambut kedatangan saya dengan hati yang terbuka.

"Insya-Allah, mikrofon tersebut akan digunakan pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.  

Baca : Fouziah Gous Tertekan Belum Timang Anak 

 Sumber : infolaju.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Fouziah Gous Tertekan Belum Timang Anak

Pelakon Fouziah Gous tidak berasa tertekan untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama Zhafran Yusof, 31.


Fouziah Gous Tertekan Belum Timang Anak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fouziah Gous,

Fouziah, 31, berkata, kedua-dua mereka masih lagi berada dalam suasana berbulan madu dan melalui proses belajar mengenali hati budi masing-masing.

“Saya tidak pernah rasa tertekan untuk dapat cahaya mata kerana saya rasa usia perkahwinan kami masih baru dan kami dalam keadaan berbulan madu.

“Kami jenis bercinta selepas kahwin, jadi buat masa ini masih lagi belajar tentang diri masing-masing dan tentang anak kami hanya berserah kepada takdir,” ujarnya kepada mStar Online.

Fouziah berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukkan fesyen rekaan butik Bianco Mimosa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Khamis.

Pertunjukkan fesyen itu menampilkan baju rekaan milik butik berkenaan dan jualan lelong sempena Perhimpunan Agung Umno 2014.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pemilik butik Datuk Ida Suraya, Izreen Azminda, Amar Baharin dan Kaka Azraff.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, dia masih lagi dalam proses mengenali lebih mendalam dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keluarga dan rakan-rakan suaminya.

“Saya masih dalam proses kenal keluarga, saudara mara dia, malah rakan-rakan dia pun ada yang saya belum kenal.

“Pendek kata dalam masa setahun ini adalah proses saya belajar sedikit demi sedikit tentang dia. Alhamdulillah semua perkara yang baru yang saya belajar tentang dia membuatkan saya lebih teruja melalui kehidupan berumah tangga ini,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Fouziah sejak berumah tangga, mereka banyak menghabiskan masa bersama kerana terlibat dengan perniagaan burung walid yang diusahakan.

“Boleh dikatakan hampir setiap masa kami bersama dan saling menemani. Misalnya waktu pagi saya ikut dia pergi kerja dan petang dia pula teman saya uruskan kerja.

Dalam pada itu bercerita tentang kerjaya lakonannya, Fouziah berkata, dia bakal kembali semula berlakon dalam satu telefilem terbitan Astro tidak lama lagi.

Katanya, kemunculan tersebut selepas enam bulan berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

“Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang lakonan dengan sebuah drama terbitan Astro tidak lama lagi.

“Saya akui sekarang memang saya memilih watak yang bagus dan berbaloi untuk dilakonkan sahaja berbanding dahulu kerana keutamaan saya ialah pada keluarga,” ujarnya.

Fouziah dan Zhafran berkahwin pada 22 September 2013 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : mStar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif