Wednesday, March 4, 2015

Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin

Sebagaimana diketahui peminat, Hafiz Suip baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya yang cuma dikenali sebagai Effy, penghujung bulan lalu.


Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip

Ada perkhabaran melaporkan, Hafiz dan tunangnya bakal melangsungkan pernikahan dalam jangka masa setahun.

Selagi tak bergelar suami isteri, kiranya mereka berdua dikira sedang mengharungi fasa ‘darah manis’.

Disogok tentang soalan kahwin ketika wawancara ekslusif bersama Mynewshub, Hafiz berkata dia kini sedang menunggu tunangnya menamatkan pengajian sebelum melangkah ke ‘fasa kedua’.


Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip


“Dia masih lagi dalam pengajian, so selepas dia selesai Insya-Allah saya akan meneruskan fasa kedua. Ini kerana saya menghormati keputusan tunang dan ibu bapanya.

“Saya tak nak pentingkan diri sendiri dan mengejar impian saya sahaja, saya nak lihat dia berjaya satu hari nanti. Jadi insya-Allah lepas selesai semuanya saya akan melangsungkan perkahwinan,” jelasnya.

Pada masa sama, Hafiz memberitahu dia terpaksa membuat rawatan susulan dalam tempoh setahun bagi memastikan kecederaan slipped-disc pada tulang belakang yang dihadapinya sekarang benar-benar sembuh.


Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip

Oleh itu, dia terpaksa mengurangkan aktiviti lasak dalam tempoh berkenaan.

“Doktor sarankan jangan buat kerja berat, angkat benda lebih tiga kilo dan jangan terlalu hyper.

“Seperti orang tahu saya ni jenis yang gila-gila, so sekarang saya kena gila yang tak boleh gila-gila,” katanya disusuli ketawa.


Bagi yang menonton klip video Awan Nano dan Matahari, pasti setuju bahawa Hafiz memiliki bakat yang boleh diasah dalam bidang lakonan.

Hafiz bagaimanapun, mempunyai alasan kukuh untuk hanya kekal dalam bidang nyanyian.

“Sebenarnya bukan saya tak nak terlibat bidang lakonan tapi saya sendiri berasakan tak sesuai untuk berlakon.

“Saya hormati pendapat orang yang berkata saya mampu berlakon namun saya sendiri masih ‘takut’ untuk berhadapan dengan kamera,” katanya.




Sumber : mynewshub.cc

Kedudukan Nabil & Neelofa Sebagai Pengacara MeleTOP Terancam?

Nabil dan Neelofa adalah gandingan yang amat bagus sekali sebagai pengacara program hiburan MeleTOP. Malah mereka berdua telah bergandingan sejak awal kewujudan program ini sekaligus membolehkan keserasian terbentuk. Neelofa jenis yang serius sedikit, sementara Nabil jenis pak lawak. Memang kombinasi yang sempurna. Malah ramai yang mahukan gandingan ini terus kekal mengacara MeleTOP selama mana yang boleh.


Nabil & Neelofa Sebagai Pengacara MeleTOP Terancam?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nabil, neelofa

Namun sejak minggu lalu, sudah timbul desas-desus tempat kedua-dua pengacara ini bakal digantikan oleh orang lain. Tidak diketahui pula sama ada hanya seorang daripada mereka yang bakal disingkirkan. Namun berdasarkan tulisan di dada-dada akhbar, pengacara yang bakal mengambil alih MeleTOP ini tidak kurang hebatnya. Malah khabar angin bertiup kencang yang si pengacara baru ini menggunakan kabel kuatnya dengan stesen Astro untuk melobi. Hmmmmmm.. Boleh tahan panas juga gosip ini kan?
Nabil & Neelofa Sebagai Pengacara MeleTOP Terancam?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nabil, neelofa

Namun seperti biasa desas-desus ini tidaklah boleh dipercayai 100%. Semalam tengok Nabil dan Neelofa masih lagi mengacarakan MeleTOP. Mungkin ini sekadar khabar angin semata-mata. Takkanlah Astro nak buang 2 pengacara kesayangan ramai ini? Silap-silap boleh jatuh rating nanti. Apa pun, kalau ada rezeki tak ke mana. Semoga Nabil dan Neelofa terus mengacara MeleTOP kerana gandingan anda berdua memang meletup. Tak gitu?

Sumber : beautifulnara.com

Hazama Bersikap Sombong?

Penyanyi Hazama berasa pelik apabila dikatakan mula bersikap sombong dan tidak mengetahui bagaimana ada pihak yang melabelnya seperti itu.


Hazama Bersikap Sombong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 31, berkata, dia tidak pernah merasakan dirinya terlalu hebat sehingga sanggup bersikap demikian terhadap orang lain.

    “Saya cukup terkejut apabila didakwa sedemikian dan pada masa sama berasa pelik kerana saya tidak pernah bersikap seperti mana didakwa.

    “Malah rasanya saya dikenali sebagai peramah dan mudah mesra dengan orang lain.

    “Jika benar saya seorang yang sombong pasti temu bual ini pun saya tidak akan layan,” katanya kepada mStar Online.

Hazama bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Sampai Mati. Dalam pada itu, Hazama berkata, dia tidak mahu memikirkan soal berkenaan kerana tidak mampu menilai dirinya sendiri.

Baginya, rakan-rakan terdekat mengetahui sifat sebenarnya dan menganggap pihak yang menyebarkan kononnya dia semakin sombong mempunyai masalah peribadi dengannya.

Hazama Bersikap Sombong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,


    “Dari dulu sampai sekarang sama sahaja namun terpulang kepada orang lain yang ingin menilai kerana saya tidak mempunyai kuasa tentang perkara itu.

    “Barangkali pihak yang mendakwa itu mempunyai masalah peribadi dengan saya atau dia memang tidak sukakan saya,” katanya.

Malah kata Hazama, sepanjang melibatkan diri dalam industri seni suara dia belum pernah mendapat rungutan tentang sikapnya.

Dalam perkembangan lain, Hazama berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Sampai Mati yang juga akan menjadi lagu tema sebuah drama bersiri di TV3.

Sumber : gosipmalaysia.com

Projek KJ Bersama Yuna, Aizat dan Mizz Nina di New York?

Laman sosial Twitter milik Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin menjadi tumpuan ramai pengikutnya hari ini apabila beliau memuatnaik foto yang memaparkan dirinya bersama barisan penyanyi terkenal negara iaitu Aizat Amdan, Mizz Nina dan Yuna.


Projek KJ Bersama Yuna, Aizat dan Mizz Nina di New York?, info, terkini, hiburan, sensasi, yuna, aizat,

Menerusi foto yang dimuatnaik seawal pukul 3 pagi tadi waktu Malaysia, Khairy menulis yang dia kini bersama Aizat Amdan, Mizz Nina dan Yuna di New York.


Projek KJ Bersama Yuna, Aizat dan Mizz Nina di New York?, info, terkini, hiburan, sensasi, yuna, aizat,

Bagaimanapun tujuan pertemuan KJ dengan Aizat, Yuna termasuk Mizz Nina di Kota Metropolitan itu masih belum jelas. Mungkin berkaitan dengan kempen khas yang melibatkan golongan belia di Malaysia.

Projek KJ Bersama Yuna, Aizat dan Mizz Nina di New York?, info, terkini, hiburan, sensasi, yuna, aizat,

Sementara itu, Yuna yang kini bermastautin di Los Angeles juga mengesahkan yang dia kini berada di New York menerusi laman Instagram miliknya.
Projek KJ Bersama Yuna, Aizat dan Mizz Nina di New York?, info, terkini, hiburan, sensasi, yuna, aizat,

Perkara sama turut dilakukan Aizat Amdan walaupun masing-masing tidak mendedahkan butiran lanjut tentang urusan mereka berada di sana.


Projek KJ Bersama Yuna, Aizat dan Mizz Nina di New York?, info, terkini, hiburan, sensasi, yuna, aizat,

Mungkin akan ada berita gembira untuk semua peminat sekembalinya Aizat, Mizz Nina mahupun KJ ke tanah air nanti.

Sumber : murai.com.my

Gambar Ramona Zam Zam Beraksi Ghairah Tersebar

Ramona Zam Zam yang bukan sahaja 'mantap', seksi, tetapi juga begitu sosial sekali gaya hidupnya. Sebenarnya, kalau diikutkan pada keadaan sekarang ini, tidak perlulah kita nak terkejut bagai, sebab berpeluk-pelukkan dengan lelaki, berpakaian seksi,dan bersosial dikelab-kelab malam, itu semua memang sudah menjadi kebiasaan buat remaja-remaja masa kini, lebih-lebih lagi mereka-mereka yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur ini.
Gambar Ramona Zam Zam Beraksi Ghairah Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ramona zam zam

Malas nak komen tentang dosa dan pahala bila berkelakuan begitu, itu semua hal diorang dengan Pencipta. Tapi, yang tak sedapnya, bila ada artis-artis yang tidak cerdik seperti Ramona Zam Zam ini, baru saja nak masuk dunia seni, dah mula cipta kontroversi.
Gambar Ramona Zam Zam Beraksi Ghairah Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ramona zam zam

 Dah tahu diri tu baru sahaja nak popular, peminat pula belum ramai, pandai-pandailah cipta nama dengan baik, ini tidak, baru satu dua babak jadi pelakon pembantu, sudah mula keluar cerita-cerita kurang menarik, dan letak pula gambar-gambar sumbang dalam laman sosial. Untuk apa semua tu? saja nak popular bikin gempakkan?

Gambar Ramona Zam Zam Beraksi Ghairah Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ramona zam zam

Gambar-gambar ni memang jelas mempamerkan sisi gelap Ramona. Tak silap, gambar ini baru sahaja tersebar di Internet, dan mungkin diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada laman sosial, Facebook milik Ramonaini sendiri.

Gambar Ramona Zam Zam Beraksi Ghairah Tersebar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ramona zam zam

 Kenapa yer perlu letak gambar-gambar seperti ini di laman sosial? Bukankah ia seperti sengaja untuk menempah maut?

Gambar-gambar ini memang bukanlah diphotoshop ataupun di sabotaj oleh mana-mana pihak tertentu, jadi Aku tak sabar nak dengar apa agaknya penjelasan daripada Ramona.


Sumber : wowbintang.blogspot.com

Ariel Buat Hal Lagi Dengan Luna Maya?

Di Indonesia, berita hangat sedang berlaku yang mana dikatakan vokalis kumpulan Noah, Ariel sudah putus cinta dengan kekasihnya, Sophia Latjuba semuanya gara-gara Luna Maya.


Ariel Buat Hal Lagi Dengan Luna Maya?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, artis indonesia, Ariel Noah, Luna maya, Sophia Latjuba

Khabar angin itu tersebar selepas pasangan Ariel dan Sophia tidak lagi kelihatan bersama pada beberapa event hiburan.....


Ariel Buat Hal Lagi Dengan Luna Maya?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, artis indonesia, Ariel Noah, Luna maya, Sophia Latjuba

Dikatakan kali terakhir pasangan itu dilihat bersama berdua adalah ketika majlis perkahwinan pemain keyboard Noah, David di Bandung hujung tahun lalu.

Malah Ariel juga menyatakan rasa kurang senang apabila media massa di negara tersebut asyik mengajukan pertanyaan mengenai hubungannya itu.....

 “Tidak ada apa-apa yang perlu dikomen,” kata Ariel ringkas apabila terus diasak untuk mengulas perihal peribadinya itu.....

Dikatakan antara menjadi punca hubungan Ariel dan Sophia mula retak selepas vokalis Noah itu terserempak dengan bekas kekasihnya, Luna Maya sewaktu menghadiri tayangan perdana filem Pendekar Tongkat Emas tidak berapa lama dulu.....

#Sementara itu Sophia Latjuba sedaya upaya menafikan gosip dia sudah berpisah dengan Ariel.

Sumber : wowbintang.blogspot.com

Thursday, February 26, 2015

Tomok Selamat Timang Anak Lelaki Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada Tomok dan juga isteri, Ayu, yang sudah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada pukul 1.34 petang tadi.


Tomok Selamat Timang Anak Lelaki Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, tomok, anak kedua tomok

Bersyukur dengan kelahiran anak kedua mereka, Tomok juga sempat berkongsi jantina anaknya (lelaki) itu yang selamat dilahirkan dengan berat 3.33 kilogram.

Berita gembira itu telah diberitahu oleh Tomok sendiri melalui akaun Twitter miliknya dan turut menerima ucapan tahniah daripada peminat setianya.


Tomok Selamat Timang Anak Lelaki Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, tomok, anak kedua tomok

Buat masa ini, Tomok belum mengumumkan nama anak mereka dan kami pasti ramai di luar sana pastinya ternanti-nantikan perkembangan terbaru anak kedua penyanyi ini.

Nampaknya Arrian akan jadi abang dan kami pasti ramai peminat mereka menantikan video ringkas terbaru daripada Tomok yang mengusik anaknya.

Sumber : rotikaya.com

Sam Akui Hanya Pernah Bercinta Dengan Puteri Najwa

Lagi cerita mengenai kisah cinta yang membabitkan pelakon, Shaheizy Sam. Nampaknya sudah boleh buat novel kemudian dijadikan drama bersiri atau pun filem mengenai kisah cinta jejaka ini.
Sam Akui Hanya Pernah Bercinta Dengan Puteri Najwa , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, shaheizy sam,

Setelah rentetan beberapa episod antara dua selebriti yang seperti mahu berebutkan Sam, akhirnya empunya diri tampil mengakui bahawa hanya ada seorang wanita yang pernah menjadi (bekas) kekasihnya, iaitu pelakon Puteri Najwa.


Sam Akui Hanya Pernah Bercinta Dengan Puteri Najwa , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, shaheizy sam,

Pengakuan ini sedikit sebanyak memberi jawapan dan juga penerangan terhadap tanda tanya kisah cinta Sam dengan Fazura serta Syatilla Melvin. Dengan pengakuan tersebut, ia membuktikan Sam tidak pernah bercinta dengan Fazura seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh pelakon wanita itu.

“Bagi Sam, pasangan bercinta pasti akan ada penghujungnya. Kalau tidak berakhir di alam perkahwinan, ia akan berhenti di tengah jalan (putus). Sam belum melalui zaman perkahwinan, tetapi pernah lalui situasi putus cinta”

“Melihat dari sudut dan jalan penceritaan berkaitan Fazura, Syatilla, dan Najwa, hanya Najwa saja bekas kekasih Sam. Kekasih pasti ada penghujungnya”

“Akan tetapi, persahabatan dan kawan-kawan datang dan pergi. Apa yang Sam boleh katakan, ia adalah hubungan kawan-kawan saja,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, walaupun hubungan mereka tidak kesampaian ke jinjang pelamin, Puteri Najwa masih berhubung mesra dengan keluarga Sam sehingga ke hari ini malah kemesraan itu sering disalah erti sehingga wujudnya desas-desus percintaan mereka kembali bertaut.

Pandai ya Sam mengatur ayat. Selama manakah Sam akan bermain teka-teki dengan peminat mahupun pihak media.

Sumber : rotikaya.com

Bekas Pemandu Menang Saman RM150,000 Terhadap Zahida Rafik

Aktres Zahida Rafik telah didapati bersalah dalam tuduhan memfitnah bekas pemandu peribadinya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.


Bekas Pemandu Menang Saman RM150,000 Terhadap Zahida Rafik, info, terkini, berita, sensasi, zahida rafik

Justeru, Zahida telah diperintahkan supaya membayar saman bernilai RM150,000 kepada pemandunya itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Hakim turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 yang dikatakan diambil daripadanya.

Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November 2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon itu dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.

Sumber : murai.com.my