Kali ini kami bukan nak cerita mengenai anak Awal Ashaari dan Scha Alyahya tau. Tetapi, kami ingin berkongsi perasaan terkejut apabila dapat tahu Awal digelar tamak haloba di sebuah Facebook blog hiburan terkenal.
Eh, dah kenapa? Bila kami baca, fahami dan dalami betul-betul, baru kami faham. Rupa-rupanya, peminat bengang dengan luahan hati Awal semalam.
Alah, yang kononnya Awal kesal apabila stesen TV lebih mengutamakan pelawak untuk jadi pengacara tu.
Dek kerana statement Awal itulah, ramai yang mempersoalkan luahan hati bapa kepada Lara Alana ini. Mana taknya, sekarang kan pelawak lebih popular dari penyanyi atau pelakon mahupun pengacara.
Artikel Terdahulu :
Malah, kami lihat komen-komen tersebut, dah macam sesi meluahkan rasa tak puas hati pun ada. Siap ada yang meminta Awal beringat supaya tak tutup periuk nasi orang lain.
Kalau korang nak tahu, sebelum ini melalui laporan mStar Online, Awal Ashaari kesal apabila ada pihak yang menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua. Nah, ini komen Awal :
Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.
Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.
Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal.
So, korang rasa macam mana?
Baca : Peminat Pulangkan Semula Mikrofon Hafiz Suip
Ketika menemui mikrofon tersebut saya tidak tahu ia milik Hafiz biarpun pada kotaknya ada tertera namanya tetapi langsung tidak menyangka ia milik seorang penyanyi.
Junaidi Kargo, 39, ketika dihubungi berkata, dia menemui mikrofon tersebut berhampiran tempat letak kereta Hotel Seri Pacific yang terletak bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana acara itu berlangsung ketika dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan anugerah itu.
Kegelisahan penyanyi Hafiz Suip ekoran kehilangan mikrofon kesayangannya pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada 7 November lalu akhirnya terlerai selepas peralatan itu ditemui oleh seorang pembaca mStar Online.
Artikel Terdahulu :
"Apabila membaca laporan mStar Online yang mengatakan Hafiz kehilangan mikrofon selepas ASK baharulah saya tahu ia milik penyanyi tersebut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Komen yang ditinggalkan oleh Adila pada ruangan komen di mStar Online.
Hafiz dalam laporan mStar Online bertarikh 24 November lalu berkongsi rasa sedih akibat kehilangan alatan tersebut yang dibelinya sejak setahun lalu kerana ia mempunyai nilai tinggi.
Bagaimanapun Hafiz mengakui kehilangan tersebut bukan disebabkan kecurian sebaliknya atas kecuaian dirinya sendiri yang meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung keretanya.
Ekoran kejadian tersebut, Hafiz turut membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari berikutnya.
Difahamkan mikrofon itu bernilai puluhan ribu ringgit.
Selain Hafiz, beberapa artis tempatan lain turut mempunyai mikrofon sendiri seperti Datuk Siti Nurhaliza dan juga Misha Omar.
Dalam pada itu, Junaidi berkata, selepas membaca laporan kehilangan tersebut di mStar Online, dia meminta bantuan adik iparnya yang dikenali sebagai Adila untuk mendapatkan nombor telefon pihak pengurusan Hafiz bagi membolehkan dia memulangkan semula peralatan berkenaan.
Adila dalam ruangan komen berita itu di mStar Online memaklumkan mikrofon tersebut berada dalam simpanannya serta meninggalkan nombor telefon Junaidi dengan harapan pihak Hafiz menghubungi mereka.
"Asalnya isteri saya yang baca artikel berkenaan dan mula menyedari bahawa mikforon yang kami jumpa itu miliknya dan meminta bantuan adiknya untuk menghebahkan perkara itu di laman sosial supaya peralatan berkenaan dapat dipulangkan.
"Alhamdulillah selepas beberapa hari pihak Hafiz menghubungi saya dan pada malam Khamis (semalam) dia datang sendiri ke rumah saya di Sentul untuk mengambil alatan tersebut," katanya.
Sementara itu, Junaidi berkata, Hafiz kelihatan cukup gembira apabila menerima mikrofon tersebut dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.
Dia juga berbesar hati dapat membantu Hafiz dan yakin mikrofon berkenaan mempunyai makna besar dalam karier penyanyi itu.
"Syukur mikrofon berkenaan dapat dipulangkan kepada tuannya dan paling tidak sangka Hafiz datang ke rumah kami malah menghabiskan masa lebih sejam untuk beramah mesra dengan kami sekeluarga.
Adila memaklumkan dalam laman Twitter miliknya Hafiz sudah mengambil mikrofon berkenaan.
"Hafiz seorang yang sangat merendah diri dan cukup mesra. Anak-anak saya paling teruja dapat bertemu dengannya," ujar Junaidi.
Dalam perkembangan sama, Hafiz menerusi laman Instagram miliknya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Junaidi sekeluarga atas keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan kerana bersungguh-sungguh untuk memulangkan mikrofon tersebut.
"Alhamdulillah... terima kasih saya ucapkan kepada abang Junaidi kerana telah menemui mikrofon kesayangan saya dan kepada seluruh ahli keluarganya kerana menyambut kedatangan saya dengan hati yang terbuka.
"Insya-Allah, mikrofon tersebut akan digunakan pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.
Pelakon Fouziah Gous tidak berasa tertekan untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama Zhafran Yusof, 31.
Fouziah, 31, berkata, kedua-dua mereka masih lagi berada dalam suasana berbulan madu dan melalui proses belajar mengenali hati budi masing-masing.
“Saya tidak pernah rasa tertekan untuk dapat cahaya mata kerana saya rasa usia perkahwinan kami masih baru dan kami dalam keadaan berbulan madu.
“Kami jenis bercinta selepas kahwin, jadi buat masa ini masih lagi belajar tentang diri masing-masing dan tentang anak kami hanya berserah kepada takdir,” ujarnya kepada mStar Online.
Fouziah berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukkan fesyen rekaan butik Bianco Mimosa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Khamis.
Pertunjukkan fesyen itu menampilkan baju rekaan milik butik berkenaan dan jualan lelong sempena Perhimpunan Agung Umno 2014.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pemilik butik Datuk Ida Suraya, Izreen Azminda, Amar Baharin dan Kaka Azraff.
Dalam pada itu, Fouziah berkata, dia masih lagi dalam proses mengenali lebih mendalam dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keluarga dan rakan-rakan suaminya.
“Saya masih dalam proses kenal keluarga, saudara mara dia, malah rakan-rakan dia pun ada yang saya belum kenal.
“Pendek kata dalam masa setahun ini adalah proses saya belajar sedikit demi sedikit tentang dia. Alhamdulillah semua perkara yang baru yang saya belajar tentang dia membuatkan saya lebih teruja melalui kehidupan berumah tangga ini,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Fouziah sejak berumah tangga, mereka banyak menghabiskan masa bersama kerana terlibat dengan perniagaan burung walid yang diusahakan.
“Boleh dikatakan hampir setiap masa kami bersama dan saling menemani. Misalnya waktu pagi saya ikut dia pergi kerja dan petang dia pula teman saya uruskan kerja.
Dalam pada itu bercerita tentang kerjaya lakonannya, Fouziah berkata, dia bakal kembali semula berlakon dalam satu telefilem terbitan Astro tidak lama lagi.
Katanya, kemunculan tersebut selepas enam bulan berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.
“Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang lakonan dengan sebuah drama terbitan Astro tidak lama lagi.
“Saya akui sekarang memang saya memilih watak yang bagus dan berbaloi untuk dilakonkan sahaja berbanding dahulu kerana keutamaan saya ialah pada keluarga,” ujarnya.
Fouziah dan Zhafran berkahwin pada 22 September 2013 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri
Kisah yang mengatakan kononnya mereka berdua ini terlalu rapat sehingga ke peringkat bercinta bukan perkara baru untuk anda yang mengikuti perkembangan dunia hiburan dan tidak kurang ada yang mendoakan mereka bertemu jodoh.
Menjawab persoalan ini kesekian kalinya, Amar Baharin berkata beliau selesa berkawan dengan Izreen Azminda dan mereka sering juga berkongsi masalah serta bertukar pandangan sama ada mengenai kerja termasuk peribadi.
“Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini,” ujarnya.
Amar Baharin turut berkata yang beliau takut untuk jatuh cinta dengan rakannya itu selain sentiasa mendoakan kebahagiaan Izreen Azminda andai wanita itu mempunyai pilihan hati sendiri.
“Saya selalu doakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dia. Saya tiada masalah kalau dia jumpa orang lain lagipun kami hanya kawan. Sebenarnya, saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu control”
“Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal. Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila,” katanya sambil tidak menolak jika ada jodoh antara mereka.
Baca : Ahmad Idham Perlekehkan Filem Lelaki Harapan Dunia Pula?
Kami terbaca juga tulisan Ahmad Idham ini melalui Twitter namun tidak pasti akan filem manakah yang dirujuk beliau sebagai memperlekehkan kaum Melayu sehinggalah terbaca entri terbaru anak kepada pelakon Wan Hanafi Su, Budi Citawan di Instagram beliau.
Rupa rupanya, Ahmad Idham merujuk kepada filem terbaru lakonan Wan Hanafi Su berjudul Lelaki Harapan Dunia yang diarahkan Liew Seng Tat dan bakal ke pawagam seluruh negara tidak lama lagi. Ia turut dibintangi oleh Sofi Jikan, Harun Salim Bachik, Azhan Rani & Jalil Hamid.
Anak gadis Wan Hanafi Su itu membalas kenyataan Ahmad Idham dengan sarkastik mengatakan filem ini memang wujud konspirasi tersendiri.
“Konspirasinya adalah untuk memperlekehkan pemikiran manusia (bukan bangsa ya) seperti abang (merujuk kepada Ahmad Idham) yang suka memperlekehkan pintu rezeki & kreativiti orang lain yang selama ini dipandang lekeh oleh masyarakat,” tulisnya.
Kenyataan beliau turut mendapat reaksi pelakon Zahiril Adzim yang berkata filem memperlekehkan kaum Melayu adalah filem filem lawak bangang, slapstik, badigol hantu hantu atas jalanraya dan nombor ekor — sekali lagi merujuk kepada filem arahan Ahmad Idham.
Pengarah filem Lelaki Harapan Dunia ini sendiri sudah pun menjawab persoalan media sebelum ini berkaitan dakwaan filemnya itu memperlekehkan Melayu dengan berkata isu tu tidak sepatutnya timbul kerana kritikan yang diselitkan bersifat subjektif.
Baca : Penyanyi Marsha Milan Sudah Ceburi Profesion Guru!
Biarpun masih aktif menceburkan diri dalam bidang seni tanah air, namun perasan penyanyi dengan pelakon Marsha Milan kini dah mula sibuk ceburkan diri dalam bidang profesion lain.
Mula-mula dia sibuk reka pakaian jenamanya sendiri, sekarang ini dengar-dengar, Marsha Milan dah mula berjinak-jinak dengan profesion sebagai guru pula.
Adakah perubahan ini mempunyai kaitan dengan perancangan masa depannya? Murai Batu tak mahulah nak memandai-mandai bikin spekulasi tapi kalau ya pun, apa salahnyakan?
Lagipun profesion sebagai seorang guru adalah satu profesion yang sangat mulia dan besar pahalanya bagi seseorang itu bila dapat mendidik anak bangsanya menjadi bangsa yang berilmu.
Tapi terus-terang cakaplah, Murai Batu tak dapat nak bayangkan bagaimana gelagat anak-anak murid nanti, bila Marsha yang mendidik dan mengajar mereka.
Lebih-lebih lagi anak-anak murid lelaki. Sebab, cikgu wanita diaorang hot sangat. Takut pula ramai yang mengelamun dah tak dapat fokus waktu belajar. Nasib baiklah anak-anak muridnya hanya di peringkat tadika saja. Hahahahaha...
Apapun, korang mesti teringin nak tengok gelagat Marsha mengajar anak-anak muridnya di sekolah tadikakan? So, kalau nak tengok, jangan lupa saksikan drama Cikgu Sally yang bakal bersiaran jam 10 malam di TV2 pada 2 Disember ini.
Selain Marsha Milan, Cikgu Sally turut dijayakan pelakon hebat lain seperti Liza Abdullah, Puteri Balqis, Imam Muda Nazrul, Adik Sabrina serta Din Belon.
Sudah lama tidak kembali dengan sebarang karya seni, pelakon Avaa Vanja nampaknya mahu kembali dengan imej terbaru yang lebih berani lagi tersendiri.
Telah menyapa portal murai.com.my dalam sebuah majlis pembukaan butik fesyen di pusat beli-belah Pavilion baru-baru ini, Avaa Vanja tampil dengan gaya berambut pendek dengan bentuk fizikalnya yang sedikit berisi dengan ditemani kamera digital disisinya.
“Kenapa awak terkejut? Saya tahulah saya sekarang sudah berisi,” seloroh Avaa Vanja yang ternyata telah mengejutkan portal murai.com.my lebih-lebih lagi dengan gaya rambut pendek dan solekannya yang masih ‘vogue’ seperti dulu.
Ditanya mengapa dia menjinjing kamera digital yang beranggapan dia mungkin sudah bertukar kerjaya, pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah itu menganggukkan kepala dan mula memberi penjelasan sebenar.
“Sebenarnya hari ini saya telah diberi tanggungjawab untuk menjadi jurukamera kepada seorang VVIP. Ya saya adalah seorang jurukamera untuk hari ini.
“Alang-alang hari ini adalah majlis fesyen, jadi saya tak mahu lepaskan peluang keemasan ini dan menerima peranan itu. Setidak-tidaknya dapat berjumpa rakan-rakan lama seperti kamu,” kata Avaa Vanja bergaya dengan persalinan hitam.
Jelas Avaa Vanja, sudah begitu lama dia tidak bersosial apatah lagi bertemu dengan teman-teman dalam industri hiburan tanah air, lebih-lebih lagi selepas berumah tangga dan melahirkan cahaya mata pertamanya.
Katanya, selepas bersalin pada Disember 2012, dia mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan, bagaimanapun sedang berusaha untuk kembali langsing supaya dapat aktif semula dalam dunia hiburan.
Tambah Avaa Vanja, dia kini dalam proses melahirkan single terbarunya tidak lama lagi dan tidak sabar untuk kembali aktif serta bertemu peminat.
Baca : Rozita Che Wan Mahu Bawa Aaisyah Dhia Rana Ke Maldives
Tak ada yang lebih menggembirakan hati selain dapat melancong ke luar negara betul tak? Iyalah, bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas permandangan.
Kali ini, kami cemburu nau dengan anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ni. Dengar khabar, Aaisyah Dhia Rana bakal terbang ke Maldives.
Hmm, dah nama pun Maldives, mesti naik kapal terbang, takkan sampan pulak kan? Hehe.
Mana kami tahu? Dah tentulah dari Instagram milik Che Ta. Beberapa hari lepas, Che Ta telah memuat naik sekeping foto pakaian kanak-kanak yang diberi oleh salah seorang kenalannya.
Namun, kami lebih tertarik dengan kapsyen yang diberi. Kata Che Ta mudah-mudahan anaknya muat memakai hadiah yang diberi menjelang nak ke Maldives nanti.
Arghh!! Cemburunya kami dengan si comel ni. Kecil-kecil lagi dah makan angin jauh ke negara orang. Agaknya, bila dah besar, mahu satu dunia Aaisyah dah jelajah.
Tiba-tiba kami tak sabar nak lihat si comel ini memakai pakaian mandi kanak-kanak. Mesti bertambah comel.
Baca : Fizo Omar & Mawar dikecam lagi kongsi gambar tak berbaju