Selepas sekian lama mengunci mulut mengenai alam rumah tangga, penyanyi Fauziah Latiff akhirnya mendedahkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan pada tahun depan.
Fauziah Latiff mendedahkan bakal bernikah pada tahun hadapan ketika
ditemui pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Reflesia, di Hotel
Istana,pada Rabu.
Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Jee, 44, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia merasakan sudah tiba masanya untuk memulakan kehidupan berkeluarga selepas kekecewaan dalam perkahwinan terdahulu.
"Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.
"Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak," ujarnya kepada mStar Online.
Fauziah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Rafflesia, di Hotel Istana, di sini Rabu.
Dalam pada itu, Fauziah memberitahu tidak terlalu memberi tumpuan untuk mengenai persiapan majlis perkahwinan tersebut kerana mahu ia dilaksanakan secara sederhana sahaja.
"Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja.
"Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami," katanya.
Sementara itu, ditanya tentang lelaki berkenaan Fauziah belum bersedia mendedahkan identiti pemuda itu buat sementara waktu.
Fauziah pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan mereka disahkan bercerai pada tahun 2007.
Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13.
Dalam perkembangan lain, Fauziah sedang dalam proses menghasilkan lagu baharu untuk mengubati kerinduan peminat terhadapnya.
Baca : Shaheizy Sam Azam Beli Rumah Besar Untuk Ibu
Pelakon Shaheizy Sam berazam menyempurnakan permintaan ibunya, Khaty Fauziah Musa untuk membeli sebuah rumah besar agar mereka dan keluarga dapat tinggal di bawah satu bumbung.
Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, ibunya sering meluahkan hasrat untuk mengumpulkan adik beradiknya di bawah satu bumbung agar dapat hidup bersama.
"Setiap orang ada keinginan masing-masing di dunia. Begitu juga dengan ibu, keinginan dia sama dengan saya. Dia dan saya ingin menyediakan sebuah kediaman yang selesa untuk diduduki oleh seluruh keluarga kami.
"Bagaimanapun saya masih berusaha ke arah itu, bekerja keras untuk mengumpul duit," katanya kepada mStar Online.
Tambah Sam, keadaan itu membuatkan dia terpaksa mengenepikan soal cinta dan hanya fokus kepada kerjaya lakonan untuk melaksanakan impian itu.
Artikel Terdahulu :
Dalam pada itu, Sam juga bersyukur dia masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan meskipun tidak terlalu popular seperti selepas kemenangannya sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun 2012.
Sementara itu, Sam yang bakal muncul menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) pada 11 Disember ini tidak sabar menunggu respons peminat-peminat mengenai lakonannya dalam karya arahan Bernard Chauly itu.
Katanya, itu merupakan kali pertama dia membawakan watak seorang lelaki romantis sebagai Nazmi yang menyintai Ifti Liyana, lakonan Fazura.
"Bukan senang nak bawak watak ini kerana lelaki romantis bukanlah jiwa saya.
"Tetapi saya berusaha juga untuk menjiwai watak itu. Mujurlah saya pernah bekerjasama dengan Fazura dan ia sedikit sebanyak memudahkan saya untuk mendapatkan keserasian," ujarnya.
Filem terbitan bersama Astro Shaw, Redfilms dan Global Stations itu mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana yang tidak pernah mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki.
Pertemuan Ifti dengan Nazmi telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama untuk dijadikan isteri.
Antara pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Faizal Hussein, Josiah Hogan, Lisa Surihani, Eja, Zaibo dan Fauziah Ahmad Daud.
Baca : Zain Saidin Dituduh Sombong Enggan Bergambar Bersama Anak
Pelakon Zain Saidin terkejut apabila dituduh bersikap sombong kononnya dia sengaja menolak permintaan seorang peminat yang ingin merakamkan gambarnya bersama anak.
Zain, 30, berkata, tuduhan itu dibuat oleh seorang pengikut di Instagram yang kononnya telah menyaksikan kejadian tersebut di sebuah pusat beli belah di Johor.
"Saya terkejut apabila tiba-tiba ada orang memberi komen menuduh saya sombong apabila kononnya melihat saya tidak melayan peminat ketika diminta untuk bergambar bersama anak saya, Aaisyah Dhia Rana.
"Sedangkan ketika itu anak saya sedang menangis kerana lampinnya perlu ditukar. Tetapi individu yang melihat itu membuat andaian sendiri dan meletakkan komen di Instagram sehingga menimbulkan fitnah kepada pengikut-pengikut lain.
"Bukannya saya sengaja tidak mahu bergambar. Selama ini saya mahupun isteri (Rozita Che Wan) tidak mempunyai masalah jika sesiapa datang pada kami," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Zain Saidin seronok menjaga anak sulungnya.
Tambah Zain, dia berharap agar mana-mana individu tidak membuat andaian tanpa usul periksa sekiranya berlaku lagi kejadian seperti itu.
Sebagai seorang bapa, dia perlu mengutamakan anaknya terlebih dahulu daripada memilih untuk bergambar.
Sementara itu, berkongsi pengalaman bergelar ayah buat pertama kali, Zain berkata kerja-kerja menjaga anak tidaklah terlalu sukar seperti yang disangkakannya sebelum ini.
Kata Zain, antara rutin yang paling digemarinya ialah memandikan Aasyah, lebih-lebih lagi melihat anaknya yang begitu teruja apabila dimandikan.
"Alhamdulillah, tak susah sangat pun nak jaga anak. Rutin yang paling menyeronokkan ialah memandikan dia.
"Sekarang ini saya sanggup tinggalkan apa saja demi anak. Tetapi yang pasti dia lebih manja apabila bersama ibunya," ujar Zain.
Dalam perkembangan lain, Zain akan sibuk mengendalikan sebuah kelas kecergasan pada tahun depan yang terbuka kepada umum untuk menyertainya.
Pelakon Zahiril Adzim bukanlah nama yang asing dalam industri seni tahan air, tetapi sejak kebelakangan ini kita jarang melihat wajah pelakon Zahiril Adzim di kaca televisyen.
Namun ia bukanlah petanda bahawa pelakon ini sudah hilang popularitinya kerana Zahiril kini lebih memilih tawaran berlakon dan memperlahankan rentak untuk mempunyai lebih masa bersama keluarga.
Zahiril yang mempunyai anak lelaki yang kini berusia setahun berkata, dia bukannya bersikap terlalu memilih tetapi dengan tempoh penggambaran yang panjang membuatkan dia tidak mempunyai masa bersama anaknya.
"Cuma, sejak sudah berkeluarga dan memiliki anak, saya lebih suka memilih tawaran berlakon yang tempoh pengambarannya tidak mengambil masa panjang. Saya akui sekarang pun lebih banyak muncul dalam telefilem berbanding drama episod kerana masa saya di lokasi penggambaran tidak begitu lama.
"Sebagai suami dan ayah, saya ingin menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga yang kini menjadi keutamaan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro.
Kata bapa kepada Nadi Anaqi ini lagi, dia cuba mengelak tawaran yang memerlukan dia berada di lokasi dalam tempoh panjang kerana tidak mahu terlepas pengalaman untuk melihat anaknya membesar.
Selepas sekian lama bergelar pelakon, Zahiril berkata, populariti bukanlah perkara utama baginya tetapi dia lebih mencari naskah yang bagus untuk terus menapak dalam industri ini.
"Dalam soal populariti,ia bergantung kepada keinginan seseorang artis itu. Sebagai pelakon, mungkin ada yang aktif kerana mahu kukuhkan mana mereka dalam industri."
Dalam perkembangan terbarunya, filem lakonan terbarunya yang berjudul "Rentap" , gandingan bersama Elfira Loy dan Syafie Naswip akan berada di pawagam esok.
Setelah bercerai kali kedua dengan Mohd Eddie Ghazali, produser Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, akui kehidupannya kini lebih tenang setelah menemui cinta barunya iaitu cinta kepada Allah.
Raja Azmi yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mi berkata dia kini lebih bahagia apabila masanya lebih banyak diluangkan dengan mendekatkan diri dengan Tuhan.
"Alhamdulillah, Kak Mi kini teruskan hidup seperti biasa. Pengalaman kedua bercerai ini membuatkan Kak Mi lebih redha dan kini lebih tenang berbanding penceraian kali pertama dahulu.
"Kalau dulu rasa kesunyian dan sebagainya tetapi kali ini Kak Mi lebih senang terima kenyataan.
"Malah kini Kak Mi sudah temui cinta baru atau cinta sebenar iaitu cinta Kak Mi kepada Allah.
"Kak Mi mahu muhasabah diri dan dekat dengan Dia kerana d isitu Kak ami temui ketenangan sebenar. Lebih-lebih lagi di penghujung usia begini,"katanya kepada murai.com.my yang ditemui selepas pelancaran TV Pengguna di Hotel De Palma, Ampang semalam.
Kak Mi dan Eddie telah pun sah bercerai pada 11 November lalu, setelah rumahtangganya bergolak dan tidak dapat diselamatkan sejak beberapa bulan sebelum itu.
Bercakap mengenai hubungannya dengan bekas suaminya itu, Kak Mi memberitahu hubungan mereka sangat baik dan selesa untuk berkawan.
"Kami masih lagi berhubung dan Kak Mi nampak kami lebih senang bila menjalinkan hubungan sebagai kawan.
"Malah kami sekarang sedang cuba mengambil kesempatan dalam tempoh edah ini untuk bermuhasabah diri dan Kak Mi sendiri tidak berani untuk berkata apa-apa tentang masa hadapan kami dan hanya berserah kepada Allah," luahnya lagi.
Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.
Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.
Baca : AIM21: Joe Flizzow Cadang Guna Juri Luar Untuk AIM Akan Datang
Penyanyi rap dan penggubah lagu, Joe Flizzow menggesa pihak penganjur serta pengurusan Anugerah Industri Muzik (AIM) iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) untuk menggunakan khidmat juri luar negara bagi memantapkan lagi keputusan dan pencalonan anugerah tersebut.
Setiap kali AIM dianjurkan ada sahaja segelintir pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati terutama komposer, penerbit mahupun penyanyi.
“Saya merasakan menggunakan khidmat profesional juri dari luar negara adalah amat bertepatan, tidak perlu ambil yang jauh, di negara jiran sudah memadai seperti Indonesia, Thailand mahupun Filipina,” kata Joe kepada portal murai.com.my setelah selesai menjayakan sesi murai webchat.
Menurutnya lagi, dia juga berasa pelik mengapa penyanyi tidak gemar membuat album penuh dan lebih menjurus kepada mini album.
Sebagai penyanyi, album penuh itu adalah hadiah buat peminat yang tidak henti-henti menyokong karier mereka di awal kemunculan sehingga menjadi terkenal.
“Saya pun tak faham, kenapa ramai penyanyi sukar untuk buat album penuh. Kalau tidak cukup bajet, jangan gunakan khidmat komposer yang besar seperti Ajai dan sebagainya.
“Di luar sana ramai komposer muda yang berbakat yang tidak diberi peluang, kadangkala lagu yang mereka hasilkan juga amat kualiti, jadi tolonglah buat album penuh buat peminat kalian,” tegas Joe.
Baca : 6 Foto tunang Wan Raja & Yaya, kakak Emma Maembong
Bulan ini turut menjadi pilihan beberapa orang artis tanah air menjadikan ia sebagai detik hari bersejarah mereka.
Selepas Elaine Daly, kakak Emma Maembong iaitu Yaya Maembong juga akan berkahwin dengan pelakon Wan Raja.
Malah pelakon Mas Muharni juga memilih 20 Disember sebagai hari pernikahannya. Wan Raja yang juga pelakon filem ... Dalam Botol akan bernikah dengan Yaya pada 12 Disember ini di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang.
Majlis resepsi sebelah Yaya akan diadakan pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, KL manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk sebelah keluarga Wan Raja.
Pasangan ini bertunang pada 10 Syawal lalu di KL. Menurut Wan Raja mereka kenal lebih dua tahun lalu. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama.
"Ikutkan kami tak rancang untuk bertunang pun. Tapi apabila kedua keluarga kami berjumpa maka alang-alang jadilah juga majlis bertunang," kata Wan Raja yang menghubungi BH Online sebentar tadi.
Perkenalan mereka seterusnya bercambah menjadi mesra apabila masing-masing mempunyai bakat seni lain selain berlakon iaitu melukis.
"Dari bakat melukis itu kami mula sedari banyak berkongsi minat dan citarasa yang sama. Malah masa kenal, saya tak tahu pun dia kakak kepada Emma Maembong. Hanya selepas itu, selepas tersedar yang nama bapa mereka sama," katanya.
Perkahwinan dengan Yaya Maembong ini merupakan yang pertama dalam hidup Wan Raja. Biar disangka sudah berkahwin, Wan menafikan perkara itu.
"Muka saya nampak macam orang yang ada anak tiga. Saya sudah biasa dengan tanggapan itu. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Mulut orang... biarlah," katanya.
Ketika ini persiapan kahwin hampir sempurna. Menurut Wan Raja sudah 95 peratus. Kata Wan Raja lagi, cuma majlis di sebelah pihaknya saja yang perlu diberi perhatian kini kerana dia terikat dengan penggambaran drama Teman Lelaki Upahan slot Akasia TV3 di Sarawak.
"Majlis di KL berkonsepkan bangsawan manakala di Pulau Pinang pula bertemakan P Ramlee dan Saloma. Kami bertuah kerana penaja iaitu Putree Bridal dari Queensbay dan Wedding Studio, Bukit Jelutong mampu merealisasikan apa yang dihajati," katanya.
Mengenai bulan madu, pasangan ini akan berbulan madu di pulau sekitar Sabah. Khabarnya juga Emma Maembong akan menaja bulan madu pasangan ini ke London.
Baca : Birthday Nabila Huda Disambut Orang Tersayang