Tuesday, December 9, 2014

Punca ‘Teman’ Wanita Remy Ishak Kecil Hati

Mesti semua sudah sedia maklum bahawa pelakon kacak, Remy Ishak kini sedang mengenali hati budi Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof. Kiranya mereka ni dah ‘rapat’ jugalah.


Punca ‘Teman’ Wanita Remy Ishak Kecil Hati, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, remy ishak,

Tapi, ada kebaikan dan keburukannya juga apabila berkawan rapat dengan selebriti terkenal seperti Remy Ishak. Nak tahu apa keburukannya? Ha.. segala rahsia dan kisah peribadi anda akan mula jadi sasaran orang ramai.


Itulah yang sedang dialami oleh Roszaliza sehinggakan membuat wanita itu berkecil hati dan sedih kerana terkejut dengan situasi itu. Yelahkan, baru-baru ni ada keluar gosip yang mendakwa Roszaliza seorang kaki ‘clubbing’. Hurm.

“Saya tahu orang mula ‘mengorek’ rahsia siapa wanita yang makin rapat dengan saya kini dan kerana itu segala hal peribadinya mula diselongkar.

Keadaan itu membuatkan saya terpaksa memohon maaf kepadanya. Yelah, dia bukannya biasa dengan keadaan seperti ini. Sebab itu saya tidak gemar berkongsi hal peribadi.

Bila tak cakap, orang cuba korek, tetapi apabila dah kongsi cerita, jadi lain pula. Susahnya jadi Remy Ishak yer.”

Namun, Remy masih melabelkan hubungan mereka sebagai kawan rapat kerana tidak mahu menanggung malu jika hubungan tersebut putus di tengah jalan.

Baca : Pian Cecupak Buat Hal Lagi 

Sumber : Oh! Bulan
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Ingatkan Dah Berubah! Pian Cecupak Buat Hal Lagi

Suatu ketika dahulu, salah seorang anggota kumpulan lawak nombor dua negara, Cecupak, iaitu Pian pernah menggemparkan negara kerana secara terang-terangan mengakui melakukan suntikan di wajahnya untuk kelihatan lebih menarik.


Pian Cecupak Buat Hal Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Pian Cecupak, gosip, kontroversi,

Alasan yang digunakan ketika itu, dia melakukan transformasi tersebut kerana ingin cari makan!

Pian Cecupak Buat Hal Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Pian Cecupak, gosip, kontroversi,

Selepas itu, Pian membuat pengakuan sudah insaf dan berkata, dia telah membuang semua bahan-bahan terlarang yang dimasukkan di mukanya.

Namun terbaru, menerusi laman Facebook Media Hiburan, pelawak itu seakan-akan lupa kenyataan insafnya dahulu apabila dia tampil berpakaian wanita, malah wajahnya kelihatan pelik kerana ditempek alat solek tebal!


Pian Cecupak Buat Hal Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Pian Cecupak, gosip, kontroversi,

Gambar tersebut kemudiannya mendapat kritikan hebat dari ramai pengikut dan pengguna laman sosial tersebut. Rata-rata mereka mempertikaikan penampilan ‘feminin’ Pian yang serba tak kena.


Pian Cecupak Buat Hal Lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, Pian Cecupak, gosip, kontroversi,

Alahai, kesian betul dekat Pian ni. Baru-baru ini, dia mendakwa mengalami gangguan mental akibat kritikan ramai terhadap anugerah ‘datuk’ yang diterimanya dari puak Naning.

Pian juga pernah dilanda kontroversi pada 2011 apabila dia mendakwa bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi, namun lamarannya itu kemudian ditolak oleh individu wanita tersebut yang menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan.

Baca : Shaarnaz Perjelas Isu Beer Di Jepun 

Sumber : MyNewsHub
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, December 8, 2014

Penjelasan Shaarnaz Ahmad Isu Beli Beer Di Jepun

Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan isu penyebaran foto dia membawa troli berisi beberapa tin arak di sebuah pasaraya di Jepun adalah gosip yang membosankan.


Penjelasan Shaarnaz Ahmad Isu Beli Beer Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shaarnaz Ahmad

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.

"Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?

"Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.." katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Pada Isnin, sebuah laman blog mengeluarkan sekeping foto Sharnaaz membeli-belah di pasaraya di Jepun bersama Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.


Penjelasan Shaarnaz Ahmad Isu Beli Beer Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shaarnaz Ahmad
Foto Sharnaaz (kiri) dengan trolinya yang turut mempunyai beberapa tin alkohol.

Foto tersebut menunjukkan mereka membawa troli masing-masing diisi pelbagai makanan dan minuman.

Troli yang kononnya milik barangan Sharnaaz dilihat turut mempunyai beberapa tin arak jenama terkenal di Jepun.

Perkara itu membuatkan timbul persoalan di kalangan netizen (pengguna Internet) bahawa Sharnaaz membeli arak berkenaan.

Artikel Terdahulu :  

Sementara itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu berkata, perkara itu langsung tidak menjejaskan dia memandangkan isu tersebut ditimbulkan oleh masyarakat luar dan bukan dirinya.

"Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu," tegasnya.

Bagaimanapun dalam mesej Whatsapp yang diberi, Sharnaaz tidak menyatakan bagaimana tin arak berkenaan berada dalam troli tersebut.

Sementara itu, Sharnaaz kini sedang berada di Okinawa, Jepun bagi menjalani penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa bersama aktres Hanis Zalikha dan Mimi Lana.

Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Mustika.

Baca : Selebriti Bergelar Datin Tipu Agensi Pelancongan 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Selebriti Bergelar Datin Tipu Agensi Pelancongan

Pelik-pelik je ragam segelintir selebriti sekarang ni. Bermasam muka dengan wartawanlah, bertekak dengan pereka fesyenlah, yang terbaru, menipu agensi perlancongan.


Selebriti Bergelar Datin Tipu Agensi Pelancongan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi,

Kami bukan apa, terkedu dan terpaku tatkala membaca coretan Harian Metro mengenai seorang selebriti yang didakwa memberi beg tangan tiruan untuk menjelaskan baki bayaran pakej percutian yang digunakan.

Malah, dia dikatakan turut mengugut kakitangan agensi pelancongan berkenaan. Aiiyoo, apa nak jadi ni?

Selebriti Bergelar Datin Tipu Agensi Pelancongan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi,
Sumber Foto : Harian Metro

Okay! Ceritanya begini, selebriti ini bersama keluarganya telah menggunakan pakej pelancongan agensi tersebut untuk melancong ke luar negara awal November lalu.

Namun, sebelum melancong, selebriti ini hadir dan berjumpa dengan kakitangan dengan membawa dua buah beg tangan berjenama (didakwa tulen) untuk dijual dengan harga RM6000.

Setelah ditolak, selebriti berkenaan meminta kakitangan tersebut menyimpan beg berkenaan di pejabat. Sekembalinya selebriti ini dari percutian, pihak agensi pun memintanya menjelaskan baki bayaran.


Selebriti Bergelar Datin Tipu Agensi Pelancongan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi,

Tetapi, selebriti tersebut meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen itu.

Lebih teruk, kakitangan itu memaklumkan selebriti ini turut mengugut untuk membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan semula beg tangan tiruan berjenama itu.

Hmm, yang kami peliknya, jika dah bergelar datin, mesti bukan calang-calang orangnya kan? Takkanlah tak mampu jelaskan hutang tertunggak?

Baca : Punca Misha Omar Terpaksa Korbankan Bulan Madu  

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Punca Misha Omar Terpaksa Korbankan Bulan Madu Bersama Suami

Pelakon dan penyanyi, Misha Omar akui terpaksa menangguhkan percutian bulan madunya bersama suami, Firos Ezzwan Rossly yang sepatutnya dirancang akan berlaku pada Ferbuari tahun hadapan.


Misha Omar Korbankan Bulan Madu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, misha omar

Misah Omar berkata penangguhan itu terpaksa dibuat kerana komitmennya terhadap pementasan teater Diari Wanita…Episod Kak Ani & Nyonya.

“Sebenarnya selepas kahwin kami tidak sempat lagi berbulan madu disebabkan komitmen kerja masing-masing. Jadi kami pun plan hendak bercuti pada Februari tahun hadapan memandangkan masa itu rasanya masa kami masing-masing agak terluang.

“Tak sangka pula tiba-tiba dapat tawaran untuk berlakon teater Februari depan baru-baru ini. Bila difikirkan kembali tentang tawaran itu dan setelah berbincang dengan suami saya pun korbankan perancangan untuk bercuti itu demi tawaran kerja ini.

“Jadi nampaknya kami terpaskalah menangguhkan percutian bulan madu kami. Pun begitu suami tetap menyokong saya dan dia pun galakkan saya untuk terima tawaran berlakon ini kerana saya bukan bekerja tetap dan peluang itu sukar dijangka,” katanya kepada murai.com.my

Misha ditemui selepas sidang media pementasan teater tersbeut yang diadakan di Istana Budaya, semalam.

Pelatun lagu Pulanglah itu telah bernikah pada 2 Mei lalu dengan pasangannya yang merupakan seorang juruterang.

Mengulas mengenai teater tersebut, ianya merupakan kali ketiga penglibatan Misha dengan pementasan Nyonya. Meskipun masih memegang watak sama iaitu sebagai Keponakan Cantik, Misha memberitahu dia tetap berdepan cabaran menjiwai watak tersebut.

“Cabarannya dari segi saya perlu mewarnakan lagi karakter saya. Sebab mungkin penonton yang datang dalam kalangan mereka yang sudah pernah menonton teater Nyonya, jadi saya harus berikan sesuatu berbeza daripada pementasan sebelum ini.

“Selain itu, saya teruja apabila digandingkan dengan pelakon seperti Juhara Ayob kerana saya meminatinya. Saya suka pembawakan dia setiap kali di pentas teater. Apabila mendapat satu pentas dengan pelakon hebat sepertinya, terasa diri kecil dan gementar tetapi pada masa masa saya teruja,” luahnya lagi.

Naskah teater Nyonya terbitan CTRA Production sebelum ini pernah dipentaskan sebanyak enam kali. Diarahkan Rosminah Mohd Tahir, ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan pesonafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir. Teater ini juga bersifat humor dan emosi kerana penampilan watak yang menggunakan dialog berjenaka.

Menariknya, untuk pementasan kali ketujuh ini turut mengangkat kisah kehidupan Menteri Pembanggunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sejak zaman kecil hingga berjaya menjadi seorang menteri.

Selain Misha, teater ini turut dijayakan Sherry Alhadad, Amy Mastura, Nad Zainal, Sharul Mizad, Liza Othman dan Dayang Kartini. Ia akan dipentaskan pada 11 sehingga 16 Februari 2015 di Istana Budaya.


Baca : Najwa Mahiaddin Selamat Bertunang Dengan Idris Koh 

Sumber : murai.com.my

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Najwa Mahiaddin Selamat Bertunang Dengan Idris Koh

Penyanyi Najwa Mahiaddin atau nama sebenarnya, Najwa Muhyiddin telah selamat ditunangkan dengan lelaki pilihannya, Idris Koh Keng Hui, selepas solat Isyak, sebentar tadi.


Najwa Mahiaddin Selamat Bertunang Dengan Idris Koh, info, terkini, hiburan, sensasi, Najwa Mahiaddin, sensasi, anak perempuan TPM

Majlis pertunangan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah dilangsungkan di kediaman keluarganya di Sri Satria, Putrajaya.

Najwa yang hits dengan lagu You've Got To Go dan Seri Mersing telah bertunang dengan salah seorang daripad ahli muzik di dalam band iringannya.

Rombongan pihak lelaki telah menghantar 3 dulang berbalas 5 daripada pihak perempuan.


Najwa Mahiaddin Selamat Bertunang Dengan Idris Koh, info, terkini, hiburan, sensasi, Najwa Mahiaddin, sensasi, anak perempuan TPM

Najwa Mahiaddin Selamat Bertunang Dengan Idris Koh, info, terkini, hiburan, sensasi, Najwa Mahiaddin, sensasi, anak perempuan TPM

Najwa Mahiaddin Selamat Bertunang Dengan Idris Koh, info, terkini, hiburan, sensasi, Najwa Mahiaddin, sensasi, anak perempuan TPM

Najwa Mahiaddin Selamat Bertunang Dengan Idris Koh, info, terkini, hiburan, sensasi, Najwa Mahiaddin, sensasi, anak perempuan TPM

Baca : Yazer Dan Ekin Bernikah Di Labuan 26 Disember Ini 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Yazer Dan Ekin Bernikah Di Labuan 26 Disember Ini

Selepas lebih sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta, Bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Yazer, 32 dan Ekin, 30 bakal dinikahkan pada tanggal 26 Disember ini di kediaman keluarga Ekin di Labuan.


Yazer Dan Ekin Bernikah Di Labuan 26 Disember Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, Yazer AF3, Ekin AF3

Ditemui selepas Anugerah Industri Muzik ke 21 pada hujung minggu lalu, pasangan itu kemudiannya akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan dihadiri keluarga kedua-dua belah mempelai pada 28 Disember ini di lokasi yang sama.

Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer bin Yusof berkata, sememangnya dia tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hati Ekin atau Norashikin binti Abdul Rahman yang telah dikenali sejak menyertai AF3 lagi.

“Itulah, akhirnya kami akan berkahwin juga. Memang lama kami berkawan dan selama itu juga banyak cabaran yang kami hadapi bersama.

“Alhamdulillah, akhirnya impian kami untuk bersama dengan ikatan yang sah akan terlaksana,” katanya dengan senyuman.

Jelas Yazer, meskipun majlis pernikahan dan juga resepsi akan diadakan di kampung halaman Ekin, tapi mereka berdua akan tetap pulang ke ibu negara selepas itu bagi meneruskan kehidupan seperti biasa.

Ini kerana, sama ada Ekin dan juga Yazer, masing-masing masih lagi aktif bergelar penyanyi dan sering menerima undangan nyanyian meskipun program realiti yang membabitkan mereka berdua sudah lama berlalu.

Sementara itu kata Ekin, dia mengharapkan doa dan kegembiraan daripada semua peminat supaya merestui perkahwinan mereka berdua.

“Memang majlis akan diadakan di Labuan, tetapi ada beberapa persiapan penting untuk majlis berkenaan yang perlu kami lakukan dari sini.

“Bagimanapun kami akan berkongsi gambar-gambar hari bahagia kami itu nanti kepada peminat semua menerusi pihak pengurusan yang kami lantik untuk berurusan dengan pihak media di Semenanjung,” katanya yang kelihatan cukup ayu.

Pasangan merpati dua sejoli itu sempat memberikan pose istimewa kepada portal murai.com.my dengan persalinan segak dan anggun yang digayakan ketika menghadiri anugerah berprestij berkenaan.

Baca : Nora Danish Ke Bali Sambut Birthday Nedim 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif