Wednesday, December 17, 2014

Punca Izzue Islam Enggan Sentuh Heroin?

Pelakon Izzue Islam, menafikan syarat enggat bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita gandingannya selepas ini yang telah dibuatnya, adalah kerana isterinya seorang yang kuat cemburu.


Punca Izzue Islam Enggan Sentuh Heroin?, info, terkini, hiburan, sensasi, Izzue Islam, Suami Sebelah Rumah, gosip terkini,

Sebaliknya menurut Izzue, prinsip yang diamalkan itu demi menjaga statusnya sebagai seorang suami, juga bertujuan menjaga maruah pelakon wanita yang digandingkan bersamanya dalam mana-mana naskhah filem mahu pun drama.

“Ya, saya ada meletakkan syarat agar tidak ada adegan bersentuhan antara saya dengan pelakon wanita dalam beberapa drama yang saya lakonkan kebelakangan ini.

“Saya rasa ia adalah untuk menjaga status saya sebagai lelaki sudah berkahwin dan untuk menjaga maruah pelakon wanita itu juga,” katanya memetik laporan mStar.


Punca Izzue Islam Enggan Sentuh Heroin?, info, terkini, hiburan, sensasi, Izzue Islam, Suami Sebelah Rumah, gosip terkini,

Drama pertama yang akan memperlihatkan prinsip Izzue itu adalah Suami Sebelah Rumah yang bakal ditayangkan di TV3, Mac depan yang turut dijayakan heroin, Ayda Jebat.

Izzue yang bertegas prinsip tersebut mempunyai kaitan dengan isterinya, Nurinafilah Waharudin (Awin) berkata:

“Keputusan itu atas diri sendiri dan bukannya sebab isteri saya cemburu atau tidak. Dia tidak mempengaruhi keputusan yang saya lakukan.

“Saya berbuat demikian kerana memikirkan ia adalah hal saya sebagai seorang lelaki yang menjadi suami orang,” ujarnya lagi.

Baca : Foto Malam Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Awal Ashaari Mohon Pelawak Tidak Salah Faham

Sebelumnya, Awal Ashaari yang juga pengacara program 'Melodi' dan 'Mentor Legend' ini pernah menyuarakan pendapatnya tentang lambakan pelawak-pelawak yang diangkat menjadi pengacara untuk sesebuah acara atau program.

Awal Ashaari Mohon Pelawak Tidak Salah Faham, info, terkini, hiburan, sensasi, pengacara, Awal Ashaari, gosip,

Lantas, hal itu mendapat respons yang pelbagai daripada beberapa orang pelawak tanah air yang turut bergelar pengacara.  Terpanggil untuk menjawab isu itu dengan harapan ia tidak diperbesarkan atau disalah tafsir, ini kenyataan Awal yang telah dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Assalamualikum wbt...

Lama rasanya tak menulis di Facebook tetapi hari ini terpanggil untuk menulis bagi menjernihkan keadaan yang semakin keruh dek penulisan-penulisan yang kurang sensitif oleh segelintir pelapor.

Berkenaan isu saya marahkan pelawak sebagai pengacara. Let me make it clear, that saya TIDAK pernah menimbulkan isu itu sebaliknya saya DITANYA soalan; “Apa pendapat saya apabila sekarang lambakan pelawak-pelawak diangkat menjadi pengacara?”

Sudah tentu apabila ditanya, kita harus menjawab dan sebagai seorang “senior” bak kata sesetengah orang tu, sudah tentu jawapan yg saya berikan tidaklah ‘sebodoh’ itu untuk membuatkan rakan-rakan pengacara hebat diluar sana terasa. And obviously bukan nak menceritakan kelemahan saya tanpa sedar, as claimed.

Sudah 11 tahun saya mengacara, tak pernah sekali pun saya ada masalah dengan pengacara-pengacara seangkatan dengan saya, cuma lately ni memang saya akui yang pengacara komedi lebih mendapat tempat dihati penonton disebabkan peredaran semasa. Isu itu tidak sedikit pun menggangu saya, because I know my strength and I know who is my target audience. Saya tidak sedikit pun rasa terkesan dengan keadaan semasa sebab saya masih lagi ada pengikut saya dan Alhamdulillah, rancangan saya tak putus-putus keudara di kaca TV.

Cuma rasa tak sedap apabila komen yang diberikan disampaikan dengan cara yang tidak sensitif. Ianya ibarat sengaja ingin mengundang salah faham diantara saya dan rakan-rakan pengacara yg lain.

Buat rakan-rakan pengacara saya yg saya hormat, you know how the entertainment works. Sometimes what you said is not what actually reported. Jangan salah anggap disini. Saya bukan juga menyalahkan rakan-rakan media saya, cuma our pemahaman tentang sesuatu isu itu berbeza dan kadang kala, ia disalah tafsir oleh segelintir orang. Interpretation seseorang penulis itu mungkin berbeza dengan apa yang selalunya dikomen. Kadangkala sesuatu komen itu sukar utk diulas kerana ababila diulas, maksudnya dah jadi lain.

Saya pernah bekerja dengan pelawak. Zizan merupakan ex-co host saya dalam Melodi selama 2 tahun and he is a good friend of mine. Setiap kali Johan mengacara, saya ketawa terbahak-bahak. Saya selalu rasa FBI tu seorang pengacara yg sangat baik. Abang AC Mizal, he is ABP Pengacara Paling Popular and I always enjoy his sense of hosting. Zulin & Sherry Al haddad are my partners dalam Melodi sekarang ni, - ADAKAH SAYA SENGAJA MEMBANGKITKAN ISU INI UNTUK MEMBUATKAN MEREKA INI TERASA? Am I that brave to dig my own grave?

Kepada yang terasa, saya mohon maaf. Bukan niat saya mengatakan apa yang anda semua baca. You guys know that you’re better than that.

Cuma memang saya ada kata yg segelintir organizer mitak saya melawak ketika bekerja. That is beyond my control. Saya mintak maaf, saya bukan pelawak.

Untuk TV stesen pula, rasanya mereka memang bijak memilih pengacara bagaimana yang sesuai untuk program yang macam mana. So far, saya selalu dapat program yg betul-betul makanan saya. Tak pernah pulak disuruh melawak tak tentu hala sbb saya naturenya bukan seorang yg kelakar.

To my beloved press member, saya menyeru kepada semua supaya kita masing masing pandai jaga nama baik dan periuk nasi kita. Youre a gatekeeper between us, and the public. Tulislah dengan penuh sensitivity supaya perkara begini dapat dielakkan. At the end of the day, we are one small community and we might end up work or bumped into each other. Tak perlu juga nak panjang-panjangkan isu ini. Rezeki ditangan Allah, ada dimana mana.

Saya harap rakan-rakan pengacara lawak saya tak sentap lama lama.

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Amelina Buat Kejutan Di Pertunjukan Fesyen

Walaupun generasi di zaman sekarang khususnya anak muda kebanyakkannya menganggap irama dangdut itu sekadar picisan dan mungkin juga tidak ada kelas, namun persepsi ini pastinya berubah selepas munculnya kembali ratu sensasi irama muzik dangdut, Amelina.


Amelina Buat Kejutan Di Pertunjukan Fesyen, Amelina, Ratu Dangdut, Sensasi, hiburan, info, terkini,

Kehilangannya ternyata merubah perkembangan industri muzik yang semakin hari meminggirkan irama dangdut yang sebenarnya tidak pernah mati dalam jiwa insan yang bernama Norazlina Amir Sharipuddin ini.

Diusianya kini 40 tahun dan diberkati dengan kehadiran enam orang cahaya mata empat orang anak lelaki dan dua orang perempuan Amelina begitu rindu untuk menyanyi serta menghiburkan peminat setianya.

Pada sebuah majlis eksklusif pertunjukkan fesyen ‘Tekat’ yang menampilkan himpunan istimewa olahan idea bernas pereka duo Rizman Ruzaini bersama seorang pencinta seni warisan Melayu iaitu Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim tersebut, Amelina diberikan penghormatan mendendangkan lagu duet Seri Langkat bersama Sabhi Sadhi.

Bukan calang-calang jemputan yang menyaksikan persembahan ini, antaranya termasuklah Sultanah Terengganu, DYMM Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Putri Jawaher dari Negeri Sembilan serta para kenamaan serta selebriti terkenal tempatan berpeluang melihat ‘comeback’ dari ratu dangdut ini.


Baca : Che Ta Sedia Passport Bayinya Untuk Ke Paris & London 

Sumber : murai.com.my

 photo good_zps9ceffaa5.gif



Che Ta Sedia Passport Bayinya Untuk Ke Paris & London

Dalam diam-diam tu, pelakon dan juga pengacara Primadona Rozita Che Wan telah siapkan passport untuk anaknya Aaishah Dhia Rana.


Che Ta Sedia Passport Bayinya Untuk Ke Paris & London, info, terkini, hiburan, sensasi, Che Ta, zain saidin, rozita che wan, Aaishah Dhia Rana

Comel sungguh foto Aaishah di passport tu, rasa mcm nak cubit-cubit pipinya.

Dapat tahu pun menerusi Instagram Che Ta dengan kapsyennya “yeaaay Aaisyah can now see the world now.”

Dengan pelbagai tempat Che Ta hastag seperti London, Paris, dan Amsterdam. Nampak gayanya Che Ta dah siap siaga untuk pergi bercuti dengan bayi comelnya itu.

Bila Che Ta nak pergi tu, tak pastilah. Kemungkinan Che Ta dan Zain Saidin akan ke negara Eropah selepas habis pantang kot, sama-sama kita nantikan.

Apa-apa pun, didoakan agar kesihatan Che Ta cepat sembuh dan tak sabar nak tunggu kemunculannya selepas bersalin, mesti meletop!!!

Baca : Gaya Hidup Mewah & Anggun Azrinaz Pukau Perhatian Umum 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Gaya Hidup Mewah & Anggun Azrinaz Pukau Perhatian Umum

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim kini semakin menjadi tumpuan ramai terutama di majlis korporat mahupun majlis makan malam.


Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, info, terkini, hiburan sensasi,

Tertarik dengan gambar yang dikongsikan olehnya di Instagram yang begitu anggun, mewah dan cukup bergaya.

Menggayakan rekaan baju-baju terkini dan warna yang sesuai dengan personalitinya membuatkan Azrinaz berada diliganya tersendiri.

Walaupun memegang status ibu tunggal, namun tidak menghalang dirinya untuk menceburi bidang keusahawanan dalam industri telekomunikasi iaitu Clixster Mobile.

Azrinaz yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat dan difahamkan pengguna talian Clixster telah mencecah lebih 200 ribu orang pengguna.

Teringat lagi ketika beliau membuat lintas langsung sebagai wartawan TV, boleh terpaku melihatnya yang petah berkata-kata dan menghuraikan fakta-fakta penting buat penonton.

Dengan kesempatan ini, dikongsikan kepada anda antara gambar-gambar Azrinaz yang mesra aksinya di depan kamera.


Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, info, terkini, hiburan sensasi,

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, info, terkini, hiburan sensasi,

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, info, terkini, hiburan sensasi,

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, info, terkini, hiburan sensasi,

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, info, terkini, hiburan sensasi,

Baca : Bila Fazura Lentok Di Bahu Wak Doyok 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Bila Fazura Lentok Di Bahu Wak Doyok

Jika baru-baru ini penonton Astro yang menyaksikan Maharajalawak perasan mengenai jelingan Wak Doyok terhadap Fazura di dalam TV, terkini ramai yang makan hati apabila tersebar gambar kepala Fazura melentok manja di bahu Wak Doyok.


Bila Fazura Lentok Di Bahu Wak Doyok, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fazura, wak doyok

"Muka ada senyum..!!! Dah boleh mimpi yang indah-indah @missfazura ini malam. Ini lah yang dikatakan bulan jatuh kebahu. Dia suke orang yang kelako.. untung abang Jamil.

Bila Fazura Lentok Di Bahu Wak Doyok, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fazura, wak doyok


"Bersama si cantik jelita lagi menawan @missfazura misai ku naik boleh dipintal. Hari tu jeling kecoh satu kapal. Hari ini dapat bersua muka aku jadi tebal.," begitulah caption Wak Doyok melalui IGnya.


Bila Fazura Lentok Di Bahu Wak Doyok, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fazura, wak doyok

Bila Fazura Lentok Di Bahu Wak Doyok, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fazura, wak doyok

Bila Fazura Lentok Di Bahu Wak Doyok, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, fazura, wak doyok



Untuk makluman semua, kemesraan Wak Doyok dengan Fazura ini telah dirakamkan di sebuah pertunjukan fesyen yang berlangsung semalam. Dan bak kata Wak Doyok, memang bukan jatuh ke bahu bila mimpi jadi kenyataan. Ahak!

Baca : Kisah Lagu Anuar Zain, Wasiat Terakhir Blogger Sebelum Mati 

Sumber : myartis.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Kisah Lagu Anuar Zain, Wasiat Terakhir Blogger Sebelum Mati

Kemerduan suara Anuar Zain, mampu membelai banyak jiwa terutama para wanita. Tak hairanlah salah seorang blogger yang bertarung nyawa dengan kesakitan akibat kanser, turut menjadikan lagu Anuar antara terapinya.


Kisah Lagu Anuar Zain, Wasiat Terakhir Blogger Sebelum Mati, info, terkini, hiburan, sensasi, anuar zain

Bagaimana pun sudah tersurat, ajal blogger terkenal tersebut iaitu Dalilah Tamrin atau lebih dikenali sebagai Raden Galoh, tidak lama apabila menghembuskan nafas terakhirnya pada penghujung 2010.

Begitu pun allahyarham sempat meninggalkan hajat agar Anuar sudi menyanyikan lagu ciptaannya.

Kembali PadaMu Ilahi, lagu dimaksudkan ini antara track terbaru yang bakal dipersembahkan Anuar khas untuk peminatnya di Singapura, 7 Februari depan.
“Lagu ini memperkatakan tentang pertarungan melawan kesakitan namun membawa mesej positif pasti ada sinar di hujung derita.

“Harapan saya, lagu ini memberi semangat kepada keluarga arwah dan sesiapa sahaja yang sedang menderita – tak kiralah disebabkan sakit sepertinya, patah hati mahu pun disebabkan masalah peribadi,” ujar Anwar kepada sebuah akhbar Singapura ketika ditemu bual, pada Isnin.

Wah, nampaknya beruntunglah peminat Anuar di Singapura kerana bakal dihiburkan lelaki popular ini.

Tapi kami percaya, pasti ada peminat Anuar yang sanggup menyeberang tambak semata-mata mahu turut sama menyaksikan persembahannya kelak.

Maklumlah dalam ramai-ramai penyanyi lelaki tempatan, rasanya setakat ini belum ada yang dapat menyaingi kegilaan peminat terhadap penyanyi idola mereka seperti Anuar Zain!


Baca : 4 Senarai Perkahwinan Selebriti Yang Cecah Jutaan Ringgit  

Sumber: mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif