Kadang-kadang kami pun kasihan dengan nasib yang menimpa sesetengah selebriti. Terbaru, foto pelakon jelita Fathia Latif pula menjadi sasaran. Jika dilihat dengan mata kasar, foto ini kelihatan biasa sahaja.
Foto ini diambil ketika Fathia sedang berbincang mengenai satu projek bersama dengan Avon.
Walaupun bagaimanapun ia mengundang sedikit kata-kata yang kurang manis yang menjurus kepada aset milik pelakon jelita ini.
Kami pun pelik dengan followers instagram selebriti ni. Kot ia pun mengkagumi kejelitaan pelakon pujaan, rasanya ada lagi kata-kata yang lebih elok untuk dikeluarkan.
Ramai yang sedia maklum Aweera kini sudah tidak bersama kumpulan Mojo namun penyanyi itu tetap mahu membawakan lagu Romancinta di peringkat akhir persaingan Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) yang akan berlangsung pada Januari nanti.
Namun, perkembangan terbaru mengatakan yang Edry KRU selaku pencipta lagu tersebut telah mengambil keputusan untuk menggugurkan Aweera selaku vokalis atas alasan yang penyanyi itu mahu membawa kumpulan sendiri dan bukannya bersama Mojo.
“Pada saya ini jalan terbaik, kerana sepanjang rancangan ini berlangsung banyak sangat masalah ditimbulkan Aweera. Tambahan pula saya sudah banyak mengalah, jadi saya membuat keputusan tempatnya akan digantikan penyanyi lain,” ujar Edry KRU kepada Harian Metro.
Namun menerusi Facebook, pengurus kepada Aweera telah tampil memberikan penjelasan beliau sendiri tentang apa sebenarnya yang terjadi sehingga memaksa Aweera menarik diri dan bukan digugurkan dari terus bersama Mojo ke AJL 29.
“Melihat pada penjelasan pihak Edry adalah bercanggah dan tidak benar sama sekali. Banyak isu melibatkan kenapa pihak kami tidak mahu Aweera bekerjasama untuk AJL 29 nanti. Ini adalah kerana pihak Edry ada rencana dan agenda demi kepentingan sendiri”
“Mengambil ruang dan kesempatan pentas AJL29 untuk memberi ruang pada penyanyi baru Mojo dari Indonesia untuk berganding dengan Aweera adalah bercanggah sama sekali,” tulisnya.
Ramai peminat lagu Romancinta mengharapkan Aweera masih dapat menyanyikan lagu tersebut di pentas akhir AJL 29 tetapi melihat keadaan semasa, ianya seakan mustahil. Semoga pengganti beliau nanti akan memberikan yang lebih baik.
Siapa tengok Mentor Legend ahad lepas? Mesti ramai kan? Dan pasti ramai juga yang tidak berpuas hati dengan komen Adlin Aman Ramlie mengenai tudung Aina yang merupakan protege Ella. Agak terkejut juga mendengar komen Adlin. Malah reaksi yang ditunjukkan oleh penonton di studio juga menunjukkan rasa kurang senang terhadap kata-kata yang dikeluarkan oleh Adlin. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kot.
Antara bait-bait komen yang dikeluarkan oleh Adlin ialah ‘nampak macam makcik-makcik, ustazah tiba-tiba menyanyi‘. Secara jujur, Aina comel sahaja dengan tudung yang digayakan. Tak adalah melampau macam penyanyi-penyanyi lain. Lagipun memang sesuai dengan wajah Aina. Ikuti komen Adlin di bawah:-
Berdasarkan komen-komen yang dikeluarkan oleh penonton Mentor Legend semalam, ramai yang tidak gembira dengan kritikan mengenai tudung yang dikeluarkan oleh Adlin. Antara komen-komen yang menarik ialah:-
Makcik-makcik sekarang punya gaya tudung pun silap-silap haribulan boleh kalah anak dara dibuatnya. Tak gitu? Diharapkan Aina tidak menukar gaya tudungnya dalam konsert Mentor Legend minggu hadapan. Percayalah imej tudung anda ini dah sesuai dengan anda. Ramai yang sukakannya. Teruskan imej sebegini. Cantik dan sedap mata memandang. Apa komen anda?
Dewi Perssik dan Zian Zigaz telah berjaya menggegarkan pentas Mahacinta Show ketika rakaman dilakukan pada Jumaat malam lalu (12/12) di Teater Tanah Airku, TMII.
Bukan kerana aksi pentas yang sudah ditetapkan sedemikian rupa, tetapi ketidaksengajaan Zian memegang buah dada penyanyi goyang gergaji tersebut!
Bagaimana ianya terjadi? Semak foto-foto di bawah...
Baca : Vanidah boleh letak jawatan secara terhormat
Konflik Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terus memuncak berikutan pertelagahan membabitkan ahli Seniman sendiri dengan Bendahari, Vanidah Imran.
Jumaat lalu Seniman membuat laporan polis mendakwa kecurian buku cek persatuan berkenaan yang didakwa diambil Vanidah.
Artikel Terdahulu :
Vanidah semalam bangkit mempertahankan pendirian dan tindakannya. Berikutan itu Zed Zaidi selaku Presiden Seniman pula bersuara dengan menghubungi BH online sebentar tadi.
Lalu apakah jalan penyelesaian terbaik untuk permasalahan ini?
Ikuti komen Zed di bawah.
"Hingga saat ini saya menunggu panggilan daripada dia (Vanidah). Dia tak hubungi saya pun, malah macam cuba lari-lari daripada apa yang berbangkit. Dia kata dia ada sebab musabab di atas tindakannya.
"Kalau saya hubungi dia tak pernah berjawab. Dia akan suruh saya menghantar mesej saja. Hari ini kita akan ke bank dan bawa laporan polis sekali untuk membuat buku cek Seniman yang baru.
"Kita pun perlu bergerak dan tak boleh tunggu lagi kerana buku cek berkenaan ada padanya," katanya.
Tambah Zed lagi, penyelesaian terbaik ialah Vanidah sebagai Bendahari kena memohon maaf kepada semua ahli Seniman kerana banyak menyusahkan pentadbiran dan segala pengurusan persatuan.
"Sekiranya dia tidak mampu menggalas tanggung jawab yang diberi dan memegang amanah itu, saya bagi cadangan kepada dia untuk letak saja jawatan. Kita nak buat undi tak percaya pun supaya hilang integriti dia sebagai bendahari.
"Tidak pernah timbul soal mahu melucutkan jawatannya. Dia boleh letak sendiri jawatan secara terhormat dan beri ruang kepada yang lebih layak untuk memikul tanggung jawab itu. Dia pun sibuk dengan kerjaya, jadi janganlah susahkan diri untuk orang lain kalau belum benar bersedia pikul tanggung jawab," katanya.
Zed menjelaskan lagi, Seniman banyak perancangan untuk tahun depan dan tidak mahu hanya kerana masalah ini akan membantutkan perjuangan yang mahu dilaksanakan.
Baca : Punca Bapa Kecam Majlis Kahwin Yaya Maembong & Wan Raja
Terbaca di mStar Online Bapa kepada Yaya Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong mengecam majlis pernikahan anaknya itu dengan pelakon Wan Raja kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa.
Perkara ini melibatkan kakak dan ayah Emma Maembong iaitu Yaya Maembong dan Ismail Embong (Maembong).
Perkara ini mugkin Ismail Embong iaitu bapa terasa hati apabila peranannya sebagai seorang bapa diketepikan seperti (malam Berinai) tanpa keizinan Ismil Embong dan terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan dan juga Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah
Jom baca petikan daripada mStar di Bawah
Ismail, 66, berkata, pasangan berkenaan mengadakan perkahwinan dengan cara membazir termasuklah menguruskan majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya sedangkan perbuatan itu adalah bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam.
"Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan," katanya meluahkan perasaan panjang lebar dalam Facebook miliknya pada Isnin.
Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, selamat bernikah di Masjid A--Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember lalu dengan sekali lafaz.
Pasangan berkenaan kemudiannya mengadakan majlis resepsi persandingan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini dua hari kemudian.
Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.
Selain Yaya berkahwin dengan artis, Shikin terlebih dahulu mengikut jejak berkenaan selepas bernikah dengan Chef Riz iaiatu anak kepada Datuk Chef Wan pada 5 Disember 2014.
Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukti Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.
Yaya Halau Adik Beradik
Malah lebih mendukacitakan apabila Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan selepas berumah tangga.
Kata ismail, tiga beradik itu ialah Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad.
"Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat," luahnya.
Ismail turut mendedahkan ketika majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Redhuan, dia sekali lagi terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan tersebut.
Malah dia terpaksa menghabibskan masa seharian di rumah kerana menunggu jika ada mana-mana individu yang ingin membawanya meghadiri majlis akad nikah itu.
"Pada hari majlis tersebut saya seharian menunggu di rumah kerana tiada siapa yang datang untuk membawa saya, malah saya sendiri tidak tahu lokasi pernikahan itu. Seorang kawan telah membawa saya pada pukul 5.30 petang, namun saya sekali lagi marah apabila majlis itu tidak diadakan mengikut permintaan saya.
"Saya sudah beritahu bahawa buat secara kecil-kecilan sahaja dan jangan jemput media. Kalau ada yang ingin menaja sekalipun sedekah sahaja pada fakir lebih banyak pahala," ujarnya.
Ismail menambah, dia tidak pernah memberi apa-apa syarat terhadap pilihan anak-anaknya, malah dia hanya meminta majlis dibuat secara sederhana sahaja.
Perkara tersebut turut diingatkan kepada tiga orang anaknya yang masih belum berkahwin agar tidak melakukan tindakan sedemikian.
"Saya sudah berpesan kepada rombongan merisik iaitu tiada hantaran, pilihan anak tidak pernah saya tentang, buat yang wajib sahaja dan kalau perlu bersanding hanya melakukannya secara sederhana sahaja," ujarnya.
Wan Raja Nafi Yaya Halau Adik Beradik
keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.
"Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu," -mStar-
Itulah kejadian yang menimpa kepada keluarga Emma Maembong iaitui pertelingkahan Yaya Maembong, Wan Raja dan Ismail Embong. Di harap perkara ini dapat di selesaikan sebaik mungkin.
Keluarga Wan Raja Terkejut Tindakan Ismail Embong
Semantara itu, pelakon Wan Raja yang dihubungi mStar Online pada Isnin bagi mengulas kejadian berkenaan berkata, keluarganya agak terkejut dengan tindakan Ismail Embong ketika majlis pernikahan dia dan Yaya berlangsung.
Wan Raja berkata, tindakan bapa mertua itu juga dianggap tidak adil kepadanya sebagai orang baharu yang masuk dalam keluarga tersebut.
"Saya mengaku pada majlis akad nikah saya, ada insiden yang kurang menyenangkan dengan cara bapa mertua saya dan saya malu dengan keluarga saya yang datang jauh dari Pulau Pinang untuk meraikan hari bahagia saya dan Yaya.
"Bagi saya tindakan ayah mertua saya itu tidak adil kepada saya kerana meninggikan suara di hadapan orang ramai termasuk tidak membenarkan media membuat liputan sebelum majlis akad nikah berlangsung. Secara jujur kejadian itu menganggu fokus saya untuk upacara akad nikah," ujarnya.
Tambah Wan Raja, punca sebenar ayah mertuanya bertindak demikian apabila tiada siapa yang mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.
Jelasnya, kesemua anak-anaknya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.
"Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlia akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.
"Saya tahu ia mungkin salah kami juga," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan sebenarnya dilakukan secara tertutup sahaja.
Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.
"Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.
"Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun," katanya.
Bagi admin biasala tu apabila umur sudah semakin lanjut. perasaan sensitif dia lebih kuat..ada orang mengatakan apabila umur sudah semakin lanjut perangai akan kembali jadi keanak - anakan. Admin harap Yaya tidak akan terasa hati dengan bapanya..kerana bapa yang besarkan kita ketika kecil.
Baca : Penampilan Terbaru Nasha Aziz Memakai Skirt Pendek
Pelakon terkenal, Nasha Aziz tampil bergaya dan menawan dengan baju putih nipis, dipadankan dengan skirt pendek paras paha. Penampilan terkini itu membuat kaum lelaki di luar sana mula berdarah hidup dan termimpi-mimpikan Nasha Aziz.
Ketika ditanya samada dirinya sudah bertemu jodoh atau belum, aktres jelita itu dengan bersahaja menjawab masih solo dan belum mengenali sesiapa pun untuk dijadikan suami. Ini bermakna, peluang untuk jejaka di luar sana masih terbuka dan boleh melakukan sesuatu.
“Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal. Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat.”
Baca : Que Haidar Akur Jika Ditohmah 'Ludah Jilat Semula'